إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal"[Surah Aali Imran 190]
#Kekuasaan Allah teramat hebat dan tiada tandingannya. Daripada pertukaran malam dan siang itulah terciptanya hari, minggu, bulan, tahun, dekad, abad dan kurun.
#Dan dgn pertukaran itulah jg mengubah suasana serta kehidupan setiap makhluk, khususnya yg bernama manusia dan kita sebahagian daripadanya.
#Pertukaran malam dan siang tlh menukar bayi menjadi kanak-kanak, kanak-kanak menjadi remaja, remaja menjadi dewasa, dewasa menjadi tua, tua menjadi bangka dan bangka menjadi mayat.
#Persoalannya, selain bertukar malam ke siang, bertukar jugakah amalan kita dr jahat kpd baik, dr sedikit kpd banyak, dr utamakan kuantiti kpd kualiti, dr cacat kpd sempurna, dr toleh kpd soleh, dr riyak kpd ikhlas, dr bidaah kpd sunnah dan dr lalai kpd khusyuk.
♡Jgn hanya memerhatikan pertukaran malam dan siang, perhatikan amalan soleh kita samada bertambah atau berkurang. Berfikirlah ttg kejadian Allah, moga kehidupan kita semakin bermanfaat dan indah♡
🐊Ustaz Naim