al-Habib Abu Bakar atthas bin Abdullah al-Habsyi

Habib Abu Bakar Al-Attas, Rutinnya Penuh Dengan Ibadah

Habib Abu Bakar Al-Attas(1) bin Abdullah bin Alwi bin Zain bin Abdullah bin Zain bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Alwi bin Abu Bakar Al-Habshi di lahirkan di Hottah, Hadramaut pada bulan Zulkaedah 1327H (1909M). Beliau adalah merupakan salah seorang daripada guru kepada Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abu Bakar bin Aidrus bin Umar bin Aidrus bin Umar bin Abu Bakar bin Aidrus bin al-Husain bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, pengasas Rubath Darul Musthofa di Tarim.

Guru-guru beliau

Semasa kecilnya ditarbiah oleh ayahandanya sendiri. Selepas ayahandanya, Habib Abdullah wafat pada tahun 1342H, tugas tersebut diambilalih oleh kekandanya Habib Hussin. Sebelum meningkat umur remaja, Habib Abu Bakar telah menghafal dan mendalami sebahagian besar isi al-Quran. Beliau menghadiri majlis-majlis ilmu, mendalami kitab-kitab ilmu dan menceduk rahsia-rahsianya yang bagaikan lautan dari ramai ulama. Diantara masyaikh beliau adalah:

• Habib Hussin bin Abdullah al-Habshi

• Habib Alwi bin ‘Abdullah al-Habshi

• Habib Alwi bin Abdullah Benshahab

• Habib Abdullah bin Idrus al-Idrus

• Habib Abdullah bin Umar asy-Syatrie

• Habib Abdul Bari bin Sheikh al-Idrus

• Habib Ahmad bin Abdurrahman as-Saggaf (as-Saqqaf)

• Habib Ahmad bin Mohsin al-Hedhar

• Habib Ali bin Abdurrahman al-Habshi

• Habib Muhammad bin ‘Ali al-Habshi

• Habib Muhammad bin Salim Asree

• Habib Muhammad bin Hadi as-Saggaf

• Habib Umar bin Muhammad Bensmeth

• Habib Hasan bin Muhammad Balfaqih

• Syeikh Mahfuz bin Utsman

• Syeikh Salim Said Bakayir

Apabila kekandanya wafat pada tahun 1369H, ia beruzlah. Beliau menghampirkan diri kepada Ilahi dan tenggelam dengan zikrullah. Ia menghabiskan sepenuh masanya dengan beribadah di dalam keadaan tenag dan juga mengulangkaji kitab-kitab para ulama yang sholeh yang memberi manfaat.

Disebabkan tekanan dari pemerintah Yaman (pada ketika itu Yaman diperintah oleh komunis) beliau telah meninggalkan Hadramaut dan akhirnya bermastautin di Mekah sehingga akhir hayatnya.

Rutin Harian Beliau

Habib Abu Bakar tidak pernah membuang masa. Masanya dibahagikan untuk amal-amal ketaatan, beribadah, kerja-kerja kebajikan, memberi nasihat dan petunjuk di dalam hal urusan orang Islam. Beliau selalu tenggelam dalam zikrullah. Beliau berjaga malam dan terus beribadah sehingga waktu syuruk. Selepas shalat ia memakan sarapan yang ringan dan tidur sebentar.

Pada jam 10 pagi beliau shalat dhuha dan terus berzikir sehingga waktu zohor. Beliau shalat sunat qabliah zohor sebanyak 4 rakaat dan membaca surah Yasin disetiap rakaat. Selepas shalat zohor dan ba’diahnya, beliau makan tengahari dan berehat.

Jam 4 petang ia terus beribadat. Selepas shalat sunat asar 4 rakaat dan beristighfar 70 kali, beliau menunaikan shalat asar dan diikuti dengan zikir, wirid dan mengadakan majlis roha sehingga maghrib Kemudian diikuti dengan shalat fardhu maghrib, sunat ba’diah dan sunat awwabin sehingga masuk waktu isyak.

Habib Abu Bakar membaca ratib al-Haddad selepas selesai shalat isya’ dan ba’diahnya. Selepas makan malam beliau tidur pada jam 10 malam dan bangun semula pada jam 2 pagi untuk memulakan rutin ibadah hariannya.

