1. Apakah makna tajwid pada bahasa dan istilah?
Bahasa = memperindahkan sesuatu
Istilah = melafaz setiap huruf dengan mengeluarkan makhrajnya yg betul serta memberikan sifat yg asli atau sifat yg mendatang
2. Nyatakan hukum belajar dan beramal dengan ilmu tajwid
Belajar = fardhu kifayah
Beramal = fardhu 'ain
3. Apakah hukum ingkar terhadap ilmu tajwid
Kufur
4. Nyatakan kelebihan belajar ilmu tajwid
Semulia2 ilmu kerana berkaitan langsung dengan Kalamullah
5. Sebutkan matlamat belajar ilmu tajwid
Memelihara dari kesalahan ketika membaca alQuran
6. Berapakah rukun bacaan alQuran serta nyatakan secara ringkas.
3 rukun
(1) mengambil bacaan dengan berguru (bertalaqqi) yg sah sanadnya hingga ke Rasul s.a.w
(2) bacaan menepati dengan rasm uthmani
(3) bacaan menepati kaedah nahu bahasa arab fasaha.
7. Apakah maksud "sah sanad"
Bertalaqqi dengan guru yg juga bertalaqqi dengan guru2 yg sambung menyambung hingga ke Rasul s.a.w.
8. Bincangkan mengenai "bertepatan dengan rasm uthmani"
Bacaan yang menepati salah satu dari tulisan muShaf2 Rasm Uthmani yg enam.
Contoh:
Pembacaan imam ibnu Katheer (Mushaf Makki) ada penambahan kalimah "min" pada Surah atTaubah ayat100
> MuShaf Makki =tajri "min" tahtihal.
> MuShaf Kufi = tajri tahtahal
9. Berapakah martabat bacaan alQuran dan nyatakan secara ringkas
4 martabat
(1) tahqiq = bacaan perlahan-lahan dan berhati2 yaitu cara mereka yg baru belajar membaca alQuran.
(2) tartil = bacaan perlahan (lebih laju dari tahqiq) dengan menyempurnakan lafaz huruf dan hukum2 tajwid sambil merenung ayat2nya.
(3) tadwir = kecepatan bacaan antara tartil dan hadar, sambil menjaga hukum2 tajwid
(4) hadar = bacaan yg paling laju dengan tidak menetepikan hukum2 tajwid, bagi orang2 yg menghafal Qur'an.
10. Apakah yg dimaksudkan dengan hadar = telah dijawab di atas
11. Apakah yg dimaksudkan dengan tahqiq = telah dijawab di atas
.
12. Sebutkan 2 kaedah pengambilan bacaan dari seorang guru.
(1) guru membaca dan murid2 dengar sambil mencontohinya ( cara golongan muqoddimin)
(2) murid membaca sambil didengari oleh guru; membetulkan mana2 yg salah ( cara golongan muta-akhirin)
13. Nyatakan kesalahan yg terdapat ketika membaca alquran
(1) Lahn Jali (2) Lahn Khafi
14. Terangkan 3 keadaan yg termasuk dalam lahn jali
(1) Tertukar huruf yg tidak menukar makna; contoh = SiraTal > siraTal ( tertukar sod pada sin)
(2) Tertukar huruf yg menukar makna; contoh = arRahiim > arRajiim
(3) Tertukar baris yg menukar makna: contoh = an'amta > an'amtu
15. Terangkan apakah yg dimaksudkan dengan lahn khafi
Kesalahan bacaan yg hanya akan diketahui oleh orang2 yg ada pengetahuan akan hukum2 tajwid. Contoh, bacaan dengung pada hukum izhar dll.
16. Nyatakan adab2 sebelum, sedang dan sesudah membaca alQuran.
Sebelum:
(1) niat yg ikhlas
(2) berwudhuk
(3) bersugi
(4) pakaian yg bersih
(5) tempat yg bersih
(6) memandang kiblat
(7) membaca ta'awuz
(8) membaca basmalah
Sedang:
(1) tawadhuk
(2) memperbaguskan bacaan
(3) tidak menyelangi bacaan dengan perkataan2 yg lain; melainkan :-
- 1. menjawab salam
- 2. menjawab azan
- 3. berselawat bila ada sebutan akan rasul saw.
- 4. berdo'a minta kebaikkan pada ayat2 rahmah, dan minta dijauhi pada ayat2 azab.
Sesudah:
membaca sodaqallahulazim
berdoa
menyimpan di tempat yg baik.
