Latihan UJIAN LISAN ( perihal Tajwid)
Soalan2 yg dikumpulkan dari :
(1) Pengalaman Peserta2
(2) Bengkel QTRS 2011
(3) Soalan2 tambahan sebagai latihan
==================================
Bahagian Pertama
Baca potongan ayat secara tartil ( setengah muka surat yg diambil dari Juz 1 - Juz 15 )
Sila terangkan hukum2 tajwid yg terdapat dalam ayat yg diberi.
Terangkan mengenai hukum2 yg berikut ( lihat di bawah latihan bagi bhg pertama )
Bahagian kedua
Sila baca potongan ayat yg diberikan dengan kelajuan Hadar. ( setengah muka surat yg diambil dari Juz 16 - Juz 30 )
- ada yg diminta baca dengan kelajuan tadwir.
Soalan2 tajwid bahagian kedua ( lihat di bawah latihan bagi bhg kedua )
==================================
Latihan bahagian Pertama.
Izhar
Hukum Izhar dari segi bahasa dan istilah ?
> bahasa = jelas
> istilah = mengeluarkan lafaz huruf dari makhrajnya dengan jelas tanpa dengung
.
Mengenali izhar halqi
> apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu dari 6 huruf makhraj halqum yg berbaris, dalam satu atau dua kalimah, ketika waSol atau waqaf, maka dijelaskan sebutan nun tanpa dengung.
contoh = yanhauna, min had, 'aliima(n) hakiiman
.
Izhar muttlaq - cara mengenalnya.
> apabila nun mati bertemu dengan huruf "waw" atau "ya" dalam satu kalimah, maka tak di-idramkan, tapi dijelaskan sebutan nun.
contoh: dun-ya, Sin-waan, Qin-waan, bun-yaan
.
Izhar syafawi - cara mengenalnya.
>> apabila mim sukun bertemu dengan huruf2 selain dari "min" dan "ba", dalam satu atau dua kalimah, ketika
waSol atau waqaf, maka lafaz mim dijelaskan tanpa dengung.
contoh: am lam, wa aslamtu
.
Izhar qomariyah - cara mengenalnya.
>> apabila lam ta'rif bertemu dengan salah satu dari 14 huruf qomariyah yg berbaris, maka dijelaskan lafaz lam.
Tandanya = sukun atas lam
contoh: al-hamdulillah
.
Ikhfa'
Terangkan Ikhfa' dari segi bahasa dan istilah.
>> bahasa = samar2
>> istilah = melafazkan nun yg sukun dengan samar2 antara izhar dan idram ketika waSol bertemu dengan huruf berbaris yg tak bersabdu dalam satu atau dua kalimah beserta dengung.
.
Ikhfa' haqiqi - cara mengenal.
>> apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan salah satu dari 15 huruf2 ikhfa' yg berbaris dan tak bersabdu, ketika waSol, dalam satu atau dua kalimah, maka di samar2 lafaz huruf nun beserta dengung.
.
Nyatakan bilangan huruf dan sebutkan huruf2 ikhfa' haqiqi.
>> 15 huruf = ta, dal, To + kaf, Qof + jim, syin, dhod, zai, sin, sod, tha, zal, zho, fa
.
Sebab di-ikhfa'kan dengan dengung.
>> sebab tak begitu jauh makhraj lafaz nun dengan huruf2 ikhfa' yg 15.
.
Tanda ikhfa' haqiqi
>> tiada sukun atas nun mati
>> baris tanwin yg tak selari.
.
Berikan contoh ikfa' haqiqi
>> 'indahu , anta, min qoblika
.
Bila keadaan ghunnah itu tebal dan bila keadaan yg tipis ?
>> tebal bila bertemu dengan huruf isti'la'
>> tipis bila bertemu dengan huruf istifal
.
Nyatakan 3 tingkatan ikhfa' dan kenapa begitu bagi setiap peringkat.
>> kubro = dekatnya makraj nun dengan huruf selepasnya, maka dibesarkan ikhfa'nya.
>> wusto = jarak makraj nun dengan huruf selepasnya pertengahan antara dekat dan jauh maka begitu juga pertengahan ikhfa'nya.
>> sughra = jauhnya makraj nun dengan huruf selepasnya maka kecil saja ikhfa'nya.
( Nama hukumnya = Ikhfa' haqiqi 'alaa, Ikhfa' haqiqi auSoT, Ikhfa' haqiqi adna )
.
Nyatakan huruf2 bagi setiap peringkat.
kubra = ta, dal, To
wusto = tha , fa, jim, zai, sin ,syin, sod, dhod, zho
sughra = kaf, qof
.
Dimanakah tingkatan ghunnah bagi ikhfa' ?
>> tingkatan 3
.
Perbezaan antara ikhfa' dan idhram.
>> ikhfa = dalam satu atau dua kalimah
idram = pada dua kalimah saja
>> ikhfa = tiada sabdu pada huruf kedua
idram = huruf kedua bersabdu (melainkan idram naqish)
>> ikhfa = dighunnahkan pada huruf yg pertama
idram = dighunnahkan pada huruf kedua.
.
Idram
Terangkan idram dari segi bahasa dan istilah
>> bahasa = memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu
>> istilah = memasukkan lafaz huruf pertama ke dalam huruf kedua yg berbaris
.
Mengenali idram pada hukum nun sakinah dan tanwin
>> apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu huruf idram yg 6, yg berbaris dan bersabdu (melainkan idram naqish) ketika waSol , dalam dua kalimah, maka dimasukkan lafaz nun ke dalam huruf kedua
.
