alif, ba, ta, tha, jim, hha, kho, dal, zal, ro, zai, sin, shin, sod, dhod, tho, zho, 'ain, ghain, fa, qof, kaf, lam, mim, nun, waw, ha, hamzah, ya.
ا ﺏ ﺕ ﺙ ﺝ ﺡ ﺥ ﺩ ذ ﺭ ﺯ ﺱ ﺵ ﺹ ﺽ ﻁ ظ ﻉ ﻍ ف ﻕ ﻙ ﻝ ﻡ ن ﻭ هـ ء ﻱ
Tanda Baris = حَرَكَات "harakat" atau "syakl" شَكْل
(1) Baris satu = "harakat satu"
fat-hah = baris "atas"
kasrah = baris "bawah"
dhommah = baris "depan"
Nota: "Harakat satu" bertemu dengan "huruf Mad", menjadi 2 harakat (atau lebih).
(2) Baris dua = harakat tanwin
fat-hataan فَتْحَتَانِ (atau fat-hatain) = baris dua atas
kasrataan كَسْرَتَانِ (atau kasratain) = baris dua bawah
dhommataan ضَمَّتَانِ (atau dhommatain) = baris dua depan
Asal tanwin adalah huruf nun mati, contoh :
بَنْ بِنْ بُنْ => بً بٍ بٌ
Huruf nun mati telah digantikan dengan baris satu, diletak atas baris pertama بَ menjadi بً (dua baris)
Tanwin hanya terdapat di hujung kalimah "ism".
Maka definasi Tanwin adalah : Nun yg dibaca tapi tak ditulis.
(3) Sukun = "mati"
Nun "sakinah" = nun mati, samada :
(1) nun bertandakan "sukun" نۡ (hukum izhar)
atau
(2) nun yg tiada tanda atau baris, contoh: أَندَادًا (hukum ikhfa')
(4) Huruf mutaharrik = huruf yg berbaris, contoh: طَ دُ دِ
(5) Huruf muqotta'ah مُقَطَّعَه = huruf pembukaan surah :-
1> Jenis Satu huruf ( ada tiga )=
Sod صٓ, Nun نٓ, Qof قٓ
2> Jenis Dua huruf (ada empat ) =
Tho Haa طه, Tho Siin طسٓ, Ya Siin يسٓ , Ha Miim حمٓ
3> Jenis Tiga huruf ( ada tiga) =
Alif Laam Miim الٓمٓ ,Alif Laam Raa الٓر, Tho Siiin Miim طسٓمٓ
4> Jenis Empat huruf ( ada dua) =
Alif Laam Miim So-od الٓمٓصٓ , Alif Laam Miim Raa الٓمٓر
5> Jenis Lima huruf (ada dua ) =
KaaafHaYa'AiinSo-od ڪٓهيعٓصٓ,
Ha Mim 'Ain Sin Qof حمٓ عٓسٓقٓ
Perbandingan harakat huruf2 MuqoTTo'ah :
5 huruf yg dibaca 2 harakat mad asli
ط ه ي ر ح
8 huruf yg dibaca 6 harakat disebabkan mad lazim.
صٓ نٓ قٓ سٓ مٓ لٓ ڪٓ عٓ
Satu huruf tak dibaca dengan mad
alif ا
Satu huruf dibaca samada 4 atau 6 harakat
عٓ
Urutan 29 Surah dalam Quran :
AlBaqorah الٓمٓ
Ali Imran الٓمٓ
Al-Araf الٓمٓصٓ
Yunus الٓر
Hud الٓر
Yusuf الٓر
ar-Ra'd الٓمٓر
Ibrahim الٓر
Al-Hijr الٓر
Maryam ڪٓهيعٓصٓ
Toha طه
Ash-syu'ara' طسٓمٓ
An Naml طسٓ
Al-Qasas طسٓمٓ
Ankaboot الٓمٓ
Ar-Room الٓمٓ
Luqman الٓمٓ
As-sajdah الٓمٓ
yaseen يسٓ
sod صٓ
ghafir حمٓ
fussilat حمٓ
as-syura حمٓ
az-zukhruf حمٓ
ad-dukhan حمٓ
jathiya حمٓ
ahqaf حمٓ
qof قٓ
al-qolam نٓ
- Video - Wasal dari huruf Muqotta'a
(6) "Ha' Kinayah" هَأ كِنَايَة.