17. Berapakah jumlah huruf hija'iyah, dan nyatakan huruf2 tersebut.
29 = alif, ba, ta, tha, jim, ha, kho, dal, zal, ro, zai, sin, syin, Sod, Dhod, Tho, Zho, 'ain, ghain, fa, kaf, qof, lam, mim, nun, waw, Ha, hamzah, ya
18. Nyatakan huruf2 yg boleh bersambung dan huruf sebelum dan selepas.
22 huruf: ba, ta, tha, jim, ha, kho, sin, syin, Sod, Dhod, Tho, zho, 'ain, ghain, fa, kaf, qof, lam, mim, nun, Ha, ya
19. Nyatakan huruf2 yg boleh bersambung dengan sebelum sahaja.
6 huruf = alif, waw, dal, zal, ro, zai
20. Berapakah huruf yg mempunyai 3 nama serta nyatakan huruf tersebut.
satu = Zai, za, za'
21. Apakah yg dimaksudkan dengan fatha dan daripada apa ia diambil serta berikan contoh.
Fatha = baris atas (lafaz alif), diambil dari huruf alif yg melintang.
Contoh : maa مَا
22. Apakah yg dimaksudkan dengan kasrah dan daripada apa ia diambil serta berikan contoh.
Kasrah = baris bawah (lafaz ya), diambil dari huruf "ya" yg dibuang kepalanya.
Contoh: fii فِي
23. Apakah yg dimaksudkan dengan dhamma dan daripada apa ia diambil serta berikan contoh.
Dhamma = baris depan (lafaz waw), diambil dari huruf waw
Contoh : qoluu قَالُوٓ
24. Apakah yg dimaksudkan dengan sukun dan daripada apa ia diambil serta berikan contoh.
Sukun = tanda mati (dimatikan lafaz pada huruf itu), diambil dari kepala kho yg dibuang titiknya.
Contoh: an'amta أَنۡعَمۡتَ
25. Berapa jumlah huruf mu'jamah serta nyatakan huruf2 tersebut.
15 = ba, ta, tha, jim, kho, zal, zai, sin, syin, dhod, zho, ghain, qof, nun,ya
26. Apakah makhraj dari segi bahasa dan istilah
Bahasa = tempat keluar
Istilah = tempat keluar lafaz huruf yg membezakan dengan huruf yg lain.
27. Berapakah huruf yg keluar daripada pangkal halkum serta nyatakan huruf2 tersebut
2 huruf = hamzah, Ha
28. Berapakah huruf yg keluar daripada tengah lidah serta nyatakan huruf2 tersebut.
3 huruf = jim, syin, ya
29. Berapakah huruf yg keluar daripada 2 bibir serta nyatakan huruf2 tersebut.
4 = mim, ba, waw, fa
30. Nyatakan 5 makhraj 'am bagi huruf hija'iyah.
Jauf (rongga udara = windpipe)
Halq (tekak)
Lisan ( lidah)
Syafatan ( dua bibir)
Khaisyum ( rongga hidung )
31. Apakah makna sifat pada bahasa dan istilah
Bahasa = ciri yg menerangkan tentang sesuatu
Istilah = ciri2 yg menerang akan lafaz sesuatu huruf samada tebal atau tipis menurut pergerakan lidah dan tertahan atau terlepas nafas atau suara.
32. Nyatakan 3 faedah mengetahui sifat2 huruf
(1) Dapat membezakan antara huruf2 yg sama makhraj.
(2) Dapat melafazkan huruf dengan lebih sempurna pada huruf2 yg ada persamaan sifat.
(satu huruf mempunyai lebih dari satu sifat)
(3) dapat mengetahui huruf2 yg kuat atau lemah pegangan pada makhrajnya.
33. Berapakah sifat tunggal (tiada berlawanan) serta nyatakan sifat2 tersebut.
7 = (1) Sofeer (2) Qolqolah (3) Lin (4) inhiraf (5) takriir (6) tafassyi (7) istitolah
34. Apakah maksud istitolah serta nyatakan hurufnya
Dhod = sepanjang bahagian tepi lidah naik kena langit2.
35. Apakah maksud Takrir serta sebutkan hurufnya
Ro' = lidah bergetaran ketika menyebutnya.
36. Apakah maksud inhiraf serta nyatakan huruf2nya
Lam, ro = ketika menyebutnya, makhrajnya melencong ke makhraj yg sebelah.
37. Apakah maksud Sofir serta nyatakan huruf2nya.
Zai, sin, Sod ﺯ ﺱ ﺹ = kedengaran seperti bunyi siulan apabila menyebutnya.
38. Nyatakan sifat2 yg terdapat pada ba' ﺏ
jahar, syiddah, istifal, infitah, izlaq, qolqolah
39. Nyatakan sifat2 yg terdapat pada dhod ﺽ
jahar, rokahwah, isti'la', iTbaq, ishmat, istiTolah
40. Nyatakan sifat2 yg terdapat pada lam ﻝ
jahar, tawassuT, istifal, infitah, izlaq, inhiraf
41. Nyatakan sifat2 yg terdapat pada ro' ﺭ
jahar, tawassut, istifal, infitah, izlaq, takriir, inhiraf
42. Nyatakan sifat2 yg terdapat pada To ﻁ
jahar, syiddah, isti'la', iTbaq, ishmat, qolqolah
43. Apakah isti'azah pada bahasa dan istilah
Bahasa = minta perlindungan
Istilah = minta perlindungan dengan Allah dari Syaithan.