Bagaimana mengenali Idgham ma'alghunnah
>> apabila nun mati atu tanwin bertemu dengan salah satu huruf wa, ya, mim, nun ketika waSol dalam dua kalimah, maka dimasukkan lafaz nun ke dalam huruf yg kedua dan dikekalkan dengung nun.
.
Apa itu idram soghiir dan kenapa dipanggil begitu ?
>> idram yg berlaku pada huruf yg sukun bertemu dengan huruf yg berbaris.
- Dipanggil Soghiir kerana huruf pertama sukun asli, dimasukkan ke dalam huruf kedua dengan mudah, maka idramnya kecil.
.
Apa itu idram kabiir dan kenapa dipanggil begitu ?
>> idram yg berlaku pada huruf yg berbaris bertemu dengan huruf yg berbaris (bagi bacaan qiraat selain riwayat Hafs) .. dalam bacaan HafS terdapat pada surah yusuf:11 yg kita panggil ishmam .. lata'manuna .. dua nun berbaris bertemu dan di-idramkan(dalam satu klaimah).
- Dipanggil Kabiir kerana huruf pertama berbaris maka hendak disukunkan dan dimasukkan ke dalam huruf kedua, maka idramnya besar. (Juga kerana banyak terdapat dalam Qur'an)
.
Terangkan akan idram kamil dan idram naqish. Beri contoh.
>> idram kamil = dimasukkan huruf pertama secara sempurna ke dalam huruf kedua, maka kedengaran lafaz huruf kedua dengan sempurna, dan hilangnya lafaz nun. Tanda sabdu pada huruf kedua.
contoh = min( r )-rabbihim
>> idram naqish = dimasukkan huruf petama secara tak sempurna ke dalam huruf kedua, maka yg kedengaran ialah lafaz huruf pertama dan kedua secara samar2. Tiada tanda sabdu pada huruf kedua.
contoh = man( y ) - yaquulu
.
Idram bi laa ghunnah dari segi bahasa dan istilah. Huruf2nya ? Tandanya? Beri Contoh.
>> bahasa = tiada dengung
>> apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan "lam" atau "ro" ketika waSol dalam 2 kalimah, maka dimasukkan lafaz huruf pertama secara kamil ke dalam huruf kedua tanpa dengung.
>> tandanya = sabdu pada huruf kedua, tiada tanda sukun atas nun, baris tanwin yg selari pada huruf pertama.
contoh = min( l ) - ladunka, min(r)-robbihim
.
Idram ma-al-ghunnah dari segi bahasa dan istilah. Huruf2nya ? Tandanya? Beri Contoh.
>> bahasa = bersama dengung
>> apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf "wa", "ya","nun","mim" ketika waSol dalam dua kalimah, maka dimasukkan lafaz huruf pertama ke dalam huruf kedua secara naqish atau kamil beserta dengung.
>> tandanya = sabdu pada huruf kedua (kamil: mim, nun), tiada sabdu pada huruf kedua ( naqish: waw, ya), tiada tanda sukun atas nun, baris tanwin yg tak selari pada huruf pertama.
contoh = man( i ) -yaquulu, man(u)-wujida
.
Idram mutaqoribain dari segi bahasa dan istilah. Huruf2nya ? Tandanya? Contoh.
>> bahasa = hampir
>> apabila huruf yg sukun bertemu dengan huruf yg berbaris yg berhampiran makhraj, maka dimasukkan huruf pertama ke dalam huruf kedua secara sempurna.
>> huruf2 = kaf-qof, lam-ro
>> tandanya = sabdu pada huruf kedua, tiada tanda sukun pada huruf pertama.
contoh = nakhluq(k)-kum , qul(r)-robbii, bal(r)-rofa'ah
.
Idram mutajanisain dari segi bahasa dan istilah. Huruf2nya ? Tandanya? Beri Contoh.
>> bahasa = sejenis
>> apabila huruf yg sukun bertemu dengan huruf yg berbaris yg bersamaan makhraj, ketika waSol dalam dua kalimah, maka dimasukkan huruf pertama ke dalam huruf kedua secara sempurna.
>> tandanya = sabdu pada huruf kedua, tiada tanda sukun pada huruf pertama.
huruf2nya = ba-mim, tha-zal, zal-zho dll
contoh = -arkab(m)-ma'ana, iz(Zh)-Zholamtu, yal-hath(z)-zaalika
.
Idram mutamathilain dari segi bahasa dan istilah. Huruf2nya ? Tandanya? Beri Contoh.
>> bahasa = yg serupa
>> apabila huruf yg sukun bertemu dengan huruf berbaris yg serupa, ketika waSol dalam dua kalimah, maka dimasukkan huruf pertama ke dalam huruf kedua secara sempurna.
>> tandanya = sabdu pada huruf kedua, tiada tanda sukun pada huruf pertama.
>> huruf2nya = ta-ta, lam-lam, dal-dal, kaf-kaf
contoh = robihat-tijarotuhum, qod-dakholu
.
Idram mithlain soghiir dari segi bahasa dan istilah. Huruf2nya ? Tandanya? Beri Contoh.
>> bahasa = 2 huruf yg sama
>> apabila huruf mim sukun bertemu dengan huruf mim yg berbaris, ketika waSol dalam dua kalimah, dimasukkan mim pertama ke dalam mim kedua secara sempurna dengan dengung 2 harakat.
>> huruf = mim
>> tanda = sabdu pada mim kedua, tiada tanda sukun atas mim pertama
.
Istilah Idram Syamsiyah. Huruf2nya ? Tandanya? Contoh.
