Al Habib Husain bin Abdillah Al Aydrus
Beliau seorang wali besar di kota Tarim, Hadramaut dan seorang ahli tasawuf di Hadramaut. Tentang kekaramahannya banyak sekali. Salah seorang muridnya yang bernama Syeikh bin Abdurrahman bin Ali Al-Khatib berkata: “Pada suatu hari aku pernah bersolat Subuh di belakang beliau pada hari Jumaat. Pada rakaat yang pertama beliau membaca surat Al-Sajadah seperti yang disunatkan oleh Nabi. Pada rakaat yang pertama itu aku terganggu oleh kakiku yang gatal. Hampir saja aku memisahkan diri dari berjamaah.
Anehnya pada rakaat yang kedua setelah membaca Al-Fateha beliau membaca surat Al-Ikhlas, sehingga aku merasa hairan pada beliau. Aku kira barangkali beliau juga merasa gatal seperti aku sehingga memendekkan solat. Kiranya dugaanku itu salah. Setelah selesai solat beliau duduk berzikir seperti biasanya sampai matahari naik. Dari situ kumengerti bahawa beliau mengetahui keadaaanku dengan cara Kasyaf (melihat sesuatu dengan cara ghaib).
Diriwayatkan pula bahwa Muhammad bin Ali Al-Amri iparnya yang bertempat tinggal di kota Syibam sedang dipenjarakan oleh Sultan. Ketika dalam penjara ia beristighasah (minta tolong dengan memanggil-manggil nama Sayid Husin bin Abdillah Al-Aidrus. Panggilan istighasah tersebut disampaikan oleh Allah kepada Sayid Husin sehingga beliau datang juga ke kota Syibam untuk melepaskan iparnya yng sedang dipenjarakan itu. Sebelum kedatangan beliau, salah seorang keluarganya iparnya yang berada di kota Syibam bermimpi melihat Sayid Husin datang ke kota tersebut. Waktu ditanyakan hendak ke manakah anda, jawab beliau: “Aku hendak melepaskan iparku dari penjara”.
Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali – karangan Zulkifli Mat Isa