al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad

Baqiyyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad.

 

Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thaha Al-Haddad adalah salah seorang generasi Alawiyin yang paling berpengaruh di benua Afrika Timur dan biasanya digelar sebagai seorang Mujaddid di sana. 

NASAB :

Habib Ahmad Masyhur bin Thaha bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin Thaha bin ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Abdullah bin Thaha bin ‘Umar (adik bungsu kepada al-Imam ‘Abdullah al-Haddad) bin ‘Alwi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad al-Haddad bin ‘Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar bin Ahmad bin Muhammad bin ‘Abdullah bin al-Faqih Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Alwi (Ammu al-Faqih) bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi Khali’ Qasam bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ubaidillah bin Sayyidina al-Muhajir ilaLlah Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin al-Hussin al-Sibth bin ‘Ali suami Fathimah al-Zahra’ binti Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

 

LAHIR: 

Dilahirkan di kota Qaidun yang terletak di Wadi Dau’an, Hadramaut sekitar tahun 1325H yang bersamaan dengan 1907M, oleh ibundanya, Hababah Shofiyyah binti Thohir bin Umar al-Haddad. Ayahanda beliau, Habib Thoha bin ‘Ali bin ‘Abdullah al-Haddad adalah seorang waliyullah yang khumul dan mastur, yang menghabiskan sebahagian besar usianya di Indonesia. Menjelang penghujung usia, barulah beliau kembali ke Hadramaut dan wafat disana. Bunda beliau, Hababah Shofiyyah adalah seorang ‘arifahbiLlah dan huffadz al-Quran.

Baqiyyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad adalah seorang ulama, wali dan da`i dari keturunan Habib ‘Umar bin ‘Alawi al-Haddad yang merupakan adik bungsu kepada al-Imam Habib Abdullah bin Alwy  al-Haddad. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1325H di Qaydun oleh seorang hababah sholehah lagi hafaz al-Quran iaitu Hababah Shofiyyah binti Thohir bin ‘Umar al-Haddad.

 

MENUNTUT ILMU : 

Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mendapat pendidikan awal daripada ibundanya, Hababah Shofiyyah. Suatu ketika, tatkala al-Imam al-Habib Hasan al-Atthas (wafat 1334H) berkunjung ke ribath Qaydun, Hababah Shofiyyah telah menyuruh anaknya, al-Habib Ahmad Masyhur yang ketika itu berusia sekitar 7 tahun, untuk melaksanakan sholat dibelakang al-Habib Ahmad bin Hasan bin Abdullah al-Atthas untuk mendapatkan keberkatan, kemudian al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas membacakan al-Fatihah baginya.

 

Seterusnya al-Habib Ahmad Masyhur mendapat pendidikan di Ribath Qaydun dari daripada dua ulama besar dari keluarga al-Haddad, pengasas kepada rubath tersebut iaitu Habib ‘Abdullah bin Thohir al-Haddad (wafat 1367H) dan saudaranya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad (wafat 1382). Di bawah dua ulama ini, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mendalami lagi pengetahuan agamanya dalam bidang fiqh, tauhid, tasawwuf, tafsir dan hadits. Dalam usia muda, beliau telah hafal al-Quran dan menguasai berbagai lapangan ilmu agama sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar pula di rubath tersebut. Habib Ahmad yang tidak pernah jemu menuntut ilmu turut menangguk ilmu di Rubath Tarim dengan para ulama yang mengajar di sana, diantaranya al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin Umar asy-Syathiri (wafat 1361H), al-‘Allamah al-Habib ‘Abd al-Baari bin Syeikh al-Aidarus dan ramai lagi.

 

Tatkala usia Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad menginjak 20, beliau telah dibawa oleh gurunya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad ke Indonesia. Di sana selain berdakwah, beliau bertemu dan meneruskan pengajian dengan ramai lagi ulama dari kalangan Saadah ‘Alawiyyin di sana, antaranya al-Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhar (wafat 1344H), al-‘Arifbillah al-Habib ‘Abdullah bin Muhsin al-Atthas (wafat 1351H), Al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Muhammad bin Thohir al-Haddad (wafat 1373H), al-‘Allamah al-Mu’ammar al-Habib ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Habsyi (wafat 1388H) dan ramai lagi. Kemudian al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad ke Mukalla untuk belajar kepada al-‘Arifbillah al-Habib Ahmad bin Muhsin al-Haddar. Beliau adalah antara guru yang banyak memberi kesan dari sudut rohani kepada al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad.

 

PERIBADI :

Beliau adalah seorang yang sentiasa menjaga wirid harian dan sholat-sholat sunnah. Tidak pernah meninggalkan sholat malam walaupun beliau dalam musafir. Pendekata, kehidupan yang beliau mencontohi kehidupan nendanya, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Setiap gerak geri, tuturkata dan senyuman beliau menyegarkan ingatan para pencintanya akan kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Tiada yang melihat wajah beliau melainkan akan mengingati Allah. “Haibah” padanya menyebabkan orang yang melihat beliau berasa hormat, namun kelembutan dan hormatnya pada semua orang, melembutkan hati mereka yang hadir ke maslis beliau. Mereka akan terlupa segala masalah dan dapat menikmati pengalaman diterima oleh seseorang yang cukup hampir dengan Allah dan RasulNya. Beliau menghabiskan usianya dengan beribadah dan berdakwah mengajak manusia kepada agama Allah. Beliau seorang yang sedikit berbicara dan banyak berfikir. Tawanya hanyalah berupa senyuman. Beliau berbicara mengikut tingkat pemahaman seseorang. Beliau berusaha keras untuk duduk bersama mereka yang dhaif, sakit dan miskin sengsara.