44. Nyatakan hukum membaca Isti'azah ketika hendak membaca alQuran
Sunat muakkadah
45. Tuliskan lafaz Isti'azah dan maknanya
Aku berlindungan dengan Allah dari Syaithan yg direjam.
46. Nyatakan 4 cara membaca Isti'azah dengan Basmalah pada awal surah.
(1) isti'azah (waqaf) basmallah (waqaf) awal surah
(2) isti'azah (waqaf) basmallah (wasal) awal surah
(3) isti'azah (wasal) basmallah (waqaf) awal surah
(4) isti'azah (wasal) basmallah (wasal) awal surah
47. Apakah yg dimaksudkan dengan Basmalah
Membaca dengan nama Allah yg Pemurah dan Penyayang.
48. Apakah hukum membaca basmalah ketika hendak membaca Quran
sunat
Yaitu :-
> di pertengahah surah,
> di antara dua surah,
> di awal surah - melainkan di awal surah Fatihah ada khilaf yg mengatakan wajib.
49. Terdapat 3 cara membaca Basmalah diantara 2 surah. Nyatakan
(1) akhir surah (waqaf) Basmalah ( waqaf) awal surah.
(2) akhir surah (waqaf) Basmalah ( wasal) awal surah.
(3) akhir surah (wasal) Basmalah ( wasal) awal surah.
50. Terdapat 3 cara yg diharuskan untuk meneruskan bacaan antara surah al-anfal dengan surah alTaubah. Nyatakan.
(1) al-anfal (waqaf) al-anfal
(2) al-anfal (sakta) al-anfal
(3) al-anfal (wasal) al-anfal
51. Apakah yg dimaksudkan dengan Nun sakinah
Nun yg mati ( samada ada tanda sukun atau tidak ada tanda apa apa )
52. Apakah yg dimaksudkan dengan Tanwin
Lafaz bunyi nun di hujung kalimah (tanpa ditulis nun) pada huruf yg bertanda dua baris.
53. Berapakah hukum nun sakinah dan tanwin dan nyatakan hukum2 tersebut.
(1) izhar halqi
(2) izhar muTlaq
(3) ikfa' haqiqi
(4) idram ma'alghunnah
(5) idram bilaa ghunnah
(6) iqlab
54. Apakah makna izhar pada bahasa dan istilah
Bahasa = jelas dan terang
Istilah = menjelaskan/mengeluarkan sebutan huruf dari makhrajnya tanpa dengung.
55. Berapakah huruf izhar dan nyatakan huruf2 tersebut.
6 = hamzah, Ha, 'ain, ha, ghain, kho
56. Berikan contoh izhar.
yanhauna يَنۡہَوۡنَ
57. Bilakah nun sakinah atau tanwin diizharkan serta nyatakan nama izhar tersebut.
bila bertemu dengan huruf2 halqum = Izhar halqi
58. Apakah makna idram pada bahasa dan istilah
Bahasa = memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu
Istilah = memasukkan lafaz huruf pertama ke dalam huruf kedua.
59. Berapakah huruf idram dan nyatakan huruf2nya
Huruf idram bagi nun sakinah dan tanwin = 6 = mim, nun, wa, ya, lam, ro
60. Apakah yg dimaksudkan dengan idram bilaa ghunnah dan idram bi ghunnah
idram bi laa ghunnah = memasukkan lafaz nun sakinah ke dalam huruf lam atau ro yg berbaris tanpa dengung.
idram ma'al-ghunnah = memasukkan lafaz nun sakinah ke dalam huruf wa, ya, mim, nun yg berbaris beserta dengung.
61. Apakah yg dimaksudkan dengan idram naqiS serta nyatakan.
Bahasa = idram tak sempurna
Istilah = memasukkan lafaz huruf pertama ke dalam huruf kedua dengan tak sempurna.
Tiada sabdu pada huruf kedua.
Contoh = an-yaquulu أَن يَقُولُواْ
62. Apakah makna Iqlab pada bahasa dan istilah
Bahasa = memalingkan
Istilah = memalingkan lafaz sesuatu huruf ke pada lafaz huruf yg lain.
Apabila bertemu nun sakina atau tanwin dengan huruf ba, maka dipalingkan lafaz nun kepada lafaz mim dengan dengung mim.
63. Mengapakah ditukar nun sakinah kepada mim apabila bertemu dengan ba' tidak kepada huruf yg lain
Nun sama makhraj (hidung) dan sifat dengan mim
Mim sama makhraj dengan ba' (bibir)
64. Berikan contoh iqlab pada nun sakinah dan tanwin
Samii'un-baSiirun سَمِيعُۢ بَصِيرٌ , yunbitu, lizanbika
65. Apakah makna ikhfa' pada bahasa dan istilah
Bahasa = mensamar2kan
Istilah = mensamar2kan huruf nun sukun bila bertemu dengan huruf kedua yg berbaris beserta dengung.
