Hukum menghafal Qur'an: Fardhu Kifayah
Apakah keutamaan atau faedah menghafal alQuran ?
1) Hafizh Qur’an adalah keluarga Allah yang berada di atas bumi.
“Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga di antara manusia.” para sahabat bertanya, ‘Siapakah mereka ya Rasulullah?’ Rasul menjawab, ‘Para ahli Al Quran. Mereka lah keluarga Allah dan pilihan-pilihan-Nya.”‘ (Riwayat Ahmad)
2) Menghormati Seorang Hafizh Al Quran Berarti Mengagungkan Allah
“Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah menghormati orang tua yang muslim, penghafal Al Quran yang tidak melampaui batas (di dalam mengamalkan dan memahaminya) dan tidak menjauhinya (enggan membaca dan mengamalkannya) dan penguasa yang adil.”(Riwayat Abu Daud)
3) Menepati kelas tertinggi di dalam syurga.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Aisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.
4) Penghafal alQuran akan memakai mahkota kehormatan di akhirat.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Abu Hurairah ra.daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamat nanti akan datang dan Al Quran akan berkata; "Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut diberikan mahkota kehormatan.
Sudah bersedia ?
- mempunyai minat dan kesungguhan yang kuat
- mengelakkan maksiat
- beristighfar
- berdo'a diberi pertolongan untuk menghafal.
- solat hajat.
- mempunyai teknik yang konsisten.
- waktu-waktu hafalan yg istiqomah.
- memisahkan satu mukasurat kepada beberapa bahagian.
- membaca ayat pertama beberapa kali untuk dapatkan kelancaran sebelum menghafalnya.
- setelah hafal ayat pertama, pindah pada ayat kedua dengan teknik yg sama.
- setelah hafal ayat kedua, ulangi ayat pertama menerusi hafalan dan sambung ayat kedua.
- teruskan teknik sebegini pada ayat2 seterusnya.
- setelah mantap bahagian pertama dalam mukasurat itu, barulah pindah pada bahagian kedua mukasurat yg sama.
- setelah mantap bahagian kedua, ulangi kembali bahagian pertama dan sambung bahagian kedua.
- teruskan teknik ini pada bahagian2 seterusnya.
- baca bahagian2 yg telah dihafal dalam solat2 sunat.
- baca bahagian2 yg telah dihafal setiap bangun tidur dan sebagainya.
- setelah mantap mukasurat pertama, pindah pada mukasurat kedua dengan teknik yg sama.
- setelah mantap mukasurat kedua, ulangi mukasurat pertama dan sambung ke mukasurat kedua.
- teruskan teknik sebegini hingga selesai bagi surah yg ingin dihafal.
- mainkan rakaman surah yg dibaca oleh seorang qori dan cuba mengikutnya.
- baca surah yg dihafal dihadapan seorang yg dipercayai supaya dapat menegur bila ada kesalahan. Mana2 kesalahan, hendaklah segera diusahakan memantapkannya.
- memahami kalimah2 yg dihafal boleh dijadikan sebagai "keyword" supaya tak tersalah masuk membaca ayat di surah yg lain yg sama bunyi ayatnya.
Sebab sebab lupa :
• Hafazan baru yang tidak betul-betul mantap.
• Bilangan ayat Al_Quran yang dihafaz pada sesuatu masa terlalu banyak.
• Tiada jadual mengulang hafazan yang sistematik (tiada teknik).
• Menghafal ketika mengantuk, marah dan bosan.
• Maksiat yang dilakukan (mata melihat aurat bukan mahram, telinga mendengar muzik2 dll).