Amalan beliau ini mencerminkan sebenar-benar isi kandungan kitab tariqah Ba’alawi – al-ilmu Nabras fi Tanbih ‘ala Manhaj al-Akyas oleh kerana beliau:

“….. mengikuti jejak salaf mereka yang berteraskan ilmu dan amal, pembersihan hati dari pekerti buruk, ketaatan dan amal shalih dengan niat yang bersih, berteman dengan orang baik, tidak bergaul dengan orang-orang yang buruk kelakuan, tidak suka terkenal, menjauhi keramaian dan keriuhan disertai mengaku kekurangan diri, berakhlak mulia, bertekad tinggi, warak, zuhud, lemah-lembut, berhati-hati, meninggalkan orang yang memusuhi mereka dan menumpukan perhatian pada hal-hal akhirat ….”

Penulisan

Al-Habib Abu Bakar menghasilkan enam buah risalah dan salah satu daripadanya bertajuk “al-Tazkir al-Mustaffa”

Wafat

Habib Abu Bakar Attas wafat pada 28 Rejab 1416H dan jenazahnya di shalatkan di Masjidilharam dan diusung hingga ke perkuburan Ma’ala oleh ribuan manusia yang berzikir dan bertahlil yang tidak pernah di lihat ditanah haram.

Al Habib Abu Bakar Attas meninggal pada 28 Rejab 1.416 H (21 Desember 1995 M) Hidupnya telah di layanan lengkap kepada Allah dalam segala manifestasi total.  Ia dimakamkan di Ma'la, Mekah di Al Mukarammah.

اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه

. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين 

الفاتحة إلى النبي محمد صلى حضرة الله عليه وآله SAW وإلى روح سيدنا الحبيب ابي بكرالعطاس بن عبدالله بن علوي الحبشي وأصوله وفروعه وتلامذته والمنتسبين إليه أجمعين, أن الله يعلي درجاتهم في الجنة ويكثر من مثوباتهم ويضاعف حسناتهم ويحفظنا بجاههم وينفعنابهم ويعيد علينا من بركاتهم وأسرارهم وأنوارهم وعلومهم ونفحاتهم في الدين والدنيا والآخرة - الفاتحة

__________________________________

Notakaki:

(1): Gelaran ‘al-Attas’ telah diberikan [kepadanya] oleh Habib Abdullah bin Alwi Al-Habshi. Rupanya ada rahasia disebalik nama gelaran tersebut. Semasa pemerintahan komunis di Hadramaut, hampir semua alim-ulama diburu dan diseksa dan ada yang dibunuh oleh kerana mempertahankan yang hak Allah. Contohnya ialah Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz Benshaikh Abu Bakar [ayahanda kepada Habib Umar], mufti Hadramaut yang ditangkap oleh pihak tentera selepas memberi khutbah dan shalat di Masjid Jame’ Tarim. [ketika terjadinya peristiwa ini, Habib Umar yang ketika itu berusia 9 tahun ada bersama ayahandanya] Ianya hilang ghaib begitu sahaja. Habib Abu Bakar termasuk golongan di dalam ‘hit list’. Dengan izin Allah, ia mengetahui rancangan kejam kerajaan dan sempat mengumpulkan kelurganya dan berlepas ke Jeddah melalui pesawat di Aden. Kepungan oleh pihak tentera dibuat merata-rata untuk mencari Habib Attas tetapi ia terselamat oleh kerana di dalam paspotnya tercatat nama Abu Bakar sahaja.

