Nabi Khidir.as

Nama lengkapnya Al-Khaidir ialah Balya Bin Malkan Bin Faligh Bin ‘Abir Bin Syalikh Bin Arfakhsyaz Bin Sam Bin Nabi Nuh, dan gelarannya pula ialah Abu Al’ Abbas, Beliau juga dikenali dengan panggilan Khaidir kerena dua sebab, sebab pertama Rasulullah s.a.w bersabda: “ia dinamakan Khaidir karena ketika ia duduk diatas rumput tiba-tiba memancar cahaya hijau dari arah belakangnya (Hadis Abi Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari), sebab kedua, Al-Khattaby berkata: Dia dinamakan Khaidir karena wajahnya cantik dan berseri-seri (Rujukan al-Bidayah Wal Nihayah-Ibnu Katsir 1/327).

Malkan adalah ayahanda kepada Al-Khaidir adalah seorang Raja yang amat berpengaruh dan terkenal dengan kekejamannya, ketika Al-Khaidir masih kecil dia dihantar belajar dengan seorang guru yang berakhlak mulia. Diantara rumah guru dan Istana Malkan, ada seorang ahli ibadah yang mana Al-Khaidir amat tertarik dengannya, maka dia belajar dan tinggal bersama orang yang ahli ibadah itu.

Gurunya beranggapan bahwa Al-Khaidir berada di Istana Raja Malkan, manakala, Raja Malkan pula beranggapan bahawa Al-Khaidir berada di rumah gurunya, tetapi sebenarnya, Al-Khaidir tinggal dan belajar secara tidak rasmi dengan orang yang ahli ibadah itu.

Setelah Al-Khaidir meningkat dewasa, pembesar-pembesar istana mengusulkan supaya dia segera dikawikan untuk mendapatkan keturunan atau generasi penerus Kerajaan Raja Malkan, kemudian Raja Malkan menawarkan dan menyuruh Al-Khaidir untuk mendirikan rumah tangga baru. Bagaimanapun Al-Khaidir enggan menerima tawaran tersebut, setelah berulang kali disuruh oleh Ayahandanya, akhirnya Al-Khaidir setuju dan dikawinkan dengan seorang puteri raja.

Setelah agak lama menjadi pasangan suami isteri maka Al-Khaidir memberitahu isterinya. Al-Khaidir berkata kepada isterinya ”Aku beritahu kepadamu tentang suatu rahasiaku, jika kamu rahasiakan, kamu akan selamat di dunia dan di akhirat tetapi jika kamu bocorkan rahasiaku ini, kamu akan disiksa di dunia dan di akhirat”. Isterinya bertanya ”Apakah rahasia itu?” Al-Khaidir menjawab ”sesungguhnya aku ini seorang lelaki yang beragama Islam. Bukan seperti ayahku dan aku tidak memerlukan perempuan dalam hidupku, oleh itu, jika kamu setuju hidup bersamaku dan mengikuti agamaku, maka, kita terus hidup bersama, dan apabila kamu tidak setuju denganku, maka aku mempersilahkan kamu pulang ke rumah keluargamu”. Isteri Al-Khaidir membalas ”aku akan terus setia bersamamu”.

Setelah lama berumahtangga dan tidak mempunyai anak maka pembesar negara dan orang ramai bertanya kepada Raja Malkan ”Bahawasanya anak kamu itu sebenarnya mandul dan tidak dapat dikaruniay anak”, lantas Raja Malkan bertanya kepada Al-Khaidir, kata Raja Balkan ”telah lama kamu berkahwin, tetapi, sehingga hari ini kamu masih belum mempunyai anak”, balas Al-Khaidir ”Hal ini bukan dibawah kekekuasaanku tetapi dibawah kekuasaan Tuhanku Allah S.W.T. Dia mengkaruniakan anak kepada sesiapa yang dikehendakiNya”.

