“Sesungguhnya orang2 yg berkata, ”Tuhan kami adalah Allah,” kemudian mereka tetap istiqomah (tetap beramal soleh) … ” Al-Ahqaf ayat 13.
Al-Furqan: 30 ="Dan berkatalah Rasul (s.a.w): Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai"
> Penerangan: Rasul s.a.w kecewa dan mengadu kepada Allah akan golongan ummatnya yg tidak memperdulikan alQur'an. Kita sangatlah khuatir samada golongan ini termasuk dalam golongan yg mendapat syafa'at Rasul s.a.w atau tidak di akhirat.
Hadith - “Sebaik-baik kamu sekalian adalah orang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari)
Merumuskan perkara2 yang bersangkutan dengan Tajwid dan Sejarah al-Qur’an. Ilmu Tajwid di halaman2 ini berdasarkan bacaan Qiraat 'Asim riwayat Hafs melalui Toriq Syatibi (Hafs ‘an ‘Asim min Toriqi Syatibiyah).
Persiapan menghadapi sebarang Ujian al-Qur'an
Manfaat yg kita dapat dari persiapan ujian ialah bertambahnya ilmu kita (dari dahulunya tak tahu, sekarang dah tahu.)
Sewaktu zaman Rasul s.a.w, tiada ilmu tajwid, kerana para sahabat memang sudah biasa berbicara dengan lafaz yg sesuai dengan lafaz al-Qur’an. Maka tiada masalah bagi mereka untuk melafazkan huruf2 al-Qur’an, dan jika terdapat perbezaan dalam bacaan, mereka dapat merujuk kepada Rasul S.A.W.
Apabila Islam berkembang dan ramai bukan Arab yg masuk Islam, maka kedengaran pelbagai ragam bacaan alQuran yg tak seperti yg asli lagi. Maka timbullah ilmu tajwid memelihara cara membaca al-Quran dengan betul sepertimana ia mula2 diturunkan.
Dari segi bahasa = memperindahkan sesuatu.
Dari segi istilah = menyebut setiap huruf dari makhrajnya yg betul disertai dengan sifat huruf yg asli atau sifat huruf yg mendatang.
* sifat asli = sifat huruf yg asli tiada perubahan.
* sifat mendatang = sifat yg berubah dalam keadaan2 tertentu.
Definasi Tajwid = adalah ilmu melafazkan huruf2 dengan betul sambil memelihara hukum2 bacaan.
Al-Muzzammil : 4 = “Bacalah al-Quran dengan tartil (bertajwid)”
Al-Furqan: 32 =” ... dan Kami telah bacakan (alQuran) kepada mu (Muhammad) dengan tartil”
Hadith Nabi saw
“Sesungguhnya Allah menyukai akan hambanya yg membaca al-Quran bertepatan sebagaimana ianya diturunkan.”
Pesan Rasul s.a.w = bacalah Qur’an dengan lahjah Arab
Al-Qiyamah: 18. " .. Maka apabila kami telah menyempurnakan bacaannya, maka bacalah menurut bacaannya itu.
Mengamalkan hukum2 tajwid sewaktu membaca al-Qur’an = Fardhu ‘Ain.
Jika seseorang itu dapat membaca al-Quran bertepatan dengan hukum2 tajwid yg sedia ada seperti dengungnya, segala panjang harakat yg betul, segala sebutan huruf2 dalam pelbagai keadaan, bacaan imalah, tashiil dan sebagainya, dia telah menunaikan fardhu ‘ain atas dirinya, walaupun dia tak pernah belajar ilmu Tajwid.
Bagaimana mungkin membaca dengan berTajwid tanpa mempelajari Tajwid ?
Kemungkinan dia membaca menerusi hafalan hasil dari peniruan yang tepat dari guru (bertalaqqi dengan guru) tanpa mengetahui apa apa tentang ilmu tajwid. Lihat pada para Sahabat Rasul S.a.w, yg ketika itu belum lagi ada ilmu tajwid yg kita ketahui sekarang, tapi memanglah mereka orang2 yg membaca al-Qur’an dengan bertajwid.
Belajar Ilmu Tajwid = Fardhu Kifayah.
Yaitu belajar nama hukum2 tajwid, nama jenis2 mad, tempat2 makhraj, sifat2 huruf dan lain lain lagi.
Jika seseorang tidak berkemampuan untuk menghafal dengan meniru setiap patah kalimah dan huruf dari gurunya (seperti disebut diatas), maka tuntutan untuk membaca al-Qur’an dengan bertajwid memerlukan seseorang itu mengetahui dan mempelajari ilmu tajwid.
Mengingkarinya = Kufur.
Seperti mengatakan tak perlu belajar tajwid, samalah juga seperti mengatakan tak perlu baca Qur'an sepertimana ianya mula-mula diturunkan maka hukumnya Kufur kerana telah menafikan apa yg Allah sebut dalam AlQur'an (Muzammil:4).
Membaca dengan bertajwid adalah fardhu 'ain. Berapa ramai orang yang baca Qur'an tapi tak sepertimana ianya mula-mula diturunkan kerana tidak bertalaqqi atau belajar tajwid. Mereka menyangka bacaan mereka selama ini adalah betul, padahal banyak kesilapannya.
Kelebihan dari ilmu yg lain = Semulia ilmu kerana ia berkaitan langsung dengan kalam Allah.
- Semua yang wujud adalah "Makhluk" ciptaan oleh Allah. Apa yg tertera dalam bacaan al-Qur'an bukanlah "Makhluk" tapi kata2 Allah.
Memelihara dari melakukan kesalahan ketika membaca dengan mengetahui kaedah2 bacaan yg betul.
Kaedah2 membaca Quran
Secara amali = Rasul saw
Secara ilmiah = Imam2 qura’
Seperti disebut di atas, Imam2 Qura' menghasilkan ilmu tajwid oleh kerana kesilapan2 yg banyak dilakukan oleh orang2 Islam ketika Islam telah berkembang ke negeri2 lain. Ilmu tajwidlah yg mengembalikan atau memelihara bacaan al-Qur'an sepertimana Rasul s.a.w membacanya.
Secara kesimpulannya = Dapat Rahmat dan Redha Allah, InsyaAllah.