Hamzah
Bahasa = hamzah putus, dari perkataan قَطَعَ (juga dipanggil Hamzah Qota')
قَطَعَ يَقْطَعُ قَطْعًا
Istilah = huruf hamzah yg berbaris dan dibaca samada ketika ibtida' atau waSol (mula bacaan atau sambung bacaan)
Dinamakan " hamzah Qota' " karena ia memutuskan bacaan huruf yg sebelumnya (lafaz tak sambung ke huruf selepasnya).
Hamzah yg berbaris. ( berbeza dengan "hamzah waSol" yg tiada baris )
Dibaca ketika sukun, melainkan jika berlaku mad badal ibtida' (lihat di bawah).
Ia terdapat pada ketiga-tiga jenis kalimah, iaitu = isim (kata nama), Fi'il (kata kerja) dan harf (kata sendi)
Terdapat pada permulaan, pertengahan atau hujung kalimah.
Hamzah yg dibaca jelas = tahqiq
(Hamzah yg dibaca tak jelas = tasHil تَسْهِيل )
Mad aSli bertemu dengan Hamzah Qot-ie ketika bacaan waSal = Mad Jaiz MunfaSil. Contoh: أَلَآ إِنَّهُمۡ
Rumah bagi hamzah Qot'ie
(1) Apabila Hamzah Qot'ie yg tidak bertemu dengan huruf mad di awal kalimah = maka ia ditulis dengan huruf alif (tongkat) sebagai rumahnya. (samada berbaris atas, bawah, depan) أُ إِ أَ
(2) Apabila Hamzah Qot'ie bertemu dengan huruf mad (seperti yg berlaku pada mad badal asli atau mad badal tashbih) :-
--> Huruf pertama = hamzah Qotie
--> Huruf kedua = mad
i) Tiada rumah apabila = Hamzah Qot'ie di permulaan kalimah yg berbaris fatha dan bertemu dengan mad "alif".
-> Contoh = aamanu ءَامَنُواْ
ii) Ada rumah "tongkat" alif apabila :
-> Hamzah Qotie di permulaan kalimah yg berbaris kasrah dan bertemu dengan mad "ya"
Contoh = iimaanan إِيمَـٰنًا
-> Hamzah Qotie di permulaan kalimah yg berbaris dhammah dan bertemu dengan mad "waw"
Contoh = uutuu أُوتُواْ
(3) Rumah bagi hamzah Qot'ie pada mad badal ibtida' :-
( Maksud ibtida' = mula bacaan dari kalimah ini )
--> Huruf pertama = hamzah waSol,
--> Huruf kedua = hamzah Qot'ie
Contoh:
kalimah "iituuni" ٱئۡتُونِى = rumah bagi hamzah Qot'ie berbentuk "ya" ( maka hamzah waSol dibariskan "bawah" ketika ibtida' dengan 2 harakat tanpa hamzah kedua)
kalimah "uutumina" ٱؤۡتُمِنَ = rumah bagi hamzah Qot'ie berbentuk "waw" ( maka hamzah waSol dibariskan "depan" ketika ibtida' dengan 2 harakat tanpa hamzah kedua)
- Silat lihat cara membacanya (di bawah) pada topik = mad badal ibtida'
Hamzah Qot'ie berubah daripada sifat asal (lafaz asal) dalam beberapa keadaan:
1. Berubah disebabkan hukum Tashil:
Contoh: lafaz "Aa'jamiyyu" ءَا۠عۡجَمِىّ (surah Fussilat: 44)
> Dibaca secara tashil iaitu lafaz bacaan hamzah Qot'ie antara alif dan hamzah.