Wirid Doa al-Habib Abu Bakar atthas

هَذَا الدُّعَاءُ يُقْرَأُ بَعْدَ صَلاَتَي المَغْرِبِ وَالفَجْرِ

 

تُقْرَأُ الفَاتِحَةُ ثُمَّ بَعْدَهَا:

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (عَشر مَرَّات)

اَللَّهُمَّ أَجِرْناَ مِنَ النَّارِ (سَبْعًا) 

اَللَّهُمَّ أَسْكِنَّا أَعْلَى الجَنَّةِ (ثَلاَثًا) 

مِنْ غَيْرِ سَابِقَةِ عَذَاب وَلاَ تَوْبِيْخ وَلاَ عِتَاب وَلاَ حِسَاب وَلاَ عِقَاب لاَ فِي الدُّنْيَا وَلاَ فِي البَرْزَخِ وَلاَ فِي الآخِرَةِ بِمَحْضِ

الفَضْلِ وَالجُودِ وَالكَرَمِ وَالإِمْتِنَانِ يَا حَنَّان يَا مَنَّان يَا قَدِيمَ الإِحْسَانِ يَا مَنْ تَفَضَّلَ بِالنِّعَمِ قَبْلَ اسْتِحْقَاقِهَا لاَ تَحْرِمْنَا خَيْرَ مَا

عِنْدَكَ لِشَرِّ مَا عِنْدَنَا اَللَّهُمَّ يَا رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ بِقُدْرَتِكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ اِغْفِرْ لَنَا كُلَّ شَيْءٍ وَلاَ تَسْأَلْنَا عَنْ شَيْءٍ يَا مَنْ لاَ يُشْغِلُهُ

سَمْعٌ عَنْ سَمْعٍ يَا مَنْ لاَ يُغَلِّطُهُ السَّائِلُونَ يَا مَنْ لاَ يَتَبَرَّمُ بِإِلْحَاحِ المُلِحِّينَ أَذِقْنَا بَرْدَ عَفْوِكَ وَحَلاَوَةَ رَحْمَتِكَ

أَسْتَغْفِرُ الله (ثَلاَثًا)

اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَم وَمِنْكَ السَّلاَم وَإِلَيْكَ يَعُودُ السَّلاَم فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَلاَمِ وَأَدْخِلْنَا الجَنَّةَ بِرَحْمَتِكَ دَارَكَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَارَكْتَ

وَتَعَالَيْتَ يَا ذَا الجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ رَادَّ لِمَا قَضَيْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الجَدِّ مِنْكَ

الجَد

اَللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ (ثَلاَثًا)

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَعْلَمُ قَدْرَهُ غَيْرُهُ وَلاَ يَبْلُغُ الوَاصِفُونَ صِفَتَهُ سُبْحَانَ رَبِّيَ العَلِيُّ الأَعْلَى الوَهَّابِ

سُبْحَانَ الله وَالحَمْدُ للهِ وَاللهُ أَكْبَرْ (عَشر مَرَّات)

سُبْحَانَ الله وَالحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَـهَ إِلاَّ الله وَاللهُ أَكْبَرْ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قْوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَاءَ نَفْسِهِ وَزِنَةَ

عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَدَدَ كُلِّ

ذَرَّةٍ أَلْفَ مَرَّةٍ إِنَّ اللهَ ومَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِي يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيهِ (مِائَة مَرَّة)

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ مِفْتَاحِ بَابِ رَحْمَةِ اللهِ عَدَدَ مَا فِي عِلْمِ اللهِ، صَلاَةً وَسَلاَمًا دَائِمَيْنِ بِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ

وَصَحْبِهِ وَمَنْ وَالاَهُ، يَا أَوَّلَ الأَوَّلِينَ وَيَا أَخِرَ الآخِرِينَ وَيَا ذَا القُّوَّةِ المَتِين وَيَا َراحِمَ المَسَاكِينَ وَيَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ،

اَللَّهُمَّ إِنَّا ضَمَنَّاكَ أَنْفُسَنَا وَأَمْوَالَنَا وَأَوْلاَدَنَا وَأَهْلِينَا وَذَوِي أَرْحَامِنَا وَمَنْ أَحَاطَتْ بِهِ شَفَقَةُ قُلُوبِنَا وَجُدَرَاتُ بُيُوتِنَا وَمَنْ مَعَنَا

وَمَا مَعَنَا وَكُلَّ مَا أَنْعَمْتَ بِهِ عَلَيْنَا

فَكُنْ لَنَا وَلَهُمْ حَافِظًا يَا خَيْرَ مُسْتَوْدَع فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالآخِرَةَ (ثلاث مرات) آمِين

