1-2-3, SAYA DAH TAHU!: HAIWAN
M380 © MAGIC BEAN
# Bongkar 123 fakta unik. Ilustrasi hebat.
Unik, pelik namun menarik! Bongkar 123 fakta tentang pelbagai haiwan dalam satu buku! Istimewa buat anda yang suka meneroka bersama ilustrasi hebat. Bersedia untuk kuasai alam dan spesies haiwan yang penuh misteri dah rahsia.
ANTA CARLA: MENJEJAK SANG KENTARA
M868.757 © IQBAL RAFIUDDIN
# Merungkai misteri abnormal yang menghantui!
Sesiapa yang mengenali Anta Carla pasti syak dia seorang gadis eksentrik yang tidak betul. Dengan pakaian sama warna dari hujung kepala ke hujung kaki, suka bereksperimen perkara aneh dan kerap hilang fokus. Semua orang menjauhinya kerana tidak mahu berjangkit kepelikan Carla.
Namun apa yang mereka tidak tahu, dia merupakan gadis genius. Bersama rakan baiknya Miti yang penakut, mereka menyelesaikan masalah-masalah kes paranormal yang menghantui Bandar Dinding. Sedikit demi sedikit, mereka mula terlibat dalam dunia misteri yang akhirnya membawa kepada pelbagai episod kejutan!
HARI-HARI BERSAMA MIYU
M868.757 © NATASHA MAZYA
# Alami dunia kucing boleh berbicara!
Miyu si kucing jingga yang gebu dan manja memerlukan perhatian secukupnya daripada Natalia dan Zafran. Mujur dengan teknologi VOCOLLA, haiwan jalanan dan peliharaan seperti Miyu kini mampu berbalas kata dengan manusia.
Namun, dek kesibukan kerja, Natalia dan Zafran tidak banyak meluangkan masa dengan kucing kesayangan mereka sehingga membuatkan Miyu berasa sunyi dan jemu. Hanya siri animasi adiwira Belang Hulubalang sahaja yang dapat mengisi waktu lapang si kucing itu.
Tanpa diketahui Natalia dan Zafran, Yara, si pari-pari kecil muncul sebagai peneman Miyu. Dengan kuasa sakti, Yara setia membantu dan melindungi Miyu ketika mereka mengembara di dunia luar. Selain menghilangkan bosan, Miyu yang terpengaruh dengan adiwira kegemarannya, nekad untuk membantu haiwan-haiwan jalanan yang dilanda kesusahan.
lkuti perjalanan Miyu yang penuh kejutan dalam menyelami pelbagai aspek kehidupan bersama Yara. Dari kaca mata seekor kucing, kasih sayang dan penghargaan sesama makhluk membawa suatu makna baharu buat Miyu.
HELLO, MY TWIN!
M868.757 © SHARINA ELISA
# Si dungu Hana dan pelajar harapan sekolah Risya, cerita pasangan kembar yang tidak seiras.
Hana dan Risya, pasangan kembar tidak seiras. Bukan rupa mereka sahaja tidak sama, malahan sikap dan perwatakan mereka juga berbeza. Risya adalah pelajar harapan sekolah. Sebaliknya, Hana digelar si dungu yang hanya mahir dalam subjek yang melibatkan pengiraan. Kekurangannya itu menyebabkan dia tercampak ke kelas belakang sehingga dicemuh oleh kawan-kawan Risya yang tidak pernah tahu bahawa kedua-dua beradik itu adalah kembar. Seorang di kelas atas, seorang lagi di kelas bawah!
“Kalau semua buku yang dibaca selama in pandai bercakap, mungkin mereka marah saya asyik baca tapi tak faham-faham apa yang mereka cuba sampaikan. Mungkin juga… ini takdir saya. Takdir si dungu.” – Hana.
KAFE PURNAMA BAYU
M868.757 © HANINAY
# Aku hanya wujud bila kau perlu.
Kafe Purnama Bayu, sebuah kafe buku popular yang sering disebut-sebut manusia. Kewujudannya dikenali, pelbagai pelanggan telah berjaya menjejakkan kaki ke sana. Tetapi, apa yang menarik perhatian ialah seorang jejaka bernama Purnama, seorang barista yang kehadirannya misteri; seperti ada tidak ada. Apa yang menyatukan pelanggan dengannya hanyalah sekeping kupon potongan harga buat secawan kopi pilihan mereka.