>> apabila lam ta'rif bertemu dengan salah satu dari 14 huruf syamsiyah, maka dihazafkan lam tak dibaca.
>> tandanya = sabdu atas huruf syamsiyah.
>> huruf2 = ta, tha, dal, zal ,ro, zai, sin, syin ,sod , dhod, To, zho, lam, nun
contoh = -ad-dhuha, -annaas
.
Bilakah keadaan yg idram tak berlaku ?
>> apabila ada sakta antara dua kalimah
>> waSol daripada huruf muqotta'a seperti = ya siin - wa, nuun-wa (tak diidramkan)
>> apabila nun mati bertemu huruf idram kedua itu dalam satu kalimah ( izhar muTlaq)
.
Selain dari pada kalimah2, bagaimana idram boleh berlaku pada huruf ?
>> pada huruf2 muqotta'a , ketika berlakunya mad lazim harfi muthaqqal.
contoh = alif laammiim
.
Nun sakinah/ Tanwin
Nyatakan 6 hukum yg terjadi pada nun sakinah atau tanwin.
1> izhar halqi
2> izhar muTlaq
3> idram ma-'alghunnah
4> idram bila ghunnah
5> ikfa' haqiqi
6> iqlab
.
Nyatakan perbezaan antara nun sukun dan tanwin.
1>> nun sukun = ada pada pertengahan atau hujung kalimah <> tanwin hanya pada hujung kalimah
2>> nun sukun wujud pada kalimah isim, fiil dan harf <> tanwin hanya ada pada kalimah isim.
3>> nun sukun = ada pada tulisan dan lafaz <> tanwin hanya ada pada lafaz, tiada pada tulisan
4>> nun sukun = dibaca ketika waqaf atau waSol <> tanwin hanya dibaca ketika waSol saja
.
Apa yg terjadi apabila Nun sakinah bertemu dengan huruf yg sukun ?
>> diberikan baris bawah pada nun itu
.
Fathataan juga dikenali dengan Tanwin ? ....... manSub
Kasrataan juga dikenali dengan Tanwin ?...... majrur
Dhammatan juga dikenali dengan Tanwin ? ....... marfu'
.
Nyatakan Process Iqlab.
1>> memalingkan lafaz nun kepada lafaz mim maqlubah
2>> mensamarkan lafaz mim
3>> mengekalkan dengung mim
.
Kenapa ditukar nun pada huruf mim, bila temu ba ?
>> kerana nun tak sama makhraj dengan ba, maka dipalingkan pada mim kerana mim sama makraj dengan ba, dan mim sama makhraj dengan nun (khaisyum)
.
Nun iwadh - cara mengenalnya.
> apabila tanwin bertemu dengan huruf sukun yg didahului oleh hamzah waSol, maka digantikan satu dari baris tanwin dengan nun iwad yg berbaris kasrah.
contoh: muhammadin(i)-l-waSilatawa , khoiranil-waSiyyatu
Mim sakinah
Nyatakan 3 hukum yg berlaku pada Mim sakinah.
1> izhar syafawi
2> ikhfa' syafawi
3> idram mithlain soghiir
Nun /Mim Musyaddadah
Nyatakan 5 hukum yg berlaku pada Nun dan Mim Musyaddadah.
1> wajibul-ghunnah
2> idram ma-'alghunnah
3> idram mithlain soghiir
4> idram mutajanisain
5> idram syamsiyah bi ghunnah
.
Wajibul Ghunnah
Apakah huruf2 wajibul-ghunnah ?
>> nun bersabdu, mim bersabdu
.
Nyatakan Wajibul-ghunnah dari segi bahasa dan istilah atau cara mengenalnya.
> apabila nun atau mim bersabdu didahului oleh baris satu, dalam satu kalimah, dan dibaca dengan kadar 2, 2-1/2 atau 3 harakat
.
Ghunnah
Nyatakan ghunnah dari segi bahasa dan istilah.
> bahasa = sengau
> suara sengau yg keluar dari hidung pada hukum nun dan mim
.
Apa yg menyebabkan dengung ?
>> makhraj nun dan mim yg keluar dari hidung ketika sukun bila bertemu dengan huruf yg dekat makhrajnya dengan nun atau mim
.
Nyatakan 5 martabat ghunnah.
1> wajibul ghunnah
2> idram ma-'alghunnah
3> ikhfa'
4> nun dan mim sakinah (izhar)
5> nun dan mim berbaris (mutlaq)
.
Mad
Apakah hukum mad dari segi bahasa dan istilah ?
> bahasa = penambahan
> istilah = memanjang suara ketika menyebut huruf2 mad dan lin
.
Berapa pembahagian hukum mad dan sebutkan nama dan perbezaannya.
> 2 bahagian
>> mad asli - memanjangkan suara tanpa sebarang sebab mendatang, dengan kadar 2 harakat.
>> mad far-ie - memanjangkan suara besebabkan hamzah atau sukun dengan kadar melebihi mad asli (melainkan mad badal 2 harakat)
.
Nyatakan jenis2 Mad yg disebabkan hamzah.
1> mad wajib
2> mad jaiz
3> mad Silah Towilah
4> mad badal
5> mad badal tashbih
.
Nyatakan jenis2 Mad yg disebabkan sukun.
1> ke-empat2 mad lazim ( kalimi muthaqqal/mukhaffaf, harfi muthaqqal/mukhaffaf )
2> mad farq
3> mad 'arid lissukun (sukun mendatang)
4> mad lin (sukun mendatang)
.
Bilangan mad yg utama ?
13
.
