Khilaf ulamak mengenai "makna" 7 huruf ..sehingga 40 pendapat.
Pendapat yg paling kuat = Menurut imam ar-Razi :-
(1) Perbezaan Isim : dari segi bilangan "mufrad", "muthanna" dan "jamak" - maknanya sesuatu kalimah itu ada yg dibaca secara mufrad, ada pula yg dibaca secara jamak etc.
..... Contoh: "dosanya" dan "dosa-dosanya"
(2) Perbezaan Fi'il: dari segi kata kerja "mudhori'" atau "madhi".
..... Contoh: "sukarela telah melakukannya" dan "sukarela melakukannya"
(3) Perbezaan I'rob: dari segi baris tanwin (Raf', NaSb)
..... Contoh: "hasanatun" dan "hasanatan" = bermaksud = "baik"
(4) Perbezaan ithbat dan hazaf: dari segi mengekal atau membuang huruf atau perkataan.
..... Contoh: "Sesungguhnya Allah Dialah yang Maha Kaya lagi Terpuji" dan "Sesungguhnya Allah yang Maha Kaya lagi Terpuji"
(5) Perbezaan dari segi mendahulu atau mengemudiankan sesuatu kalimah dalam sesuatu ayat.
..... Contoh: "Mereka memerangi dan diperangi" dan "Mereka diperangi dan memerangi"
(6) Perbezaan ibdal: dari segi menukar kalimah pada lafaz kalimah yg lain ( sama makna )
..... Contoh: "Kamu selidikilah ia" dan "Kamu pastikanlah ia" (fatabayyanuu -> fatabayyatuu)
(7) Berlakunya perbezaan dari segi loghat atau pilat dialek arab
..... Contoh: sebutan tafkhim dan tarqiq, adanya sebutan isymam, naql, tashiil, imalah, takleel dan lain2.
Sebab yg terakhir menggambarkan hikmah terbesar, kerana memudahkan bangsa Arab yg berbagai loghat dan pilat untuk membaca Qur'an dengan loghat dan pilat mereka sendiri.
Kesemua 7 bahagian perbezaan di atas merangkumi semua perbezaan yg terdapat dalam Mushaf Rasm Uthmani yg 6.
Pendapat mengatakan tujuh huruf sebagai tujuh macam lafaz bagi satu kalimah yang mempunyai satu erti atau makna antara 7 bahasa kabilah Arab yg masyur ketika itu = 7 bahasa arab = Quraisyi, Huzail, Thaqif, Hawazan, Kinanah, Tamim dan Yaman
7 hukum hakam = halal, haram, muhkam, mutasyabih, amthal, insya' dan akhbar
nasikh, mansukh, khas, 'am, mujmal, mubaiyin, mufassar
7 bahasa dari tujuh bangsa selain bangsa Arab, kerana adanya kalimah yg bukan dari bahasa Arab seperti bahasa Rom, Yunani, Parsi, Siryani dll.
7 Qiraat bacaan Qur'an ( pendapat ini lemah)
Larangan (1), perintah (2), halal (3), haram (4), peringatan (5), perbandingan (6)dan hujah (7)
Balasan baik (1) dan buruk (2), halal (3), haram (4), peringatan (5), perbandingan (6)dan hujah (7)
DZahir(1), batin (2), fardu (3), sunat (4) ,khusus (5), umum (6),dan perbandingan(7)
Depan (1), akhir (2), faraid (3), hudud (4), peringatan (5), mutasyabihah (6) dan perbandingan (7)
Perintah (1), larangan (2), akad (jual beli) (3) ilmu (4), ghaib (5), zahir (6) dan batin (7)
Hamzah (1), imalah (2), baris atas (3), baris bawah (4), tebal (5), panjang (6) dan pendek (7)
1. Memudahkan kaum-kaum Arab yang ummi (tidak pandai membaca dan menulis) yang diturunkan Quran ke atas mereka untuk membaca dan menghafalnya daripada bacaan yg mereka lebih sesuai.
> Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan tujuh huruf, maka bacalah ia dengan bacaan yang mudah daripadanya.”
2. Oleh kerana telah disesuaikan bacaan alQuran kepada loghat dan pilat dialek2 Arab ketika itu, maka alQur'an ini menjadi tanggungjawab kesemua bangsa Arab dan bukan hanya suku Quraisy sahaja.
2. Sebagai menguatkan mukjizat Al-Quran. Memelihara alQur'an dari zaman ke zaman dengan kesemua perbezaan 7 huruf, adalah satu yg mustahil jika tidak dengan mukjizat dan pemeliharaan Allah.
3. Mukjizat Quran pada makna-makna dan hukum-hakam. Perubahan-perubahan bentuk lafaz pada beberapa huruf dan kalimah menyediakan Al-Quran untuk proses istinbat (pengeluaran) hukum dan menjadikan hukum Al-Quran sesuai sepanjang masa dan zaman.
Kerana itulah ulama perlu kepada 7 huruf dalam proses istinbat dan ijtihad.
Oleh itu bacaan Al-Quran tujuh huruf itu bukanlah rekaan atau ciptaan Nabi Muhammad SAW, tetapi malaikat Jibril yang mengajarnya mengikut kesesuaian perintah Allah. Rasulullah SAW diperintahkan supaya tidak tergesa-gesa bila membaca Al-Quran tetapi dikehendaki sempurnakan apa yg diwahyukan dan ikut cara Jibril membacanya.
Rasulullah SAW juga dilarang oleh Allah meniru Jibril membaca ayat dari ayat sebelum Jibril a.s selesai membacakannya agar baginda dapat menghafal dan memahaminya dengan betul setiap ayat yang diturunkan.