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ لَنَا وَلَهُمُ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ والمُعَافَاةَ الدَّائِمَةَ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالآخِرَة ، وَصِحَّةً فِي تَّقْوَى وَطُولَ عُمُرِ فِي

حُسْنِ عَمَلٍ وَرِزْقًا وَاسِعًا لاَ تُعَذِّبْنَا عَلَيْهِ اَللَّهُمَّ يَا سَاتِرَ الأَحْوَالِ لاَ تَكْشِفْ لَنَا وَلَهُمْ حَال وَارْزُقْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ رِزْقِكَ الحَلاَل

وَبَارِكْ لَنَا وَلَهُمْ فِي الأَهْلِ وَالمَالِ وَالعِيَالِ

وَاكْفِنَا وَإِيَّاهُمْ شَرَّ مَا تَأْتِي بِهِ الأَيَّامِ وَاللَّيَالِ (مرتين)

وَاحْرُسْنَا وَإِيَّاهُمْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَام وَاكْنُفْنَا وَإيَاهُمْ بِكَنَفِك الَّذِي لاَ يُرَام وَارْحَمْنَا وَإِيَّاهُمْ بِقُدْرَتِكَ عَلَيْنَا فَلاَ نَهْلِك وَأَنْتَ ثِقَتُنَا

وَرَجَاؤُنَا وَاهْدِنَا وَإِيَّاهُمْ لأَحْسَنِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ فَإِنَّهُ لاَ يَهْدِي لأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ وَاصْرِفْ عَنَّا وَعَنْهُمْ سَيِّئَهَا فَإِنَّهُ لاَ

يَصْرِفُ عَنَّا وَعَنْهُمْ سَيِّئَهَا إِلاَّ أَنْتَ وَارْحَمْنَا وَإِيَّاهُمْ بِتَرْكِ المَعَاصِي أَبَدًا مَا أَبْقَيْتَنَا وَارْحَمْنَا أَنْ نَتَكَلَّفَ مَا لاَ يَعْنِيْنَا

وَارْزُقْنَا حُسْنَ النَّظَرِ فِيْمَا يُرْضِيْكَ عَنَّا (مرتين)

يَا حَيُّ يَا قَيُّوم يَا ذَا الجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ بِرَحْمَتِكَ نَسْتَغِيْثُ وَمِنْ عَذَابِكَ نَسْتَجِيْر لاَ تَكِلْنَا إِلَى أَنْفُسِنَا طَرْفَةَ عَيْنٍ

وَاصْلِحْ لَنَا شَأْنَنَا كُلَّهْ بِمَا أَصْلَحْتَ بِهِ الصَّالِحِينَ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْم أَنْجِزْ لَنَا وَلَهُمْ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِكَ نَسْعَدُ بِهَا فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا

وَالآخِرَةَ وَأَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الأُمُوْرِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ وَصَلَّى الله عَلَى

سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ

أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْم وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (ثلاثاً)

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ إِلـَهً وَاحِدًا وَرَبًّا شَاهِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ (أربعاً)

حَصَّنْتُ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمَالِي وَعِرْضِي وَدِيْنِي وَدُنْيَايَا وَأُخْرَايَا وَمَعَاشِي وَمَعَادِي وَأَزْوَاجِي وَأَوْلاَدِي وَظَاهِرِي وَبَاطِنِي

وَسِرِّي وَعَلاَ نِيَّتِي وَزَمَانِي وَمَكَانِي وَوَقْتِي وَأَهْلَ وَقْتِي وَكُلَّ شَيْءٍ أَعْطَانِيْهِ رَبِّي بِمَا حَصَنِ بِهِ النَّبِيُّونَ وَالمُرْسَلُونَ

وَالأَوْلِيَاءُ وَالصَّالِحُونَ أَنْفُسَهُمْ وَأَهْلَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ وَأَعْرَاضَهُمْ وَدِيْنَهُمْ وَدُنْيَاهُمْ وَأُخْرَاهُمْ وَمَعَاشَهُمْ وَمَعَادَهُمْ وَأَزْوَاجَهُمْ