"Ha' Kinayah" adalah Huruf "Ha" هـ dhomir muzakkar
ضَمِيْر مُذَكَّر (gantinama dia lelaki),
Ditulis dengan bentuk Ha simpul
Tiada titik pada Ha simpul (ta' "marbutah" ة saja yg ada dua titik )
4 Contoh Ha Kinayah :
1. لَهُ الْمُلْكُ 'ha' diantara huruf berbaris dan huruf sukun
2. فِيهِ هُدَى 'ha' diantara huruf sukun dan huruf berbaris
3. بِهِۦ قُلُوبُكُمۡ 'ha' diantara dua huruf yg berbaris (Mad Silah)
4. مِنْهُ اسْمُهُ 'ha' diantara dua huruf yg sukun
Nota: biasanya, Ha kinayah akan berbaris bawah (majrur) "alaihi" selepas kalimah (jarr) 'alaa = عَلَيْهِ
Tetapi dalam bacaan riwayat HafS, jika selepasnya ada kalimah Lafzul Jalalah, ianya berbaris depan, menjadi "alaihu" =
عَلَيْهُ ٱلله
(7) "Ha" kinayah pada hukum MAD SILAH :
> Ianya Ha Dhomir berupa "Ha Kinayah" yang diantara dua huruf yg berbaris. Lihat contoh no.3 di atas.
Ketika Wasol :-
> Lafaz Ha dipanjangkan dengan huruf mad.
> Samada 2 harakat, seperti
= بِهِۦ قُلُوبُكُمۡ (hukum mad silah qosirah)
> Atau 4 harakat (bertemu hamzah), seperti
= بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡۚ , رَبُّهُ ۥۤ أَسۡلِمۡ (hukum mad silah towilah)
Ketika Waqaf : Ha sukun. Mad tak dibaca.
(8) Huruf "Ha'" asli = juga ditulis dengan Ha' simpul
> Ha' di hujung satu kalimah, yaitu dari asal kalimah itu sendiri. Ha kalimah.
> Tak dibaca Mad Silah = فَوَاكِهُ وَهُم
walaupun sebelum dan sesudah "Ha" adalah huruf2 yg berbaris
- Tiada tanda mad selepas huruf ha.
(9) Kalimah "hazihii" هَـٰذِهِۦ
Contoh هَـٰذِهِۦۤ إِيمَـٰنًا
Bila bertemu hamzah walaupun dibaca panjang tetapi ianya bukan Mad Silah Towilah kerana huruf "Ha" di situ bukan dhomir bagi lelaki. Ianya Ha kalimah.
Hukumnya = Mad Jaiz Munfasil (bila bertemu hamzah), maka jangan keliru akan hukumnya.
(10) Ha' berbaris "atas"
Contoh = عِندَهَا kalau Ha' baris atas disertai dengan alif mad, ini dhamir untuk "dia" wanita.
Hukumnya = Mad Asli, tak termasuk Mad Silah!
(11) Ha saktah.
(Bukan dari asal kalimah)
"Ha Saktah" di hujung kalimah ketika waqaf.
Ketika wasol, berhenti sebentar tanpa nafas untuk membezakan Ha saktah dengan Ha kalimah seterusnya.
Contoh:
(1) Surah Al-Haqqah ayat 28 :
مَالِيَه = (harta ku)
- jika dibaca waSol = "maaliyah (saktah) halaka"
مَالِيَهْ (٢٨) هَلَكَ "maaliyah": kalimah asal = مَالِي
Bagi riwayat Hafs, rujuk pada topik Riwayat Hafs.
(2) Surah Al-Haqqah ayat 29:
سُلۡطَـٰنِيَهۡ . خُذُوهُ "sultoniyah": kalimah asal = سُلۡطَـٰنِي
(3) juga terdapat dalam surah Al-Haqqah :-
حِسَابِيَهْ . يَا لَيْتَهَا "hisaabiyah" : kalimah asal = حِسَابِي
(4) كِتَابِيَهْ . إِنِّي "kitaabiyah" : kalimah asal = كِتَابِي
(12) Ha Tanbih
"Ha tanbih" هـ تَنْبِه (peringatan, pemberitahuan)
Ha tanbih هـ di kalimah2 :-
هَذاَ
هَذِهِ
هَـٰٓؤُلَآءِ
يَا أَيُّهَا
(13) Ta' marbutah di hujung kalimah isim,
( Marbutoh = yg simpul )
Contoh : مُّطَهَّرَةٌ ,
> Ta' marbutah bukan dari huruf hija'iyah. Ianya huruf tambahan.
