Latihan UJIAN LISAN ( Ulum Qur'an)
Soalan2 yg dikumpulkan dari :
(1) Dari Pengalaman Peserta2
(2) Bengkel QTRS 2011
(3) Soalan2 tambahan sebagai latihan
---------------------------------------------------------
Maksud AlQuran dari segi bahasa dan istilah.
> bahasa = bacaan
>1. adalah kalamullah sebagai mukjizat
>2. yg diturunkan kepada Muhammad S.a.w.
>3. dalam bahasa Arab
>4, yg bermula dari surah alFatihah dan akhir dengan surah anNaas
>5. yg terkumpul dalam beberapa mushaf
>6. yg diriwayatkan secara mutawatir
>7. membacanya merupakan ibadah.
.
Apa itu Ulumul-Quran?
> Ilmu2 yg bersangkutan dengan alQuran, seperti ilmu tajwid, bacaan qiraat, taranum, sejarah alQuran, tafsir Quran, asbabunnuzul dll.
.
Sebutkan nama2 AlQuran.
1> alQur'an = bacaan
2> alFurQan = Pembeza antara Haq dan Bathil
3> alKitab = sebuah buku/mushaf
4> azZikr = peringatan
5> alWahyu = wahyu dari Allah
6> arRuh = jiwa
.
Sebutkan sifat2 Al-Quran:
1> nur = cahaya
2> huda = petunjuk
3> rahman = rahmat kasih sayang
4> syifa' = penyembuh
5> basyiir = menggembirakan
6> naziir = menakutkan
7> mau'izzah = pengajaran
8> mubarak = memberkati
9> mubin = menerangi - menjelaskan.
.
Maratib al-tilawah
> mujawwad & tahkik
> tartil
> tadwir
> hadar
.
Peringkat penurunan AlQuran menurut imam Zarkasyi dan imam ibnu hajar asqolani
1> Allah perintah qalam menulis di luh mahfudz
2> diturunkan serentak ke langit dunia baitul 'izzah pada malam lailatulQadr
3> diturunkan sedikit demi sedikit dari malam pertama 17 ramadhan kepada Rasul s.a.w
.
Bagaimana cara penurunan wahyu? Cara penerimaan Rasul S.a.w :
1> Jibril memasukkan wahyu langsung ke dada Rasul s.a.w
2> Jibril a.s. menyerupai seorang lelaki yg mengajarkannya pada Rasul s.a.w
3> Jibril a.s. sebagai dirinya sendiri menyampaikan pada Rasul s.a.w
4> Turunnya wahyu seakan bunyi lonceng yg kuat.
.
Hikmah penurunan secara beransur-ansur:
> dapat menguatkan Rasul s.a.w dan para sahabat sepanjang perjuangan mereka.
> memudahkan Rasul s.a.w dan para sahabat untuk menghafalnya sedikit demi sedikit.
> dapat mendidik khusus pada waktu adanya sesuatu permasalahan yg timbul
> turunnya ayat2 nasikh yg terkemudian untuk membatalkan hukum2 pada ayat yg mansukh.
> membezakan dengan kitab2 samawi yg lain yg turun sekali gus.
.
ayat yg pertama sekali diturunkan
> surah al-'alaq, ayat 1 - 5
.
ayat yg terakhir diturunkan
> surah alBaqorah, ayat 281
.
Ayat terpendek
> 2 huruf muqotto'ah ayat pertama bagi surah yasin dan toha = yasin, toha
.
Ayat terpanjang
> surah alBaqorah ayat 282
.
Perbezaan antara alQur'an dan hadith Qudsi.
> Lafaz dan makna alQur'an adalah dari Allah, sementara makna hadith Q dari Allah, tapi lafaz dari Rasul s.a.w.
> alQur'an dijamin terpelihara oleh Allah, tak sedemikian bagi hadith Q
> Membaca Qur'an surah Fatihah menjadi rukun solat, tak sedemikian bagi hadith Q
> Membaca Qur'an dengan sekurangnya 3 ayat selepas fatihah adalah sunnah, tak sedemikian bagi hadith Q.
> alQur'an diturunkan dengan perantaraan Jibril as, tak sedemikian bagi hadith Q yg diilhamkan ke dada Nabi saw
.
Apakah makna ayat mushtabihat dalam Qur'an?