وَأَوْلاَدَهُمْ وَظَاهِرَهُمْ وَبَاطِنَهُمْ وَسِرَّهُمْ وَعَلاَ نِيَّتَهُمْ وَزَمَانَهُمْ وَمَكَانَهُمْ وَوَقْتَهُمْ وَأَهْلَ وَقْتِهِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالآخِرَةَ وَحَسْبُنَا

الله وَنِعْمَ الوَكِيل وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ

العَالَمِينَ  

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 Tidak ada tuhan melainkan Allah yang Esa, Tidak ada sekutu baginya, Bagi-Nyalah kekuasaan dan bagi-Nyalah pujian, Dialah yang menghdupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

 Ya Allah, Jauhkan kami dari api neraka

 Ya Allah, tempatkan kami di Syurga yang tertinggi, tanpa didahului dengan sebarang azab, celaan, hisab, balasan buruk, tidak di dunia, di alam barzakh mahupun di akhirat, dengan keutaman, kemurahan, kemuliaan dan pemberiaanMu.

 Wahai yang Maha Penyayang, Wahai Yang Maha Penganugerah, Wahai yang memberikan kebaikan, Wahai yang mendahulukan nikmat, sebelum berhak diterimanya! Janganlah haramkan kami kebaikan daripada sisi-Mu kerana kejahatan daripada kami.

  Ya Tuhan setiap sesuatu, dengan kuasa-Mu atas setiap sesuatu, ampunkan  kami pada segala sesuatu janganlah engkau tanya kami sesuatu apapun.    Wahai yang tidak diberatkan dengan permintaan-permintaan orang yang meminta-minta! Wahai yang tidak jemu dengan permintaan orang yang meminta dengan sepenuh hati! Rasakanlah kami kedinginan ampunan-Mu, dan kemanisan rahmat-Mu.

 Aku memohon ampun kepada Allah.

 Ya Allah! Engkaulah yang maha Sejahtera, Daripada-Mulah kesejahteraan, dan kepada-Mulah kembalinya kesejahteraan, maka hidupkanlah kami wahai tuhan kami, dengan sejahtera, dan masukkanlah kami dengan rahmat-Mu ke dalam syurga-Mu  tempat yang sejahtera, segala puji dan kemuliaan bagi engkau, wahai yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan.

 Ya Allah! Tidaklah ada yang dapat menahan  apa yang  Engkau hendak beri, dan tidak ada yang dapat memberi apa yang engkau halang, dan tidak ada yang dapat menolak apa yang telah Engkau tentukan, dan tidak berguna kekayaan orang untuk mempertahankan dirinya daripada-Mu.

 Ya Allah! Bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan memperelok  ibadah kepada-Mu. Maha Suci  Allah yang tidak ada sesiapa yg mengetahui dgn sebenar akan  darjat-Nya melainkan dia sahaja, dan tidak sampai orang yang cuba mensifatkan kesempurnaan sifat-Nya. Maha Suci Tuhanku yang maha tinggi lagi maha pengurnia.

 Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Allah maha Besar.

Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Tidak ada tuhan selain Allah, Allah maha Besar. Tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung, sebanyak bilangan makhluk-Nya, keredhaan diri-Nya, timbangan arasy-Nya, dan tinta kalimah-Nya.

 Tidak ada tuhan selain Allah yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, Bagi-Nyalah kekuasaan dan bagi-Nyalah pujian, Dialah yang menghdupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu, bilangan semua zarah digandakan seribu kali.

 Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi, wahai orang yang beriman, berselawat dan salamlah ke atasnya dengan sebaik-baik salam.

 Ya Allah, cucurkanlah selawat ke atas baginda.

 Ya Allah, cucurkanlah selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, kunci kepada pintu rahmat Allah, sebanyak bilangan apa yang terkandung dalam ilmu Allah, Selawat dan salam yang berkekalan dengan kekalnya kekuasaan Allah, serta ke atas keluarga, sahabat dan yang mengikuti baginda.

 Wahai yang Maha Awal dari yang awal, Wahai yang Maha Akhir dari yang akhir, wahai yang mempunyai kekuatan dan keteguhan, wahai yang pembelas ke atas orang yang miskin, wahai yang pengasih dari segala yang mengasihi!

