Hukum yg terjadi apabila "Nun yg sukun" atau "Tanwin" bertemu dengan huruf2 hija'iyah :
1) Izhar إِظْهَارٌ
2) Iqlab إِقْلَابٌ
3) Idram إِدْغَامٌ
4) Ikhfa' إِخْفَاءٌ
Pecahan dari 4 di atas > jadi 6 hukum :-
Tak didengungkan.
(1) Izhar Halqi,
(2) Izhar MuTlaq,
(3) Idram bilaa Ghunnah kamil
Didengungkan.
(4) Ikhfa' Haqiqi,
(5) Iqlab,
(6) Idram ma'al-Ghunnah kamil au naqiS
> Nun sakinah di hujung kalimah bertemu hamzah waSol di awal kalimah kedua.
مِمَّنْ + ٱفْتَرَىٰ
> Selepas hamzah waSol, ada huruf yg sukun.
> Hamzah waSol tak dibaca ketika waSol, maka terjadilah pertemuan 2 sukun.
> Tanda sukun atas huruf nun bertukar menjadi baris kasrah .
> Contoh: asal ejaan = مِمَّنْ + ٱفۡتَرَىٰ
jadi = مِمَّنِ ٱفْتَرَىٰ
> Perhatian : Ini bukan nun 'iwadh
--> Perbezaan dengan nun 'iwadh = huruf nun disini ditulis, sementara nun-'iwadh tidak ditulis kerana ianya tanwin bertemu dengan hamzah waSol.
Hukum Nun 'Iwadh:
Bahasa = “‘iwadh” = ganti
Tanwin bertemu hamzah waSol dan selepasnya huruf yg sukun.
> Dari segi lafaz = satu baris tanwin diganti jadi huruf nun yg berbaris kasrah
> Dari segi tanda atau penulisan = masih tanda tanwin, tiada perbezaan.
> Ia memisahkan dua sakin = dua huruf bersukun yg bertemu, disambungkan oleh hamzah waSol.
Contoh di bawah = tanwin (yaitu bunyi nun mati) bertemu dengan lam mati (disambung oleh hamzah waSol) :-
= khoiranil-waSiyyatu (2:180) خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ
Bagaimana hendak sebut bunyi nun mati (tanwin) bersambung pada lam mati ?
Maka bunyi nun mati bertukar pada bunyi nun baris bawah sambung pada lam mati. Baris dua tanwin pada huruf ra' tinggal baris satu, kerana satu baris telah di"iwad"kan (ganti) kepada nun baris bawah.
Untuk lebih jelas, kita eja seperti di bawah:
Bertemu dua huruf mati = خَيۡرَنْ ٱلۡوَصِيَّةُ maka nun mati bertukar jadi nun kasrah = خَيۡرَنِ ٱلۡوَصِيَّةُ
Ianya berlaku bila tanwin bertemu :-
(1) hamzah waSol dengan Lam qomariyah/syamsiyah
(2) hamzah waSol dengan fi-'il 'amr
Apa itu Tanwin?
Tanwin adalah nun sakinah tambahan. Melafazkan huruf pada akhir kalimah isim bertemu dengan nun sakinah
Contoh: بَيْتُ + ن = بَيْتُنْ = بَيْتٌ
Maka ianya bukanlah asli kerana ia hanya menandakan lafaz nun sakinah.
Tanda-tanda Tanwin:-
Lafaz "nun sakinah" pada tanda tanwin yg berada di akhir kalimah isim.
contoh: khaira + n = خَيرًا = خَيۡرَنْ
Tanwin marfu' = baris dhommataan.
Tandanya :-
> 2 baris depan terbuka = ada ghunnah. (berbentuk 99)
> 2 baris depan tertutup = tiada ghunnah. (berbentuk 69)
Tanwin manSuub = baris Fat-hataan
Tandanya :-
> 2 baris atas senget = menandakan ada ghunnah.
> 2 baris atas selari = tiada ghunnah
Tanwin majruur = baris Kasrataan
Tandanya :-
> 2 baris bawah senget = menandakan ada ghunnah.
> 2 baris bawah selari = tiada ghunnah.
Nun sukun = ada pada tulisan dan bacaan
Tanwin = bunyi nun ada pada bacaan, tiada pada tulisan (tidak ditulis huruf nun)
Nun sukun = boleh berada di tengah atau hujung kalimah
Tanwin = hanya pada hujung kalimah.
Nun sukun = ada pada kalimah isim, fi-il, harf
Tanwin = hanya pada kalimah isim
Lafaz nun sukun = ada ketika waSol dan waqof
Lafaz Tanwin hanya ketika waSol, tiada ketika waqof.
Hukum yg terjadi apabila "Mim yg sukun" bertemu dengan huruf2 hija'iyah :
(1) Izhar syafawi : لَهُمْ فِيهَا
(2) Ikhfa' shafawi : كُنتُم بِهِ
(3) Idhgram mithlain soghiir : وَمَا هُم مِّنكُمۡ