Mad asli dari segi bahasa dan istilah ? Beri contoh :
> bahasa = yg asal
> istilah = apabila huruf mad didahului oleh huruf yg berbaris yg sejenis dengan huruf mad itu, selepasnya tiada hamzah atau sukun, ketika waqaf atau waSol, maka dibaca dengan kadar 2 harakat.
contoh: maa, fii, laa, lillaahi
.
Bilakah mad asli boleh dibaca dengan waSol dan waqaf ? Berapa kadar harakat kalau diwaqofkan.
> di hujung kalimah = dengan waSol atau waqaf.
> waqaf =dua harakat juga.
.
Mad 'aridh lissukuun dari segi bahasa dan istilah ? Beri contoh.
> Bahasa = sukun yg mendatang
> istilah = apabila mad bertemu dengan huruf yg berbaris ketika waqaf, maka dibaca dengan 2,4 atau 6 harakat.
Contoh : yash'ruun, jannataan, 'aliim
.
Mad Lin dari segi bahasa dan istilah ? Beri contoh.
> bahasa = lembut
> istilah = apabila huruf lin didahului oleh baris fatha, dan selepasnya bertemu dengan huruf yg berbaris ketika waqaf, maka dibaca dengan kadar 2,4 atu 6 harakat
Contoh: khauf , khair
.
Mad tamkin dari segi bahasa dan istilah ? Beri contoh.
> bahasa = menetapkan
> istilah = apabila huruf mad bertemu dengan huruf yg sejenis dengannya dalam satu atau dua kalimah ketika waSol, maka ditetapkan lafaz mad (tak di-idramkan).
Contoh: allazii- yuwaswisu, an-nabyiina, huyyitum
.
Sebutkan Mad Badal dan 3 bahagiannya
1> Mad Badal Asli (hamzah khota' di awalnya)
2> Mad Badal Ibtida' (hamza waSol diawalnya)
3> Mad Badal Tashbih (hamzah di pertengahan)
.
Mad badal asli dari segi bahasa dan istilah ? Beri contoh:
> bahasa = tukar
> istilah = apabila bertemu dua hamzah di awal kalimah, maka ditukar hamzah kedua menjadi huruf mad yg sejenis dengan baris pada hamzah pertama.
contoh = aamanu, iimaanan, uutuu
.
Mad syabih bi badal dari segi bahasa dan istilah ? Beri Contoh:
> bahasa = menyerupai mad badal
> istilah = apabila huruf mad didahului oleh hamzah yg berbaris sejenis dengannya di pertengahan atau hujung kalimah,
contoh : qur'aana
.
Mad iwadh dari segi bahasa dan istilah ? Beri Contoh:
> bahasa = ganti
> istilah = apabila huruf yg selain dari ta' marbutah yg berbaris fathatan di hujung kalimah ketika waqaf, maka digantikan dua baris fathatan kepada satu baris dan dibaca dengan kadar mad asli 2 harakat
.
Mad silah qosirah dari segi bahasa dan istilah ? Beri Contoh:
> bahasa : Silah = hubung, qosirah = pendek
> istilah = apabila ha dhamir diapit oleh dua huruf yg berbaris sebelum dan sesudahnya, dan huruf selepasnya itu bukanlah huruf hamzah, ketika waSol dalam dua kalimah, maka dihubungkan ha ini dengan mad dan huruf hidup selepasnya pada kadar dua harakat.
contoh: ummihi wa abiih
.
Mad silah towilah dari segi bahasa dan istilah ? Beri Contoh:
>.Bahasa : mad silah panjang
> istilah = Apabila huruf ha dhomiir diapit oleh dua huruf yg berbaris sebelum dan sesudahnya, dan huruf yg berbaris selepasnya itu adalah huruf hamzah, ketika waSol, dalam dua kalimah, maka dihubungkan ha dengan mad dan huruf hamzah hidup selepasnya dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat mad munfasil.
contoh = robbuhuuu-aslim
.
Mad wajib muttasil dari segi bahasa dan istilah ? Beri Contoh:
> bahasa = mesti
> istilah = apabila mad bertemu dengan hamzah dalam satu kalimah, dipertengahan kalimah atau di hujung kalimah, maka dibaca 4,5 harakat ketika waSol dan 4,5,6 harakat ketika waqaf.
contoh: ulaaaika , as-samaaa'
( hamzah tak berumah)
.
Mad jaiz munfasil dari segi bahasa dan istilah ? Beri Contoh:
> bahasa = harus
> istilah = apabila mad bertemu dengan hamzah dalam dua kalimah ketika waSol, maka dibaca dengan kadar 4/5 harakat.
contoh : bimaa unzila, robbanaaa aatina
Tambahan: bagaimana mengenali samada hamzah berada di kalimah yg kedua ?
> Salah satu cara = hamzah di kalimah kedua itu berumah,
- melainkan kalau berlaku mad badal asli di awal kalimah (hamzah berbaris fatha bertemu dengan mad - maka hamzah pada kalimah kedua itu tak berumah )
> kemahiran/kebiasan si pembaca dalam mengenali kalimah2 bahasa arab.
.
Mad lazim kalimi muthaqqal dari segi bahasa dan istilah ? Beri Contoh:
> bahasa = mesti panjang dan diberatkan bacaan dalam kalimah.
> istilah = apabila mad bertemu dengan huruf yg sukun yg diidramkan pada huruf yg serupa dan berbaris (yaitu mad bertemu huruf bersabdu) dalam satu kalimah, maka dibaca dengan kadar 6 harakat.
tandanya = sabdu atas huruf yg diidramkan
contoh= adhoolluun, khaaSSah, haaaqqah
.