 Ya Allah, sesungguhnya kami memohon jaminan pemeliharaan-Mu ke atas diri kami, harta kami, anak-anak kami, keluarga kami, kaum kerabat kami, dan yang memenuhi dengannya belas kasihan di hati kami, dan dinding-dinding rumah kami, siapa yang bersama kami, apa yang bersama kami, dan semua yang engkau anugerahkan kepada kami.

 Maka jadikanlah kami dan mereka terpelihara, wahai sebaik-baik penjamin, pada urusan agama, dan di dunia serta di akhirat.

 Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu, untuk kami dan mereka, kemaafan dan afiat, dan keampunan yang berkekalan pada urusan agama, di dunia dan akhirat, serta sihat di dalam ketaqwaan, panjang umur dengan amal yang baik, rezki yang luas yang tidak engkau Engkau azabkan kami kerananya.

 Ya Allah, Wahai yang menutup segala hal (keaiban), janganlah engkau bukakan kami dan mereka hal (keaiban), berikanlah kami dan mereka daripada rezeki-Mu yang halal, berkatilah kami dan mereka pada ahli, harta dan keluarga, jauhkan kami dan mereka daripada kejahatan yang didatangkan pada waktu malam dan siang.

Peliharalah kami dan mereka dengan mata-Mu yang tidak tidur, lindunglah kami dan mereka dengan perlindungan-Mu yang tak pernah pudar, rahmatilah kami dan mereka dengan kekuasaan-Mu atas kami, maka janganlah binasakan kami sedangkan Engkaulah kepercayaan dan harapan kami, tunjukkanlah kami dan mereka dengan akhlak dan amalan yang baik, sesungguhnya tidak ada yang dapat menunjukkan kami dan mereka ke arahnya melainkan Engkau, jauhkan kami dan mereka daripada keburukannya (akhlak dan amalan), sesungguhnya tidak ada yang dapat menjauhkan kami daripada keburukannya melainkan Engkau. Rahmatilah kami dan mereka dengan memberi kemampuan meninggalkan maksiat selama-lamanya selagi kami hidup, dan rahmatilah kami supaya tidak terbeban dengan apa yang tiada kena mengena dengan kami. Anugerahkanlah kami penglihatan yang baik pada apa yang Engkau redha ke atas kami.

 Wahai yang Maha Hidup dan Berdiri dengan sendiri, Wahai yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, Tidak ada tuhan selain Engkau, Kami memohon bantuan dengan rahmat-Mu, kami meminta dijauhkan daripada azab-Mu. Janganlah Engkau serahkan kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata (janganlah engkau biarkan kami tanpa rahmat dan perlindungan-Mu). Baikkanlah segala urusan kami dengan apa yang Engkau baikkan dengannya para Solihin.

 Wahai yang Maha Hidup dan Berdiri dengan sendiri, Sempurnakan kami dan mereka rahmat dari sisi-Mu, dengannya kami memohon bantuan di dunia dan akhirat. Perelokkanlah kesudahan kami dalam semua perkara, dan jauhkan kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat, dengan rahmat-Mu, wahai yang maha Pengasih dari segala yang mengasihi. Selawat dan Salam ke atas Penghulu kami Muhammad, keluarganya, sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah.

 Aku memohon ampun kepada Allah yang maha Agung, yang tidak ada tuhan melainkan-Nya yang Maha Hidup dan Berdiri, dan aku bertaubat kepadanya.

 Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, Tuhan Yang Tunggal, Yang menyaksikan, Dan kami berserah diri kepada-Nya.