ة
2 titik di atas menandakan huruf "ta"
Lafaz huruf "ta" ketika waSol.
Bulat/simpul di bawah menandakan huruf "ha".
Lafaz huruf "ha" ketika waqaf.
(14) Ta' Ta'nith = ta' yg menunjukkan mu-annath ("feminin").
Contoh 1: Fi'il (kata kerja)
ضَرَبَتْ = "dia seorang perempuan telah memukul"
> ta' ta'nith di hujung ( bukan ta' marbutah )
Contoh 2: Ism (kata nama)
قِرَاءَاتٌ = "bacaan2"
> Jama' mu-annath dengan ta' ta'nith.
(mufrad nya ialah = قِرَاءَةٌ dengan ta'marbutoh)
(15) Ta' Maftuhah = ta' yg tulisannya terbuka dan berbaris. (jika ta' marbutoh, tulisannya tertutup atau tersimpul)
Kalimah = "allaat" (berhala) ٱللَّـٰتَ (surah an-Najm: 19)
Mengikut tulisan mushaf kita => ٱللَّـٰتَ ditulis dengan ta' maftuhah di hujung ( bukan ta' marbutah )
Menurut Qiraat Kisa’ie => ٱللَّـٰةَ ditulis dengan ta' marbutah ( bukan ta' maftuhah )
Perbezaan tulisan (dalam mushaf kita) pada kalimah "Allah" dan "allaat" :-
(1) ٱللَّـٰتَ = ta' maftuhah - bukan ta' marbutoh - dihujung kalimah
(2) ٱللَّهُ = tidak ditulis mad "alif" untuk huruf lam sabdu (walaupun tetap dibaca dua harakat)
> untuk membezakan dengan penulisan kalimah "allaat" yg ada huruf mad "alif" selepas lam.
(16) Alif maqSūrah (أَلِف مَقْصُورَة) = jenis "alif" yg berbentuk seperti ya' tapi tiada titik. (bukan alif yg asli)
( dalam nahu dipanggil "alif lazimah")
-> terdapat pada "isim maqSur" اِسْم مَقْصُور
> contoh: husnaa حُسْنَى
(17) Alif mamdudah ( اء = ( أَلِف مَمْدُودَة
-> terdapat pada "isim mamdud" اِسْم مَمْدُود
> contoh: حَسْنَاء
(18) Mim maqlubah = bunyi mim ketika "iqlab"
(1) mim kecil yg menggantikan satu dari baris tanwin :
Contoh: مُحِيطُۢ بِٱلۡكَـٰفِرِينَ
(2) mim kecil atas nun sakinah :
Contoh: يَنۢبَغِى
(19) Huruf Mad = "alif","waw","ya" yg didahului oleh baris yg sejenis dengannya (dipanjangkan bacaan)
> Alif مَدِّيَة didahului oleh baris atas, contoh = مَا
> waw مَدِّيَة didahului oleh baris depan, contoh = لُو
> ya مَدِّيَة didahului oleh baris bawah, contoh = قِي
(21) Huruf Lin = "waw" dan "ya" sukun yg didahului oleh baris fatha
Contoh: fau-qah, ghai-ri غَيۡرِ فَوۡقَ
(22) Huruf Ziadah (tambahan)= alif ziadah, wau ziadah , ya ziadah
Huruf Ziadah alif , wau dan ya = Lihat Video.
(23) Huruf bersabdu,
Tashdid asliyyah:
-> Huruf bersabdu dalam satu kalimah: adalah pertemuan dua huruf yg sama. Huruf pertama di-idramkan ke huruf kedua.
Contoh: صُمٌّ
مُّ , ada dua "mim" pada Mim sabdu. Mim pertama sukun, mim kedua berbaris = مْمٌ
Contoh: مُتَّقِينَ = ada dua "ta"
Contoh = ٱلضَّآلِّينَ , ٱلَّذِي
لَّ ada dua "lam" pada Lam bersabdu = لْلَ , lam pertama sukun, lam kedua berbaris.
(Boleh dikatakan ianya "idram mutamathilain")
Tashdid áradiyyah:
Kalau huruf bersabdu pada dua kalimah, bukan sabdu asli (bukan dua huruf yg sama) tapi bersebabkan hukum idram.