 

DAKWAH : 

Pertama kali al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mengembara ke Afrika Timur untuk berdakwah ialah pada tahun 1347H. Beliau memasuki walayah Zanzibar dan disambut dengan penuh penghormatan. Ketika itu di Zanzibar terdapat seorang ulama bernama al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Sumaith (foto sebelah). Pada bulan Ramadhan, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad tinggal di Masjid Jami’ dan mengajar tafsir al-Quran, bermula dengan surah al-Faatihah. Selama 25 hari beliau membicarakan tentang firman Allah: إياك نعبد وإياك نستعين. 

Pada tahun 1350/1 beliau kembali ke Afrika, dalam perjalanannya melaksanakan ibadah haji. Beliau memasuki pelabuhan utama Kenya, Mombasa. Sewaktu di Mombasa, beliau mendapat tahu mengenai al-Habib Sholih bin ‘Alwi Jamalullail (beliau di kenal dengan nama Habib Swalleh Jamallely oleh masyarakat tempatan) yang menetap di Lamu, Kenya. Beliaulah yang melaksanakan pembacaan Maulid Simtud Durar setiap tahun di Lamu, Kenya. Majlis maulid yang diselengara di di hadiri oleh masyarakat dari Malawi, Afrika Selatan, Mozambique, Pulau Komoro, Uganda, Somalia, Tanzania dan lain-lain (sehingga kini ianya masih diadakan dihadiri oleh ribuan orang).

Mendengar kehadiran al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad, Al-Habib Sholih Jamalulail mengutuskan anaknya ke palabuhan untuk menyambut al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad. Mereka bertemu dan bersama-sama menunaikan sholat dhuhur di Masjid al-Riyadh, Lamu. Sewaktu pertemuan ini al-Habib Sholeh bin ‘Alwi Jamalulail sudah berusia lebih kurang 80 tahun.

Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad menulis surat menceritakan keadaan di Afrika kepada guru beliau, al-Habib ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad di Indonesia. Beliau juga menceritakan pertemuan beliau dengan al-Habib Sholeh Jamalullail.

Setelah itu, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad kembali ke Kenya untuk meneruskan usaha dakwah dan menyebar risalah nendanya yang mulia, Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Beliau menetap di Mombasa, Kenya. Dan dari situlah beliau melancarkan dakwahnya ke seluruh pelosok benua Afrika.

Pada tahun 1375H (1955), beliau berhijrah pula ke Kampala, Uganda dan menetap di situ sekitar 13 tahun. Beliau mendapat bantuan dan bimbingan dari al-‘Arifbillah al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith yang menetap di Zanzibar. Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith sering menjunjungi al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad di Kenya. Dan pada tahun 1376H, beliau menziarahi al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad di Kampala.

Habib Ahmad dengan sungguh-sungguh dan gigih memanfaatkan masa dan tenaga beliau untuk berdakwah menyeru umat kepada agama yang diredhai Allah walaupun beliau terpaksa meredah hutan dan merentasi gurun untuk sampai ke perkampungan-perkampungan di Afrika seperti kawasan daerah Aqzam, sebuah kawasan pendalaman yang terpencil di Conggo. Dan hasil dari kegigihan dan kesungguhan beliau berdakwah, sepanjang berada di bumi Afrika, ratusan ribu yang memeluk agama Islam ditangan beliau.

Di samping itu beliau turut mengorbankan harta bendanya untuk agama dengan membangunkan banyak masjid dan madrasah dalam rangka dakwahnya di sana. Untuk memudahkan usaha dakwahnya, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mempelajari bahasa Swahili iaitu bahasa yang digunakan oleh penduduk Timur Afrika. Di dalam bergaulan hariannya, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mengunakan bahasa Swahili untuk berkomunikasi. Namun di majlis-majlis umum beliau mengunakan bahasa ‘Arab untuk menyampaikan ceramah. Ini adalah kerana bahasa ‘Arab adalah bahasa al-Quran dan bahasa yang digunakan oleh nenda beliau, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Hal ini beliau lakukan untuk menegaskan betapa penting dan mulianya bahasa ‘Arab. Pada tahun 1389H, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad kembali dari Uganda ke Kenya, dan kemudiannya menetap di sana. Beliau setiap tahun mengerjakan ibadah haji.

Banyak pemuda Afrika yang belajar dengannya, yang kemudian menjadi Qadhi, guru agama dan pendakwah. Beliau sendiri pergi ke segenap kawasan, hutan maupun gurun, untuk berdakwah terutamanya di Uganda, Congo, Tanzania dan negara-negara Afrika Timur lain. Beliau mendirikan banyak Masjid dan sekolah serta mengislamkan banyak orang di sana. 

Usaha dakwah Al-Habib Ahmad di Kenya dan Uganda telah menyebabkan peningkatan yang begitu besar jumlah ummat Islam. Sebagai seorang guru yang tidak pernah mengenal penat, masyarakat yang menginginkan ilmu, barakah atau nasihat berbondong-bondong datang ke rumahnya.  

Ulama ahlulbait ini telah menaburkan jasa yang sangat besar di Afrika Timur. Menurut Syeikh Yahya Rhudus, beliau telah mengislamkan lebih dari 300,000 orang selama berdakwah di bumi Afrika Timur. Dan ada yang mengatakan bahwa beliau telah mengislamkan lebih dari 500, 000 orang. Tidak syak lagi ini adalah salah satu karomah yang Allah anugerahkan kepada beliau.

