Bacaan Surah Fatihah berdasarkan Matan Syatibiyyah 7 Qiraat :-
Cara2 bacaan dari 7 imam Qiraat dan 14 perawi.
Cara 1)
Kalimah "maliki" = mim dibaca dengan satu harakat.
- Selain dari ini, bacaan seterusnya seperti biasa (sama seperti riwayat HafS).
Dibaca oleh :-
=> Perawi2 : Qoloon(wajah pertama) & Warasy
(kedua2 perawi ini dari Imam Nafi')
=> Imam : Abu 'Amru (& perawi2: Durri, Sussi)
Imam : Ibn 'Amir (& perawi2: Hisyam, Ibnu Zakwan)
( Lihat Video Mishary: Beliau baca basmalah, berhenti di 'alaihim pertama - bersebab waqaf)
Cara 2)
Kalimah "maliki" = mim dibaca dengan satu harakat.
Kalimah "'alaihimuu" = mim dibaca dengan Silah.
Dibaca oleh :-
=> Perawi2 : Qoloon(wajah kedua) & Bazzi
( Lihat Video Mishary: Beliau tak baca basmalah, berhenti di 'alaihim pertama - bersebab akhir ayat 6)
Cara 3)
Kalimah "maliki" = mim dibaca dengan satu harakat.
Kalimah "as-siroTol..siroTol = dibaca dengan "sin" (bukan "Sod")
Kalimah "'alaihimuu" = mim dibaca dengan Silah.
Dibaca oleh :-
Perawi: Qunbul
- Persamaan dengan Bazzi pada kalimah "maliki" dan "alaihimuu"
- Perbezaan dengan Bazzi pada kalimah "as-siroTol..siroTol"
- Kedua2 Bazzi dan Qunbul adalah perawi2 Imam Ibnu Kathir.
( Lihat Video Mishary: Beliau tak baca basmalah, baca terus pada 'alaihimu pertama - waSol ke ayat 7)
Cara 4)
Kalimah "-rroheem" jika dibaca waSol ke kalimah "maliki" = idram mim pertama ke mim kedua
( Idram kubra kerana kedua2 "mim" berbaris)
Kalimah "maliki" = mim dibaca dengan satu harakat.
Dibaca oleh :-
Perawi: Susi
- Jika dibaca dengan waqaf, maka sama seperti cara no. 1 di atas.
( Lihat Video Mishary: Beliau tak baca basmalah, berhenti di 'alaihim pertama - bersebab akhir ayat 6)
Cara 5)
Kalimah "maaliki" = mim dibaca dengan DUA harakat.
Kalimah "as-SiroTol" dibaca dengan "Sod"
Kalimah "SiroTol" dibaca denga "Sod"
Kalimah 'alaihim = dibaca "ha" dengan kasrah dan mim sukun izhar.
Dibaca oleh :-
Imam = 'ASim (& perawi2: Syu'bah, HafS)
Imam = Kisa-ie (& perawi2: Abu Harith, Durri)
( Lihat Video Mishary: Beliau baca basmalah, waSol pada 'alaihim pertama hingga akhir ayat 7)
Cara 6)
Kalimah "maliki" = mim dibaca dengan satu harakat.
Kalimah "azh-zhiroTol" = di-ishmamkan huruf sod hingga bunyi diantara Sod dan Zai.
Kalimah "zhiroTol" = di-ishmamkan huruf sod hingga bunyi diantara Sod dan Zai.
Kalimah 'alaihum = dibaca "ha" dengan dhommah, bukan kasrah.
Dibaca oleh :-
Perawi: Khalaf
( Lihat Video Mishary: Beliau tak baca basmalah, berhenti di 'alaihum pertama - bersebab akhir ayat 6)
Cara 7)
Kalimah "maliki" = mim dibaca dengan satu harakat.
Kalimah "azh-zhiroTol" = di-ishmamkan huruf sod hingga bunyi diantara Sod dan Zai.
(Kalimah "SiroTol" dibaca "sod" seperti HafS)
Kalimah 'alaihum = dibaca "ha" dengan dhommah, bukan kasrah.
Dibaca oleh :-
Perawi: Khalad
- Perbezaan dengan Khalaf pada kalimah "SiroTol" yg dibaca dengan "sod"
- Kedua2 "Khalaf" dan "Khalad" adalah perawi2 Imam Hamzah.
( Lihat Video Mishary: Beliau tak baca basmalah, berhenti di 'alaihum pertama - bersebab akhir ayat 6)
========================================
(Di atas kami membincangkan hanya 7 Qiraat saja )
Video Mishary membaca 10 Qiraat :-
Selanjutnya ->> Toriq "An-Nasyr"