Apakah makna alQuran pada bahasa dan istilah?
bahasa: Bacaan
Istilah:
> adalah kalamullah yg berupa mukjizat,
> yg diturunkan kepada Muhammad s.a.w dalam bahasa Arab
> yg bermula dari surah alFatihah dan berakhir dengan surah anNaas
> yg ditulis dalam beberapa mushaf,
> yg diriwayatkan secara mutawatir
> dan membacanya adalah ibadah.
.
Nyatakan 4 kelebihan alQuran berbanding kitab2 samawi sebelumnya.
1> dijamin terpelihara oleh Allah hingga akhir zaman
2> syariatnya bagi seluruh manusia dan jin hingga akhir zaman, bukan sesuatu ummat saja.
3> syari'atnya memansukhkan semua syari'at2 yg terkandung pada kitab2 samawi yg lain.
4> diberi pahala pada setiap huruf yg dibaca.
.
Terdapat beberapa perbezaan antara alQuran dengan Hadith Qudsi. Nyatakan 4 daripadanya.
1> Q: lafaz dan makna dari Allah. H.Q: makna dari Allah, lafaz dari Rasul s.a.w
2> Q: membaca Fatihah adalah rukun dalam solat. H.Q: tidak ada bacaan dalam solat.
3> Q: sunnah membaca sekurangnya 3 ayat dalam solat. HQ: tak ada bacaan dalam solat
4> Q: diturunkan dengan perantaraan Jibril a.s. HQ: hanya satu cara saja, yaitu mengilhamkan dalam hati Rasul s.a.w
.
Bagi alQuran itu ada beberapa nama yg masyur. Sebutkan 4 daripadanya.
1> alFurqan
2> alKitab
3> alZikr
4> alWahy
.
Bagi alQuran itu ada beberapa sifat (nama berbentuk sifat). Sebutkan 5 daripadanya.
1> nur
2> huda
3> rahmah
4> syifa'
5> basyiir
.
Bincangkan secara ringkas mengenai peringkat penurunan alQuran mengikut pandangan kebanyakkan ulama'
1> Allah perintah Qalam menulis di Luh Mahfuz
2> diturunkan ke langit dunia baitul 'izzah sekali gus pada malam lailatul Qadar
3> diturunkan beransur2 kepada Rasul s.a.w bermula pada 17 ramadhan, malam nuzul alQur'an
.
Terdapat beberapa hikmah alQuran itu diturunkan secara beransur2. Nyatakan 4 daripadanya.
1> menguatkan Rasul s.a.w dan para sahabat sepanjang perjuangan mereka
2> memudahkan mereka menghafal ayat2 Qur'an sedikit demi sedikit.
3> menyelesaikan masalah pada waktu berlakunya masalah
4> turunnya ayat2 nasikh membatalkan hukum pada ayat2 mansukh.
.
Apakah makna wahyu pada bahasa dan istilah?
> bahasa = bisikan atau ilham kedalam hati
> ayat2 Allah yg diturunkan kepada Rasul s.a.w dengan perantaraan Jibril a.s
.
Sebutkan 4 cara penurunan wahyu kepada Nabi s.a.w.
1> dimasukkan ke dalam hati Rasul s.a.w secara langsung
2> Jibril a.s mengajarkannya pada Rasul s.a.w dengan menyerupai seorang lelaki
3> Jibril a.s mengajarkan pada Rasul s.a.w sebagai dirinya sendiri.
4> diturunkan seakan bunyi lonceng yg kuat.
.
Apakah ayat pertama dan terakhir yg diturunkan kepada nabi s.a.w
> pertama: surah al-'alaq, ayat 1 - 5
> terakhir : surah alBaqorah ayat 281
.
Apakah makna surah pada bahasa dan istilah?
> bahasa: himpunan ayat2
> adalah himpunan ayat2 yg mempunyai permulaan dan kesudahannya, yg diasingkan dari himpunan ayat2 yg lain.
.
Apakah yg dimaksudkan dengan alTuwal, alMiun ?
> atTuwal = beberapa surah panjang di awal alQur'an = yg sebanding dengan Taurat
> alMi-un = beberapa surah selepas atTuwal, panjangnya lebih kurang 100 ayat setiap satu - sebanding dengan zabur
.