Al-Habib Ahmad Masyhur benar-benar menghambakan diri sepenuhnya hanya untuk Allah. Beliau sentiasa menjaga wirid dan solat sunnah. Tidak pernah tinggal untuk bangun menunaikan Qiamullail hatta ketika musafir. 

Setiap gerak, kalimah dan senyuman beliau menyegarkan ingatan kita akan kehadiran Rasulullah. Tiada yang melihat wajah beliau melainkan akan ingat Allah. “Haibah”nya menyebabkan mereka yang melihat merasa hormat, namun kelembutan dan hormat pada semua, melembutkan hati mereka yang hadir. Mereka akan terlupa segala masalah dan dapat menikmati pengalaman yang diterima oleh seseorang yang cukup dengan Allah dan RasulNya.

Di penghujung hayatnya, Al-Habib Ahmad sering bolak balik dari Afrika ke Makkah dan Madinah. Saat usianya sudah semakin lanjut, beliau menetap di Jeddah bersama keluarganya. Rumahnya sentiasa terbuka buat para tamu. Mereka mendapati dirinya seorang mursyid, pembimbing yang ikhlas dan seorang alim yang hebat.

KARANGAN :

Biarpun sibuk dengan berdakwah dan mengajar, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad juga ada menulis. Diantara kitab-kitab karangan beliau tulis adalah:

 

Di samping itu, beliau turut meninggalkan beberapa rangkaian ucapan sholawat yang indah dan penuh asrar dan keberkatan. Antara sholawat gubahan al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad adalah satu sholawat yang menyebut penciptaan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. daripada nur kepunyaan Allah, yang berbunyi:-

 

 

 Artinya :

 

Wahai Allah, Tuhan sumber cahaya alam semesta

Limpahkan sholawat atas Junjungan yang Engkau cipta

Dari nur milikMu ciptaan indah tiada tara

Dan ampunilah aku serta sinarilah hatiku yang alpa

Dengan makrifatMu terang bercahaya

Juga dengan makrifatnya akan diriMu yang Maha Mulia

Atas keluarga serta sahabat baginda limpahkanlah sama Limpahan sholawat dan salam sejahtera

 

Juga diceritakan oleh al-Quthub al-Habib Hasan bin 'Abdullah al-Haddad rahimahUllah bahawa sepanjang tempoh 40 hari sebelum wafatnya Imam al-Haddad rahimahUllah, beliau banyak berzikir dengan dua kalimah tasbih :

 

   " سبحان الله وبحمده , سبحان الله العظيم" 

 

 Pasti pilihan Habib Ahmad Masyhur untuk memperbanyakkan hari-hari akhirnya di muka bumi yang fana ini dengan ucapan tersebut punya rahasia yang tertentu. Sesungguhnya, dua lafaz tasbih tersebut merupakan suatu lafaz zikir yang jami` menghimpunkan ganjaran dan balasan yang tidak terkira-kira. 

 

WAFAT : 

Pada penghujung hayatnya, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad sering berulangalik daripada Afrika ke Makkah dan Madinah. Tatkala usia beliau semakin lanjut, beliau memilih untuk menetap di Jeddah bersama ahli keluarga beliau. Pada hari Rabu, 14 Rajab 1416H bersamaan 6 Disember 1995M, di Jeddah dalam usia menghampiri 90 tahun, beliau kembali kerahmatullah. Jenazah beliau disholatkan di Jeddad diimamkan oleh Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (al-Marhum) dengan kehadiran al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf. Jenazah beliau yang mulia kemudiannya telah dibawa ke Makkah dan disholatkan sekali lagi di hadapan Ka’bah al-Musyarrafah sebelum dimakamkan di Hauthah Saadah al-‘Alawiyyin di Jannatul Ma’la.

Selain dakwah di Afrika dan murid-murid yang kemudian menjadi Masyaikh, Al-Habib Ahmad juga meninggalkan khazanah yang bernilai. Tulisannya yang paling masyhur berjudul Miftahul Jannah (Kunci Surga).

 ==================================

Membawa Islam ke Benua Afrika

Keikhlasan Habib Ahmad dalam berdakwah di Afrika membuahkan hasil yang menggembirakan. Di Uganda saja, jumlah orang yang masuk Islam diperkirakan mencapai 60.000 orang. Belum lagi di negara lain.

Pada awalnya, pengertian da’i lebih menunjukkan orang yang menyeru orang lain masuk ke dalam Islam. Tetapi, dalam perkembangannya, dakwah lebih sering ditujukan kepada kaum muslimin saja. Tidak banyak lagi da’i yang berdakwah kepada kalangan non muslim. Di antara mereka, nama Habib Ahmad Mashyur bin Thaha Al-Haddad tercatat dengan tinta emas, karena keberhasilan dakwahnya dan pengaruhnya yang luar biasa.

Habib Ahmad Masyhur dilahirkan di kota Qaidun, lembah Du’an, Hadhramaut pada tahun 1325 H/1907 M. Ayahnya Habib Thaha bin Ali Al-Haddad termasuk wali yang mastur (tak dikenal). Ia menghabiskan sebagian umurnya di Indonesia, kemudian pada hari tuanya kembali ke hadhramaut dan wafat disana. Habib Ahmad Masyhur sungguh beruntung. Bukan hanya Ayahnya yang memiliki kelebihan dibanding kebanyakan orang. Ternyata ibunya, Syarifah Shafiyyah, juga bukan perempuan sembarangan. Ia putri Imam besar Habib Thahir bin Umar Al-Haddad. Selain dikenal sebagai hafizhah (penghafal Al-Qur’an), Syarifah Shafiyyah juga memiliki keunggulan dalam ilmu dan keshalihan.