Soalan yang sama ditanya oleh Raja Malkan kepada isteri Al-Khaidir, jawaban yang diperoleh dari pada isteri Al-Khaidir adalah sama sebagaimana yang diperoleh dari pada Al-Khaidir. Setelah sekian lama telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak, maka Raja Malkan menyuruh Al-Khaidir menceraikan isterinya. Al-Khaidir enggan berbuat demikian pada mulanya, tetapi Raja Malkan terus memaksa Al-Khaidir dan akhirnya Raja Malkan memisahkan antara Al-Khaidir dan isterinya, kemudian, secara paksa, Raja Malkan mengahwinkan Al-Khaidir dengan seorang janda muda yang telah mempunyai anak dengan harapan mudah-mudahan perkahwinan ini nanti akan membuahkan hasil, iaitu, mempunyai anak untuk meneruskan keturunan dan Kerajaan Raja Malkan.

Malangnya, keadaan yang sama berlaku, setelah lama kawin, mereka masih belum dikurniakan anak, apabila Al-Khaidir ditanya tentang hal ini, jawabannya sama seperti dahulu, kemudian Raja Malkan bertanya kepada isteri kedua Al-Khaidir ”Kamu ini adalah janda muda yang sudah mempunyai anak sebelum kawin dengan anakku, kenapa pula kamu tidak memperoleh anak setelah kawin dengannya?”. Isteri kedua Al-Khaidir pun menjawab ”semenjak kami kawin hingga sekarang, saya tidak pernah disentuh sama sekali oleh beliau.” Kemudian isteri pertama Al-Khaidir dipanggil dan ditanya, jawabannya sama.

Al-Khaidir dipanggil oleh Raja Malkan dan dia dimarahi dengan bahasa yang kesat dan kasar, sehingga hati Al-Khaidir terasa, justeu itu, Al-Khaidir merasa tidak bahagia dan tidak tenteram untuk terus tinggal di Istana Raja Malkan, akhirnya Al-Khaidir meninggalkan Istana Raja Malkan dan pergi merantau, Raja Malkan , ayahanda kepada Al-Khaidir amat sedih dan menyesal dengan kejadian itu , justeru Baginda Raja Malkan mengerahkan 100 orang untuk mencari Al-Khaidir ditempat yang berlainan, sebelah utara, selatan, timur dan barat mereka semua berpencar. Akhirnya, sekumpulan sepuluh orang berhasil menemukan Al-Khaidir di sebuah pulau yang kecil dan terpencil.

Dialog Al-Khaidir dengan Sepuluh Orang

Al-Khaidir berkata kepada kumpulan 10 orang ini. ”Aku akan katakan sesuatu yang bila kamu rahasiakan, kamu akan selamat di dunia dan akhirat, tetapi jika kamu bocorkan rahasia ini, kamu akan disiksa didunia dan diakhirat.” Mereka kumpulan 10 bertanya ”Apakah rahasia itu.?’ Namun Al-Khaidir bertanya lagi kepada mereka, ”Adakah orang lain yang mencari aku selain dari pada kamu sekalian yang bersepuluh.” ”Ya, Ada” balas mereka, Al-Khaidir terus berkata ”Jika kamu merahasiakan pertemuan kita ini dari pada Ayahanku, dengan tidak memberitahu kepada Ayahanda ku tentang pertemuan kita di pulau kecil ini, sebabnya, jika kamu beritahu Ayahanda ku tentang pertemuan kita ini, nanti, aku akan dibunuh dan kamu juga akhirnya akan dibunuh selepas itu,”

Namun setelah kumpulan sepuluh pekerja istana, ini pulang ke Istana Malkan dan bertemu Raja Malkan, sembilan dari pada mereka jujur kepada Raja Malkan dengan memberitahu bahwa mereka telah bertemu Al-Khaidir, manakala, hanya seorang yang merahasiakan pertemuan tersebut kepada Raja Malkan. Sembilan yang mengaku bertemu Al-Khaidir dikerah untuk mencari dan membawa pulang Al-Khaidir ke Istana Raja Malkan, malangnya, Al-Khaidir tiada di pulau kecil tersebut kerena beliau telah merantau ke tempat yang lain, maka semua sembilan orang pekerja istana ini pulang dengan tangan kosong dan mati dihukum pancung oleh Raja Malkan.