Mad lazim kalimi mukhaffaf dari segi bahasa dan istilah ? Beri Contoh:
> bahasa : mesti panjang dan diringankan bacaan dalam kalimah
> istilah = apabila mad bertemu dengan huruf yg sukun yg tak diidramkan pada huruf yg seterusnya, maka dibaca dengan kadar 6 harakat.
Contoh: aaaal-aana
.
Mad lazim harfi muthaqqal dari segi bahasa dan istilah ? Beri Contoh:
>.Bahasa = mesti panjang dan diberatkan bacaan pada huruf yg di-idramkan.
> istilah = apabila pada lafaz huruf pertama yg mengandungi mad yg diakhiri dengan sukun bertemu dengan awal lafaz huruf kedua terjadinya hukum idram, maka dibaca dengan panjang 6 harakat. Berat bacaan kerana berlakunya idram.
Contoh: alif-laaammiim >> mim bertemu mim = idram
.
Mad lazim harfi mukhaffaf dari segi bahasa dan istilah ? Beri Contoh:
> Bahasa = mesti panjang dan diringankan bacaan dalam lafaz huruf
> istilah = apabila pada huruf pertama mengandungi mad dan yg diakhiri dengan sukun bertemu dengan awal lafaz huruf kedua terjadinya hukum izhar, maka dibaca dengan kadar 6 harakat. Ringan bacaan kerana tiada idram.
Contoh: alif laam ro >> mim sukun bertemu ro = izhar
.
Mad Farq dari segi bahasa dan istilah ? Beri Contoh:
> bahasa : membezakan
> istilah = apabila mad didahului oleh hamzah istifham, dan selepasnya huruf yg sukun(atau bersabdu), maka dibaca dengan kadar 6 harakat.
Contoh: a-aazakaini , aal-aanaa
.
Apa beza mad farq dengan mad lazim kalimi?
>>> mad farq dalam lafaz istifham (pertanyaan), sementara mad lazim kalimi dalam lafaz khabr.
(Mad Farq mengandungi dua kalimah, Mad Lazim kalimi dalam satu kalimah)
.
Hukum Ro
Sila terangkan sifat2 yg terdapat pada huruf ra' .
>>> sifat = jahar, tawassut, istifal, infitah, izlaq
>>> takriir , inhiraf
.
Bilakah ro' dibaca tebal dan apakah keadaannya mesti dibaca tipis?
-- tebal --
1>>> ra berbaris atas atau depan = tafkhim = romadhona
2>>> ra sakinah , sebelumnya baris atas atau depan = tafkhim = maryam, mursalin
3>>> ra sakinah, sebelumnya baris bawah, selepasnya huruf isti'la' = mirSod
4>>> ra sakinah , didahului hamzah waSol = tafkhim = irfirghlii
5>>> ra berbaris yg diwaqafkan, sebelumnya baris atas atau depan = tafkhim = alkauthar(a), ad-dubur(a)
6>>> ra berbaris yg diwaqafkan, sebelumnya huruf yg sukun, sebelumnya baris atas dan depan = tafkhim= fajr(i), 'aSr(i), annuur
6a>> ra berbaris yg diwaqafkan, sebelumnya huruf mad alif atau mad waw = tafkhim = -annaar , -annuur
-- tipis --
1>>> ra berbaris bawah = tarqiq = risalah
2>>> ra sakinah, sebelumnya baris bawah = tarqiq (melainkan jika selepas ra sakinah ada huruf isti'la')
= firdaus, fir'aun
3>>> ra berbaris yg diwaqafkan, sebelumnya huruf yg disukunkan, sebelumnya baris bawah = tarqiq= assihr(a)
3a>> ra berbaris yg diwaqafkan, sebelumnya huruf mad "ya" = tarqiq = qodiir
.
Terangkan keadaan ro yg dibaca dengan tebal atau tipis ? Berikan contoh2.
MiSra = tebal lebih utama ketika waqaf
fiTri = tipis lebih utama ketika waqaf
Firqin = tipis lebih utama ketika waSol; tebal lebih utama ketika waqaf
Fa asri = tipis lebih utama ketika waqaf
Yasri = tipis lebih utama ketika waqaf
nuzuri = tipis lebih utama ketika waqaf
====================
Latihan bahagian kedua:
Apakah maksudnya bacaan secara tadwir?
>>> Bacaan secara tadwir adalah kelajuan bacaan antara bacaan tartil dan bacaan hadar ( laju sedikit dari Tartil dan perlahan sedikit dari hadar )
.
Sila jelaskan secara ringkas pengertian istilah Naqal, Tashiil, Raum dan imalah (dan berikan contoh) ?
>>> Naqal = memindahkan baris hamzah ke huruf yg sukun sebelumnya(menjadi huruf hidup), dan hamzah itu tak dibaca.
contoh: bi'salismu = hujurat :11
>>> Tashil = bacaan lafaz mudah antara alif dan hamzah.
contoh: aa'jamiyyu = fuSSilat:44
>>> isymam= memuncungkan bibir(seperti ciuman) sejurus setelah melafaz huruf yg sukun sebagai isyarat baris dhammah tanpa mengeluarkan suara.
contoh: laa ta'manna = yusuf : 11
>>> Raum = (bahasa: cuping telinga) = membaca baris dengan 1/3 harakat.
contoh: laa ta'manna = yusuf : 11
>>> Imalah = bacaan condong atau mereng antara baris fatha dan baris kasrah
contoh: majreha : Hud:41
.