Putra Habib Ahmad Masyhur, Habib Muhammad bin Ahmad Masyhur, dalam pengantar salah satu kitab ayahnya, mengisahkan perihal neneknya, termasuk caranya mendidik putranya. “Ibunya yang shalihah, Sayyidah Shafiyyah binti Thahir bin Umar Al-Haddad, adalah sekolah pertama baginya. Ia termasuk salah satu diantara sedikit kaum ibu yang memiliki kelebihan dalam hal ilmu, keteguhan dan keistimewaan. Ia penghafal Al-Qur’an. Sambil menyusui dan membimbingnya, ia membaca Al-Qur’an. Kepada anaknya ini, ia juga banyak menceritakan kisah para imam dan tokoh yang shalih yang pernah ia jumpai,” tulisnya.

Di antara kebiasaan Ibunda Habib Ahmad Masyhur adalah mendekatkan anaknya dengan ulama besar. Maka ketika Imam besar Habib Ahmad bin Hasan Al-Attas berada di mesjid Qaidun, dia pun tidak menyia-nyiakan kesempatan itu. Segera dia kirim putranya, Habib Ahmad Masyhur, agar dapat menunaikan shalat subuh di belakangnya. Ibunya semakin gembira, karena kemudian Habib Amad bin Hasan membacakan untuk Habib Ahmad Masyhur surah Al-Fatihah. Saat itu usianya baru kira-kira tujuh tahun. Berkat kejadian ini, Habib Ahmad Masyhur menganggap Habib Ahmad bin Hasan Al-Aththas sebagai salah satu gurunya.

Pada awal masa belajar, Habib Ahmad Masyhur mengambil sebagian besar ilmunya dari Habib Abdullah bin Thahir Al-Haddad dan kakaknya, Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad, tokoh besar yang pada kemudian hari dikenal sebagai mufti Johor. Kedua tokoh terkemuka ini masih kerabat dekat. Mereka sepupu ayahnya. Ia belajar di rubath Qaidun yang didirikan kedua ulama bersaudara itu. Kemudian Habib Ahmad masyhur belajar kepada banyak ulama di berbagai tempat. Di antaranya ada yang tinggal di Hadhramaut, Indonesia, Haramain (Makkah dan Madinah), dan Afrika.

Sebelum berusia 20 tahun, Habib Ahmad Masyhur mendapatkan kesempatan pergi ke Indonesia, menemani sang guru, Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad. Di Indonesia, ia berjumpa  dengan para tokoh besar, seperti Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad dan Habib Muhammad bin Ahmad Al-Muhdhar. Setiap kali berjumpa dengan tokoh terkemuka, Habib Ahmad Masyhur selalu mendapatkan perhatian dan kabar yang menggembirakan tentang dirinya. Malah Habib Muhammad pernah menyanjungnya dalam syair yang ia buat sebagai balasan atas syair Habib Ahmad yang memujinya.

Habib Ahmad juga pernah mengadakan perjalanan ke Mukalla di pantai selatan Semenanjung Arab untuk mengambil ilmu dari tokoh terkemuka, Habib Ahmad bin Muhsin Al-Haddar. Selama belajar kepadanya, Habib Ahmad banyak mendapatkan rahasia besar yang membuatnya menganggap Habib Ahmad Al-Haddar sebagai salah satu gurunya yang khusus.

Pada tahun 1347 H, untuk pertama kali Habib Ahmad Masyhur menjejakkan kakinya di Afrika Timur. Ia masuk Kepulauan Zanzibar. Saat itu, imam para Habaib di sana, Habib Umar bin Ahmad bin Semith, telah pergi ke kepulauan Madagaskar. Penduduk Zanzibar menerima Habib Ahmad Masyhur dengan penuh kecintaan dan penghormatan. Kemudian ia mengadakan pengajian di masjid jami’ pada bulan Ramadhan dengan menafsirkan Al-Qur’an kepada mereka. Ia mulai dari Surah Al-Fatihah. Begitu terperinci penjelasan Habib Ahmad, sehingga selama 15 hari ia hanya menjelaskan ayat iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in (hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan).

Pada tahun 1351 H, Habib Ahmad Masyhur kembali ke Afrika dalam perjalanannya menunaikan haji. Ia masuk melalui Mombassa, pelabuhan utama Guinea. Disana, ia mendengar tentang Habib Shalih bin Alwi Jamalullail. Tergeraklah keinginannya untuk mengunjungi Beliau di Pulau Lamo, tempat tokoh ini tinggal. Saat mengetahui hal itu, Habib Shalih pun menyuruh anaknya pergi bersama beberapa muridnya ke pelabuhan untuk menjemput Habib Ahmad Masyhur. Kedatangannya disambut hangat oleh Habib Shalih yang kemudian mendoakannya, memberinya ijazah, dan memintanya menjadi imam.

Kemudian Habib Ahmad Masyhur kembalike Aden untuk melanjutkan perjalanan hajinya. Di Aden, Ia sempat mengirim surat kepada Habib Alwi bin Muhammad Al-Haddad di Indonesia tentang hal-hal sawahili. “Keadaan Sawahili sama seperti daerah lain dalam hal yang menyusahkan dan krisis yang terjadi. Baik orang Arabnya maupun penduduk pribuminya lemah. Mereka ditekan oleh kaum Nasrani dalam pekerjaan dan keadaan mereka. Tak ada pihak yang mengingatkan. Suara agama telah mati. Para pemberi petunjuk yang sebelumnya berada disanapun telah pergi. Peninggalan keluarga Bin Semith di Zanzibar telah lengang tak berpenghuni...,” tulisnya.