Bagaimanapun pekerja istana yang seorang lagi selamat, beliau menjaga rahasia, isteri kedua Al-Khaidir si janda muda itu juga turut di hukum bunuh kerena menjadi pencetus pada kekacauan yang berlaku dalam Istana Raja Malkan, kerena takut dibunuh oleh Raja Malkan, bekas isteri pertama Al-Khaidir, si puteri raja, lari menginggalkan Istana Raja Malkan.

Menjaga Rahasia

Kedua-dua mereka, pekerja istana yang menjaga rahasia dan bekas isteri pertama Al-Khaidir, akhirnya mereka bertemu diperantauan, dan mereka berjanji untuk menutup rahasia masing-masing, dan mereka akhirnya bertemu jodoh dan kawin. Mereka merantau ke Mesir dan berkerja dengan Raja Fir’aun di sana. Si isteri bekerja sebagai pengasuh anak perempuan Fir’aun. Dalam sejarah dia dikenali dengan nama Masyithah (tukang sikat rambut). Sementara suaminya pula bekerja sebagai tukang kayu, namanya ialah Hizqil (pembuat kotak yang menghanyutkan Musa dalam sungai Nil).

Nabi Musa Berguru Kepada Al-Khaidir

Ketika Nabi Musa berada di Mesir, dia memberikan pidato dan peringatan kepada kaum Bani Israel dengan menyeru supaya sekalian kaum Bani Israel bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatNya yang telah dikurniakan kepada mereka. Majlis tazkirah ini benar-benar menyentuh hati nurani kaum Bani Israel sehingga mereka menangis terisak-isak kerena berasa menyesal dan penuh insaf tentang kesilapan lama.

Setelah selesai majlis tadzkirah itu, salah satu dari pada kaum Bani Israel bertanya kepada Nabi Musa ”Siapakah orang yang paling alim wahai Nabi Musa?” Nabi Musa menjawab ”Aku”. Kemudian turun wahyu dari Allah kepada Nabi Musa, Firman Allah ”Aku mempunyai hamba yang berada dipertemuan laut Parsi dan Rum, dia lebih alim dari pada Kamu” Nabi Musa bertanya ”Bagaimana cara aku bisa berjumpa dengannya?” Allah menjawab ”Bawakan ikan yang sudah dimasak dan letakan di satu wadah lalu bawalah pergi mencarinya, di mana ikan itu hilang di situ hambaKu itu berada”

Nabi Musa pergi bersama Yusya’ Bin Nun Bin Afraithim Bin Yusuf AS dengan membawa ikan yang sudah dimasak dan terus menuju ke muara di pertemuan antara laut Parsi dan Rum seperti yang ditunjukan oleh Allah swt. Nabi Musa berkata kepada Yusya’; ”Aku akan terus berjalan sehingga sampai ke pertemuan dua lautan atau hingga berjalan berpuluh-puluh tahun” (QS Al Kahfi ayat 60)

Nabi Musa berkata lagi kepada Yusya’ Bin Nun Bin Afraithim Bin Yusuf AS ”Apabila kamu kehilangan ikan ini maka beritahu kepadaku” setelah mereka sampai dipertemuan dua laut, mereka keletihan dan tertidur dan terlupa ikannya, kemudian dengan izin Allah ikan itu hidup dan masuk ke dalam laut dan menempuh jalan (QS Al Kahfi ayat 61)

Nabi Musa dan Yusya’ tertidur di atas batu besar yang ada disitu, kemudian ikannya terkena Ma-ul Hayat/air hidup (benda yang mati jika terkena air tersebut akan kenbali hidup) lalu ia berjalan melalui batu-batuan itu dan terus ke laut. Tempat yang dilalui ikan itu Allah kekalkan bekasnya, setelah bangun dari tidurnya, Nabi Musa dan Yusya’ meneruskan perjalanannya dan lupa mengenai ikan tersebut.