66. Berapakah huruf ikhfa' dan nyatakan huruf2 tersebut
15 = ta, dal, Tho, jim, syin, dhod, zai, sin, sod,tha, zal, zho,fa, kaf, Qof
67. Nyatakan 3 perbezaan antara ikhfa' dan idram
(1) ikfa' = dalam satu atau kalimah , idram = dalam dua kalimah
(2) ikfa' = dengung pada huruf pertama, idram = dengung pada huruf kedua
(3) ikfa' = tanpa tasydid , idram = bertasydid
68. Apakah yg dimaksudkan dengan nun dan mim musyaddadah
Nun dan mim bersabdu
69. Apakah hukum nun dan mim musyaddadah dan berikan contohnya.
Ada 5 jenis hukum, salah satunya =wajibu-lghunnah = innii إِنِّى , 'amma عَمَّ , hunna
70. Apakah makna ghunnah pada bahasa dan istilah
Bahasa = dengung
Istilah = suara dengung merdu yg keluar dari hidung ketika melafazkan nun atau mim.
71. Bincangkan ghunnah pada nun sakinah yg diikhfa'kan serta beri contoh.
Ghunnah pada hukum ikhfa' adalah ghunnah tingkatan ketiga.
Ghunnah ikhfa' ditebalkan ketika nun sakinah bertemu dengan huruf ikfa' yg bersifat isti'la
Contoh = Yun-Soruun يُنصَرُونَ
Ghunnah ikhfa' ditipiskan ketika nun sakinah bertemu dengan huruf ikfa' yg bersifat istifal
'aindahu, kuntum كُنتُم , anta
72. Berapakah hukum mim sakinah serta nyatakan
(1) izhar syafawi
(2) ikhfa' syafawi
(3) idram mithlain
73. Bilakah terjadi ikhfa' syafawi dan izhar syafawi dan berikan contoh:
Ikfa' syafawi - apabila mim sakina bertemu dengan ba
= hum-bissahirah, robbuhum-birahmatin رَبُّهُم بِرَحۡمَةٍ۬
Izhar syafawi - apabila mim sakinah bertemu dengan huruf2 selain ba' dan mim = wa aslamtu, am hasibta أَمۡ حَسِبۡتَ
74. Berikan contoh idram mithalin soghir
Kuntum muslimuuna كُنتُم مُّسۡلِمِينَ
75. Bilakah terjadi izhar qomari
Apabila lam ta'rif bertemu dengan huruf2 qomariyah yg 14
76. Berapakah huruf qomariyah dan nyatakan
14 = ba,jim, ha, kho,ain, ghain, fa, kaf, qof, mim, wa, Ha, hamzah, ya
(6 huruf izhar + 4 huruf bibir + kaf, qof, jim, ya)
77. Bilakah terjadi idram syamsi
Apabila lam ta'rif bertemu dengan huruf2 syamsiyah yg 14.
78. Berapakah huruf syamsiyah dan nyatakan
14 = ta, tha, dal, zal, ro,zai, sin syin, sod, dhod, tho, zho, lam, nun
79. Berikan contoh idram syamsi.
Al-nnabiyiina, al-ddhoolliin وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
80. Apakah yg dimaksudkan dengan idram mutamathlain
Apabila huruf yg sama jenis bertemu, dimasukkan huruf pertama ke dalam huruf yg kedua.
81. Tuliskan 4 contoh idram mutamathilain
Robahat-tijarotuhum
Qod-dakholuu
Qul lakum قُل لَّكُم
82. Nyatakan 2 perkara yg menegah daripada berlakunya idram mutamathilain.
(1) sakta
(2) huruf yg pertama huruf mad, berjumpa dengan huruf kedua yg sejenis dengannya. وَٱلَّـٰٓـِٔى يَٮِٕسۡنَ
83. Apakah yg dimaksudkan dengan idram mutaqoribain
Apabila bertemunya huruf2 yg berhampiran makhraj, maka dimasukkan huruf pertama ke dalam huruf kedua.
84. Nyatakan 2 huruf yg terlibat dengan idram mutaqoribain serta contohnya
Qof dan kaf = Nakh-luq-kum (boleh kamil atau naqish) نَخۡلُقكُّم
Lam dan ro = bal-rofa'ah (kamil saja) بَل رَّفَعَهُ
85. Nyatakan 2 perkara yg menegah terjadi idram mutaqoribain
Sakta
Tak terjadi pada huruf halqiyah ( huruf2 izhar )
86. Apakah yg dimaksudkan dengan idram mutajanisain
Apabila bertemunya huruf2 yg bersamaan makhraj, maka huruf pertama masukkan kedalam huruf kedua.