> ayat2 yg samar-samar akan maksudnya jika difahamkan secara "literal" saja, yg boleh disalah ertikan oleh manusia hinggakan bercanggah dari ayat2 muhkamat.
.
Apakah kelebihan alQur'an ?
> kemegahan ummat islam
> sumber menghampiri Allah
> bekalan di akhirat
> pemberi syafaat dan hujjah
.
Apakah faedah membaca dan mendengar alQura'n di dunia dan akhirat?
> setiap huruf dapat pahala
> baca 3 surah dalam solat lebih baik dari mendapat rezki yg lumayan
> mendapat syafaat di akhirat
> setiap ayat yg didengarinya akan menjadi cahaya baginya di akhirat.
.
Faedah belajar dan mengajar :
> mempelajari alQuran lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat.
> sebaik2 ummat rasul
> malaikat mengelilingi kuburnya
> yg sedang belajar, dan masih merangkak bacaan, dapat pahala 2 kali ganda.
> membaca dengan lancar, bersama kehadiran para malaikat.
.
Berapa jumlah surah dalam alQura'n?
>>>114
.
Berapa jumlah mushaf rasm uthmani ? kemanakah mushaf tersebut dihantar ?
= 6 Mushaf, di hantar ke :-
-> 1. Makkah
-> 2. Bashrah,
-> 3. Kufah
-> 4. Syam
-> 5. Madinah ,
-> 6. Disimpan oleh S.Uthman sendiri (di Madinah)
.
Keadah penulisan Al Quran pada zaman khalifah Uthman
> Rasm Uthmani
.
Bagaimana proses pengumpulan alQur'an yg dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w ?
> dengan mencatitnya atas lembaran2, tulang, kulit dll
> dengan hafalan.
.
Ceritakan bagaimana bermulanya pengumpulan alQuran di zaman S. Abu Bakar ?
> Oleh kerana peperangan pada peristiwa Al-Yamamah dan bi'r ma'unah telah mengorbankan 140 orang para huffaz (70 +70) telah membimbangkan S. Umar akan lenyap bacaan AlQur'an, maka dicadangkan kepada S.Abu Bakar, yg pada mulanya menolak kerana tak dilakukan oleh Nabi s.a.w. Tapi selepas desakan oleh Umar r.a, disetujuinya, dan disuruh Zaid bin Thabit beberapa sahabat lain, termasuk S. Umar untuk memulakan usaha mengumpulkan Qur'an, yg diambil dari catitan dan hafalan para2 sahabat pada zaman Rasul S.a.w. Kerja2 pengumpulan selesai dalam masa lebih kurang setahun.
.
Sebutkan 3 keistimewaan Mushaf Abu Bakar dibanding dengan Mushaf2 yg lain ketika itu ?
1> ianya telah ditulis dengan membolehkan bacaan dalam beberapa wajah untuk menampung Qiraat2 yg ada.
2> ianya telah ditulis, diteliti dan disemak oleh sahabat2 yg memang ahlinya serta terkenal beramanah.
3> telah disepakati oleh seluruh sahabat2 sebagai mushaf yg taufiqi.
.
Sebutkan perbezaan dalam pengumpulan alQur'an pada zaman Abu Bakar r.a dan Uthman r.a dari segi :-
1. perbezaan tujuan ,
2. perbezaan dalam proses pengumpulan alQur'an,
3. perbezaan salinan dan keadaan mushaf itu sendiri
.
1> zaman Abu Bakar : tujuannya adalah supaya alQur'an tak tak lenyap ditelan zaman.
>>>> zaman Uthman: tujuannya untuk menyeragamkan pembacaan alQuran dan mengelakkan kesalahan2.
2> zaman Abu Bakar : ditulis keseluruhan alQur'an berdasarkan catitan2 dari para sahabat dan para hafiz, dikumpulkan menjadi lembaran2 yg diikat.
>>>> zaman Uthman: disalin lembaran2 alQur'an yg ditulis pada zaman Abu Bakr menjadi satu mushaf dan disemak sekali lagi berdasarkan para huffaz (dan berdasarkan bahasa Quraisy)
3> zaman Abu Bakar : hanya satu salinan dengan aturan surah2 tak seperti yg kita lihat sekarang.
>>>>> zaman Uthman : disalin kepada 6 salinan, dengan aturan surah2 yg kita lihat sekarang
.
Siapakah sahabat2 yg menjadi penulis wahyu?
