Ka’ab bin Zuhair bin Abi Sulma al-Muzanni, bapanya seorang penyair yang terkenal di zaman jahiliyyah. Ka’ab bin Zuhair mempunyai saudara bernama Bujair bin Zuhair. Ketika mendengar tentang dakwah Baginda di Madinah mereka berdua telah bermusafir. Bujair bin Zubair meminta Ka’ab bin Zuhair menunggu di satu tempat sementara dia bertemu Baginda. Apabila bertemu dan berdialog dengan Baginda akhirnya beliau tertarik dan memeluk Islam. Belum sempat Bujair bin Zubair pergi bertemu Ka’ab bin Zubair telah sampai berita bahawa beliau telah masuk Islam menyebabkan Ka’ab bin Zubair marah kerana saudaranya menukar agama.
Ka’ab bin Zubair yang marah kepada Baginda telah membuat syair-syair menghina Rasulullah s.a.w yang keterlaluan sehingga menyakiti dan menghina Baginda. Akibat tindakan Ka’ab bin Zubair yang melampau Baginda menjatuhkan hukuman mati keatasnya. Bujair bin Zubair mengutus surat pada Ka’ab bin Zubair tentang hukuman mati tersebut dan meminta beliau agar memeluk Islam.
Ka’ab bin Zubair mengatakan kepada saudaranya Bujair bin Zuhair bahawa tiada siapa pun yang jika menghadap Baginda pasti akan masuk Islam. Lalu Ka’ab bin Zubair bertemu Baginda dan mengucapkan syahadah. Beliau menemui Baginda tanpa memperkenalkan dirinya setelah mengikrarkan syahadah Baginda bertanya kamukah Ka’ab bin Zubair yang mengumandangkan syair menghina Baginda. Kemudian Baginda meminta Abu Bakar mengumandangkan semula syair Ka’ab bin Zubair yang menghina Baginda.
Mendengar syair tersebut Ka’ab segera mengubahnya dari perkataan menghina Baginda kepada perkataan memuji Baginda.
Sesungguhnya Rasulullah adalah cahaya yang menerangi.
Ia laksana pedang dari beberapa pedang Allah yang terhunus.
Aku telah diberitahu bahawa Rasulullah telah memberiku harapan.
Maaf dari Rasulullah adalah harapan(ku).
Setelah mendengar syair ini Baginda memberikan kain selendangnya (Burdah) kepada beliau.Pemberian ini sangat mengembirakannya dan beliau menjaganya sehingga beliau wafat. Walaupun ada yang sanggup untuk membelinya tidak pernah dijual olehnya.
Sejak dari itu Ka’ab bin Zubair sentiasa mengumandangkan syair-syair yang indah tentang Rasulullah s.a.w.
Bersambung esok. Insya Allah.
Ust. Sabir