87. Berikan contoh idram mutajanisain
Arkab-ma'ana , iz-zholamtum
88. Apakah makna mad pada bahasa dan istilah
Bahasa = tambahan
Istilah = memanjangkan bacaan pada huruf2 mad dan lin
89. Apakah yg dimaksudkan dengan mad asli kalimi dan mad asli harfi serta berikan contoh.
Mad asli kalimi = bacaan 2 harakat pada huruf mad yg berlaku dalam kalimah, contoh: maa
Mad asli harfi = bacaan 2 harakat pada huruf2 muqotta'ah , contoh: tho haa
90. Bilakah terjadi mad wajib muttaSil dan nyatakan hukumnya?
Apabila huruf mad bertemu dengan hamzah dalam satu kalimah
Bacaan kadar 4 atau 5 harakat ketika wasal
Bacaan kadar 4,5 atau 6 harakat ketika waqaf
91. Mengapa dinamakan mad wajib muttasil
Mesti(wajib) dipanjangkan lebih dari kadar mad tobie kerana dihubungkan(muttaSil) dengan hamzah ketika wasal mahupun waqaf.
92. Berikan contoh mad wajib muttaSil
Ulaaa-ika أُوْلَـٰٓٮِٕكَ , jaa-a, suu-a
93. Bilakah terjadinya mad jaiz munfaSil dan nyatakan hukumnya.
Apabila huruf mad bertemu dengan hamzah dalam 2 kalimah.
Dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal. Tak berlaku mad jaiz ketika waqaf, dibaca dengan kadar mad asli sahaja.
94. Mengapa dinamakan mad jaiz munfaSil
Jaiz ("harus") dibaca lebih dari kadar mad tobie apabila bertemu dengan hamzah di lain kalimah ( munfaSil - terpisah )
Hukum Jaiz "Harus" kerana ada bacaan qiraat atau toriq lain membacanya dengan 2 harakat mad tobie ketika wasal, tak dipanjangkan.
95. Berikan contoh mad jaiz munfaSil
Bimaaa unzila بِمَآ أُنزِلَ , robanaaa - aatina
96. Bilakah terjadi mad 'aridh lissukun dan nyatakan hukumnya?
Apabila mad bertemu dengan huruf yg berbaris ketika waqaf
Dibaca 2,4 atau 6 harakat.
97. Mengapa dinamakan mad 'aridh lissukun
Kerana sukun yg mendatang (aridh) pada huruf terakhir dalam kalimah.
98. Berikan contoh mad 'aridh lissukun
Yash'uruun, jannataan, yu'minuun يُؤۡمِنُونَ
99. Bilakah terjadi mad lin dan nyatakan hukumnya?
Apabila sebelum huruf lin ada baris fatha, dan selepasnya ada huruf yg berbaris ketika waqaf.
100. Mengapa dinamakan mad lin
Kerana huruf lin terbabit ketika terjadinya mad ini ketika waqaf.
101. Berikan contoh mad lin
Khaufin خَوۡفِۭ , 'alaihi
102. Bilakah terjadi mad lazim kalimi muthaqqal dan nyatakan hukumnya?
Apabila huruf mad bertemu dengan huruf yg sukun dan huruf ini diidramkan ke huruf seterusnya(tanda sabdu) dan berlakunya dalam satu kalimah.
Dibaca 6 harakat
(huruf bersabdu = terdiri dari huruf yg mati bertemu dengan huruf yg berbaris.)
103. Mengapa dinamakan mad lazim kalimi muthaqqal
Lazim = pasti/mesti (disepakati semua Ahlul-Qurra' tetap 6 harakat)
Kalimi = berlaku pada kalimah
Muthaqqal = diberatkan kerana di-idramkan pada huruf selanjutnya (huruf bersabdu).
104. Berikan contoh mad lazim kalimi muthaqqal
Ad-dhaaalluun, al-haaaaqqah ٱلۡحَآقَّةُ , khaaasSah
105. Bilakah terjadi mad lazim kalimi mukhaffaf dan nyatakan hukumnya?
Apabila huruf mad bertemu dengan huruf yg sukun dan tidak di idramkan pada huruf selanjutnya.
Dibaca 6 harakat
106. Mengapa dinamakan mad lazim kalimi mukhaffaf
Lazim = pasti/mesti (disepakati semua Ahlul-Qurra')
Kalimi = berlaku pada kalimah
Mukhaffaf = ringan kerana tak di-idramkan pada huruf selanjutnya.
107. Berikan contoh mad lazim kalimi mukhaffaf dan di surah dan ayat mana.
Aaaaaa-l-aanaa ٱلۡـَٔـٰنَ ( surah yunus 51, 91 )
108. Bilakah terjadi mad lazim harfi muthaqqal dan nyatakan hukumnya?
Apabila huruf muqotta'ah yg lafaz madnya bertemu dengan lafaz huruf yg sukun dan lafaz ini di-idramkan kepada lafaz huruf yg kedua.
Dibaca 6 harakat
109. Mengapa dinamakan mad lazim harfi muthaqqal
Lazim = pasti/mesti (disepakati semua Ahlul-Qurra')
Harfi = berlaku pada huruf.
Muthaqqal = berat kerana di-idramkan pada lafaz huruf selanjutnya.
110. Berikan contoh mad lazim harfi muthaqqal
Alif laaammmiiim الٓمٓ , tho siiiimmmmiiim
111. Bilakah terjadi mad lazim harfi mukhaffaf dan nyatakan hukumnya?
Apabila huruf muqotta'ah yg lafaz madnya bertemu dengan lafaz huruf yg sukun dan lafaz ini tak di-idramkan kepada lafaz huruf selanjutnya.
