> Adalah mushaf yang dicatat dan disempurnakan pada zaman Khalifah ‘Usman ibn ‘Affan yang digunakan kaedahnya hingga hari ini.
> Diperintahkan supaya dibakar kesemua mushaf2 peribadi yg lain.
> Mushaf Uthmani disandarkan pada nama khalifah Uthman
> Menurut jumhur ulama, mushaf ini berjumlah 6 buah.
--> Dihantar salinan mushaf2 ke :-
* (1) Makkah
* (2) Madinah - Mushaf 'am
* (3) Madinah – Mushaf khas disimpan oleh khalifah sendiri
* (4) Kufah ( iraq)
* (5) Basrah (iraq)
* (6) Syam (syria)
> Kaedah tulisan kalimah2 dalam mushaf Uthmani, dipanggil dengan = Rasm Uthmani
> Satu kalimah yg ditulis, boleh dibaca dengan beberapa wajah (untuk mencakupi perbezaan tujuh huruf)
Contoh: dibaca "maaliki" atau "maliki" :-
= ditulis dengan "mim+ lam + kaf" , bukan "mim + alif + lam + kaf"
= mushaf uthmani sekarang > diletak alif kecil atas mim = maka Qiraat yg baca "maaliki" akan menggunakan alif kecil itu, dan Qiraat yg baca "maliki" akan tidak memperdulikan alif kecil itu.
> 6 buah Mushaf Uthmani untuk mencakupi kesemua wajah2 bacaan ‘Tujuh Huruf’.
- perbezaan seperti penambahan kalimah pada satu mushaf yg tak terdapat dalam mushaf yg lain dan sebagainya.
- perbezaannya = ibdal(berlaku pertukaran huruf), ziadah(berlaku penambahan sesuatu huruf), hazaf(berlaku hilangnya sesuatu huruf), alWasl, alFasl ( menyambung dua kalimah atau memisahkan )
- sila rujuk pada kaedah penulisan (di bawah)
Mengikut tulisan asal al-Quran sewaktu zaman Nabi s.a.w ( kerana ianya disalin dari mushaf Abu Bakar)
Memperbolehkan bacaan sesuatu kalimah dengan pelbagai wajah. Walaupun pada sesuatu kalimah terdapat perbezaan makna tapi tak terkeluar dari maksud dan tujuan ayat. Wajah2 bacaan bagi kalimah yg sama memperkasakan lagi makna kalimah tersebut. Contoh: Maliki dan maaliki = "King" dan"Owner" - rujuk pada tafseer Al-Fatihah.
Telah disepakati lebih kurang 12,000 para sahabat atas keputusan penulisannya.
Ditulis berdasarkan dalil dan hujjah yg kuat dari bacaan yg mutawatir.
Ditulis ayat2 yg diambil dari para huffaz yg menjadi teras pengumpulan alQuran
Kaedah2 penulisannya mengandungi pelbagai rahsia dan pengembangan ilmu dan ijtihad.
Sebahagian besar para ulamak salaf dan khalaf (Jumhur ulamak) berpendapat wajib menulis Quran dengan kaedah rasm uthmani kerana inilah satu sunnah yg telah ditulis oleh para penulis wahyu dan direstui oleh Nabi s.a.w dan disepakati oleh khulafa' rasyidin dan para sahabat.
Banyak hadith2 yg menguatkan pendapat ini.
(Bahan rujukan = http://www.scribd.com/doc/17516972/Rasm-Uthmani)
Mushaf Uthmaniah pada mulanya tiada titik dan tiada baris bagi huruf2 dalam tulisan kalimah2, membolehkan para sahabat membaca wajah2 bacaan masing2 sepertimana mereka mengambilnya dari Rasul s.a.w.
Tiada masalah pembacaan ketika itu kerana mereka bertalaqqi langsung dengan Rasul s.a.w atau para sahabat yg lain, dan masing2 mereka mempunyai hafalan yg kuat serta kekuatan penguasan bahasa Arab.
Tetapi setelah kesalahan2 yg dibuat dari pembaca2 yg dari jauh atau bukan arab, maka perlunya diletakkan titik dan baris pada huruf2 tersebut.
Setelah kesalahan2 yg dibuat daripada pembaca2 yg bukan Arab, dan juga generasi yg baru telah tidak menguasai bahasa Arab seperti generasi yg terdahulu, maka perlunya diletakkan tanda2 bagi membezakan antara huruf yg sama bentuk dan untuk menandakan lafaz fatha, kasrah, dhammah dan sukun.
(1) Titik2 yg berwarna untuk menandakan fatha, kasrah dhamma.
> Usaha meletakkan titik telah bermula pada zaman pemerintahan Umayyah. Titik2 yg berlainan warna dan lokasi untuk menandakan lafaz fathah, kasrah, dhammah. Kesalahan membaca tetap berlaku kerana huruf-huruf yg sama bentuk masih belum ada perbezaan.
.
(2) Titik2 untuk membezakan huruf2 yg sama bentuk.
> Tulisan alQuran telah diperbaiki lagi dengan meletakkan titik2 pada huruf2 yg sama bentuk, menjadi apa yg dikenali sebagai nuqut 'jam.
.
(3) Baris, sukun, sabdu
> Pada zaman pemerintahan Abbasiyah, telah diperbaiki lagi dengan menambah baris, sukun dan sabdu pada huruf2 seperti yg kita lihat hari ini.