Setelah menunaikan haji, Habib Ahmad Masyhur kembali ke Afrika dan menetap di kota Mombassa. Mulailah ia mengajak orang kembali ke jalan Allah. Ia masuk ke hutan untuk berdakwah di kalangan suku pedalaman. Habib Ahmad Masyhur beruntung mendapatkan pertolongan dan perhatian Habib Umar bin Ahmad bin Semith. Beberapa kali Habib Ahmad mengunjunginya di zanzibar dan kepulauan Komoro. Sebaliknya Habib Umar pun, beberapa kali datang berkunjung ke tempatnya di Guinea. Pada tahun 1376 H, Habib Umar mengunjunginya di Kampala, ibu kota Uganda.

Sayyid Muhammad, putra Habib Ahmad Masyhur, juga menuturkan demikian. “Jika kita perhatikan kehidupan ilmiah dan amaliah Habib Ahmad Masyhur di Afrika Timur, niscaya kita mendapati rentang masa panjang yang membawa pengaruh keagamaan yang sangat besar dan mengagumkan. Kita menyaksikan sikap zuhud dan qana’ahnya dalam perdagangan yang ia jalani dalam rangka menjaga ilmu dan memelihara kehormatan diri. Namun, kita juga melihatnya sebagai orang yang mampu membagi waktu dengan baik dalam kegiatan ibadah, perbaikan masyarakat, dan kegiatan mengajar. Pelajarannya diberikan di masjid dan dihadiri banyak orang, baik ulama’, da’i, pelajar, maupun masyarakat umum. Rumahnya menjadi tujuan para penuntut ilmu. Di Afrika, mereka yang jumlahnya banyak ini, dipandang sebagai teladan dalam akhlak dan adab Islam yang lurus dan bijak.

Habib Ahmad Masyhur masuk ke Uganda tahun 1375 H/1956 M. Disana ia mendapati suku yang tak beragama. Banyak pula yang terpengaruh dengan gerakan misionaris lalu masuk Nasrani. Kaum muslimin juga ada di sana, baik dari kalangan pribumi, orang India, maupun orang Arab. Ada lagi kelompok sesat seperti, Qadiyaniyah dan Ismailiyah. Habib Ahmad berkeinginan mengajak mereka semua kepada kebenaran. Maka pergilah ia ke desa dan ke hutan di pedalaman, bahkan ia sampai ke komunitas orang kerdil di Kongo. Setiap kali ia masuk ke suatu daerah, orang menyambutnya dengan hangat dan mereka masuk Islam. Kemudian mereka mempelajari prinsip Tauhid dan dasar-dasar syari’ah. Mereka juga membangun banyak masjid.

Selama berada di Uganda, Habib Ahmad Masyhur mengalami kesulitan, karena pemerintahan Milton Obote memusuhinya. Bahkan pada masa Idi Amin yang muslim pun, kesulitan yang dialaminya tidak berakhir sama sekali. Tetapi Allah memberikan kepadanya pembantu yang benar-benar menolongnya dalam berdakwah. Sebagian mereka dari kalangan Habaib, yang lain dari orang Afrika sendiri, dan orang Asia.

 

Cakupan Dakwah

Tidak seperti kebanyakan da’i, yang hanya mengarahkan dakwahnya pada satu atau dua kelompok sasaran saja, cakupan dakwah Habib Ahmad sangat luas. Ia tidak hanya berdakwah kepada para penyembah berhala dan orang yang belum mengenal Islam. Berbagai kalangan muslimin juga menjadi sasaran dakwahnya. Demikian juga kelompok yang murtad atau yang sesat. Habib Ahmad sangat memerangi Qadiyaniyah, misalnya. Sebagaimana dimaklumi kelompok ini adalah salah satu aliran Ahmadiyah yang menganggap Mirza Ghulam Ahmad sebagai Nabi dan Rasul. Padahal setelah Rasulullah SAW, tak ada lagi Nabi, apalagi Rasul. Habib Ahmad Masyhur berdebat dengan para pengikut aliran tersebut sampai dapat mengalahkan mereka dan meruntuhkan argumentasi mereka.

Ia juga menentang berbagai hal yang terdapat dalam masyarakat Islam yang menyimpang dari ajaran agama, misalnya bercampurnya laki-laki dan perempuan di acara umum dan cara berpakaian wanita muslimah yang tidak mengikuti syariat. Hal yang juga ditentangnya adalah terpengaruhnya pikiran sebagian kaum muslimin oleh pemikiran barat, baik sosialisme, komunisme, sekularisme, maupun pemikiran permisif. Di sisi lain ia juga menentang sikap dan pendirian orang yang dengan dalih menjaga agama, dengan mudahnya mengafirkan orang lain, hanya karena persoalan sepele. Padahal mereka tidak mempunyai ilmu dan wawasan yang memadai untuk membuat penilaian.

Habib Ahmad kembali dari Uganda ke Guinea pada tahun 1369 H/1969 M. Disana seperti biasanya ia memberikan pelajaran, menghadiri majelis, dan melakukan perjalanan ke pedesaan untuk mengajak penduduknya untuk memeluk Islam. Pada masa muda, ia pernah ke Etiopia dan Somalia. Ia juga dua kali mengadakan perjalanan ke Mesir. Yang pertama tahun 1970 dalam rangka berobat dan menjalani operasi. Yang kedua kira-kira tiga tahun setelah itu, ketika mendapat kabar bahwa habib Umar bin Semith, pemimpin kalangan Sayyid di Zanzibar, telah berangkat ke Mesir. Saat mendengar hal itu, habib Ahmad segera kesana untuk menemuinya. Habib Ahmad juga pernah mengadakan perjalanan ke Singapura dan Indonesia, disamping beberapa kali ke Kepulauan Komoro, Tanzania, dan Zanzibar.

