Salam Pagi Selasa
Assalamualaikum | 24 April 2018 | 7 Syaaban1439H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ iٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍاَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya الله, janganlah Engkau sibukkan diri kami dan lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya الله.
Ya الله, berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa.
Ya الله, kami bersyukur atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini.
Ya الله, jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.
Ya الله, ampunkanlah dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.
Ya الله, kami memohon ke pada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.
Ya الله, permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.
Ya الله, tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senantiasa teguh.
Ya الله, kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.
Ya الله, kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala musibah
Ya الله, terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an dapat menerangi kubur kami.
Ya الله, perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami, semoga kami bebas dari siksa kubur dan siksa api neraka
Ya الله, tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.
Ya الله, peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.
Ya الله, sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan rezeki kami, Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah, janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah, Ya Rahman, berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.
Ya الله, Ya Rahman, tunjukkan kepada kami perkara yg benar itu adalah benar dan rezekikan kepada kami utk kami melakukannya dan Ya الله, Ya Azizz.. Tunjukkan kepada kami perkara yang bathil itu adalah bathil, dan rezekikan kepada kami agar kami tidak melakukannya..
اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا.
“Alloohummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa”.
Artinya : “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan Ibu Bapa kami, sayangilah mereka seperti mereka telah menyayangi kami pada waktu kecil dahulu”
dan َYa الله, kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua-dua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya الله, Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua-dua ibubapa kami, isteri dan anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami,jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yg masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya الله,
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً و َقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَم
----------------------------------------
DO'A itu inti Ibadah( keutamaan).
BerDO'Alah(mengadulah),
pasti, Allah Maqbulkan.
Allahumma inni as aluka al-'afiyah.(Ya Allah, aku memohon kepada Mu afiyah ).
AURAD RABBANI;
(Amalan Setiap Hari)
1. Istighfar
Astaghfirullah......(100 ×)
2. SubhanAllah Wabihamdihi,SubnanAllahil'azim (100 x).
3. Lailaaha illa Allah(100 ×).
4. Hasbiyallahu wa ni'mal wakil (100 x)
5. SubhanaAllah walhamdu wa laa ilaaha illa Allah wa Allahu akhbar ( 100 ×)
6. Laa haula wa laa quwwata illa bilkhil aliyyi azimi(100 ×)
7. Allahumma Solli alaa muhammad wa aala aahlihi wa sobbihi wa baaraka wa sallim.(100 × & lebih)
Ya Allah 100 x (Amalan setiap Hari Jumaat)
Fadhilatnya zikir:
Allah akan memberikan ketenangan hati kpd orang yang membacanya.
Ketahuilah dgn "zikrullah" itu; tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd: 28)
." Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku".(Surah As- Syu'arak, ayat 80)
Rasulullah s.a.w. bersabda, " Seseorang yang berwuduk dengan sempurna lalu pergi (ke masjid untuk solat berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solat berjemaah, Allah swt akan memberi kepadanya ganjaran pahala yg sama sebagaimana mereka yg telah solat berjemaah, tanpa mengurangkan sedikit pun daripada pahala mereka."(Hadis riwayat Abu Daud , Nasa'i dan Hakim)..
Rasulullah s.a.w bersabda, " Sesungguhnya SOLAT BERJAMAAH dua puluh tujuh kali(27 kali) ganda lebih afdal daripada solat bersendirian."(Hadis riwayat Malik, Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa'i).