Apakah hukumnya apabila saya membaca ayat daripada surah alFatihah lalu tertinggal satu huruf dari ayat tersebut? Sila beri komentar anda.
>>> Jika tak menyedari ada buat kesilapan = tak dosa
>>> Jika mennyedari ada tertinggal huruf dan tak diulanginya = berdosa.
>>> Dalam Solat : Jika solat sendirian :
- tak menyedari ada buat kesilapan, maka tetap sah
- jika menyedari ada tertinggal huruf, tapi tak diulangi = tak sah
.
Apa itu Tajwid dari segi bahasa dan istilah?
> bahasa = memperindahkan sesuatu
> menyebut huruf2 hija'iyah dengan mengeluarkan dari makhrajnya yg betul serta memberikan sifatnya yg asli dan sifatnya yg mendatang
.
Nyatakan dalil2 tuntutan membaca dengan bertajwid.
> surah alMuzammil, ayat 4 : bacalah alQur'an dengan tartil
> surah alFurqan ayat 32: dan kami telah menurunkan alQuran kepada Muhammad dengan tartil
.
Nyatakan hukum mengamal dan belajar tajwid.
> mengamal = fardhu 'ain
> belajar = fardhu kifayah
.
Nyatakan kelebihan ilmu ini berbanding ilmu lain.
> sebaik2 ilmu kerana bersangkutan langsung dengan ayat2 Allah
.
Apa matlamat ilmu tajwid.
> Memelihara dari melakukan kesalahan
.
Apa yg dibincangkan oleh Tajwid ?
> kaedah2 membaca dengan betul sepertimana ianya mula2 diturunkan
.
Siapakah pengasas Tajwid ?
> amali = Rasul s.a.w
> ilmiah = imam2 Qurra'
.
Apakah faedah membaca dengan bertajwid ?
> dapat redha Allah
.
Nyatakan sedikit sejarah tajwid.
> para sahabat yg hidup sezaman rasul s.a.w tiada masalah dalam melafazkan bacaan alQur'an kerana memang itulah bahasa mereka. Setelah sekian Islam itu berkembang, ramai yg bukan arab masuk Islam dan kedengaran berbagai ragam pembacaan yg tak seperti yg asli lagi. Maka timbullah ilmu tajwid untuk mengembalikan bacaan Qur'an sepertimana ianya mula2 diturunkan
.
Nyatakan 3 rukun membaca Quran.
1> bertalaqqi dengan guru yg mulqin yg sanad silsilah guru-gurunya hingga kepada Rasul s.a.w
2> mestilah bertepatan dengan salah satu penulisan Mushaf Rasm Uthmani
3> mestilah bertepatan dengan kaedah bahasa Arab Fasaha
.
Apa itu Talaqqi dan Musyafahah dari segi Bahasa dan Istilah ?
> Talaqqi:
Bahasa = bersemuka
Istilah: penemuan antara murid dan guru secara bersemuka, dimana murid membaca dan guru mendengar & membetulkan mana2 yg silap.
> Musyafaha:
Bahasa = penyampaian dari mulut ke mulut
Istilah: pelajaran sebutan huruf yg diambil oleh murid dengan melihat dari pergerakkan bibir guru ketika melafazkannya
.
Nyatakan kaedah2 mengambil bacaan daripada Guru.
1> guru membaca, murid mendengar sambil menirunya
2> murid membaca, guru mendengar sambil membetulkan mana yg silap
.
Terangkan apakah maksud kesalahan yg besar dan kesalahan yg kecil dalam pembacaan alQuran.
> kesalahan lahn jalii = kesalahan yg jelas, yg segera dapat diketahui oleh kebanyakkan orang.
> kesalahan lahn khafii = kesalahan yg hanya dapat diketahui oleh mereka yg ada ilmu tajwid
.
Apakah itu menjaga wazan ?
>> menjaga kadar panjang harakat mad dan ghunnah dengan konsisten sepanjang pembacaan Qur'an, jangan ada kadar harakat yg berbeza2 pada hukum mad yg sama atau pada kadar ghunnah
.
Waqaf dari segi bahasa dan istilah.
> bahasa = berhenti
> Istilah: berhenti bacaan dengan memutuskan nafas, kemudian mengambil nafas yg baru dengan niat meneruskan bacaan.
Apa itu waqaf Jibril, berapa banyak dalam Qur'an dan nyatakan 5 darinya.
>>> waqof dimana Jibril a.s akan waqaf sewaktu membacakan pada Rasulullah saw.
>>>ada 10 tempat
1> alBaqorah : 148
2> ali Imran : 95
3> alMaidah : 48
4> alMaidah : 116
5> yusuf : 108
.
Berapa wajah waqaf untuk bacaan mad wajib muttasil.
>>> jika waqof=4,5,6 harkat
.
Mengapa mad lazim dibaca 6 harakat? bagaimana mengenalinya?
>>> Kerana telah ditetapkan semua qiraat.
>>> Mengenalinya, huruf mad bertemu dengan huruf sukun atau huruf bersabdu.
.
Nyatakan tempat2 boleh waqaf.
1> Waqaf di nombor ayat.
2> Waqaf pada tanda2 waqaf
2> Waqaf di kalimah2 yg sesuai
.
Nyatakan 4 jenis waqaf.
1> waqaf idhtiraari = waqaf darurat
2> waqaf ikhtiyari = waqaf atas pilihan sendiri
3> waqaf ikhtibari = waqaf untuk memberi pelajaran.
4> waqaf intizhori = waqaf untuk menunjukkan beberapa wajah bacaan dalam sesuatu ayat.
.
Nyatakan 4 jenis waqaf dalam waqaf ikhtiyaari.