Habib Ahmad tergolong orang yang segala hal ihwal dan tindakannya mengikuti sunnah Datuknya, Rasulullah SAW. Ia seperti yang digambarkan oleh Nabi SAW, “Orang terbaik dari umatku adalah mereka yang apabila dilihat, orang yang melihatnya akan teringat Allah.”

Habib Ahmad menunaikan haji setiap tahun. Selain itu selama tinggal di Jeddah, ia tak pernah meninggalkan shalat Jum’at di Masjidil Haramdi Makkah, padahal jarak keduanya cukup jauh. Itu selalu beliau lakukan baik pada musim panas, maupun musim dingin, pada musim haji atau di luar musim haji.

Di majelisnya, tak ada orang yang melakukan ghibah (membicarakan orang), namimah (mengadu domba), atau perbuatan tercela lainnya. Beliau seperti yang dilukiskan oleh Imam Al-Haddad, “Seorang arifbillah maqamnya adalah kewibawaan, hal ihwalnya adalah penyandaran diri kepada Allah, sifatnya adalah senantiasa kembali kepada Allah, selalu bermohon kepada-Nya, bersungguh-sungguh dalam berdoa seolah mendesak, menundukkan diri, khusyu’, dan melihat kekurangan pada dirinya.

Habib Ahmad Masyhur juga dikenal sebagai selalu memenuhi undangan, tak peduli siapapun yang mengundangnya. Ketika berada di berbagai negeri Afrika, ia selalu peduli dengan kondisi sosial politik disana dan ikut terlibat dalam pemilu dengan memberikan nasihat dan bimbingan bahkan membuat qashidah yang bersifat membangun. Namun Ia sendiri menolak dicalonkan untuk jabatan apapun.

Pada krisis Teluk di Kuwait 1990-an, ia banyak berdoa untuk menghilangkan beban yang ditanggung kaum muslimin disamping doa rutinnya setiap hari untuk Umat Islam seluruhnya

Rahasia kesuksesan Beliau tampaknya berkaitan dengan masalah bahasa. Selama di Afrika Timur ia mempelajari bahasa yang digunakan penduduknya yaitu bahasa Sawahili.

Setelah puluhan tahun mengabdikan diri untuk dakwah dan penyebaran ilmu di berbagai negri, pada 7 Desember 1995 (1416 H) di Jeddah, Habib Ahmad Masyhur kembali kehadirat Allah SWT, dan dimakamkan di Makkah. Puluhan ribu bahkan ratusan ribu orang yang mendapatkan hidayah melalui dakwahnya adalah saksi nyata atas perjuangan yang tak kenal lelah di medan dakwah. Semoga balasan terbaik dari Allah SWT menemani kehidupannya yang baru di alam sana. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan keredhaanNya ke atas Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad serta para leluhurnya. Allahumma aamiin .. al-Fatihah.

Nadhom Imam Ahmad Masyhur bin Thoha Al Haddad (17 Rukun Sholat)

Ada seorang sahabat Nabi yang sholat, setelah selesai lantas dia datang kepada Nabi dan mengucap salam, kemudian Nabi menyuruh dia mengulangi sholatnya karena sholatnya dianggap tidak sah, disebabkan banyaknya kesalahannya Nabi sampai menyuruh mengulangi 3x, sahabat tersebut berkata : Inilah cara sholat yang saya bisa, maka ajarilah saya . Sehingga beliau mengajari tata cara sholat yang benar tentang rukun-rukunnya, beliau bersabda :

إِذَا قُمْتَ  إِلَى الصَّلاَةِ فَكَبِّرْ ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ

“Jika engkau berdiri untuk melakukan sholat, maka bertakbirlah, kemudian bacalah surat Al Qur’an yang mudah bagimu”

ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْتَدِلَّ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ

“Kemudian rukuklah sampai engkau tuma’ninah dalam keadaan rukuk, kemudianangkatlah sampai engkau tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai engkau tuma’ninahdalam keadaan sujud”

ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِيْ صَلاَتِكَ كُلِّهَا   (رواه الشيخان)

“Kemudian angkatlah dalam keadaan duduk sampai engkau tuma’ninah, kemudian lakukanlah itu di dalam seluruh sholatmu” (HR. Bukhori Muslim)

17 Rukun sholat yang harus dipenuhi dinadhomkan

oleh Al Imam Al Habib Ahmad Masyhur bin Thoha Al Haddad :

سَبْعَةَ عَشْرَ وَهِيَ النِّيَّةُ ثُمّ     #  تَكْبِيْرَةُ اْلإِحْرَامِ عِنْدَهَا وَقُمْ

Rukun sholat ada 17 : (1) niat    (2) kemudian takbirotul ihrom   (3) berdiri dalam sholat fardhu.