> zaid bin thabit, mu'awiyah bin sufyan, ubay bin kaab, talha bin ubaidillah, ke-empat2 khulafa' rasyidin
.
Bagaimana kaedah yg digunakan oleh Zaid bin Thabit dalam proses Pengumpulan Al-Qur'an di zaman S. Uthman.
> menyalin mushaf Abu Bakr yg dipinjam dari ummul mu'minin Hafsah r.a.
> menyemak berdasarkan dari hafalan para huffaz
> kalau terdapat perbezaan pendapat, maka ditulis bertepatan bahasa Quraisy.
> mengembalikan mushaf Abu Bakr kepada Hafsah
> membakar semua mushaf2 yg lain
.
Apakah faedah dibukukan alQur'an pada zaman S.Uthman r.a
> dapat menyatukan ummat islam pada bacaan yg seragam dan daripada pergaduhan sesama sendiri yg masing2 mengaku bahawa bacaan mereka saja yg betul
> dapat menyusun surah2 dengan urutan yg tertib
> ummat Islam dapat meyakini bahawa kandungannya semua adalah dari riwayat yg mutawatir dan tiada ayat2 yg syaz.
> Bacaan pelbagai qiraat pada sesuatu kalimah dapat dibaca menggunakan mushaf yg sama oleh sebab kaedah penulisan rasm uthmani.
> ummat islam dapat membaca dengan waqaf dan ibtida' yg sempurna.
.
Berapakah rukun alQuran dan sebutkan?
-> (1) bacaan yg bersanad
-> (2) bacaan dari salah satu mushaf rasm uthmani yg 6
-> (3) bacaan menepati Nahu B.Arab.
.
Terangkan tentang Mushaf Rasm Uthmani.
> ditulis dengan rasm uthmani yg mana satu kalimah boleh dibaca dengan beberapa wajah mengikut cara qiraat bacaan masing2.
.
Berapa jumlah mushaf rasm uthmani.
> 6
.
Nyatakan kaedah2 penulisan dalam mushaf uthmani
1> badal = ditukar sesuatu huruf dengan huruf yg lain, samada dibaca lafaz huruf yg baru, atau masih mengekalkan lafaz huruf yg lama
2> ziadah = penambahan sesuatu huruf, samada dibaca lafaznya atau tidak.
3> hazaf = membuang sesuatu huruf, samada masih melafazkan huruf itu, atau membuangnya bersama2 hurufnya sekali.
4> maqtu' dan mauSul = 2 kalimah yg ditulis dengan berasingan dan dua kalimah yg tulisannya dicantumkan.
.
Kenapa tulisan dahulu tak bertitik, dan kenapa diletak titik sekarang ?
> orang2 arab dahulu mampu membaca tanpa titik kerana itulah bahasa asli mereka.
> sekarang ramai bukan arab yg beragama islam yg tak mahir dalam bacaan bahasa arab asli, termasuk juga orang2 arab moden yg mana bahasa arab sekarang dah banyak bercampur dengan bahasa2 dunia lain
.
Ditulis dengan khat apa ?
> mushaf yg pertama ditulis dengan khat jazm.
> mushaf sekarang menggunakan khat nasakh
.
Berapa jumlah huruf ?
> 323671
.
Berapa jumlah kalimah ?
> 77 437
.
Berapa jumlah ayat ?
> 6236
.
Berapa jumlah surah ?
> 114
.
Berapa jumlah Juz ?
> 30
.
Berapa jumlah hizb kesemuanya ?
> 60
.
Berapa mukasurat ?
> 603
.
Apakah ilmu yg diperlukan untuk mentafsir alQuran ?
>>> bahasa arab, nahu, saraf, asbabunnuzul, sejarah etc
.
Apakah adab2 membaca alQuran ?
>>>Sebelum:
Ikhlas
Wudhu'
Bersugi
Pakaian bersih
Tempat bersih
Hadap kiblat
Baca ta-'awuz
Baca basmallah
>>> Sedang:
Baca dengan suara yg baik
Kyusyu' dan tawadhu'
Tak menyelangi dengan perkataan lain, melainkan :-
-> Jawab salam
-> Berselawat ketika ada sebut tentang Rasul s.a.w
-> Doa' kebaikkan pada ayat2 rahmat, do'a dijauhkan bila membaca ayat2 azab.
-> Menjawab seruan azan.
>>> Sesudah:
Baca sodaqoallahu-'azhiim
Berdo'a
Simpan Quran dengan baik.
