52 Turuq dari riwayat HafS 'an 'ASim:
Imam Hafs mempunyai 52 Turuq (sepertimana disebut oleh ibn AlJazari dalam An-Nashr). Diantara murid2 HafS, dua toriq yg masyhur dtg dari 2 muridnya =
1. Ubayd bin Sobah dan
2. 'Amr bin Sobah.
1> Di bawah Ubayd bin Sobah ialah Ushnani, dan dibawah Ushani ada 2 lagi Toriq :-
(1) Abu Tahir - 14 Turuq di bawahnya.
(2) AlHashimi - 10 Turuq di bawahnya.
14 + 10 = 24 Turuq.
2> Bagi 'Amr bin Sobah pula, di bawahnya ada 2 Toriq :-
(1) Ibn Zar'an - 14 Turuq dibawahnya
(2) AlFiil - 14 Turuq dibawahnya
14 + 14 = 28 Turuq.
Kesimpulannya Toriq dari HafS ada : 24 + 28 = 52 Turuq. (Daripada 52 turuq ini, hanya satu toriq saja turun pada Imam Syatibi)
Toriq2 yg Masyhur bagi Riwayat HafS:
1. Toriq "As-Syatibiyyah" :-
==> dari Hafs turun kepada Ubayd bin Sobah dan seterus ke Al-Ushnani dan ke Al-Hashimi dan generasi2 kemudian bertemu imam Syatibi. Maka dikatakan imam Syatibi memilih Toriq Ubayd bagi riwayat HafS.
2. Toriq "An Nasyr" (Bagi riwayat HafS yg selain dari toriq Syatibiyyah, satu daripadanya ialah Toriq 'Amru) :-
==> dari Imam HafS yang turun kepada 'Amru bin Sobah, seterusnya turun kepada (1) al-Fil(Abi Ja'far Ahmad) dan (2) Ibn Zar'an dan turun ke generasi seterusnya bertemu imam Ibn AlJazari.
Sebenarnya Ibn AlJazari punyai banyak toriq bagi riwayat HafS, tapi dua toriq ini, (1)al-Fil dan (2)Ibn Zar'an, yg lebih utama.
Kebanyakkan orang yg membaca riwayat Hafs Qiraat 'ASim yg selain dari Toriq Syatibi akan mengatakan dia membaca mengikuti salah satu dari Turuq Ibn Al-Jazari, atau lagi mudah lagi, dia hanya mengatakan bahawa dia membaca dengan Toriq Ibn AlJazari.
-----------------------------------------------------
Setelah kamu khatam Qur'an riwayat Hafs dan Syu'bah melalui Toriq Syatibiyyah dan Toriq an-Nasyr Ibn AlJazari, barulah kamu dikatakan telah selesai bacaan Qiraat 'Asim. ( Jika kamu hanya berkesempatan khatam HafS dan Syu'bah melalui Toriq Syatibiyyah saja pun sudah mencukupi menunaikan Qiraat 'Asim - wallahu'alam)
----------------------------------------------------
Qiraat2 dari riwayat2 lain selain dari riwayat Hafs, adalah bacaan minoriti ummat Islam:
Warsy daripada Nafi’: 3%, iaitu di Algeria, Morocco, Tunisia, Barat Afrika dan Sudan..
Ibn ‘Amir: 1%, iaitu di sebahagian Yaman..
Qalun daripada Nafi’: 0.7%, iaitu di Libya dan sebahagian Tunisia dan Qatar..
Duri daripada Abu ‘Amr: 0.3%, iaitu di sebahagian Sudan dan Barat Afrika
Artikel yg baik untuk di baca:
Asal-mula-dan-perkembangan-qiraah-ashim-riwayah-hafs/
Sejarah Imam 'Asim, HafS dan Syatibi
Selajutnya ->> Al-Fatihah Matan Syatibiyyah