فِيْ الْفَرْضِ اِنْ قَدَرْتَ وَاقْرَا الْفَاتِحَةْ      #    وَارْكَعْ وَطَمْئِنْ فِيْهِ كُلَّ جَارِحَةْ

Berdiri dalam sholat fardhu jika engkau mampu   (4) membaca Al Fatihah  

(5) ruku’   (6) tuma’ninah dalam ruku’ (diam) semua anggota

وَاْلإِعْتِدَالُ وَالطُّمَأْنِيْنَةُ فِيْه    #     ثُمَّ السُّجُوْدُ مَرَّتَيْنِ يَقْتَفِيْه

(7) I’tidal   (8) tuma’ninah dalam I’tidal   (9) sujud dua kali yang memberikuti

ثُمَّ الطُّمَأْنِيْنَةُ فِيْ جُمْلَةِ ذَيْن #    وَبَعْدَهُ الْجُلُوْسُ بَيْنَ السَّجْدَتَيْن

(10) tuma’ninah di dalam dua sujud   (11) setelahnya duduk antara dua sujud

وَفِيْهِ تَطْمَئِنُّ وَالتَّشَهُّدُ       #    اَعْنِيْ الأَخِيْرَ ثُمَّ فِيْهِ تَقْعُدُ

(12) Tuma’ninah di dalam duduk antara dua sujud

(13) Tasyahud (tahiyat) akhir (14) duduk untuk tasyahud akhir

ثُمَّ صَلاَتُنَا بِهِ عَلَى النَّبِي      #     ثُمَّ السَّلاَمُ وَبِنَظْمٍ رَتِبِ

(15) Kemudian membaca sholawat Nabi pada tasyahud akhir   (16) Salam  (17) Tertib

Nabi SAW bersabda :

أَشَدُّ النَّاسِ سَرِقَةً الَّذِي يَسْرِقُ مِنْ صَلاتِهِ، قِيْلَ كَيْفَ يَسْرِقُ مِنْ صَلاَتِهِ ؟ قَالَ : لاَ يُتِمُّ رُكُوْعَهَا  وَلاَ سُجُوْدَهَا وَلاَ الْقِرَاءةَ فِيْهَا.  رَوَاهُ الإِمَام أحمد من حديث أبي هريرة

“Sejelek-jeleknya orang mencuri adalah dia yang mencuri dari sholatnya. Dikatakan pada Nabi, Bagaimana dia mencuri dari sholatnya ? Nabi menjawab : Dia tidak menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan juga bacaan dalam sholatnya. (HR. Imam Ahmad dari Abu Hurairah)

Nasehat dan Hikayat

1. Imam Bukhari meriwayatkan dari sahabat Khudaifah Al Yamani RA, bahwa beliau melihat seorang seorang laki-laki sholat tapi tidak menyempurnakan ruku’ dan sujudnya (tidak tuma’ninah, gerakan anggota tubuhnya tidak benar) maka sahabat Khudaifah mengatakan :

مَا صَلَّيْتَ، لَوْ مُتَّ وَأَنْتَ تُصَلِّي هَذِهِ الصَّلاَةَ فَمُتَّ عَلَى غَيْرِ فِطْرَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Wahai saudara, engkau tidak sholat (karena kesalahan dalam sholat), andaikan engkau meninggal sedangkan engkau sholat seperti ini, maka engkau meninggal tidak berada pada kesuciaan agama Nabi Muhammad SAW (karena sholat itu ada syarat rukunnya)”.

Dalam riwayat lain, bahwa laki-laki tersebut  sudah sholat seperti itu selama 40 tahun, dianggap tidak sholat karena kesalahannya.

Itulah perlunya ilmu cara sholat dan pentingnya kedudukan sholat.

*  Sholat adalah penentu diterimanya ibadah - ibadah lainnya. Jika sholatnya baik, maka diterima semua ibadahnya, jika sholatnya tidak baik, maka ibadah lainnya tertolak.

2. Diriwayatkan ada seorang perempuan Bani Israil datang kepada Nabi Musa AS seraya mengatakan , “Wahai Rasulullah sungguh saya sudah bertaubat dari dosa yang besar, do’akan mudah-mudahan Allah mengampuni saya”.

Lantas Nabi Musa AS bertanya, “Apakah dosamu itu ?”

Sang perempuan berkata ; “Saya dulu pernah berzina sampai mengandung dan melahirkan anak, kemudian anak itu saya bunuh”.

Maka Nabi Musa berkata :

أُخْرُجِي يَا فَاجِرَةُ لاَ تَنْزِلُ نَارٌ مِنَ السَّمَاءِ فَتَحْرِقَنَا بِشُؤْمِكِ.

“Keluarlah wahai perempuan penzina, agar tidak turun api dari langit membakar kami, karena kesalahan dan kejelekanmu.”

Maka perempuan tadi keluar dengan hati susah, hancur dan gelisah. Kemudian turunlah Malaikat Jibril seraya mengatakan, “Allah bertanya kepada engkau wahai Nabi Musa, kenapa engkau tolak orang yang bertaubat, apakah engkau tidak tahu orang yang lebih jelek dari orang yang berzina, melahirkan anak,  dan membunuh anaknya ?”

Nabi Musa berkata : “Wahai Jibril siapakah orang yang lebih jelek dari itu ?”

Maialiat Jibril berkata : “Yaitu orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan menganggap hal itu biasa.”

Orang yang biasa meninggalkan sholat lebih jelek dari orang yang berzina dan membunuh anaknya.

Mudah-mudahan Allah SWT menyelamatkan kita semua, amin.

