Dari segi bahasa = jelas.
Dari segi istilah = Mengeluarkan sebutan huruf dari makhrajnya tanpa dengung.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(1) Izhar halqi إِظْهَارٌ حَلْقِيٌّ
* hukum izhar halqi pada "nun mati/tanwin"
Bahasa = (halqi) tekak
Istilah/kenal = apabila nun yg sukun atau tanwin bertemu salah satu dari 6 huruf makhraj halqum yg berbaris, dalam satu atau dua kalimah, ketika waSol atau waqaf, maka dijelaskan lafaz nun tanpa dengung.
Huruf2nya >> (6 huruf dari makhraj tekak) hamzah, Ha, 'ain, haa, ghain, kho
ء هـ ﺡ ﻉ ﻍ ﺥ
Tandanya = nun yg ada tanda mati / tanwin yg selari barisnya.
Kesalahan membaca hukum izhar (pada nun) adalah apabila bersubahat dengan :
(1) Dengung (2) Qolqalah (3) Saktah
Martabat Izhar Halqi
(1) Martabat أَقْصَى = Makhraj huruf izhar yg terendah/terjauh dalam tekak = ء ه
Contoh : عَذَابًا أَلِيمًا , مِنْهَا
(2) Martabat وُسْطَى / أَوْسَط = Makhraj huruf izhar yg pertengahan dalam tekak = ﺡ ﻉ
Contoh : شَيْءٍ عِلْمًا , عَلِيمًا حَكِيمًا
(3) Martabat أَدْنَى = Makhraj huruf izhar yg terdekat dalam tekak = ﻍ ﺥ
Contoh : لَطِيفًا خَبِيرًا , عَفُوًّا غَفُورًا
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(2) Izhar muTlaq إظهار مُطلَق
* hukum izhar mutlaq pada "nun mati/tanwin"
Bahasa = semata2
Istilah = Nun sukun bertemu waw atau ya dalam satu kalimah dan tiada dengung.
Tandanya = nun yg ada tanda mati.
Izhar muTlaq kalimi pada 4 kalimah dalam Quran:
Contoh: ٱلدُّنْيَا , بُنْيَـٰنٌ , صِنْوَانٌ , قِنْوَانٌ
Izhar muTlaq harfi pada 2 tempat di hujung huruf muqoTTo'ah : (tidak diidramkan ketika waSol)
Bukan dalam satu kalimah :-
1. (surah yaseen) ya siiin + wal-quraani
يسٓ (١) وَٱلۡقُرۡءَانِ
2. (surah al-qalam) nuuun + walqolami
نٓۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا
Juga dipanggil dengan izhar mutlaq riwayah kerana riwayat lain ketika wasal dibaca dengan idram, bukan izhar.
Nota: jika bacaan Toriq Jazari aliran Zar'an, di-idramkan ketika waSol pada kedua ayat di atas.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(3) Izhar syafawi إظهار شفوي
* hukum izhar syafawi pada mim mati
Bahasa = bibir
Istilah = mim sukun bertemu selain "ba" dan "mim".
Pengenalannya:
Apabila mim yg sukun bertemu dengan huruf selain dari "mim" dan "ba" ketika waSol ataupun waqaf, maka dijelaskan lafaz "mim" tanpa lantunan dengung.
Tandanya = mim yg ada tanda mati.
Contoh = أَمۡ حَسِبۡتَ , لَهُمْ جَنَّاةٍ , لَهُمْ فِيهَا,
Bila mim mati jumpa dengan huruf2 dari makhraj yg sama, yaitu di bibir = ف dan و maka diberatkan izharnya : Asyaddu izhar
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(4) Izhar Asli إظهار أصلي
= apa-apa huruf yg sukun asli
Apabila huruf yg berbaris bertemu dengan huruf yg sukun
Berapa wajah = 1 wajah.
Tandanya = sukun
Contoh :
= قُلۡ ( Lam sukun di hujung kalimah ketika wasal atau waqaf)
= هُمْ ( Mim sukun asli ketika waqaf saja)
Jangan keliru “izhar asli” dengan “izhar syafawi”.
“Izhar asli” = adalah apa2 huruf yg sukun asli samada ketika membaca waSol atau ketika waqaf bacaan.
-> contoh kalimah قُلْ = "lam" itu izhar asli samada waqaf ataupun waSol.
-> termasuk mim sakinah ketika waqaf :-
Contoh =
> mim itu izhar asli ketika waqaf "kuntum (waqaf)", كُنتُم
> tapi bukan izhar asli ketika waSol (ikhfa' syafawi) "kuntum-bihi" . كُنتُم بِهِۦ
“Izhar Syafawi” = adalah apabila huruf mim bertemu dengan selain “ba” dan “mim” ketika waSol tanpa dengung.
-> contoh = am lam أَمۡ لَمۡ
-> kalau waqaf, mim itu adalah izhar asli - أَمۡ
-> ketika waSol, mim itu izhar syafawi - أَمۡ لَمۡ
Jadi, bagi hukum Mim sakinah, ada 4 :-
1> mim mati ketika waqaf = izhar asli
2> mim mati waSol bertemu dengan selain dari ba atau mim = izhar syafawi
3> mim mati waSol bertemu dengan ba = ikhfa' syafawi
4> mim mati waSol bertemu dengan mim = Idhgram mithlain soghiir
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(5) Izhar qomariyah إظهار قمرية
Bahasa = bulan
Istilah = apabila lam ta'riif bertemu salah satu dari 14 huruf2 Qomari.
= (6 huruf halqum) ء ه ع غ ح خ
+ (4 huruf bibir) م و ب ف
+ ( 4 huruf lidah) ق ك ج ي
Lam ta’riif = yg ada dalam lafaz = "al " ( lam mendatang - didahului oleh hamzah waSol)
"al" ٱلْ = alif lam qomariyah, bila bertemu huruf qomariyah.
- Alif-lam ini bukan asal kalimah, tapi didatangkan untuk menunjukkan pengkhususan.
- Alif pada lafaz "al" = ditulis dengan "hamzah waSol"
> memulakan bacaan dari kalimah ini dengan melafazkan hamzah berbaris atas,
> jika membaca dengan waSol dari kalimah yg sebelumnya, maka hamzah tak dibaca tetapi dibaca dengan lam yg sukun.
Cara bacaan Izhar Qomariyah = ialah dengan mensukunkan lam itu, dan dibaca dengan izhar yaitu jelas.
-> Kenapa dijelaskan huruf lam itu ? = kerana berjauhan makhraj lam dengan huruf2 qomariyah yg 14.
Contoh = ٱلۡحَىُّ , ٱلْكَافِرُونَ , ٱلْعَزِيزُ
هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ = lam kedua hukumnya izhar qomariyah.
"lam" pertama ada sabdu - itu tashdid yg mendatang ( tashdid 'ariidiyyah) bersebabkan idram bilaa ghunnah.
Tandanya = tanda mati di atas lam, dan huruf yg berbaris selepas lam.
Kenapa dipanggil Qomariyah = bulan ? = kerana di malam hari, suasana gelap tapi bulan jelas kelihatan.
Lam pada
(1) lafzul-jalalah ٱلله
dan lam pada (2) isim mausul (kata sambung), yaitu lam dari asal kalimah (bukan mendatang): ٱلَّذِى
Rujuk pada nota "Perihal Lam"