2. Berubah disebabkan "hamzah waSol" bertemu "hamzah Qot'ie" pada awal kalimah:
( terjadinya mad badal ketika ibtida' = mad badal ibtida' )
Contoh: surah al-Baqarah: 283 :-
daripada kalimah2 = allazi-'tumina ٱلَّذِى ٱؤۡتُمِنَ
ejaannya = allazi + "hamzah waSol " + "hamzah qot’ie" + tumina
>> 1. Ketika waSol :-
.......> hamzah qot'ie dibaca seperti biasa ( tak dibaca hamzah waSol , mad badal tak berlaku ) = allazi-'tumina
>> 2. Ketika ibtida' :-
- Ditukar "hamzah Qot'ie" kepada "huruf mad" = jadi mad badal ibtida' (dibaca 2 harakat)
= Hamzah waSol (huruf pertama) dibaca (kerana ibtida'), hamzah Qot'ie (huruf kedua) tak dibaca (kerana dah bertukar jadi mad)
-> maka dibaca ‘Uutumina”, bukan “u’tumina”
فَلۡيُؤَدِّ ٱلَّذِى ٱؤۡتُمِنَ أَمَـٰنَتَهُ ۥ وَلۡيَتَّقِ ٱللَّهَ رَبَّهُ
Sama juga dengan Surah Al-Ahqaf: ayat 4: dibaca "iituuni" :-
ٱئۡتُونِى بِكِتَـٰبٍ مِّن قَبۡلِ
- Lihat Video.
هَمْزَةُ الْوَصْلِ
Bahasa = Hamzah bersambung
Istilah = Hamzah yg tak berbaris, yg dibaca ketika ibtida' dan tak dibaca ketika waSol .
- ia membenarkan huruf sebelumnya bersambung dengan huruf selepasnya.
Ciri2 hamzah waSol :
hamzah yg tak ditulis barisnya.
hamzah yang dibaca ketika memulakan bacaan darinya (ibtida')
tidak dibaca ketika bacaan bersambung (waSol ).
Ia hanya terdapat pada awal kalimah.
Ia terdapat pada jenis kalimah= isim (kata nama) dan fi'il (kata kerja) sahaja.
Bilakah dimulakan bacaan pada hamzah waSol ?
(1) Pada permulaan ayat, kalimah pertama yg ada hamzah waSol .
(2) Bila waqaf di pertengahan ayat, dan ibtida' dari kalimah yg ada hamzah waSol .
Bagaimana untuk memulakan bacaan dari kalimah yg hamzah waSolnya tak berbaris ?
- 2 contoh pertama di bawah adalah bagi kalimah2 fi-il 'amr ( kata perintah)
- boleh ikut kaedah melihat baris huruf ketiga kerana baris ini adalah baris yg asal (bukan mendatang).
>(1) kalau huruf ketiga = fatha atau kasrah = hamzah waSol dibaca kasrah:
= ٱهۡدِ , ٱرۡحَمۡنَا
>(2) kalau huruf ketiga = dhommah = hamzah waSol dibaca dengan dhommah:
= ٱدۡخُلُواْ
- Lihat Video.
Lima kalimah fi'il yg hamzah waSolnya diberi baris bawah (sewaktu ibtida') tak berdasarkan baris huruf ketiga.
- kerana baris huruf yg ketiga itu bukan asli, tapi mendatang.
Lima kalimah fi-'il ( kenalah hafal ) = diberi baris bawah ketika ibtida' dari hamzah waSol
( kalau waSol , baca seperti biasa = ikut baris dari huruf sebelum hamzah waSol )
( Kalimah2 ini juga adalah Fi'il 'Amr.)
Maka, jika mula bacaan dari kalimah2 berikut, hendaklah diberi baris bawah pada hamzah waSol :-
Fi'il Lima
Bacaan ketika ibtida' :-
(1) i-qdhuu (contoh 10:71)
ثُمَّ ٱقۡضُوٓاْ إِلَىَّ وَلَا تُنظِرُونِ
> Cuma ada satu saja dalam Qur'an
> Bacaan waSol = thumm-a-qdhuu (baca seperti biasa)
> kalimah asal = ﭐقضِ
(2) i-mdhuu
ﭐمضُوا
> kalimah asal = ﭐمضِ
(3) i-bnuu (contoh 37:97)
قَالُواْ ٱبۡنُواْ لَهُ ۥ بُنۡيَـٰنً۬ا فَأَلۡقُوهُ فِى ٱلۡجَحِيمِ
> kalimah asal = ﭐبنِ
(4) i-ituuni (contoh 46:4)
فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِۖ ٱئۡتُونِى بِكِتَـٰبٍ
> ada banyak dalam Quran,
> 2 hukum pada kalimah ini = (1) "fiil lima ", (2) "mad badal ibtida'"
> kalimah asal = ﭐئتِ
(5) i-msyuu
ﭐمشُوا
> kalimah asal = ﭐمشِ
--------------------------
Biasanya contoh bagi hukum "Mad badal" =
> Hamzah Qot'ie (1) bertemu dengan huruf mad (2)
إِيمَـٰنًا ءَامَنَ
- asalnya huruf kedua itu adalah hamzah Qot'ie, setelah ditukar kepada mad, tidak lagi ditulis hamzah Qot'ie itu (ditulis mad).
