Peperangan Khaibar (samb)
Kubu Sa'ab Bin Muaz Di Tawan
Setelah kubu Naim dikuasai oleh tentera muslimin kini mereka berusaha pula untuk menawan kubu Sa'ab Bin Mu'az. Kubu ini antara yang terkuat dan merupakan benteng bekalan makanan Yahudi Khaibar. Beberapa cubaan untuk menembusi kubu ini gagal setelah berhari-hari tentera Islam bertempur.
Menurut riwayat dari Ibnu Ishaq katanya; Bani Saham dari kabilah Aslam telah datang bertemu Rasulullah s.a.w, kata mereka: Kami telah berusaha bersungguh-sungguh dan kami masih belum berjaya. Kemudia Rasulullah s.a.w berdoa; "Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Engkau mengetahui hal mereka ini, mereka tidak mempunyai kekuatan, di tangan aku ini tiada sesuatu pun yang boleh aku beri kepada mereka, bukalah untuk mereka sekaya-kaya kubu, padanya makanan dan daging yang berlebihan".
Maka pada waktu kesokan paginya, Bani Aslam melancarkan serangan sehingga berlaku pertarungan yang sengit. Seterusnya Allah telah memberikan kejayaan sebelum matahari terbenam kubu Sa'ab bin Mu'az dikuasai oleh tentera muslimin. Kubu ini tersimpan makanan yang banyak dan daging-daging serta terdapat alat-alat peperangan seperti pelontar peluru dan perisai-perisai.
Tentera muslimin yang kelaparan telah menyembelih dan memasak daging keldai pelihaaraan. Apabila Baginda mengetahui maka dilarang mereka memakan daging keldai jinak yang dipelihara.
Kini tentera muslimin merancang untuk menembusi benteng musuh yang seterusnya. Yahudi Khaibar semakin gerun melihat kehebatan tentera muslimin namun masih tidak mahu mengalah.
Bersambung esok. Insya Allah
Ust. Sabir