عَنْ + مَا = عَمَّا
مِنْ + مَا = مِمَّا
مِن رَّبِّهٍ
Sila rujuk pada topik Idram.
(24) Huruf Qasam (Sumpah)
- huruf sumpah ada empat macam, yaitu: waw, ba', ta, dan hamzah و ب ت ء .
Contoh: Wa-llahi (Rujuk di sini)
(25) Huruf yg diganti:
Apabilah Waw وَ atau Ya يَ berharakat dan sebelumnya ada Fathah dalam satu kalimah, maka Wawu atau Ya’ tersebut harus diganti dengan Alif :
Contoh:
صَانَ asalnya صَوَنَ ,
بَاعَ asalnya بَيَعَ
قَالَ asalnya قَوَلَ
(26) Huruf 'ya' kecil pada kalimah Ibraheem (surah AlBaqorah ayat 124) dalam mushaf riwayat HafS :
إِبۡرَاهِـۧمَ (Hanya di Surah Baqorah saja ditulis dengan ya kecil).
Kenapa tak ditulis dengan huruf 'ya' biasa seperti di lain surah? إِبْرَاهِيم
Oleh kerana terdapat perbezaan bacaan dalam riwayat lain, contoh :-
Riwayat bacaan Hisham = إِبْرَاهَام
Riwayat bacaan Ibn Zakwan (2 wajah) =
إِبْرَاهِيم dan إِبْرَاهَام
(Riwayat2 lain semua baca = ibraheem)
(27) Hamzah
1) Hamzah waSol هَمْزَةُ الْوَصْلِ : Berbentuk kepala Sod dan bertongkat = ٱ
contoh = ٱلأَرْضِ
- ia menyambungkan bacaan huruf di hujung kalimah sebelumnya ke kalimah seterusnya.
- ia hanya berada di awal kalimah.
2) Hamzah Qot'ie هَمْزَةُ الْقَطْعِ : Berbentuk kepala 'ain dan berumah = أ إ ؤ ئ
- ia memutuskan bacaan huruf sebelumnya dengan bacaan huruf seterusnya.
- ia boleh berada di awal, pertengahan dan akhir kalimah.
> Contoh di awal kalimah berumah "alif" = أَنَّ
> Contoh di pertengahan kalimah berumah "wau" dan "ya" = يُؤَدِّ , أُوْلَـٰٓئِكَ
> Contoh di akhir kalimah berumah "alif" dengan sukun = ٱقْرَأْ
- ia boleh tanpa rumah di awal kalimah bukan dalam keadaan asli, contoh mad badal, seperti = ءَامَنَ ( asalnya = أَأْمَنَ )
3) Hamzah Asliyyah : Hamzah yg asal tanpa tongkat atau rumah.
ء
contoh = جَآءَ , سَوَآءٌ
Hamzah asliyyah hanya di hujung kalimah.
(28) Pertemuan dua sukun ( di tengah ada hamzah waSol )
Contoh 1: Hukum Nun mati bertemu dengan huruf sukun :-
مِمَّنْ + ٱفْتَرَىٰ ( Nun mati bertemu Fa mati )
=> مِمَّنِ ٱفْتَرَىٰ ( nun baris bawah - kerana sebelumnya baris atas)
عَنْ + الْجُمَلِ
=> عَنِ ٱلْجُمَلِ ( nun baris bawah - kerana sebelumnya baris atas)
مِنْ + الْجُمَلِ
=> مِنَ ٱلْجُمَلِ ( nun baris atas - kerana sebelumnya baris bawah)
Contoh 2: Hukum tanween bertemu dengan huruf sukun :-
خَيْرًا + ٱلْوَصِيَّةُ ( Tanwin bertemu Lam mati )
=> خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ (satu baris tanween digantikan dengan nun baris bawah: Nun 'iwadh atau nun wasal atau nun wiqaayah)
Dari segi tulisan tiada beza, tapi dari segi bacaan menjadi = خَيْرَنِ ٱلْوَصِيَّةُ
- Lihat Video.
Contoh 3: هُمْ + ٱلْمُفْسِدُونَ ( Mim mati bertemu Lam mati )
=> هُمُ ٱلْمُفْسِدُونَ ( mim baris depan kerana sebelumnya baris depan)
Contoh 4: WaSol dari huruf muqoTTo'a ke kalimah selanjutnya :-
(Surah Ali-Imran)
.. الٓمٓ (١) ٱللهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا
Ada 3 wajah bacaan bagi Surah Ali-Imran:
(1) Wajah pertama: Bacaan waqaf pada ayat pertama
contoh = أَلِف لَام مِيم
Aliif, Lam(6 harakat) Mim (6 harakat) <waqaf> .