1> waqaf tam = tanda mim = waqaf lazim
2> waqaf kafi = tanda qof lam ya = waqaf aula
3> waqaf hasan = tanda sod lam ya = waSol aula.
4> waqaf qobih = tanda lam alif = waqaf mamnu'
.
Apa itu ibtida' ?
> memulakan bacaan dalam ayat dari sesuatu kalimah setelah waqaf atau qot-'u.
.
Bilakah lam dalam lafzul jalallah dibaca tebal dan bila dibaca tipis ?
> lam didahului oleh baris bawah = tipis
> lam didahului oleh baris atas = tebal
.
Apa itu lam ta'rif ?
> lam yg didahului oleh hamzah waSol , yg didatangkan pada isim ma'rifah, untuk menunjukkan pengkhususan.
.
Apakah dua keadaan yg membuatkan hamzah waSol sebelum lam ta'rif tidak ditulis ?
1> apabila didatangi lam jar = contoh kalimah = li-nnaas
2> apabila didahului lam ta'kid = contoh kalimah = la-llazii
.
3 kalimah yg lam ta'rif dibuang.
1> allail
2> lillah
3> allazii
.
Apakah tanda bagi alif lam syamsiyah dan qomariyah ?
> alif lam syamsiyah = sabdu pada huruf syamsiyah
> alif lam qomariyah = sukun atas lam
.
Apak hukum yg terdapat pada alif lam syamsiyah dan alif lam qomariyah?
> idram syamsiyah
> izhar qomariyah
.
Sebutkan Hamzah Qot-ie dari segi bahasa dan istilah.
> bahasa = putus
> Istilah: hamzah yg mempunyai baris yg tetap, yg dibaca ketika waSol atau ibtida', boleh berada di depan, tengah, hujung kalimah, memutuskan lafaz hamzah dari lafaz huruf yg lain.
.
Sebutkan Hamzah waSol dari segi bahasa dan istilah.
> bahasa = sambung
> Istilah: hamzah yg menyambungkan lafaz dari huruf sebelumnya, yg tidak dibaca ketika waSol dan dibaca ketika ibtida' dan hanya berada di depan kalimah.
.
Sebutkan perbezaan antara hamzah qot-ie dan hamzah waSol .
> h. qotie = berada di awal, tengah atau hujung kalimah
h. waSol = hanya di awal kalimah
> h. qotie = dibaca ketika waSol atau ibtida'
h. waSol = hanya dibaca ketika ibtida'
> h.qotie = ada pada isim, fiil dan harf
h. waSol = ada pada isim dan fiil saja.
.
Adab baca isti-azah dalam keadaan2 yg berbeza
> dalam majlis, atau dalam kelas pengajian, baca istiazah dengan jahar
> bila sendirian, baca secara sir.
> dalam tadarus, org pertama saja baca jahar.
.
4 cara baca isti-azah bila hendak memulakan bacaan alQuran.
1> isti'azah + waqaf + basmalah + waqaf + surah (waqaf jami')
2> isti'azah + waSol + basmalah + waSol + surah (waSol jami')
3> isti'azah + waqaf + basmalah + waSol + surah
4> isti'azah + waSol + basmalah + waqaf + surah
.
3 cara baca basmallah diantara dua surah.
1> surah + waqaf + basmalah + waqaf + surah
2> surah + waSol + basmalah + waSol + surah
3> surah + waqaf + basmalah + waSol + surah
.
Cara bacaan antara surah al-anfal dan surah at-taubah.
1> al-anfal + waqaf + at-taubah
2> al-anfal + sakta + at-taubah
3> al-anfal + waSol + at-taubah
.
=============
Tambahan
Makhraj / Sifat huruf
Apa itu "Makhraj" dari segi "Bahasa" dan "Istilah" ?
> bahasa = tempat keluar
> tempat keluar sebutan huruf2 hija'iyah
.
Nyatakan Makhraj2 Am dalam bahasa arab.
> bahasa = jauf, halqum, lisan, syafatan, khaisyum
.
Nyatakan Makhraj2 Khas halqum.
> 3 makhraj khas =
1.-pangkal halqum = "hamzah, Ha"
2.-tengah halqum = "'ain, ha"
3.-Hujung halqum = "ghain, kho"
.
Apa itu "sifat huruf" dari segi "bahasa" dan "istilah"?
> bahasa : ciri2 yg menerangkan sesuatu
> ciri2 yg menerangkan perihal sebutan huruf dari segi kadar menyekat, melepas nafas atau suara, bunyi tebal, tipis, lantunan dan sebagainya
.
Apakah kebaikkan mengetahui sifat huruf ?
> dapat membezakan antara huruf2 yg sama makhraj
> dapat menyatakan dengan lebih jelas pada huruf2 yg bersamaan sifat.
> dapat mengetahui huruf2 yg kuat dan yg lemah pegangan pada makhraj
.
Nyatakan 3 jenis sifat huruf.
1> sifat tebal yg kekal ('aridhah)
2> sifat sementara tebal atau tipis (lazimah)
3> sifat tipis yg kekal ('aridhah)
.
Nyatakan huruf2 yg tergolong dalam sifat sementara, yg berubah.
> lam pada lafzul jalallah
> ro
> dengung ikhfa
> mad alif
.
Nyatakan dalam bahas arab = Sifat kekal , Sifat sementara.
> kekal = 'aridhah
> sementara = lazimah
.
Berapa jumlah kesemua sifat2 huruf ?
> 17
.
Berapa jumlah sifat2 yg ada pasangan lawannya ?
> 5
.