 Aku bentengkan diriku, keluargaku, hartaku, tubuh badanku, agamaku, duniaku, akhiratku, kehidupanku, kematianku, isteri-isteriku, anak-anakku, zahirku, batinku, rahsiaku, apa yang terang daripadaku, zamanku, tempatku, waktuku, dan yang hidup di waktuku, dan semua yang diberikan oleh Tuhanku kepadaku, dengan apa yang dibentengkan dengannya para nabi, rasul, aulia’ dan orang-orang soleh, diri-diri mereka, keluarga mereka, harta mereka, tubuh badan mereka, agama mereka, dunia mereka, akhirat mereka, kehidupan mereka, kematian mereka, isteri-isteri mereka, anak-anak mereka, zahir mereka, batin mereka, rahsia mereka, apa yang terang daripada mereka, zaman mereka, tempat mereka, waktu mereka, dan yang hidup di waktu mereka pada urusan agamaku, dan di dunia serta akhirat. Dan cukuplah bagi kami Allah, dan sebaik-baik tempat berserah. Tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabat baginda. Dan segala puji bagi Allah.

ANECDOTES

1    Once a group of us who stayed at the guest apartment called Rabatus Sadah near the Masjidul-Harram at Mekah Al Mukarammah decided to visit Al Habib Alattas who was then residing at an apartment at Shari’ Mansoor, which was only a ten minute walking distance away. Among us was Al Habib Ali bin Esa Al Haddad and Al Habib Awad Bin Hamid from Singapore. On that particular morning, everyone was getting ready and I saw Al Habib Awad tying his white cap with an imammah cloth. This is the first time, I saw him doing it, as it was quite usual for us just to wear the hard white cap called songkok Palembang at home. While observing him, I saw his face was sullen and gloomy and I enquired as to why he was depressed. He explained he was ashamed to meet Al Habib Al Attas without having and wearing the outer white robe, the hallmark of dress etiquette for Habaib in Hadramaut. Finally all of us walked to Al Habib Al Attas’s apartment, located on the first floor of the building. As expected, Al Habib was delighted to receive us and after the customary affectionate greetings and supplications, he asked us to sit down while he immediately went inside to his bed-room. He came out and brought his own outer robe and gave it to Habib Awad . It was really an extraordinary occurrence.       

لآحَوْلَ وَلاَ قُوَّةََ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم

 

 

 

 

2.  Dr Hisham bin Abdul Rahman Aljufri had a book entitled المراجعات. This is the dialogue between Syi’ah and Sunni doctrine so as to strengthen the inference of Syi’ah belief. This book is available in the Malay language entitled “Dialog Sunnah Syi'ah” written by A.Syarafuddin al-Musawi. Dr Hisham wanted to know Al Habib’s stance on Syi’ah’s doctrine but he dared not ask directly. He maintained his reverence and adab between a murid and Sheikh. During one of the close session with Al Habib, he sat next to him and indiscreetly put the book on the floor. Al Habib noticed Dr Hisham’s gesture and politely asked him on his demeanour. On being informed scarcely even on the title of the book, Al Habib brushed aside the book with the back of his palm and warned Dr Hisham not even to open the book. He would be afflicted with the darkening of the heart in which case, it may take several months to cleanse it.

 

On reflection, our tariqa Ba’alawi would not condone an atom of aspersion on the family and the companions of Rasullulah صلى الله عليه وآله وسلم.Who could compare the sacrifice of Saidina Abu Bakar, رضي الله عنه who stayed in thick and thin with Rasullulah صلى الله عليه وآله وسلم, spent the time with him in the cave, escaping and migrating together to Medina, not to mention his total sacrifice in life and possessions?

While not denying of Rasullulah’s صلى الله عليه وآله وسلم perpetual love to Saidatinah Khadijah الكبرى,رضي الله عنها, Saidatinah Aisha الرضى, رضي الله عنها, the beautiful الحميراء came in his life with her unflinching love, at the time when Rasullulah  صلى الله عليه وآله وسلم had just gone through tribulation and at one of the lowest ebb in his life. There were the unhappy episodes on the recently demise of Saidatinah Khadijah رضي الله عنها and his uncle, custodian and savior Abu Talib, the cruel rejection towards him by the community at Taif, the economic boycott that entailed the tying of stone to the stomach to prevent hunger, the confederates attempt to murder him on his bed and the inevitable escape and migration to Medina. Needless to say, Saidatinah Aisha الرضى, رضي الله عنها brought warm comfort in his life.

 

We are reminded of the supplication,

اَللّهُمَّ ارزقني حبك و حبب من يحبك

“Oh Allah, please bestow upon me, the love for You and the love on those who love You".  امين