(2) Wajah kedua: Bacaan waSol ke ayat kedua
Kalau tengok ejaan = ada 2 sukun yg bertemu
.. الٓمٓ (١) ٱللهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا
= sukun mim jumpa sukun lam ( yg didahului oleh hamzah waSol)
Mim diberi baris "atas" = sebabnya untuk “menta’zhim”(membesarkan/menghebatkan ) lafzul jalallah.
أَلِف لَام مِيمَ ٱللهُ
Aliif – Lam (6 harakat) Mim (6 harakat dan baris atas) + llahu
(3) Wajah ketiga: Bacaan waSol ke ayat kedua
Seperti di atas, tetapi mim dibaca dengan 2 harakat sahaja.
أَلِف لَام مِيمَ ٱللهُ
Aliif – Lam (6 harakat) Mim (2 harakat dan baris atas) + llahu
Hanya surah ali-imran saja begini.
Contoh 5: Selain dari huruf nun atau mim mati - huruf yg sukun digantikan dengan baris bawah :-
قُلْ + ٱدْعُواْ ( Qof mati bertemu Dal mati ) => قُلِ ٱدْعُواْ ( Lam baris bawah )
قُلْ + ٱللَّهُ ( Lam mati bertemu lafzul jalalah ) => قُلِ ٱللَّهُ ( Lam baris bawah )
(29) Alif niyabah نِيَابَة
> ialah alif di hujung kalimah yg dibaca ketika waqaf, tidak dibaca ketika waSol.
Contoh = نَارًا
Ketika waqaf, alif dibaca dengan kadar 2 harakat (menggantikan tanween/nun) => نَارَا
Hukumnya: Mad 'iwadh (berlaku ketika waqaf sahaja).
Alif niyabah BUKAN alif mad:
Alif niyabah dibaca ketika Waqof sahaja.
نَارًا (naaraa)
Ketika Wasol :-
- Alif niyabah tak dibaca. Tanwin yg dibaca:
نَارًا بِمَا (naaran)
- Bila bertemu hamzah wasal, dibaca satu harakat saja seperti contoh di bawah (alif dah hilang):
Contoh : نَارًا + ٱلَّذِي => نَارَنِ ٱلَّذِي
الْعَرَبِيَّة = ya nisbah "membangsakan" ( ya bersabdu)
(1) Huruf2 Qomariyah قَمَرِيَّة
> Dari segi bahasa = Bulan
- dinamakan "bulan" kerana pada malam hari, bulan jelas kelihatan.
> Istilah = Dijelaskan bacaan lam pada kalimah yg didatangi lam ta'rif (ٱلۡ ) bertemu huruf qomariyah.
> Hukum = Izhar Qomariah
14 huruf qomariyah (yg didahului lam ta'rif) =
6 huruf halqum = hamzah, Ha, 'ain, ha, ghain, kho,
4 huruf bibir = mim, waw, ba, fa
4 huruf lidah = qof, kaf, jim, ya
contoh: هُوَ ٱلۡعَزِيزُ
(2) Huruf2 Syamsiyah شَمْسِيَّة
> Dari segi bahasa = Matahari
- dinamakan matahari kerana disiang hari, bulan tidak kelihatan kerana dihilangkan oleh cahaya matahari.
> Istilah = dihazafkan lam(tak dibaca) pada kalimah yg didatangi oleh lam ta'rif bertemu huruf syamsiyah. Huruf syamsiyah menghilangkan lam.
> Hukum = Idram syamsiah
14 huruf syamsiyah (yg didahului lam ta'rif)
= ta,tha, dal, zhal, ro, zai, sin, syin, sod, dhod, tho, zho, lam, nun
contoh: وَأَنزَلَ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ
Huruf2 qomariyah/syamsiyah akan dibincangkan lagi pada Topik: hukum izhar, idram dan lam ta'rif.
Pertemuan dua huruf secara:
(1) Shaghir = huruf pertama sukun, huruf kedua berbaris
(2) Kabir = huruf pertama dan kedua berbaris
(3) Mutlaq = huruf pertama berbaris, huruf kedua sukun
Bertemunya dua huruf yang :-
1> Mutamathilain : Dua huruf sama dalam sifat dan makhrajnya.