Pada kesokan harinya, Nabi Musa bertanya kepada Yusya’ ”bawalah kemari, kita bersarapan pagi, sesungguhnya kita telah merasa keletihan karena perjalanan ini” (QS Al Kahfi ayat 62). Yusya’ berkata ”Tahukah kamu semasa kita istirahat di atas batu-batuan(malam tadi) sesungguhnya aku lupa (menceritakan) ikan itu dan tidak ada yang melupakanku untuk menceritanya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalanya di laut dengan jalan yang aneh” (QS Al Kahfi ayat 63) Nabi Musa berkata; ”itulah tempat yang kita cari” kemudian mereka berdua kembali mengikuti jejak mereka semula dengan teliti (QS Al kahfi ayat 64), kemudian mereka berdua bertemu dengan Al-Khaidir, yang Allah kurniakan rahmat dari sisiNya dan Allah kurniakan ilmuNya kepada Al-Khaidir, (Ilmu Laduni/Ilmu yang datangnya langsung dari Allah) (QS Al kahfi ayat 65).

Nabi Musa memberikan salam kepada Al-Khaidir, ”Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh” , Al-Khaidir menjawab salam tersebut ”Wa alaikum salam wahai nabi kaum Bani Israel” terperanjat dengan jawaban salam tersebut, Nabi Musa bertanya kepada Al-Khaidir ”Siapa yang memberitahukan kepada kamu, kalau aku adalah Nabi Kaum Bani Israel?” Al-Khidir menjawab ”Orang yang menyuruh kamu datang ke mari”,

Ketika mereka sedang rancak berbual-bual dan bertukar-tukar pandangan, tiba-tiba datang seekor burung helang yang membawa air pada paruhnya. Al-Khaidir, berkata ”Hai Musa, didalam hatimu kamu pernah berkata bahwa kamu itu orang yang paling alim diseluruh muka bumi, sebenarnya ilmu kamu, ilmu kita, dan ilmu seluruh orang yang terdahulu dan yang terakhir apabila dibandingkan dengan ilmu Allah hanyalah laksana air yang melekat didalam paruh burung helang tadi saja dari air yang terdapat diseluruh lautan”. Tanya Nabi Musa kepada Nabi Khidir ”Bolehkah aku mengikuti kamu supaya kamu ajarkan kami dari ilmu yang kamu tahu (oleh Allah)” (QS Al kahfi ayat 66) Balas Al-Khaidir,”sesungguhnya kamu tidak mampu untuk bersabar bersamaku, bagaimana kamu akan bersabar terhadap sesuatu yang kamu belum mengetahui hakikatnya?” Jawab Nabi Musa kepada Al-Khidir ”Insya Allah kamu akan dapati aku sebagai orang yang sabar dan aku tidak akan menentangmu didalam suatu perkara sekalipun” (QS Al kahfi ayat 69).

Kisah seterusnya adalah seperti dalam Surah Al Khafi ayat 70 sampai 82.

[70] Dia menjawab: Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu.

[71] Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, dia membocorkannya. Nabi Musa berkata: Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar.

[72] Dia menjawab: Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?

[73] Nabi Musa berkata: Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu) dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu).

[74] Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu dia membunuhnya. Nabi Musa berkata Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!

[75] Dia menjawab: Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?

[76] Nabi Musa berkata: Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku.

[77] Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia membinanya. Nabi Musa berkata: Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!

[78] Dia menjawab: Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

[79] Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, karena di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

[80] Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa dia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.

[81] Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik dari padanya tentang kebersihan jiwa dan lebih mesra kasih sayangnya.

[82] Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada harta terpendam kepuyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

Wasiat Al-Khaidir Kepada Nabi Musa As.

