Ada 5 hukum bagi nun/mim bersabdu.
Idram bi Ghunnah Musyaddadah إِدْرَامٌ بِغُنَّةٍ مُشَدَّدَةٌ
> Idram beserta dengung bersabdu
> Mesti dengung naik sampai keluar di hidung. Bukan sekadar dengung mim atau nun sabdu yg biasa.
> Ada yang mengatakan ini Wajibul-Ghunnah. وَاجِبُ الْغُنَّةِ
Cara mengenal "Idram bi Ghunnah Musyaddadah" :-
1) Apa huruf2nya ? = Mim bersabdu atau Nun bersabdu. (Mim bertemu Mim. Nun bertemu Nun).
-> jangan jawab "huruf Mim" dan "huruf Nun" saja, kerana nun dan mim yg "sukun" bukan wajibul ghunnah.
2) Sebelumnya ada baris satu
-> sebelumnya bukan tanwin! Tanwin dua baris!
3) Dalam kalimah yg sama = bermakna 2 huruf yg sama (samada mim atau nun) bertemu dalam satu kalimah.
4) Kadar panjang dengung = 2,2 1/2, 3 harkat = diamalkan 2 harkat.
> Contoh = inna, falammaa إِنَّ فَلَمَّآ
Idram ma'al-ghunnah pada mim atau nun bersabdu إِدْرَامٌ مَعَ الْغُنَّةِ
Tanwin bertemu dengan mim: Diletak sabdu atas mim oleh kerana berlakunya idram.
Berlaku pada dua kalimah, dibaca dengung 2 harkat sahaja.
Contoh > فِيْ عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ
Idram Syamsiyah bi ghunnah إِدْرَامٌ شَمْسِيَّة بِغُنَّةِ
Lam ta'rif bertemu dengan nun: Diletak sabdu atas nun bersebabkan idram syamsiyah.
Bukan bersebab 2 nun bertemu dalam satu kalimah.
Contoh > مِنَ ٱلنَّاسِ
Idram mithlain soghiir إِدْرَامٌ مِثْلَين صَغِير
Mim yg "sukun" bertemu dengan mim: Diletakkan sabdu oleh sebab idram.
Contoh > هُم مِّنكُمۡ
Idram Mutajanisain bi ghunnah إِدْرَامٌ مُتَجَانِسَين بِغُنَّةِ
Huruf ba' yg "sukun" bertemu dengan mim: Diletakkan sabdu atas mim oleh sebab idram.
Contoh > ٱرۡڪَب مَّعَنَا
Dengung atau suara sengau yg keluar dari hidung, yg hanya terdapat pada huruf mim dan nun.
Apa yg menyebabkan dengung ?
>> makhraj nun dan mim yg keluar dari hidung ketika mati bila bertemu dengan huruf yg dekat makhrajnya dengan nun atau mim
Martabat ghunnah : مَرَاتِبُ الْغُنَّـةِ
(1) Musyaddadah (yg bersabdu) - Idram bi Ghunnah Musyaddadah = peringkat ghunnah yg tertinggi (paling kuat dengungnya).
Contoh: فَلَمَّآ
(2) Mudghomah (yg digabungkan) - Idghram ma-alghunnah = tingkataan dengung yg kedua.
Contoh: مَّن يَقُولُ
(3) Mukhfah (yg di-Ikhfa', termasuk ikhfa' syafawi) = tingkataan dengung yg ketiga.
Contoh: عِندَهُ
(4) MuZh-harah (yg di-Izhar) Nun dan mim sakinah = tingkataan dengung yg keempat.
Contoh: أَنۡعَمۡتَ
(5) Mutaharrikah - Nun dan mim yg berbaris (MuTlaq = dengung asli bagi huruf nun dan mim) - paling sedikit dengung.
Contoh: مَا
Perhatian :
(1) paling kuat dengung, (5) paling kurang dengung
Untuk membezakan antara 5 tingkatan dengung dengan jelas bukanlah senang, maka sekurang2nya kamu dapat membezakan antara Idram bi Ghunnah Musyaddadah ("wajibul-Ghunnah" ) dengan dengung2 yg lain.
Cara bacaan yg wajib dengung pada hukum2 di bawah ini
إِخْفَاءٌ حَقِيقِيٌّ
إِخْفَاءٌ شَفَوِيٌّ
إِقْلَابٌ
ِإِدْغَامٌ بِغُنَّةٍ مُشَدَّدَةٌ
إِدْغَامٌ مَعَ الْغُنَّةِ
إِدْغَامٌ مِثْلَيْنِ صَغِيرَةٌ