Mungkin padamu, kafe buku itu sesuatu yang biasa. Tiada yang menarik melainkan ditemani kopi dan buku-buku sebagai santapan mata. Namun, jika kamu ke sana dengan kemelut jiwa, buka matamu dan duduk dengan selesa.
Purnama bakal membuka jendela untukmu. Sesaat berlalu, kamu sudah pun diterima dengan janji yang satu.
“Aku hanya wujud, bila kau perlu.”
PENYIASAT ISTANA
M868.757 © MAHIZAN HUSAIN
# Cerita seorang pemuda miskin mencari penawar untuk Putera Mahkota yang sakit.
Seorang pemuda miskin bernama Si Tunggal diupah menjadi penunjuk jalan kepada panglima raja ke satu lembah yang penuh bahaya.
Bermulalah pengembaraan Si Tunggal bersama Panglima Guntur. Mereka perlu mencari bunga sakti buat mengubati Putera Mahkota yang sedang gering. Berbagai rintangan dan keajaiban terpaksa ditempuh oleh Si Tunggal dan Panglima Guntur di hutan.
Setelah berjaya mendapatkan bunga sakti, Si Tunggal diangkat sebagai panglima muda. Di istana telah berlaku pembunuhan bersiri. Raja Gemorah iaitu pemerintah Galanga Negara, menitahkan pembunuh dicari secepat mungkin. Putera Mahkota pula dalam diam-diam melantik Si Tunggal menjadi penyiasat istana.
SELAMAT PULANG BAYANG
M868.757 © HUSNI ROSLI
# Media social. Di mana semua orang memakai topeng.
“Tidak mengapa kalau tak ada satu cara yang tepat untuk hidup. Tidak mengapa kalau tak hebat semua benda. Semakin kita mendewasa, semakin kita mengenali lebih lagi tentang diri kita yang sentiasa berubah. Mendengar jeritan sisi gelap kita dan bersabar dengannya. Dan harapnya satu hari nanti, turut mencintainya. Tidak mengapa kalau hari ini kita kalah pada si syaitan kecil. Syaitan kecil ini juga sebahagian daripada kita. Lagi pula bukankah memang dunia ini pentas permainan? Tolak dan tarik antara menang dan kalah adalah sebahagian darinya.”
Apakah akan terjadi jikalau anda diberi peluang untuk melihat ke dalam dunia orang lain?
Adakah semua yang dipaparkan di media sosial itu suatu yang benar?
Ataupun ianya adalah sebuah pementasan bagi khalayak ramai sanjungi?
Antara dunia yang-bayang yang perlu tempat untuk pulang semula,
Mungkinkah bayang akan menguasai, Atau akan ada sinar yang menanti…
Bagi mencari bahagia yang sebenar?
DETEKTIF HANTU
M868.757 © ASRAF SHAARI
# Lenyapkan Jin Buana Hitam! Apabila kuasa kegelapan berleluasa!
Sejak dirasuk semasa menjejak hantu bersama Geng Penyiasat Paranormal, Haqim kerap dihantui gangguan misteri. Di saat genting, muncul seorang lelaki yang menggelar dirinya Detektif Hantu. Dengan mata separa normal dan separa lagi persis mata hantu, segala kematian dapat dihidu. Misinya adalah tumpaskan Jin Buana Hitam yang menjadi dalang kegelapan manusia.
“Kalau dah namanya makhluk dilaknat Tuhan, kau cakap dan rayulah macam mana sekalipun, tetap berbaur dusta!”
MISTERI DALAM REMANG
M868.757 © FAKHRUL ANOUR
# Antologi 36 mistik karya Fakhrul Anour
Alam ini banyak rahsia gelap! Jadi jangan terpedaya dengan suara perempuan yang mendayu-dayu di balik pintu, itu kumkum; dia dahagakan darah orang muda! Andai terserempak wanita bersari lusuh, pottu merah di dahi dengan wajah pucat mengerikan pada tengah malam, elakkan bertegur! Jauh di puncak gunung mossy forrest, tiga beranak misteri mungkin akan ditemui oleh mana-mana pendaki; jika silap langkah, pasti tersesat dan dilaporkan hilang. Usah dipandang remeh akan pantang larang adat Primbon, sekali masuk ke alam puaka tu... jalan keluar kabut dari pandangan!
