Seruan Dakwah Kepada Raja-Raja. (samb)
1. Warkah kepada Raja Al-Mundzir bin Sawi Kerajaan Bahrain
Baginda telah memilih Sahabat Al-Ala’ Bin Hadrami untuk menyampaikan warkah tersebut. Setelah membaca isi kandung surat tersebut maka Raja Al-Munzir Bin Sawi telah membalas surat tersebut seperti berikut,
"...Wahai Rasullullah, sesungguhnya aku telah membacakan surat kamu kepada penduduk Bahrain. Di antara mereka ada yang menyukai Islam lalu memeluknya. Namun di negeriku terdapat orang-orang Majusi dan Yahudi, maka ceritakanlah kepadaku urusan kamu tentang mereka."
Baginda kemudiannya membalas surat Raja Al-Munzir Bin Sawi,
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "
Adapun setelah itu, maka sesungguhnya sesiapa yang menasihati sebenarnya beliau menasihati dirinya, dan sesiapa yang mentaati aku dan sesiapa yang melakukan kebaikan mereka bererti telah melakukan kebaikan atasku. Sebenarnya para utusan aku telahpun memuji kamu dengan baik, sesungguhnya melalui kamu, aku memberi syafaat aku kepada kaum kamu. Oleh itu biarlah kaum muslimin dengan kebebasan mereka dan pengampunan kamu terhadap pesalah-pesalah, maka terimalah mereka. Sekiranya kamu terus soleh dan baik maka kami tidak akan merampas kuasa kamu dan sesiapa yang masih dengan pegangan Yahudi atau Majusinya ianya wajib membayar jizyah.
2. Warkah kepada Raja Haudzah Bin Ali, Kerajaan Yamamah
Baginda telah menghantar sahabat bernama Salith bin Amru al-Amiri membawa warkah Baginda. Isi kandungan surat tersebut seperti berikut,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Dari Muhammad pesuruh Allah kepada Haudzah Bin Ali, salam kepada yang mengikuti hidayah, ketahuilah bahawa agama aku ini akan tampil ke akhir tempat tersampainya pecutan kuda dan langkahan unta. Terimalah Islam nescaya kamu akan selamat dan akan aku kalahkan segala sesuatu yang di bawah kekuasaan kamu itu selamat serta akan aku berikan apa yang berada di bawah kekuasaan kamu saat ini."
"Alangkah bagusnya apa yang kamu serukan itu. Orang-orang Arab banyak yang takut terhadap kekuasaan aku. Jika kamu memberikan sebahagian kekuasaan kamu kepadaku, aku akan mengikuti kamu."
Beliau memberikan pelbagai hadiah kepada Salith Bin Amru al-Amiri. Hadiah-hadiah tersebut diserahkan kepada Baginda. Kemudian berkata Baginda,
"seandainya ia meminta sebidang tanah kepada aku, tidak akan aku berikan, binasalah, binasalah apa yang dimilikinya saat ini."
Haudzah tidak masuk Islam dan meninggal dunia pada tahun terjadinya Fathul Mekah.
3. Warkah kepada Raja Al-Harith bin Abi Syamar Al-Ghassani, Kerajaan Damaskus
Baginda memilih Sahabat bernama Syuja' bin Wahb dari Bani Asad untuk membawa warkah Baginda.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dari Muhammad Pesuruh Allah kepada al-Harith bin Abi Syamar, salam ke atas yang mengikuti hidayah, beriman dan mempercayainya. Sebenarnya aku menyeru kamu supaya beriman dengan Allah Yang Esa yang tiada sekutu bagiNya, denganNya kekuasaan kamu kekal.
Setelah membaca surat ini Al-Harith bin Abu Syamar menolak untuk menerima Islam dan berkata dengan sombongnya.
"Sesiapa yang akan merebut kekuasaan ini dari tanganku maka akulah yang akan menyerangnya."
Bersambung esok. Insya Allah.
CABARAN DAKWAH NABI MUHAMMAD (Siri 156)