"Jika awak belum khatam Alquran, bolehkah awak mengajar Al Quran?"
>> boleh. Kerana kalau kita sandarkan pada kata-kata Rasul s.a.w, sampaikanlah pesananku walaupun dengan sepotong ayat, bermakna jika seseorang itu telah boleh membaca alQur'an dengan betul, bolehlah dia mengajarkan apa2 yg dia tahu pada seorang yg tidak tahu.
.
Kenapa kamu mahu mengambil skim pengiktirafan ini ?
> bagi peningkatan diri sendiri. Dari segi dunia, ramai yg berusaha meningkatkan diri, bagaimana pula dari segi ke-agamaan ?
Dengan persiapan menduduki ujian ini, maka banyak ilmu2 yg telah dipelajari, yg belum diketahui sebelum ini.
> juga supaya lebih berkeyakinan apabila mengajar pada murid. Murid juga lebih yakin pada guru.
.
Sebelum mengajar, kenapa dahulu kamu mahu belajar alQur'an ?
> kerana ianya kalam Allah, dan Allah menyukai jika kita membacanya sebagaimana ianya mula2 diturunkan. Kitab yg dapat menunjukkan kita ke jalan redha Allah dan diharapkan dapat mengawal diri dari kejahatan.
.
Apakah dalil2 yg memerlukan kita untuk mempelajari dan mendekati alQur'an ?
> surah alFurqan ayat 30 : .. Dan berkata Rasul, wahai Tuhan ku, sesungguhnya ummatku telah menjadikan alQuran sebagai satu perlembagaan yg ditinggalkan.
> surah alQamar ayat 17,22 = sesungguhnya Kami telah memudahkan alQuran sebagai peringatan dan perlajaran, maka adakah siapa yg ingin mengambilnya ?
.
"Dalam banyak2 kaedah yang terdapat di dalam pengajian Al Quran, yang mana awak rasa yang paling bagus?"
>> Masing2 ada kelebihan dan kekurangannya.
>> Saya lebih cenderung kepada kaedah Qiraati bagi yg belum lagi mengenal huruf. Sebabnya, tiada proses mengeja, dan dalam satu sesi, pelajaran yg diajar sedikit, tetapi latihannya yg banyak. Oleh itu, murid dapat mengenal secara pasti bentuk huruf hija'iyah dan menyebut huruf secara sepontan.
>> walaubagaimana pun, pengulangan demi pengulangan itulah saja cara untuk lancar dalam bacaan.
.
Bagaimana metode cara awak mengajar ?
> bagi mereka yg baru mula belajar baca:
-> pengenalan huruf dan lafaz huruf yg betul
-> bacaan 3 huruf yg bersambung
-> bacaan 3 kalimah dalam satu nafas
-> bacaan 1 ayat yg pendek senafas.
.
Bagaimana kamu boleh mentarbiyah murid anda dalam menjiwai Islam dalam pengajaran bacaan alQur'an ?
> Bagi pendapat saya, sewaktu sesi mengajar, sebaiknya kita ada kitab terjemahan alQur'an secara harfiyah, seperti "asSyamil Qur'an".
> Kita dapat rujuk pada kitab itu setelah murid selesai membaca sesuatu ayat.
> Ayat2 Allah memang dapat menyentuh diri seseorang, maka lebih baik lagi kalau dapat diceritakan sedikit akan tafsir ayat tersebut.