Shaghir , Kabir dan Mutlaq
2> Mutajanisain : Dua huruf sama dalam makhraf namun berbeda dalam sifatnya.
Shaghir , Kabir dan Mutlaq
3> Mutaqoribain : Dua huruf yang saling berdekatan makhraj dan sifatnya,
Shaghir , Kabir dan Mutlaq
4> Mutaba-'idain : Dua huruf yang saling berjauhan makhrajnya dan berbeda sifatnya. Hukumnya idzhar :
Shaghir: nun dan kho (وَلْمُنْخَنِقَةُ).
Kabir: dal dan ha (دِهَاقًا).
Mutlaq: Seperti ha dan qaf (اَلْحَقُّ), ha dan mim (أَنْفُسِهِمْ)
Mutaba-'idain jarang diperkatakan kerana ianya hukum izhar juga.
(1) Surah Fath, ayat 10.
عَلَيۡهِ ٱللَّهَ bukan عَلَيۡهُ ٱللَّهَ
Kebiasaan akan dibaca dengan 'Alaihi.
Imam Hafs membaca 'ALAIHU عَلَيۡهُ dengan membaca dhommah HA' karena sebagai meng-agungkan /mentafkhim lafadz ALLAH.
Dikatakan bahwa lafadz ALAIHU (rofa' huruf HA') itu adalah aslinya.
Jika dibaca 'Alaihi عَلَيۡهِ (kasroh huruf HA') itu dikarenakan untuk munasabah / serasi pada huruf YA'.
Rujuk pada irob harfu jarrin.
(2) Bilangan huruf:
Rasm Uthmani "Mushaf Singapura" :
= 323,671 huruf (Menurut Ibnu Abbas r.a )
Kenapa terdapat perbezaan pendapat dalam bilangan huruf dalam Quran?
Antara lain oleh sebab kaedah penulisan :-
Penambahan huruf => ziadah - ada pada tulisan, tiada pada bacaan.
contoh = "waw" dan "ya" (bertanda "kosong") tak dibaca.
أُوْلِى , أَفَإِيْن
Pembuangan huruf => hazaf: ada huruf yg tak ditulis, dibuang dari asal ejaan.
contoh = huruf "ya" dibuang dan tak dibaca.
"iqdhiyuu" jadi -> "iqdhuu" ٱقۡضُوٓاْ
Contoh = huruf "alif"(mad) dibuang selepas "lam sabdu", tapi masih dibaca "lam" dengan mad.
"Allaah" ٱللَّهُ
Huruf2 ziadah dan huruf2 yg dihazafkan akan dibincangkan lagi pada Topik: Kaedah penulisan Mushaf Rasm Uthmani
(1) Huruf2 yg boleh bersambung sebelum dan sesudah = 22
ﺏ ﺕ ﺙ ﺝ ﺡ ﺥ ﺱ ﺵ ﺹ ﺽ ﻁ ظ ﻉ ﻍ ف ﻕ ﻙ ﻝ ﻡ ن هـ ﻱ
(2) Huruf2 yg boleh bersambung sebelumnya saja = 6
ا ﻭ ﺩ ذ ﺭ ﺯ
(3) Huruf yg tak boleh sambung sebelum atau sesudah = 1
ء
Contoh tulisan bersambung :-
هَهَهَ كَكَكَ حَحَحَ جَجَجَ خَخَخَ سَسَسَ شَشَشَ
صَصَصَ ضَضَضَ عَعَعَ غَغَغَ فَفَفَ قَقَقَ مَمَمَ يَيَيَ
(1) 17 huruf yg punyai 1 nama = jim, dal, zal, shin, sin, sod, dhod, qof etc ( dieja dengan 3 huruf )
(2) 11 huruf yg punyai 2 nama = ba,ba', ta, ta', tha, tha', zho, etc ( dieja dengan 2 huruf, ditambah hamzah bagi nama kedua )
(3) 1 huruf yg punyai 3 nama = zai, za, za'
Nuqat I'jam نُقُط إِعْجَام = Titik2 yg membezakan huruf2 yg sama bentuk :
Huruf2 yg punyai nuqat I'jam = huruf mu'jamah مُعْجَمَة
(15 huruf)
Huruf2 yg tak ada nuqat I'jam = huruf muhmalah مُهْمَلَة
(14 huruf)