Bahasa = tambahan
Istilah = memanjangkan suara ketika menyebut huruf-huruf mad dan lin.
Kadar pemanjangan ialah dengan perkiraan harakat.
Perkiraan harakat pula akan dipengaruhi dengan 4 tahap kelajuan bacaan Quran samada bacaan laju atau lambat.
2 harakat = QaSr,
4 atau 5 harakat = Tawassut
6 harakat = Ishba'
Mad Asli Tabie
mad asli muTlaq
mad asli harfi
mad tamkin
mad 'iwad
mad silah qosirah
Mad far'ie (مَد فَرْعِي) dengan sebab maknawi
mad ta'zim
mad tab-ri'ah
Mad far'ie yg bersebab hamzah
mad muttasil
mad munfasil
mad silah towilah
mad badal
mad Shabih bi badal
Mad far'ie yg bersebab sukun 'aridh
mad arid lissukun
mad lin - arid lissukun
Mad far'ie yg bersebab sukun asli
mad lazim kalimi muthaqqal
mad lazim kalimi mukhaffaf
mad farq
mad lazim harfi muthaqqal
mad lazim harfi mukhaffaf
19 mad di atas, ada yg sama jenisnya, maka setelah digolongkan yg sama jenis, maka sekarang mad yg utama ada 13 :-
mad asli ( termasuk mad asli harfi, mad tab-ri'ah, mad tamkin )
mad 'iwadh
mad silah qosirah
mad silah Towilah
mad muttasil
mad munfasil (termasuk mad ta'zim)
mad badal ( termasuk mad shabih bi badal)
mad arid lissukun
mad lin
mad lazim kalimi muthaqqal ( termasuk mad farq yg sama jenis)
mad lazim kalimi mukhaffaf ( termasuk mad farq yg sama jenis)
mad lazim harfi muthaqqal
mad lazim harfi mukhaffaf
Setelah digolongkan lagi jenis2 mad yg sama, maka yg utama ada 5 hukum mad
mad lazim ( termasuk 4 jenis mad lazim )
mad muttasil
mad arid lissukun ( termasuk mad lin )
mad munfasil ( termasuk mad silah towilah )
mad asli ( termasuk mad asli 'aridh: mad silah qosirah, mad 'iwad, mad badal)
(1) Mad ASli مد أصلي
(2) Mad Far'ie مَد فَرْعِيْ
= bermaksud Asal, tidak terikat dengan sebarang sebab, samada hamzah atau sukun.
Kadar pemanjangan yg asli = 2 harakat = 1 alif.
(Kadar lebih dari 2 harakat, bukan asli lagi tapi bersebab. Kadar 1 harakat tidak dikira sebagai mad.)
Jenis2 mad aSli:
1. Mad asli kalimi (mad asli muTlaq) = ini yg paling asli = berlaku dalam kalimah
Contoh= fii فِىٓ , maa مَا (mad tobie pula adalah huruf mad tambahan untuk menunjukkan jama'. Sila rujuk pada topik mad Tobie)
Mad asli mutlaq adalah yg dibaca dua harakat samada wasal atau waqaf.
Ini bukan mad asli mutlaq = وَ أَنَا ٱخْتَرْتُكَ
2. Mad asli harfi = berlaku pada huruf
Contoh = To haa طه (juga tergolong dlm mad aSli 'aridh)
طه = Juga mad asli harfi thuna-ie, kerana mad asli yg berurutan 2 kali.
3. Mad asli 'aridh = lihat di bawah. (telah tergolong dalam mad far'ie)
Segi Bahasa = cabang atau bahagian.
Istilah = adalah cabang atau pengembangan dari mad asli. Berlakunya kerana ada sebab selain dari adanya huruf mad.
Selain dari mad asli, mad2 yg lain adalah golongan mad far'ie.
Perhatian : mad asli 'aridh termasuk mad far'ie, kerana dia bukan mad asli semulajadi, tapi mendatang atau bersebab.
Tingkatan Mad Far-ie:
1. mad lazim (tingkatan pertama yg paling kuat)
> sukun yg asal, bukan mendatang, dalam satu kalimah dan tetap panjang 6 harakat.
2. mad muttasil,
> bersebab hamzah yg asal tapi kadar panjang berbeza2 4,5,6
3. mad 'aridh lissukun
> sukun yg mendatang dan panjang harakat yg berbeza, 2,4,6.
4. mad munfasil
> bersebabkan hamzah (yg mendatang) hanya ketika waSol saja, harakat yg berbeza 4,5 ( kembali 2 harakat mad asli ketika waqaf)
5. mad badal
> asalnya bukan mad, menjadi mad kerana ditukar dari huruf hamzah.
Perhatian:
2 tingkatan Mad yg bertemu - tingkatan mad yg lebih kuat mengatasi tingkatan mad yg lebih rendah:-
> jika terdapat mad jaiz munfasil dan mad badal di awal kalimah
Contoh = raa-aa aidiyahum رَءَآ أَيۡدِيَہُمۡ, maka dibaca dengan 4,5 harakat ketika waSol , ikut munfasil (bertemu hamzah di kalimah kedua) dan mad badal diabaikan.