------------------------------
Pendapat saya: Pada zaman sekarang, oleh sebab MuShaf telah dicetak dengan huruf bertitik dan berbaris, oleh kerana kita telah biasa membaca dengan muShaf riwayat HafS, maka jika kita hendak membaca mengikut Riwayat Syu'bah, terpaksalah kita beli muShaf yg dicetak mengikut riwayat Syu'bah pula. Padahal jika tak bertitik dan berbaris, satu muShaf dah cukup untuk baca samada riwayat HafS atau Syu'bah bagi orang yg mahir. (Masalahnya kita tak semahir para sahabat Nabi s.a.w, sebab itu perlu pada baris dan titik.)
------------------------------
(4) Sakta, Nombor ayat, juzuk, hizb dan rubu'
> Memperbaiki/mempermudahkan lagi tulisan Mushaf Rasm Uthmani ( pada zaman Abbasiyah )
>>> Ditambah tanda saktah
>>> Diletakkan nombor ayat dihujung setiap ayat.
>>> Dibahagikan kepada Juz, hizb dan rubu'.
- ini bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w, dimana ada seorang yg menanyakan Nabi s.a.w berapa lamakah harus dia mengkhatamkan alQuran. Nabi jawab dalam masa 30 hari, atau 20 hari, atau 15 hari, atau 10 hari, atau 5 hari. Maksudnya, orang itu boleh berhenti (Qot-'u) bacaan samada satu hari satu Juz (30 hari), atau satu hari satu juz dan satu hizb (20 hari ), atau satu hari 2 juz (15 hari) dan sebagainya.
ibdal ( berlaku pertukaran huruf )
ziadah ( berlaku penambahan sesuatu huruf )
hazaf ( berlaku hilangnya sesuatu huruf )
ithbat (tetap) - (al-Wasl atau al-MauSul) - (al-Fasl atau al-Maqtu')
(1) Badal - tukar huruf kepada yg lain
a. Sepakat ulamak Qurra' dalam penukaran sesuatu huruf dengan lafaz huruf yg baru. ( ta tukar pada To )
b. Sepakat ulamak Qurra' dalam penukaran sesuatu huruf tapi huruf yg baru tak dibaca sambil mengekalkan lafaz huruf yg lama. ( alif ditukar pada waw, tapi lafaz mad alif masih kekal )
c. Selisih para Qurra' samada membaca lafaz huruf yg telah menukar huruf sebelumnya. Ada Qiraat membaca lafaznya, ada Qiraat tidak.
(2) Ziadah - penambahan
a. Sepakat ulamak Qurra' menambah huruf dan membaca lafaznya,
contoh = حِسَابِيَهۡ "hisaabiyah" - "ha" ditambah.
b. Sepakat ulamak Qurra' menambah huruf dan tidak membaca lafaznya, contoh = مَلَإِيْهِمۡ , أُوْلِى wau dan ya tidak dibaca.
c. Selisih para Qurra' samada membaca lafaz atau tidak pada huruf yg telah ditambah, contoh: سُلۡطَـٰنِيَهۡ "sulthoniyah" - "ha" ditambah.
(3) Hazaf - membuang
a. Sepakat ulamak Qurra' membuang sesuatu huruf tapi masih dilafazkannya (إِلَـٰهٌ ilaahun > Allah ٱللَّهِ - hamzah qota' di permulaan kalimah tak ditulis, tapi disebut.)
b. Sepakat ulamak Qurra' membuang sesuatu huruf serta lafaznya sekali. ( rabbii > rabbi رَّبِّ - dibuang ya di hujung kalimah )
c. Perbezaan bacaan dikalangan ulamak Qurra' - samada melafazkan huruf yg telah dibuang atau tidak ( huruf ya di hujung kalimah - yad-'uddaa'ii > ada baca yad-'uddaa'i يَدۡعُ ٱلدَّاعِ tanpa lafaz ya mad )
(4) MauSul dan Maqtu'
> MauSul - menggabungkan dua kalimah = innamaa إِنَّمَآ
> Maqtu' - memisahkan antara dua kalimah; kaedah penulisan yg biasa = inna maa إِنَّ مَا
1> Mushaf al-Qur’an yg kita pakai sekarang adalah mushaf Raja Fahd – mushaf Madaniyah an-Nabawiyah
Telah ditambah dengan :-
- Tanda2 tanwin yg selari / tak selari, lonjong atas alif, bulat kecil atas alif,waw,ya dll ..
- Sila lihat pada "Dhabt, Tanda2" dan "Waqaf dan Ibtida".
= bertepatan dengan salah satu bacaan mushaf uthmani.
2> Dahulu (tahun 70-han) kita pakai Qur'an Majid, tulisannya = rasm imla-ei - font nya berbeza.
- Berbagai pendapat ulamak mengenai boleh atau tidak menggunakan rasm imla-ei :
-> Ada yg berpendapat boleh kerana masih mengikuti salah satu bacaan mushaf uthmani, tetapi hanya satu Qiraat dan satu cara saja boleh dibaca.
-> Ada yg berpendapat penggunaan tulisan Imla-ei tidak dibolehkan .. wallahu'alam.
Para penulis wahyu waktu itu menulis dengan khat Jazm, jugalah pada tulisan mushaf rasm uthmani yg pertama.
Seni khat telah berkembang maka Quran yg kita ada sekarang menggunakan khat Nasakh.
Quran Mushaf spore = Rasm Uthmani :-
323671 huruf
77437 perkataan
6236 ayat
114 surah
30 juzu' = ada perkataan "juzu' dalam kotak yg punyai hiasan di atas dan di bawah.
60 hizb = separuh dari Juzu' (2 x hizb = 1 juzu') = ada perkataan "hizb" dalam kotak yg punyai hiasan di atas dan di bawah.
240 rubu' (maqra') = suku dari hizb = ada perkataan "hizb" dalam kotak yg punyai hiasan di atas saja.
> 240 hizbs
603 muka surat.