- tak dilafazkan hamzah kedua ini samada waSol atau ibtida', sebaliknya dilafazkan madnya.
--------------------------
Mad badal ibtida' =
> Hamzah waSol (1) bertemu dengan hamzah Qot'ie (2)
- ini juga mad badal, bertemu dua hamzah = cuma disini, hamzah Qot'ie masih ditulis.
Contoh = hamzah waSol bertemu hamzah qot'ie pada kalimah "-ituunii" ٱئۡتُونِى
Hamzah Qot'ie (huruf kedua) ini:-
1> Ketika waSol :-
Hamzah Qot'ie dilafazkan (hamzah waSol tak dibaca) - baca seperti biasa (sambung bacaan dari kalimah pertama masuk ke kalimah kedua sukun pada huruf hamzah Qot'ie).
Al-ahQaf - ayat 4 = fi-ssamaawaati-'tuunii ..
فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِۖ ٱئۡتُونِى
2> Ketika Ibtida' :-
Hamzah Qot'ie tak dilafazkan (hamzah waSol dibaca) dengan baris yg sejenis dengan huruf mad ( yaitu = huruf mad yg telah menggantikan hamzah Qot'ie - lihat pada huruf yg menjadi rumah hamzah Qot'ie ) = hukumnya = Mad badal ibtida'
Al-ahQaf - ayat 4 = i-ituunii bikitaabin
ٱئۡتُونِى بِكِتَـٰبٍ
Soalan : Macammana membariskan hamzah waSol pada kalimah2 yg berlaku mad badal ibtida' ?
Lihat pada tulisan kalimah itu dalam Qur'an :-
> kalau rumah hamzah Qot'ie berbentuk mad "ya", maka hamzah waSol baris bawah.
> kalau rumah hamzah Qot'ie berbentuk mad "wau", maka hamzah waSol baris depan.
Lima Mad Badal Ibtida'
Dibaca ketika ibtida' :-
i-iti (contoh 26:10)
وَإِذۡ نَادَىٰ رَبُّكَ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱئۡتِ ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
i-itina (contoh 6:71)
يَدۡعُونَهُ ۥۤ إِلَى ٱلۡهُدَى ٱئۡتِنَاۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ
i-ituu (contoh 20:64)
فَأَجۡمِعُواْ ڪَيۡدَكُمۡ ثُمَّ ٱئۡتُواْ صَفًّا
i-ituuni (termasuk Fi-il lima). (contoh 46:4)
فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِۖ ٱئۡتُونِى بِكِتَـٰبٍ
u-utumina (contoh 2:283)
فَلۡيُؤَدِّ ٱلَّذِى ٱؤۡتُمِنَ أَمَـٰنَتَهُ ۥ وَلۡيَتَّقِ ٱللَّهَ رَبَّهُ
> hamzah waSol bertemu dengan lam ta'rif dalam kalimah isim ma'rifah
Bagaimana membariskan hamzah waSol ? = hamzah waSol dibariskan dengan baris atas
> hamzah waSol selepasnya tiada lam ta'rif dalam kalimah isim nakirah (isim didahului hamzah waSol saja).
Bagaimana membariskan hamzah waSol ? = hamzah waSol dibariskan dengan baris bawah pada Isim2 berikut :-
a) Hamzah waSol pada Isim tujuh ( al-asma' as-sab'ah)
"ismun" اِسم (contoh 55:78)
تَبَـٰرَكَ ٱسۡمُ رَبِّكَ ذِى ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ
"ibnun" اِبن (contoh 19:34)
ذَٲلِكَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَۚ قَوۡلَ ٱلۡحَقِّ ٱلَّذِى فِيهِ
"ibnatun" اِبنة (contoh 66:12)
وَمَرۡيَمَ ٱبۡنَتَ عِمۡرَٲنَ ٱلَّتِىٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا
imru-un اِمروء (contoh 4:176)
سۡتَفۡتُونَكَ قُلِ ٱللَّهُ يُفۡتِيڪُمۡ فِى ٱلۡكَلَـٰلَةِۚ إِنِ ٱمۡرُؤٌاْ
imra-atun اِمرأة (contoh 28:9)
وَقَالَتِ ٱمۡرَأَتُ فِرۡعَوۡنَ قُرَّتُ عَيۡنٍ۬ لِّى وَلَكَۖ
ithnaini اِثنين (contoh 36:14 )
إِذۡ أَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡہِمُ ٱثۡنَيۡنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزۡنَا بِثَالِثٍ۬
ithnataini اِثنتين (contoh 40:11)
قَالُواْ رَبَّنَآ أَمَتَّنَا ٱثۡنَتَيۡنِ وَأَحۡيَيۡتَنَا ٱثۡنَتَيۡنِ
b) Juga Hamzah waSol dibariskan bawah ketika ibtida' pada Masdar tanpa lam ta'rif :-
Apa itu Masdar ?