Berapa jumlah sifat yg individu, tiada lawannya ?
> 7
.
Bagaimana perlaksanaan sifat2 huruf ini ?
> dengan melaksanakan menyekat/melepas nafas atau suara dan pergerakkan lidah
.
Nyatakan satu persatu sifat yg berpasangan dari segi bahasa dan istilahnya.
> jahar = nafas tertahan oleh kerana kuat pegangan pada makhrajnya
> hamas = nafas terlepas oleh kerana lemah pegangan pada makhrajnya
(fahathaHu syakhSun sakat)
---
> syiddah = suara tertahan oleh kerana kuat pegangan pada makhrajnya
( ajid qoTin bakat )
> rakhawah = suara terlepas oleh kerana lemah pegangan pada makhrajnya
> tawassuT = pertengahan antara suara terlepas atau tertahan.
( lin 'umar)
---
> isti'la' = mengangkat lidah
( sod, dhod, To, Zho, ghain, kho, Qof )
> istifal = merendahkan lidah
---
.> iTTbaq = menutupi langit2
( sod , dhod, To, Zho)
> infitah = membuka langit2
--
.> izlaq = mudah terlepas
(manafabalaro)
--
> ishmat = tertegah dari keluar
.
Nyatakan satu persatu sifat yg tiada pasangan dari segi bahasa dan istilahnya.
Dan nyatakan hurufnya sekali.
> sofeer = siulan , lafaz huruf yg berdesing seakan siulan
( zai, sin ,sod )
> . qolqolah = lantunan, ketika sukun, lafaz huruf melantun.
( QoT-bin-jad)
> inhiraf = melencong, makhraj huruf melencong ke makhraj yg lain ketika menyebutnya
(lam, ro)
> takriir = ulangan, bunyi getaran apabila menyebutnya
(ro)
> tafassyi = hemburan, bunyi angin yg menyembur ketika menyebutnya
(syin)
> istiTolah = memanjang, sepanjang bahagian tepi lidah naik bila menyebutnya.
(dhod)
> lin = lembut, menyebut dengan lembut ketika melafazkannya.
(waw, ya)
.
Nyatakan setiap huruf hija'iyah dengan sifat2nya sekali.
.
Huruf2 Hija'iyah
Nyatakan 29 huruf2 hija'iyah
> alif, ba ,ta ,tha, jim, ha, kho, dal, zal, ro, zai, sin, syin , sod, dhod, To, zho, 'ain , ghain, fa, kaf, qof, lam, mim, nun, Ha, waw, hamzah ya
.
Nyatakan sebahagian daripada nama2 yg digunakan untuk menerangkan huruf2.
> ta' marbutoh, ta' ta'nith, alif maqSurah, mim maqlubah, nun 'iwad dll
.
Berapa huruf yg boleh disambung sebelum dan sesudah?
= 22
.
Berapa huruf yg boleh disambung sebelumnya saja (nyatakan)?
= 6, dal, zal, ro , zai, alif, waw
.
Berapa huruf yg tak boleh sambung sebelum atau sesudah (nyatakan) ?
= 1, hamzah
.
Nyatakan huruf2 yg ada dua nama.
=11= ba, ta, tha,ha, kho', ro, To, Zho, fa,Ha, ya
.
Nyatakan huruf2 yg ada tiga nama.
= 1 = zai, za, za'
.
Nyatakan nama2 di bawah :-
nun mati = nun sakinah
nun yg berbaris fathah = nun maftuhah
nun yg berbaris kasrah = nun maqSurah
nun yg berbaris dhammah = nun madhmumah
.
Nyatakan nama titik2 yg membezakan antara huruf2 yg sama bentuk.
= nuquT 'I'jam
.
Bilangan huruf2 yg punya titik = 15
Bilangan huruf2 yg tidak punya titik = 14
.
Apakah gelaran yg diberikan pada huruf2 pembukaan surah ?
= huruf2 MuqoTTo'ah
.
Nyatakan huruf2 pembukaan surah mengikut golongan masing2
1> qof , sod, nun
2> ya sin, To sin, To Ha, ha mim
3> alif lam mim, alif lam ro, To sin mim
4> alif lam mim sod, alif lam mim ro
5> kaf ha ya 'ain sod , ha mim 'ain sin qof
.
Apa itu qolqolah dan berapa huruf2 nya.
>>>lantunan suara ketika waqaf pada huruf qolqalah yang 5.
.
Nyatakan antara 10 bacaan khusus bagi Qiraat riwayat Hafs dari aliran imam Syatibi.
1> kalimah "basToh" dibaca dengan "sin" bukan sod (sin kecil di atas sod)
2> kalimah "yabsutu" dibaca dengan "sin" bukan sod (sin kecil di atas sod)
3> kalimah "bimuSoiTir" dibaca dengan "sod"
4> kalimah "al-muSoiTiruun" dibaca dengan "sod" atau "sin" (sin kecil di bawah sod)
5> membaca secara isymam pada surah yusuf ayat 11 = laa ta' manna
6> membaca secara tashil pada surah FuSSilat ayat 44 = aa'jamiyyu
7> membaca secara imalah pada surah Hud ayat 41 = majreha
8> membaca secara naql pada surah hujurat ayat 11 = bi' salismu
9> kalimah2 yg dibaca dengan alif mad ketika waqaf, tapi tak dibaca mad ketika waSol:-
anaa, azzhunuunaa, laakinnaa, arrasuulaa, assabiilaa, qowaariira, salasilaa
10> kalimah salasila boleh dibaca dengan dua wajah ketika waqaf = salaasil, salaasilaa
.