36 kisah yang terzahir di hadapan mata orang-orang terpilih. Maka ketahuilah antara alam ghaib dan nyata, ada wujud sempadannya...
PERMAINAN JIWA
M868.757 © NURMALA SAMIN
# Selamat dating ke Heartless World. Silap langkah jiwa kau akan hilang…
Selamat datang ke Heartless World.
Silap langkah jiwa kau akan hilang…
Heart, pelajar pertama di sekolah yang berjaya cecah satu juta followers di aplikasi media sosial Tarento. Namun, munculnya kembali daddy dalam hidupnya buat Heart berkecamuk. Macam mana daddy yang dah meninggal hidup semula?!!
Lebih pelik lagi, daddy mengajaknya ke Heartless World untuk sertai Permainan Jiwa. Membawa misi permainan yang bakal memenuhi hajat, Heart dan rakan-rakan diumpan masuk. Dapatkah mereka menamatkan permainan dengan selamat atau jiwa mereka akan mati?
UNDER 18 REVEAL
M868.757 © OSMAN DEEN
# Dari prank ke pembongkaran rahsia?!!
Cikgu baru masuk sekolah? Memang jadi makanan Ax dan kawan-kawanlah!
Ax, Kaio dan Yosi, pelajar nakal sekolah yang cukup dikenali dan digeruni. Tidak ada sesiapa yang dapat menumpaskan Ax atau mempermainkannya di sekolah sehinggalah muncul Cikgu Monday, guru Sains baru. Dia disenangi semua dan lincah menumpaskan tiga sekawan itu. Makin membuak-buak Ax nak prank si cikgu!
Tetapi apabila Yosi melihat Cikgu Monday melakukan sesuatu yang aneh, tidak seperti perawakannya yang disenangi satu sekolah, mungkin sudah muncul cara untuk mengenakannya.
Persoalannya, siapa sebenarnya Cikgu Monday? Dan siapa yang jadi makanan siapa akhirnya?
MISI DETEKTIF FATEH #1 PERANG MENTAL
M868.757 © NAZRY SALAM
# Cuba selesaikan kes misteri lebih awal daripada detektif Fateh!
Fateh ialah murid tahun 3 yang genius dan gemar menyiasat. Bersama-sama Is, kawannya yang juga anak seorang jutawan, mereka menyiasat pelbagai kejadian misteri yang berlaku di sekolah.
Kes 1: Misteri Kes Coklat
Kes 2: Misteri Beg Presiden
Kes 3: Misteri Tembikar 10 Juta USD
Kes 4: Kata Laluan yang Ghaib
Kes 5: Rumah Kosong yang Berhantu
Kes 6: Meja Guru yang Bersepah
Kes 7: Sudut Bacaan yang Disabotaj
Kes 8: Eksperimen yang Gagal
Kes 9: Nota yang Misteri
Kes 10: Perang Mental
MISI DETEKTIF FATEH #2 SHERLOCK VS LUP!N
M868.757 © NAZRY SALAM
# Bongkar identity sebenar Sherlock dan Lupin lebih awal daripada detektif Fateh!
Fateh dan kawan-kawan perlu menghalang rancangan Lupin untuk mencuri berlian terbesar di dunia. Demi menjayakan misi ini, mereka dibantu oleh rakan maya misteri yang menggelar dirinya SHERLOCK!
Kes 1: Misteri Kehilangan Cikgu X
Kes 2: Kes Misteri Paling Sukar
Kes 3: Misteri Penyerang Kucing
Kes 4: Misteri Rumah Terbakar
Kes 5: Misteri Surat Layang dalam Bilik Berkunci
Kes 6: Mesej Kematian
Kes 7: Misteri Kehilangan di Tapak Pameran
Kes 8: Identiti Sebenar Sherlock dan Lupin