Dibaca 6 harakat
112. Mengapa dinamakan mad lazim harfi mukhaffaf
Lazim = pasti/mesti (disepakati semua Ahlul-Qurra')
Harfi = berlaku pada huruf
Mukhaffaf = ringan kerana tak di-idramkan pada lafaz huruf selanjutnya.
113. Berikan contoh mad lazim harfi mukhaffaf.
Alif laaaam raa الٓر , alif laaaaaammmiiiiiiiim sod
114. Bilakah terjadi mad badal dan nyatakan hukumnya?
Mad badal asli = Apabila dua hamzah bertemu pada awal kalimah, hamzah kedua ditukar kepada huruf mad yg sejenis dengan baris hamzah pertama.
Dibaca 2 harakat.
115. Mengapa dinamakan mad badal
Hamzah kedua ditukar (badal) kepada huruf mad.
116. Berikan contoh mad badal
iimaanan إِيمَـٰنً۬ا , uutuu
117. Bilakah terjadi mad Silah QoSirah dan nyatakan hukumnya?
Apabila ha dhamir diapit dengan huruf2 yg berbaris (sebelum dan sesudahnya) dan huruf selepasnya bukan huruf hamzah.
Dibaca 2 harakat
118. Mengapa dinamakan mad Silah QoSirah
Dihubungkan(Silah) ha dhamir pada mad dan huruf yg hidup serta dibaca 2 harakat (qoSirah = pendek)
119. Berikan contoh mad Silah QoSirah
wa ummihi wa abiihi وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ
120. Bilakah terjadi mad Silah Towilah dan nyatakan hukumnya?
Apabila ha dhamir diapit dengan huruf2 yg berbaris (sebelum dan selepasnya) dan bertemu dengan hamzah.
Dibaca 4 atau 5 harakat
121. Mengapa dinamakan mad Silah Towilah
Dihubungkan (Silah) ha dhamir dengan mad dan huruf hamzah yg hidup serta dibaca panjang (towilah).
122. Berikan contoh mad Silah Towilah
Ba'dihiiii abadan بَعۡدِهِۦۤ أَبَدًا
123. Bilakah terjadi mad 'iwadh dan nyatakan hukumnya?
Apabila huruf yg berbaris 2 (fathaan) diwaqafkan, maka satu baris dari fathatan digantikan dengan baris satu beserta lafaz mad 2 harakat. Tak berlaku pada "ta' marbutah" ketika waqaf.
124. Mengapa dinamakan mad 'iwadh
2 baris digantikan ('iwad) dengan satu baris.
125. Berikan contoh mad 'iwadh
hakiiman, baSiran بَصِيرً۬ا
126. Nyatakan 2 keadaan berlakunya mad tamkin.
(1) apabila huruf mad pada hujung kalimah bertemu dengan huruf yg sejenis dengannya pada awal kalimah yg lain.
(2) apabila huruf mad ya didahului oleh huruf yg sejenis dengannya dan bertashdid dalam satu kalimah.
127. Nyatakan hukum mad tamkin
baca 2 harakat.
128. Mengapa dinamakan mad tamkin
Mengikut qiraat 'asim, ditetap(tamkin) membaca huruf mad tersebut.
Bagi keadaan pertama, huruf mad tetap tak diidramkan kepada huruf yg kedua. ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ
Bagi keadaan kedua, ada qiraat yg membaca sebagai hamzah bertemu mad ya. ٱلنَّبِيِّـۧنَ . Bagi qiraat kita, tetap huruf "ya" bertemu dengan mad "ya"
129. Berikan contoh mad tamkin
Allazii yuwaswi, Huyyitum حُيِّيتُم , annabiyiina ٱلنَّبِيِّـۧنَ
130. Apakah yg dimaksudkan dengan mad farq dan nyatakan hukumnya?
Apabila hamzah istifham (pertanyaan) bertemu dengan mad dan huruf sukun(atau bersabdu), maka dibaca panjang 6 harakat.
131. Mengapa dinamakan mad farq
Mad farq, yaitu mad lazim kalimi yg berbentuk pertanyaan(istifham) membezakan (farq) dengan mad lazim kalimi yg berbentuk khabar.
132. Berikan 6 contoh mad farq serta namakan surahnya.
a-aaal-aanaa ٱلۡـَٔـٰنَ , surah yunus, ayat 51,91
a-aaaallah, ءَآللَّهُ surah yunus ayat 59
a-aaaazzakaraini ءَآلذَّڪَرَيۡنِ surah al-an'am ayat 143
133. Berapakah jumlah huruf pembukaan surah serta nyatakan huruf2nya.
14 = alif, lam, mim, sod, ra, tho, Ha, ha, ya, sin, nun, qof, 'ain, kaf
134. Berapakah jumlah huruf2 pembukaan surah yg wajib dibaca dengan kadar 6 harakat serta nyatakan huruf2nya.
8 = Qof, nun, Sod, kaf, sin, 'ain, mim, lam
135. Berapakah jumlah huruf2 pembukaan surah yg wajib dibaca dengan kadar 2 harakat serta nyatakan huruf2nya.
5 = Tho, Ha, ha, ya, tho
136. Apakah huruf yg harus dibaca dengan kadar 6 atau 4 harakat, dan yg mana lebih utama.
'ain, 6 harakat lebih utama.