Nyatakan maksud Makkiyah dan Madaniyah mengikut pendapat yg masyur di kalangan ulama'
>Makkiyah = diturunkan sebelum penghijraan rasul s.a.w
>Madaniyah = diturunkan selepas penghijraan rasul s.a.w
.
Sebutkan 8 daripada surah2 Makkiyah
>Al-Fatihah
>yunus,
>yusuf,
>Ibrahim,
>maryam
>Al An'aam
>Al-A’raaf
>Fussilat
.
Sebutkan 8 daripada surah2 Madaniyah
> Baqorah
> ali imran
> an nisa'
> almaidah
> al anfal
> at taubah
.
Nyatakan 3 ciri2 surah Makkiyah.
>(1) mempunyai ayat2 sajadah (sujud)
>(2) mempunyai seruan kepada seluruh Manusia
>(3) mempunyai cerita perihal Adam dan Iblis
.
Nyatakan 3 daripada ciri surah Madaniyah
>(1) mempunyai seruan kepada org2 yg beriman
>(2) mengandungi ayat2 hudud
>(3) menceritakan perihal org2 munafik.
.
Sebutkan 2 nama lain bagi surah alFatihah, alBaqorah, alTaubah dan Yasin
> Fatihah = ummul kitab
> alBaqorah = az-zahra'
> alTaubah = Bara'ah
> Yasin = qalbul qur'an
.
Sebutkan nama lain bagi surah al-Anfal, surah al-Ikhlas
> ikhlas = al-asas
> anfal = badar
.
Apakah makna ayat pada bahasa dan istilah.
> Bahasa = kumpulan kalimah2
>Istilah = kumpulan kalimah2 yg ada permulaan dan penghabisan yg menyampaikan maksud. Ayat2 adalah sebahagian daripada Surah.
.
Terdapat beberapa faedah mengetahui ayat2 Quran. Nyatakan 4 daripadanya.
> (1) dapat menentukan sepotong ayat yg dibaca dalam Khutbah Jumaat
> (2) dapat tahu sekurangnya membaca 3 potong ayat selepas surah fatihah ketika solat
> (3) dapat mengetahui pahala bagi bilangan ayat yg dibaca
> (4) dapat menentukan 7 ayat bagi surah fatihah yg menjadi rukun solat.
.
Tuliskan ayat terpendek dan ayat terpanjang dalam Quran.
> Ayat terpendek = Tho Ha , surah Thoha ayat pertama.
- Atau ayat pertama surah yasin = ya sin. Ayat 64, surah ArRahman
Ayat Ayat 64, surah ArRahman> Ayat terpanjang = surah alBaqorah ayat 282 = ayat tentang hutang.
Apakah makna huruf pada bahasa dan istilah.
> Bahasa = beberapa huruf sebagai ejaan bagi kalimah.
> Istilah = huruf2 hija'iyah bagi kalimah2 alQur'an.
.
Nyatakan 4 ciri bagi membezakan satu huruf dengan huruf yg lain.
> (1) rupa bentuk
> (2) nama
> (3) makhraj
> (4) sifat
.
Tulisakan secara ringkas mengenai alQuran pada zaman Rasul s.a.w.
> Pada zaman Rasul s.a.w, alQuran bukanlah seperti yg kita lihat sekarang sebagai satu mushaf lengkap yg dibukukan bahkan ianya ada pada hafalan para huffaz dan lembaran2 yg terpisah2 yg ditulis oleh penulis2 wahyu yg telah dilantik Rasul s.a.w, samada ditulis di pelapah2 kurma, kulit2 binatang, batu2 dan sebagainya.
> Telah lengkap ditulis keseluruhannya sebelum wafatnya baginda s.a.w walaupun tak disusun seperti apa yg kita lihat sekarang.
.