(Dari kitab Al Kaba-ir Imam Syamsuddin Adz Dzahaby, hal. 20)

اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه

. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين 

الفاتحة إلى حضرة النبي محمد صلى الله عليه وآله وسلم وإلى روح سيدنا الحبيب أحمد مشهور بن طه الحداد وأصوله وفروعه وتلامذته والمنتسبين إليه أجمعين، أن الله يعلي درجاتهم في الجنة ويكثر من مثوباتهم ويضاعف حسناتهم ويحفظنا بجاههم وينفعنابهم ويعيد علينا من بركاتهم وأسرارهم وأنوارهم وعلومهم ونفحاتهم في الدين والدنيا والآخرة - الفاتحة

 

Extract from

The Key To Arriving At The Door Of The Messenger صلى الله عليه وآله وسلم

by Shaykh Muhammad Sadiq Alawi

Vol 2 Dartaibah Alqura’

 

 

 

 

 

بسم الله الكبير اعوذ بالله العظيم من كل عرق نعار و من شر حرالنار 

عشر مرات او اكثر

يا لطيف  129 مره يا حفيظ  100 مره

 

  

“O Lord, I seek refute in You, lest my faith in You and what You have revealed be the product of thinking that is tarnished by the attributes of the ego, or a mind that is mixed with the muddiness of human fallibility.  Let it rather be from Your Manifest Light, Your most exalted assistance, the light of Your Prophet, the Chosen One and his blessings (barakat).” 

A shorter end to

Wirid al Latiff

 

 ANECDOTES

 

Once Al-Habib Ahmad Mashur paid a visit to Al Habib Omar bin Ahmad Ben Smeth at Comoros Island in Africa. Out of deep reverence for this great scholar and Qadi, he did not immediately thrust himself at his doorway but stood at a distance away and whispered soft supplication for a while before entering the house. Needless to say Al Habib Omar received him with warm adoration. On entering the house, one would see a calligraphic frame at the reception hall which if one were to read it, is in fact a supplication to ask Allah’s forgiveness for Al Habib Omar. His house had two separate living rooms, one served as a common waiting area for all the guests and the other where he would have confidential discussion. As there were other visiting guests on that day, Al-Habib Ahmad Mashur was first ushered to the main common lounge. It was here that a phenomenon occurred. From time to time, Al Habib Ahmad would stand up and sat down again. It was later revealed that he would stand every time Al Habib Omar stood in the next hall to usher the guest, although these two rooms are two closed areas[1].

َلآحَوْلَ وَلاَ قُوَّةََ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم

 

 

 

Martin Lings famous work was in the autobiography of “Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم , his life based on the earliest source”.

 Martin Lings lived with his wife in Cairo for over twelve years. On his return, he continued his education and earned his BA in Arabic and a PhD from the School of Oriental and African Studies (University of London) He worked at the British Museum and later British Library, overseeing eastern manuscripts and other textual works, rising to the position of Keeper of Oriental Printed Books and Manuscripts. Therefore he had access to manuscripts beyond the reach of normal Islamic scholars. Once, in one of the Majlis Ta’alim held by Sheikh Abdul Aziz Ahmed Fredericks, he was queried on the authenticity of certain pages from the autobiography book but he did not respond. 

Subsequently, he had of dream of meeting Al-Habib Ahmad Mashur who provided him with the interpretation dalils.

 

لآحَوْلَ وَلاَ قُوَّةََ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم

 

بِسمِ ٱللهِ ٱلرَّحمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

كَم تَرَكُواْ مِن جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ (٢٥) وَزُرُوعٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ (٢٦) وَنَعمَةٍ كَانُواْ فِيها فَـٰكِهِينَ

How many were the gardens and the water springs that they left behind, And the corn-fields and the noble buildings. And the prosperous comforts of life wherein they used to take delight.

Once Al Habib was meditative and posed the question why the word na’mah ( نَعمَةٍ ) was used instead of ni’mah ( نِعمَةٍ ) in the surah Dukhan. Undeniably, it could not be answered. He explained na’mah has no perpetual prosperity and would be followed by excruciating chastisement whereas ni’mah constitutes the essence of perpetual blessed felicity in this world and the hereafter.

He was then asked on the condition of the non-Muslims who had contributed beneficially to the well-being of the community such as providing water and electricity? He replied Allah would reward them fully in this life but would not extend the bounty in the hereafter.

 

 

Once I had a prearranged meeting in Penang on the eve of the Chinese New Year. Later I was informed that Al-Habib Ahmad Mashur Al Haddad would be in Singapore and having Majlis Ta’alim the same night. Although the flight to Penang was confirmed but return travel to Singapore was not possible as this is the night, beginning of the Chinese festival. Nonetheless, I bought an open ticket to Singapore. After finishing the meeting, I rushed to the airport and saw a long queue for all outward bound flights and submitted my name on the waiting list. There was nothing else that could be done; only Allah knows of my exigency. Suddenly someone unknown from the check-in counter came out and offered me to travel to Kuala Lumpur only. He mentioned it was not possible to fly to Singapore. The event was least expected but I was grateful for the kind gesture. On arrival at the Kuala Lumpur airport, the crowd waiting in the queue was almost double than the one in Penang and I thought to myself that this is the limit of my travel. After registering for the on call waiting list, I sat all alone at a quite corner. Again miraculously, someone appeared from nowhere and told me that it is impossible to get a seat in the plane and whether I was prepared to travel by ‘jump seat’. Although I did not understand the terminology, I just agreed and found myself sitting behind the pilots in the cockpit سُبْحَانَ اللهِ. and finally managed to attend to the function.

 لآحَوْلَ وَلاَ قُوَّةََ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم

[1]  Narrated by Sheikh Muhammad Bashuib of London. He used to make pre appointed call usually to Africa, where Habib was normally based.  His manner adab is superbly unparalleled as he would have wudu’ and face the qiblat before speaking to Al Habib.