137. Apakah yg dimaksudkan dengan tafkhim dan tarqiq
Tafkhim = baca dengan lafaz tebal
Tarqiq = baca dengan lafaz nipis.
138. Apakah yg dimaksudkan dengan lam lafaz al-jalalah
Lam di kalimah "Allah"
139. Bilakah lam lafaz al-jalalah dibaca tarqiq?
Apabila didahului oleh baris kasrah
140. Berikan contoh lam lafaz al-jalalah dibaca tafkhim
Rasulullah رَسُولُ ٱللَّهِ
141. Nyatakan 5 keadaan Ra' yg wajib dibaca tebal serta berikan contohnya.
Ra baris fatha dan baris dhamma = ra-madhana رَمَضَانَ
Ra sukun didahului baris fatha atau baris dhamma =
مَرۡيَمَ , مُّرۡسَلُونَ
Ra berbaris di hujung kalimah ketika waqaf didahului oleh baris fatha atau dhamma = al-kauthar ٱلۡكَوۡثَرَ
Ra berbaris di hujung kalimah ketika waqaf yg didahului huruf yg sukun yg sebelumnya ada baris fatha atau dhamma =
faj-ri, ٱلۡفَجۡرِ
Ra sukun didahului hamzah waSol = -irji'uu ٱرۡجِعُوٓاْ
142. Nyatakan 3 keadaan Ra' yg wajib dibaca nipis serta berikan contohnya
Ra berbaris kasrah = risalah رِسَالَةَ
Ra sukun yg sebelumnya baris kasrah = firdaus ٱلۡفِرۡدَوۡسِ
Ra berbaris ketika waqaf yg didahului oleh huruf yg sukun dan sebelumnya baris kasrah = -as-sihra سِحۡر
143. Nyatakan 2 keadaan Ra' yg harus dibaca tebal atau tipis tetapi bacaan tipis lagi utama serta berikan contohnya.
firQin فِرۡقٍ۬ = Ro sukun didahului baris bawah dan selepas ro ada huruf isti'la yg berbaris bawah =
QiTri = Ro berbaris bawah di waqafkan selepas huruf isti'la' yg sukun.
144. Terangkan cara2 membariskan hamzah waSol yg terdapat pada kalimah Isim serta datangkan contohnya.
Isim Ma'rifah = dibaris fatha kerana ada lam ta'rif ٱلۡبَيۡتَ
Isim Nakirah = ada 7 kalimah isim= asma'u-ssab'ah > dibariskan kasrah :
= ٱسۡمُ ,ٱبۡنُ ,ٱبۡنَتَ ,ٱمۡرُؤٌاْ ,ٱمۡرَأَتُ ,ٱثۡنَيۡنِ ,ٱثۡنَتَيۡنِ
Isim MauSul = baris fatha ٱلَّذِى
Isim Qiyasie = baris kasrah
> Masdar fi'il khumasie ٱخۡتِلَـٰفِ
> Masdar fi'il sudasie ٱسۡتِكۡبَارً۬ا
145. Terangkan kaedah membariskan hamzah waSal yg terdapat pada kalimah Fi-'il serta datangkan contohnya
Fi'il 'Amr = Ikut baris huruf ketiga :
(1) kalau baris atas atau bawah, maka bariskan hamzah waSol dengan kasrah = ٱهۡدِ , ٱرۡحَمۡنَا
(2) kalau baris depan, maka bariskan hamzah wasal dengan dhamma = -udkhuluu ٱدۡخُلُواْ
Dibariskan kasrah pada hamzah waSol tak ikut baris huruf ketiga, kerana baris huruf ketiga itu bukanlah baris yg asal. Ada lima kalimah fi-il seperti ini :-
ٱقۡضُوٓاْ , ﭐمضُوا , ٱبۡنُواْ , ٱئۡتُونِى , ﭐمشُوا
146. Apakah makna saktah pada bahasa dan istilah?
Bahasa = diam
Istilah = diam seketika sewaktu membaca tanpa mengambil nafas dan meneruskan setelah kadar 2 harakat.
147. Saktah ada 4 tempat dalam alQuran mengikut Toriq alSyatibi. Tuliskan Surah2 nya.
Surah Yasin, alQiyamah, alMuToffifin, alKahfi
148. Apakah yg dimaksudkan dengan Naqal dan tuliskan kalimahnya
Dipindahkan baris pada hamzah kepada huruf sukun sebelumnya, dan dihazafkan hamzah tadi.
bi'salismu بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ = surah hujurat ayat 11
149. Apakah makna isymam pada bahasa dan istilah
Bahasa = cium
Istilah = memuncungkan bibir pada huruf yg disukunkan sebagai isyarat baris dhamma
150. Apakah makna raum pada bahasa dan istilah
Bahasa = cuping telinga
Istilah = membaca baris pada huruf dengan kecepatan 1/3 harakat sahaja.