Mengapakah alQuran tidak dikumpulkan dalam satu mushaf pada zaman Rasul s.a.w
> Kurangnya alat-alat menulis seperti pena dan kertas
> Bukan suatu perkara yg mendesak ketika itu, kerana apa2 perselisihan dapat dirujuk kepada Rasul s.a.w
> Rasul s.a.w tak sempat untuk menyusun menjadi satu mushaf kerana baginda wafat dalam masa yg singkat selepas ayat yg terakhir.
> Adanya ayat2 nasikh yg kemudian akan memansukhkan ayat2 yg dahulu.
> Penurunan ayat2 yg beransur-ansur turun maka belum diketahui lagi kesemua ayat2 alQuran.
.
Tuliskan secara ringkas mengenai alQuran pada zaman Khalifah Abu Bakr asSiddiq.
>Pada zaman Khalifah Abu Bakar r.a, buat pertama kali dimulakan pengumpulan alQuran menjadi sebuah Mushaf. Ini kerana ramai para huffaz yg syahid disebabkan peperangan2. Prosess pengumpulan diketuai oleh Zaid bin Thabit, juga dibantu oleh s. umar .r.a dan beberapa sahabt yg lain dan siap dalam masa setahun.
> Ianya bukanlah satu mushaf yg kita lihat sekarang tetapi lembaran2 yg diikat, serta penyusunan surah2 tidak menurut tertib seperti mushaf uthmani.
.
Nyatakan 4 kelebihan Mushaf Abu Bakar berbanding mushaf2 sahabat yg lain.
> (1) ayat2nya telah disemak dan diteliti oleh sekumpulan sahabat yg mahir dan amanah.
> (2) Ayat-ayat yang ditulis pada mushaf adalah yang sudah jelas tidak dinasakhkan bacannya.
> (3) ianya merangkumi bacaan pelbagai Qiraat yg merangkumi tujuh huruf.
> (4) ianya telah disepakati seluruh umat Islam ketika itu secara mutawatir.
.
Nyatakan 4 sebab kenapa Abu Bakar as-Siddiq memilih Zaid bin Thabit untuk melaksanakan tugas mengumpul alQuran.
> (1) Zaid adalah telah dipilih sendiri oleh Rasul s.a.w untuk menjadi penulis wahyu, dan yg terbanyak sekali menulis.
> (2) Zaid mempunyai kecepatan belajar sesuatu ilmu yg baru.
> (3) Zaid menguasai ilmu Qiraat
> (4) Zaid menyaksikan sendiri pembentangan ayat Quran yg terakhir yg diterima Rasul s.a.w
.
Tuliskan secara ringkas perkembangan alQuran pada zaman Khalifah Othman bin Affan.
> Oleh kerana terdapat kesalahan2 bacaan oleh ummat islam yg bukan arab atau yg dari jauh, maka telah disarankan agar alQuran itu dikumpulkan sekali lagi dan dibukukan dengan tujuan menyelaraskan (standardization) bacaan alQuran. Usaha ini juga dijalankan oleh Zaid bin Thabit dan sahabat2 yg lain. Disalin ayat2 dari mushaf Abu Bakar menjadi sebuah buku yg disandarkan sekali lagi kepada para huffaz, dan jika perbezaan bacaan, maka dikembalikan semula pada bahasa Quraisy. Disalin mushaf Uthmani ini dan disebarkan kepada negeri2 lain.
.
Berapa jumlahMushaf Othmani mengikut pandangan yg masyur di kalangan ulama' dan nyatakan mushaf2 tersebut.
>6 , (1) Makki (2) Kufi (3) Madani am (4) Madani khas (5) BaSrah (6) Syam
.
Nyatakan 4 faedah penulisan dan pembukuan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman bin affan
> (1) dapat menyatukan umat islam pada satu penulisan alQuran yg seragam
> (2) dapat menyatukan bacaan pelbagai qiraat pada mushaf yg sama.
> (3) dapat menyusun surah2 alQuran dengan tertib dari awal hingga akhir
> (4) dapat membezakan antara bacaan yg mutawatir dan kaedah bacaan yg syaz.
.
Tuliskan 4 kelebihan mushaf Othmani
> (1) ditulis dengan tulisan yg sama seperti waktu zaman Rasul s.a.w ( tulisan alQuran yg asal - sunnah)
> (2) telah disepakati oleh lebih kurang 12,000 para sahabat
> (3) tulisan kalimah2 yg membolehkan bacaan pelbagai qiraat yg merangkumi 7 huruf
> (4) berdasarkan bacaan para huffaz yg menjadi teras pengumpulan quran.