Contoh dalam bahasa Melayu:
"Makan" adalah kata kerja (fi'il), maka masdarnya ialah "Pemakanan" iaitu katanama (ism)
Isim Qiyasie:
Hamzah waSol pada MaSdar Fi'il Khumasie:
Khumasie = lima huruf dalam kalimah
Contoh :
(38:7) ٱخۡتِلَـٰقٌ
(6:138) ٱفۡتِرَآءً
(2:256) ٱنفِصَامَ
(10:6) ٱخۡتِلَـٰفِ
(13:17) ٱبۡتِغَآءَ
(4:157) ٱتِّبَاعَ
(3:4) ٱنتِقَامٍ
Isim Qiyasie:
Hamzah waSol pada Masdar Fi'il Sudasie:
Sudasie = enam huruf dalam kalimah.
Contoh:
ٱسۡتِحۡيَآءٍ (28:25)
ٱسۡتِكۡبَارًا (35:43)
(4:20) ٱسۡتِبۡدَالَ
(9:114) ٱسۡتِغۡفَارُ
(10:11) ٱسۡتِعۡجَالَهُم
==================================
(1)
(a) hamzah Qot'ie yang dibaca sewaktu waSol atau ibtida' (ibtida' hamzah qot'ie huruf yg pertama).
(b) hamzah waSol yg dibaca ketika ibtida', dan tak dibaca ketika waSol.
(2)
(a) Hamzah Qot'ie boleh terletak di (1) awal, (2) pertengahan (3) akhir kalimat.
(b) Hamzah waSol hanya pada awal kalimah.
(3)
(a) Hamzah Qot'ie yg terdapat pada (1) isim, (2) fiil dan (3) harf (sendi kata)
(b) Hamzah waSol pada (1) isim dan (2) fiil saja
Perhatian: Hamzah waSol tiada pada fi'il Mudhori', hanya pada fi'il Madhi and 'Amr
=============================================
Basmalah = Hamzah wasol dibuang pada kalimah "ismi" :
.. kerana tulisan basmalah kerap sekali ditulis maka dipermudahkan tulisannya.
Tongkat pada huruf ba adalah hamzah wasal yg telah dibawa kehadapan bercantum dengan ba' .
.. hamzah wasal di awal kalimah menunjukkan ada ucapan sebelumnya dan bersambung dengan ucapan basmalah.
Contoh.
Jika seseorang berucap, "Dengan Pen .. ". Ayat ini tergantung belum lengkap. Tak faham apa maksudnya.
Kalau dia berkata, "Aku menulis dengan Pen". Barulah ayat yg lengkap.
Sama juga dengan basmalah :
"Aku minum air .. dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
"Aku membaca Al-Qur'an .. dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
Yaitu niat dalam hati sebelum (atau boleh juga selepas) basmalah.
Lain2 perkara :
Kalau sebelum lafzul-jalah ada harfu jarr "li", maka lafzul-jalalah tak didahului hamzah waSol.
Contoh = lillahi لِلَّهِ
Hamzah istifham
- rujuk pada nota Mad Farq.
Hamzah asliyyah الْهَمْزَةُ الْأَصْلِيَّةُ
Hamzah yg asli tulisannya. Tidak bergantung pada huruf lain sebagai rumah (hamzah Qot'ie), bukan juga hamzah kepala sod (hamzah waSol).
Berada di hujung kalimah.
Contoh = سَوآءٌ
Mad asli bertemu dengan hamzah asliyyah, jadi = mad wajib muttaSil
------