Jenis2 Mad Far'ie :
= mad bertemu (bersebabkan) hamzah atau sukun, sambil memanjangkan bacaan lebih dari mad asli.
Wajah2 kadar:
= 4 harakat = atau 2 alif,
= 5 harakat = atau 2 1/2 alif,
= 6 harakat = atau 3 alif.
Jenis Mad yg disebabkan "Hamzah" :-
Mad wajib muttasil ( hamzah selepas mad )
Mad jaiz munfasil ( hamzah selepas mad )
Mad silah towilah ( hamzah selepas mad )
Mad badal, Mad Sobih bi badal ( hamzah sebelum mad ) -2 harakat.
Jenis Mad yg disebabkan "Sukun" (atau kerana waqaf):-
Mad lazim kalimi musaqqal
Mad lazim kalimi mukhaffaf
Mad lazim harfi musaqqal
Mad lazim harfi mukhaffaf
Mad 'arid Li-ssukun
Mad farq
Mad 'iwad
Mad lin
Mad asli 'aridh مَد أصلي عَاِرض :
Bahasa = yg mendatang
Istilah = Mad yg didatangkan ( asalnya kalimah tak dibaca 2 harakat ).
> dibaca 2 harakat untuk permudahkan bacaan.
5 hukum mad yg tergolong dalam Mad asli 'aridh :-
1. mad silah qosirah = ditambah mad pada huruf "ha" (asal kalimah tak ada mad)
2. mad tamkin = Bagi Qiraat lain, asalnya bukan huruf mad. Qiraat kita menetapkan sebagai huruf mad.
3. mad 'iwadh = digantikan tanwin jadi mad asli ketika waqaf.
4. mad badal = asalnya 2 hamzah, tiada mad, tapi ditukar hamzah kedua jadi mad.
5. mad asli harfi = tho haa = bukan mad asli yg asal = kerana ianya adalah lafaz huruf yg didatangkan mad.
Contoh: "Mad badal" adalah "mad asli aridh" yaitu tergolong dari "mad far'ie" jenis "mad lafzie".
= memanjangkan bacaan bersebabkan adanya maknawi, seperti penafian atau penekanan atas sesuatu secara bersungguh2.
(Seakan kalau dalam bahasa melayu = "paaaaadaan muka kau!" atau "tidaaak")
- berbeza dengan mad lafzie yg dipanjangkan bukan kerana maksudnya.
Mad Far-ie Maknawi terdiri daripada = 1. "Mad Tabri'ah" dan 2. "Mad Ta'zim" dalam kategori "Mad Mubalaghah" yaitu besungguh2
1> Mad Tabriah مَد تَبْرِ يَه (penafian dengan sungguh2)
Contoh = laa roibafiihi لَا رَيۡبَ فِيهِۛ contoh = لَّا شِيَةَ فِيهَا
لَا "laa" nafiyah (penafian) bertemu dengan huruf selain dari hamzah.
Walaupun tidak bertemu dengan huruf Hamzah, tetapi Qiraat Imam Hamzah Toriq Jazari membaca "laa" dengan lebih dari 2 harakat (dibaca dengan TawaSut) kerana ianya mad maknawi. Di sini menunjukkan penafian yg bersungguh2.
Riwayat HafS aliran Syatibi, kita baca sebagai mad asli saja.
Ia juga termasuk dalam kategori "mad al-mubalaghah" = yg bersungguh2.
Mad Mubalaghah juga terjadi pada ayat 69 surah Al-Furqan.
(يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِۦ مُهَانًا)
Fii-Hii dipanjangkan "ha" dua harakat, padahal mad silah tak berlaku disini.
Maka ianya = Mad Silah Maknawi kategori Mad Mubalaghah juga.
2> Mad Ta'zim (membesarkan, mengagongkan dengan sungguh2)
لَا "laa" nafiyah bertemu "hamzah" dalam frasa Tauhid.
Contoh 1:
لَا "laa" nafiyah bertemu kalimah إِلَـٰهَ yang terdapat pada frasaTauhid =
لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ (Tiada tuhan melainkan Allah)
Contoh 2: Kalimah "illaa" yg selepasnya kalimah "ilaahun"
=إِلَّآ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ( melainkan Tuhan yg satu)
Contoh 3: Kalimah "illaa" yg selepasnya kalimah "ana"
= لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ ( tiada tuhan melainkan Aku)
Rumusan kalimah "laa" bertemu hamzah (Mad Ta'zim) :
1. Mad jaiz munfaSil (4,5 harakat bagi toriq Shatibi),
2. Mad ta'zhim (4,5 harakat bagi toriq Jazari) - biasanya Toriq Jazari membaca 2 harakat saja bila bertemu hamzah tapi memanjangkan kerana men'ta'zhimkan kalimah Tauhid.
"mad tab-ri'ah" dan "mad ta'zim" bukan dari Qiraat riwayat Hafs Toriq Syatibi