Sebelum berpisah, Nabi Musa meminta wasiat kepada Al-Khaidir. Wasiat Al-Khaidir kepada Nabi Musa ialah ”Wahai Musa, senyumlah kamu dan jangan tertawa sampai terbahak-bahak. Jangan berlebihan dalam semua perbuatan. Jangan melakukan sesuatu tanpa ada hajat atau niat. Jangan cela orang yang bersalah karena kesalahannya sendiri. Jangan menangguhkan perkara hari ini hingga sampai esok hari. Menangislah di atas segala kesalahanmu wahai anak lelaki Imran.”

Di dalam kitab “Al-Asror Rabbaniyyah wal Fuyudhatur Rahmaniyyah” karya Syeikh Ahmad Shawi Al-Maliki halaman 5 diterangkan yang artinya sebagai berikut: Telah berkata guru dari guru-guru kami,

Sayyid Mushtofa Al-Bakri: Telah berkata Al-’Ala’i di dalam kitab tafsirnya bahwa sesungguhnya Nabi Khidir dan Nabi Ilyas as hidup kekal sampai hari kiamat.

Nabi Khidir as berkeliling di sekitar lautan sambil memberi petunjuk kepada orang-orang yang tersesat di lautan. Sedangkan, Nabi Ilyas berkeliling di sekitar gunung-gunung sambil memberi petunjuk kepada orang-orang yang tersesat di gunung-gunung. Inilah kebiasaan mereka di waktu siang hari.

Sedangkan di waktu malam hari mereka berkumpul di bukit Ya’juj wa Ma’luj (يأجوج و مأجوج) sambil mereka menjaganya. Dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa Nabi Khidir dan Nabi Ilyas berjumpa pada tiap-tiap tahun di Mina (Saudi Arabia). Mereka saling mencukur rambutnya secara bergantian. Kemudian mereka berpisah dengan mengucapkan kalimat:

بسم الله ما شاء الله لا يسوق الخير الا الله بسم الله ما شاء الله لا يصرف السو ء الا الله بسم الله ما شاء الله ما كان من نعمة فمن الله بسم الله ما شاء الله لا حول و لا قوة الا بالله 

Maka barangsiapa mengucapkan kalimat-kalimat ini pada waktu pagi dan sore hari, maka ia akan aman dari tenggelam, kebakaran, pencurian, syaitan, sultan, ular, dan kalajengking.

Dan telah dikeluarkan oleh Ibnu ‘Asakir bahwa sesungguhnya Nabi Khidir dan Nabi Ilyas itu berpuasa Ramadhan di Baitul Maqdis (Palestina) dan mereka melakukan ibadah haji pada tiap-tiap tahun. Mereka minum air zamzam dengan sekali tegukan, yang mencukupkan mereka seperti minuman dari Kabil.

Sebagian ulama menceritakan bahwa sesungguhnya Nabi Khidir itu putera Nabi Adam as yang diciptakan dari tulang iganya. Menurut segelintir kecil ulama lagi beliau putera Halqiya. Ada yang mengatakan putera Kabil bin Adam. Adapula yang mengatakan beliau itu cucunya Nabi Harun as, yaitu putera bibinya Iskandar Dzul Qarnain. Dan Perdana Menterinya benar-benar aneh mengatakan bahwa Nabi Khidir itu dari golongan malaikat. Sedangkan, menurut pendapat ulama yang paling shohih adalah bahwa Khidir itu adalah seorang Nabi. Menurut ulama jumhur beliau itu masih hidup dan beliau tidak akan pernah meninggal terkecuali pada hari kiamat apabila Al-Qur’an telah diangkat dan Dajjal telah membunuhnya. Kemudian, Allah menghidupkannya kembali. Sesungguhnya, beliau itu masa hidupnya panjang sekali. Karena, beliau meminum air kehidupan.

Sumber: ahmadrais.blogspot.com