.
Apakah yg dimaksudkan dengan Asbab an Nuzul dan Nuzul alQuran ?
> Asbab an Nuzul
>>> sebab2 diturunkan sesuatu ayat.
>>> kerana peristiwa yg berlaku
>>> kerana untuk menerangkan hukum terhadap sesuatu masalah
> Nuzul alQur'an = malam pertama turunnya alQuran kepada Rasul s.a.w
.
Terangkan maksud alQuran diturunkan dalam 7 huruf.
>>> boleh dibaca dalam beberapa wajah, tergolong dalam 7 perkara :-
1> bacaan samada "fiil madhi" atau "fiil mudhari' "
contoh = sukarela mereka "telah" melakukannya <> sukarela mereka "akan" melakukannya
2> bacaan samada kalimah "jama'" atau "mufrad"
contoh = "dosa" <> "dosa-dosa"
3> bacaan samada ditambah kalimah atau tidak ada penambahan
contoh = Sesungguhnya Allah "Dia" lah yg maha kaya" <> Sesungguhnya Allah lah yg maha kaya"
4> bacaan dalam perbezaan baris huruf
contoh = "hasanatun" <> "hasanatan"
5> bacaan samada dihulukan sesuatu kalimah atau dikemudiankan kalimah itu.
contoh = mereka "diperangi" dan "memerangi" <> mereka "memerangi" dan "diperangi"
6> samada dibaca dengan lafaz kalimah yg berbeza
contoh = "selidiki" lah dia <> "pastikan" lah dia
7> samada bacaan mengikut loghat pilat bahasa kabilah2 arab yg utama masing2
contoh = adanya bacaan secara imalah, raum, isymam, naql, tashil , idram dan sebagainya
.
Menurut pendapat siapa ?
> imam ar-Razi
.
3 Hikmah di sebalik Allah menurunkan Al-Quran dengan tujuh huruf ialah:
> bukti mukjizat dalam pemeliharaan alQuran - terpelihara kesemua perbezaan2 yg diiktiraf Rasul s.a.w hingga zaman kita.
> sebagai salah satu sumber dan sandaran dalam mengeluarkan hukum2 dalam islam
> memudahkan org2 arab yg berbilang dialek untuk mengambil bacaan yg mudah untuk mereka baca
.
Apa maksud Qiraat dari segi bahasa dan istilah ?
> bahasa = kaedah2 bacaan
> adalah kaedah cara bacaan alQur'an yg diambil oleh ulamak Qurra' sebagai mazhab bacaan, yg diriwayatkan secara mutawatir, yg mana antara satu dengan yg lain ada perbezaan-perbezaan tersendiri
.
Siapa yg mengumpulkan 10 qiraat, dan siapa yg mengumpulkan 7 qiraat ?
10 qiraat = imam jazari
7 qiraat = imam syatibi
.
Terangkan kata2 = Hafs 'an 'Asim min Toriqi Shatibiyah ?
>> bacaan riwayat imam Hafs yg diambil dari qiraat imam 'Asim, dari aliran sanad imam Syatibiyah
.
Nyatakan sanad bacaan daripada riwayat imam Hafs.
>> Rasul s.a.w > S.Ali r.a > abd Rahman asSulami > 'Asim > imam Hafs
.
Nyatakan sanad bacaan dari pada riwayat imam Syu'bah.
>> Rasul s.a.w > Abdullah bin Mas'ud > zir bin hubaisy > 'Asim > imam Syu'bah
.
Nyatakan sanad Imam 'Asim.
>> 'Asim mengambil bacaan daripada para tabi'in > zir bun hubaisy, abdurrahman assulami, dll yg ambil bacaan dari para sahabat >> ali bin abi tolib, abd bin mas'ud, uthman bin affan, zaid bin thabit, ubay bin kaab dll
.
Nyatakan pengasas bagi setiap dari sepuluh Mazhab bacaan ( termasuk 2 perawi masing2 )
1> Nafi' = Qolun , Warasy
2> Ibnu Katheer = Qunbul , Bazzi
3> abu 'amru = susi , duri
4> ibnu 'amir = hisyam, abnu zakwan
5> 'asim = syu'bah, hafs
6> hamzah = khalaf, khallad
7> kisa-ie = abu harith, duri
8> ya'qub
9> abu ja'fah
10> khalaf
.
