Sayyidah Sukainah, Mesir

Sejarah ringkas Sayyidah Sukainah 

Beliau adalah Sayyidah Sukainah binti Imam Husain bin Imam Ali. Bundanya ialah Sayyidah Rubab binti Umruul Qais bin 'Adiyy bin Aus (al-Kalbi). 

Dilahirkan Radhiallahu 'anha pada tahun 47 H. 

Beliau menikah dengan Sayyidi Abdullah bin Imam Hassan as-Sibti bin Imam Ali Karramahu wajhah. Setelah wafatnya Sayyidi Abdullah Salam, Sayyidah Sukainah menikah dengan Mus'ab bin Zubair Radhiallahu 'anhu. 

Adalah Sayyidah Sukainah merupakan (Sayyidah Nisa') penghulu kepada wanita pada zamannya, merupakan secantik-cantik wanita dan budi pekerti yang mulia. Sayyidah Sukainah masyhur dengan seorang penyair kerana minatnya dalam syair-syair. Pada masa itu, beliau sentiasa di kunjungi oleh para syu'ara' yang terkemuka pada ketika itu, seperti Farazdak, Jarir, Nasib, Jamil dan banyak lagi. 

Beliau wafat Radhiallahu 'anha pada tahun 117 H, dikatakan wafat beliau pada 5 Rabi'ul Awwal 126 H di Mesir.

Maqam of Sayyida Sukayna (daughter of al-Husayn)-Cairo

Maqam of Sayyida Sukayna (daughter of al-Husayn)-Cairo