151. Nyatakan tempat yg wajib dibaca secara isyman dan raum.
Surah yusuh ayat 11 تَأۡمَ۫نَّا
152. Apakah makna TaS-Hil pada bahasa dan istilah serta tuliskan kalimah yg wajib dibaca taS-hil
Bahasa = mudah
Istilah = menyembunyikan huruf antara bunyi hamzah dan alif.
aa'jamiyyu ءَا۠عۡجَمِىٌّ۬
153. 3 jenis kalimah yg "harus" dibaca secara taS-hil (2 harakat) ialah:
ءَآلذَّڪَرَيۡنِ , ءَآللَّهُ , ٱلۡـَٔـٰنَ
154. Apakah makna imalah pada bahasa dan istilah
Bahasa = condong
Istilah = mencondongkan lafaz antara fatha dan kasrah
155. Tuliskan kalimah yg dibaca secara imalah
majreha مَجۡر۪ٮٰهَا
156. Apakah maksud "waqaf tam" serta berikan contohnya
Berhenti pada kalimah yg telah sempurna ayatnya dari segi makna dan lafaz. (Tergolong dalam waqaf iktiyari)
Contoh : Al-Baqorah: Berhenti di hujung ayat 3.
(ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤
Ayat 3 tak ada hubungan lafaz dan makna dengan ayat 4.
157. Apakah maksud waqaf kafi serta berikan contohnya
Berhenti pada kalimah yg telah sempurna ayatnya dari segi lafaz tapi masih ada hubungan makna dengan ayat seterusnya.
(Tergolong dalam waqaf iktiyari)
Contoh = Al-Baqarah:6
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَآءٌ عَلَيۡهِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ
"Sesungguhnya orang2 kafir sama saja atas mereka adakah diberi peringatan atau tidak diberi peringatan (waqaf) mereka tidak akan beriman."
Ayat sebelum waqaf ada hubungan makna dengan ayat selepasnya => "mereka tidak akan beriman".
158. Apakah maksud waqaf hasan serta berikan contohnya
Berhenti pada kalimah yg telah boleh difaham maksud ayat tapi masih ada hubungan lafaz dan makna dengan ayat seterusnya. Jika waqaf, haruslah ibtida' dari kalimah yg sesuai untuk menyempurnakan maksud ayat. (Tergolong dalam waqaf iktiyari)
Contoh = ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
"Segala puji pujian kepada Allah (waqaf) Tuhan sekalian alam".
Ayat sebelum waqaf ada hubungan lafaz dan makna dengan ayat seterusnya => Tuhan sekalian alam.
Setelah kalimah "li", berikutnya adalah kalimah2 "jar" = maka لِلَّهِ ada hubungan lafaz dengan رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
159. Apakah maksud tanda mim, jim, lam alif, sod-lam-ya serta berikan contohnya
Mim = waqaf lazim = mesti waqaf
-> juga dikira waqaf tam
Qof-lam-ya = waqaf aula = waqaf lebih baik
-> juga dikira waqaf tam
Jim = waqaf jaiz = harus waqaf
-> juga dikira waqaf kafi
Lam-alif = waqaf mamnuu' = jangan waqaf melainkan darurat.
-> juga dikira waqaf qobih
Sod-lam-ya = waSal aula = waSal lebih baik
-> juga dikira waqaf hasan
160. Apakah maksud tanda sin serta berikan contohnya
Saktah, contoh = wa qolaa man <sakta> raaq
وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٍ۬
161. Apakah maksud tanda mim kecil serta berikan contohnya
Mim maqlubah ketika iqlab, contoh: يَنۢبَغِى
162. Terangkan tanda sin kecil yg ditulis bersama dengan huruf Sod, serta berikan contohnya.
Menurut qiraat 'Asim, dibaca dengan sin kalau sin berada atas Sod, dan dibaca Sod kalau sin berada dibawah Sod.
Contoh = basToh بَصۜۡطَةً
163. Apakah maksud tanda "pedang melintang" atas huruf mad serta berikan contohnya.
Bagi menandakan panjang bacaan dengan kadar melebihi kadar mad asli.
Ulaaa-ika أُوْلَـٰٓٮِٕكَ
164. Kenapa tidak diletakkan huruf mad alif kecil di atas lam sabdu dalam lafzul jalallah ?
Untuk membezakan dengan ejaan kalimah "allaaat"(berhala) yg ada mad alif kecil pada lam tasydid. Ada tulisan bagi lain Qiraat yg diletak dengan ta' marbutah di hujung allaat (bukan ta' maftuhah) jadi tulisannya hampir sama dengan kalimah lafzul jalalah.