Apakah makna nasikh dan mansukh, berikan contoh?
> nasikh adalah ayat hukum yg diturunkan terkemudian untuk menghapuskan atau menggantikan sesuatu hukum yg ada pada waktu itu.
> mansukh adalah ayat hukum yg telah dibatalkan samada dihapuskan atau digantikan dengan hukum yg baru.
contoh: ayat nasikh yg membolehkan ummat berbuka puasa pada malam hari yg menggantikan ayat mansukh yg mewajibkan berpuasa seperti org2 terdahulu (sepanjang siang dan malam)
.
Bagaimana kaedah yg digunakan oleh Zaid bin Thabit dalam proses Pengumpulan Al-Qur'an?
-> (1) menyalin lembaran2-lembaran alQuran (mushaf abu bakar) yg diambil dari ummul mu'minin Hafsah untuk dijadikan satu mushaf.
-> (2) menulis berdasarkan para huffaz
-> (3) jika terdapat perbezaan, mestilah ditulis mengikut dialek Quraisy.
-> (4) setelah di salin, mengembalikan mushaf abu bakar kepada Hafsah.
-> (5) membakar semua mushaf2 yg lain kerana khuatirkan kekeliruan
.
Apakah keutamaan atau faedah menghafal alQuran ?
1> Hafizh Qur’an Adalah Keluarga Allah Yang Berada Di atas Bumi
“Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga di antara manusia.” para sahabat bertanya, ‘Siapakah mereka ya Rasulullah?’ Rasul menjawab, ‘Para ahli Al Quran. Mereka lah keluarga Allah dan pilihan-pilihan-Nya.”‘ (Riwayat Ahmad)
2> Menghormati Seorang Hafizh Al Quran Berarti Mengagungkan Allah
“Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah menghormati orang tua yang muslim, penghafal Al Quran yang tidak melampaui batas (di dalam mengamalkan dan memahaminya) dan tidak menjauhinya (enggan membaca dan mengamalkannya) dan penguasa yang adil.”(Riwayat Abu Daud)
3> Menepati kelas tertinggi di syurga.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Aisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.
4> Memakai mahkota penghormatan
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Abu Hurairah ra.daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamat nanti akan datang dan Al Quran akan berkata; "Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan.
.
Apakah yg dikatakan mukjizat Qur'an dan apa buktinya ?
> keunikan dan keistimewaan al-Quran dari segi bahasa merupakan mukjizat pertama dan utama.
> waktu zaman para sahabat = mukjizat yg mereka mula2 lihat adalah dari segi bahasa dan cara pembacaan alQur'an, yg mana para ahli bahasa waktu itu walaupun yg memusuhi Rasul s.a.w mengakui tidak mungkin dapat mengarang ayat2 seperti alQur'an.
> contoh : kalimah2 yg berpasangan seperti = "hidup" & "mati, "iman" & "kufur" dalam sesebuah surah, bilangannya sama seimbang disebut. Banyak lagi pasangan2 kalimah yg seimbang bilangannya. Ini baru satu saja contoh, jika dikumpulkan kesemua contoh2 yg unik bagi alQur'an, maka mustahil bagi seorang manusia dapat mengarangnya sedemikian rupa dengan menjaga bahasa dan makna messej ayat2 tersebut.
> bacaan alQur'an dengan bertajwid, dengan lafaz panjang pendeknya, dengungnya dll, memungkinkan nada dan irama pembaca untuk bersesuaian dengan messej yg disampai kan. Sebagai contoh, jika berita sedih, nada atau irama bacaan kedengaran seperti orang yg sedang sedih.. Kalau berita tentang tenggelamnya fir'aun dalam air, maka nada suara sipembaca seakan orang yg sedang sesak nafas oleh kerana sebutan huruf2 yg bertajwid ketika ayat itu. Mana mungkin kita dapat mengarang sedimikian rupa.
> Org2 arab ketika mengetahui adanya perbezaan dari segi bahasa yg dituturkan dalam hadith2 Nabi s.a.w dan bahasa yg dilafazkan dalam alQur'an. Mereka mengetahui yg hadith itu dari kata2 Nabi s.a.w sendiri, dan alQura'n itu bukannya kata2 Nabi s.a.w.
> waktu zaman kita, memang telah terbukti banyak sekali penemuan dan perbincangan sains yg padahal telah disebut dalam alQuran pada zaman Rasul s.a.w lagi.
.