.
Tuliskan secara ringkas berkaitan penyempurnaan Mushaf Othmani
> Mushaf uthmani yg pertama ditulis dengan rasm uthmani tanpa titik dan baris, supaya dapat dibaca dengan berbagai wajah bagi menampung wujudnya tujuh huruf.
> Para sahabat boleh membacanya tanpa masalah.
> Oleh kerana generasi yg mendatang kurang mahir dengan bahasa arab, dan terjadi kesalahan2 yg dibaca :-
1> maka pada zaman pemerintahan Umayyah, di letakkan titik2 yg berwarna pada lokasi yg tertentu untuk menandakan lafaz fatha, kasrah dan dhamma.
2> Masih lagi terdapat kesalahan2 bacaan kerana susah untuk membezakan antara huruf2 yg sama bentuk, maka titik2 yg dipanggil nuquT I'jam diletak untuk membezakan huruf2 yg sama bentuk.
3> Pada zaman pemerintahan abbasiyah, telah diubah dan ditambah :-
>1) baris fatha, kasrah dan dhamma serta sukun dan sabdu.
>2) diberikan nombor pada akhir ayat, tanda2 waqaf dan sakta.
>3) tanda2 juzuk, hizb dan rubu'
.
Bincangkan pandangan ulama' berhubung hukum menulis alQuran dengan Rasm Othmani.
> Wajib = ianya dari asal penulisan wahyu yg mendapat pengawasan dari Rasul s.a.w sendiri.
.
Bincangkan tanda2 waqaf yg ada dalam mushaf alMadani alNabawiyah
> Mim - waqaf lazim = mesti berhenti
> Jim - waqaf jaiz = harus berhenti
> Qof-Lam-Ya = waqaf aula = waqaf lagi utama
>Sod-Lam-Ya = waSal lagi utama
>Lam-alif = waqaf mamnuu'
> tiga titik = waqaf mu'anaqah
.
Terdapat banyak adab2 ketika membaca Quran. Sebutkan 8 daripadanya.
> (1) niat ikhlas
> (2) berwudhuk
> (3) pakaian bersih
> (4) tempat bersih
> (5) menghadap kiblat
> (6) membaca ta'awuz
> (7) membaca basmalah
> (8) membaca sodaqollahul'azim setelah selasai membaca.
.
Sebutkan 4 daripada adab2 pelajar alQuran serta berikan dalilnya.
> (1) Menghormati guru
> (2) Bersungguh2 dalam belajar
> (3) belajar dengan guru yg sah keahliannya
> (4) pelajar mendatangi guru untuk belajar
.
Sebutkan 4 daripada adab2 guru alQuran serta berikan dalilnya.
> (1) niat ikhlas kerana Allah.
> (2) menjaga akhlaq
> (3) jangan bermegah dengan bilangan murid yg ramai.
> (4) Jangan ambil hati bila murid pergi belajar dengan guru lain
.
Bincangkan hukum menyentuh mushaf alQuran atas org yg berhadas besar.
> haram bagi org lelaki/wanita yg berhadas besar, dan bagi wanita yg haid/nifas.
.
Bincangkan hukum menyentuh mushaf alQuran atas org yg berhadas kecil.
>Haram dalam keadaan biasa (bagi org yg hanya membaca quran dalam majlis atau sekali sekala)
> Boleh sentuh bagi mereka yg memang selalu berdamping dengan alQuran seperti guru Quran atau pelajar
.
Nyatakan 3 golongan org yg mengajar Quran.
>(1) guru yg mengajar secara ikhlas tidak ada apa2 bayaran
>(2) guru yg mengajar yg mengambil upah tapi tak menetapkan kadar upahnya.
>(3) guru yg mengajar yg menetapkan kadar upah baginya.
.
Nyatakan pandangan ulamak mengenai hukum mengambil upah mengajar alQuran.
> Harus mengambil upah, tiada masalah.