Perang Badar & Para Tawanan (samb)
Penduduk Mekah ingin sekali menebus tawanan perang dikalangan keluarga mereka. Ada yang berharta berjaya menebus sanak keluarga mereka manakala ada yang miskin tidak dapat berbuat demikan. Abu Sufyah turut mempunyai seorang anak lelaki iaitu Amru Bin Abu Sufyan yang ditawan manakala seorang lagi anaknya iaitu Hanzalah telah terbunuh di medan Badar. Beliau sangat berharap agar anaknya akan dibebaskan namun Abu Sufyan tidak mahu membayar tebusan.
Abu Sufyan telah membuat satu perancangan untuk menahan orang Islam yang datang mengerjakan Umrah ke Mekah dan menjadikannya tawanan. Tindakan Abu Sufyan sangat tidak dipersetujui oleh penduduk Mekah kerana ianya akan menyebabkan orang ramai takut untuk datang ke Mekah bagi menyempurnakan umrah atau haji. Namun Abu Sufyan tetap dengan keputusannya dan beliau telah menangkap Saad bin al-Nu'man yang datang ke Mekah untuk menunaikan umrah. Baginda Rasulullah s.a.w mendapat berita tentang penangkapan Saad Bin al Nu’man dan tawaran pembebasannya dengan syarat Amru Bin Abu Sufyan dibebaskan. Seterusnya Baginda mengambil keputusan membebaskan Amru Bin Abu Sufyan dan Saad Bin Al Nu’man dibebaskan dan kembali ke Madinah.
Seorang tawanan bernama Abu Al-Asi iaitu suami kepada Zainab dan menantu Rasulullah s.a.w. Tidak ada sesiapa yang menebus Abu Al-Asi kemudiannya Zainab telah mengirimkan kalung kesayanganya yang telah dihadiahkan oleh ibunya iaitu Khadijah Bin Khuwalid semasa perkahwinannya untuk menebus suaminya. Apabila kalung itu dipersembahkan kepada Rasulullah s.a.w maka Baginda teringat kepada Khadijah yang telah banyak membantu dan berkorban untuk perjuangan Islam.
Para Sahabat dapat melihat kesedihan pada wajah Baginda apabila kalung itu diberikan kepada Baginda. Kemudiannya para Sahabat bersetuju untuk membebaskan Abu Al-Asi dan menyerahkan kembali kalung itu kepada Zainab dan hendaklah beliau mengizinkan Zainab untuk berhijrah ke Madinah. Abu Al Asi bersetuju dengan syarat tersebut dan beliau dibebaskan. Baginda telah mengirimkan Zaid Bin Harithah untuk menemani Zainab dalam perjalanan ke Madinah dan akhirnya Zainab tiba di Madinah. Gembira sungguh Baginda melihat anaknya selamat tiba di Madinah.
Terdapat juga para tawanan perang yang tidak ditebus kerana faktor kemiskinan. Ada di antara mereka diberi peluang oleh Baginda untuk mengajar 10 orang anak-anak di Madinah sehingga mahir kemudiannya mereka dibebaskan. Adu juga tawanan perang yang membuat rayuan agar dibebaskan dan akan menjelaskan wang tebusan setelah dibebaskan. Antara yang dibebaskan adalah Sofiyy Bin Rifa’ah.
Ada juga yang dibebaskan oleh Baginda tanpa apa-apa bayaran seperti Muttalib Bin Hantab, Saifi bin Abi Rifaah dan Abi Uzzah al-Jumahi. Manakala seorang yang ditawan oleh tentera muslim iaitu Suhail Bin Amru. Beliau seorang ahli pidato yang hebat di Mekah. Beliau sering berpidato menghina dan menyakiti Baginda. Umar al Khattab berkata kepada Rasulullah s.a.w, “wahai Rasulullah cabutlah dua batang gigi depannya agar lidahnya terjelir dengan itu beliau tidak lagi berupaya menghina Islam. Namun Bginda tidak mengizinkannya. Lalu berkata Baginda, “mudah-mudahan satu hari nanti
beliau akan membuat sesuatu yang baik untuk Islam.”
Kata-kata Baginda memang benar, akhirnya Suhail masuk Islam dan menjadi seorang muslim yang baik. Selepas kewafatan Baginda ada yang kembali menjadi kufur dan murtad. Suhail telah berjaya mengajak mereka kembali kepada Islam.
Di Mekah pula Abu Sufyan merancang untuk menyerang Madinah bagi membalas kekalahan tentera Mekah. Bersambung esok, insya Allah.
Ust. Sabir