Peperangan Khaibar (samb)
Tetera Yahudi Khaibar telah membuat beberapa kubu bagi menyekat kemaraan tentera muslimin. Kubu-kubu tersebut adalah:
1. Kubu Na’im - dikawasan al-Nutah
2. Kubu al-Sa’ab bin Muaz - di kawasan al-Nutah
3. Kubu al-Zubair - di kawasan al-Nutah
4. Kubu Ubay - di kawasan al-Syaq
5. Kubu al-Nazar - di kawasan al-Syaq
6. Kubu al-Qamus - dikawasan kabilah Abu al-Haqiq keturunan Bani al-Nadhir.
7. Kubu al-Watih
8. Kubu al-Salalim
Selain itu terdapat kubu-kubu yang lain dalam kawalan yang kecil. Kini hanya menanti waktu sahaja peperangan sudah tidak dapat dielakkan lagi. Yahudi Khaibar tetap tidak mahu tunduk dengan kepimpinan Baginda mereka memilih untuk berperang. Manakala tentera muslimin pula tidak rasa gentar kerana janji Allah tetap benar.
Tiba-tiba seorang lelaki berkulit hitam hamba kepada seorang Yahudi datang ke tempat tentera Islam dengan membawa kambing gembalaan milik tuannya. Beliau datang bertemu Baginda dan mengistiharkan keislamannya. Baginda merasa gembira dengan keislamanan lelaki ini.
Lelaki ini bertanya bagaimana dengan kambing gembalaannya adakah diambil sahaja. Namun Baginda mengarahkan dipulangkan kerana ianya adalah amanah tuannya. Lelaki itu berkata jika mereka mengetahui keislamannya pastilah beliau akan dibunuh. Maka Baginda mengatakan lepaskan sahaja kambing-kambing ini di hadapan pintu kubu nescaya kambing ini akan masuk ke kubu tersebut. Lelaki ini mengikut arahan Baginda. Beliau masuk Islam pada waktu pagi dan berperang bersama tentera Islam pada waktu tengahari kemudianya dia menemui syahid. Lelaki ini tidak sempat pun menunaikan solat. Kemudian berkata Baginda;
“Siapa yang ingin melihat kepada ahli syurga yang tidak pernah solat lihatlah kepada lelaki ini. Sekarang bersamanya dua orang bidadari syurga.”
Peperangan meletus di kubu Na’im dan berlanjutan beberapa hari. Kemudian seorang panglima Khaibar bernama Mahrab keluar dari kubunya dan mencabar tentera Islam bertarung satu lawan satu. Ali Bin Abi Talib keluar untuk menyahut cabaran Mahrab tetapi dihalang oleh Muhammad Bin Maslamah yang meminta izin untuk menentang Mahrab yang pernah membunuh adiknya. Pertarungan berlangsung dengan sengit dan lama hingga sampai ke satu masa Muhammad Bin Maslamah berjaya mencantas kaki Mahrab. Lalu dicantas pula kaki Mahrab yang satu lagi. Mahrab meminta agar dia dibunuh sahaja dalam keadaan begitu tetapi Muhammad bin Maslamah meninggalkan Mahrab dalam kesakitan dan pendarahan yang banyak. Kemudian datang Ali Bin Abi Talib memenggal kepala Mahrab.
Peralatan perang Mahrab diambil oleh Ali Bin Abi Talib, manakala Muhammad Bin Maslamah menceritakan kepada Baginda dia telah membunuh Mahrab yang dibiarkan hampir mati dengan kaki yang sudah dicantas. Baginda mengarahkan segala peralatan perang milik Mahrab yang berada di tangan Ali Bin Abi Talib diserahkan kepada Muhammad Bin Maslamah kerana beliau lebih berhak memilikinya ianya disebut harta “Salab”.
Kematian Mahrab menyebabkan peperangan semakin rancak. Pihak musuh mencabar lawannya secara solo. Pastinya tentera Islam menyambutnya dengan hati yang lapang. Berlakulah pertarungan antara satu lawan satu. Siapakah yang bertarung dengan musuh?
Bersambung esok. Insya Allah.
Ust. Sabir