Bahasa:
Asli = asal
Istilah = Mad didahului baris yg sejenis dengan huruf mad, dan selepas mad tiada sukun atau hamzah, yaitu tidak terikat dengan sebab.
Mengenalinya :-
a. Mad alif didahului huruf yang berbaris atas (fat-hah)
contoh: مَا
b. Mad waw didahului huruf yang berbaris hadapan (dhomma)
contoh: عُو
c. Mad ya didahului huruf yang berbaris bawah (kasrah)
contoh: فِى
Asal tabiatnya 2 harakat atau satu alif :-
Org2 Arab apabila berbicara pada sesuatu kalimah yg asalnya akan memanjangkan suara 2 harakat.
Tanda2 mad aSli
1> ا و ى alif, waw, ya = yg tiada baris i.e huruf mad. (Kalau berbaris, ianya huruf biasa)
2> alif kecil, waw kecil, ya kecil. Lihat Video.
Perhatian: "alif", "waw", "ya" yg ada tanda "lonjong kecil" diatasnya (ziadah: penambahan), bukanlah mad asli. contoh:
أُوْلِى , أَفَإِيْن
QaSr: قَصر
Segi bahasa = menahan atau menyekat
Istilah = ialah menetapkan kadar panjang 2 harakat pada mad tanpa sebarang tambahan.
(Maka dikatakan membaca mad asli dengan "Qasr")
Mad "aSli kalimi" dan mad "aSli harfi" :-
1. Mad Asli Kalimi yg berlaku dalam kalimah.
مَد أصلي كَلِمِي
Mad aSli MuTlaq.
مد أصلي مُطلَق
Yaitu Mad aSli yg sebenar (untuk membezakan dengan jenis mad aSli yg lain).
Berlaku di pertengahan kalimah atau dihujung kalimah:-
(1) Mad asli di pertengahan kalimah = berlaku ketika waSol saja > dibaca 2 harakat ظُلُمَـٰتٍ
(Bagi contoh di atas, jika waqaf dah jadi mad 'aridh lissukun)
(2) mad asli di hujung kalimah = berlaku ketika waSol atau waqaf.
=> dibaca 2 harakat عَلَيهَا ,مَا , عَلَىٰ
2. Mad Asli Harfi yg berlaku pada huruf.
مَد أصلي حَرْفِيْ
> Mad asli pada huruf2 muqotta'a
= yaitu huruf2 yg lafaznya berbaris fatha dibaca 2 harakat, contoh: "ra", "ya", "ha", "To", "Ha" (طه)
Lain2 perkara bersangkutan dengan mad aSli :
Mad aSli 'aridh مد أصلي عَاِرضْ
= seperti mad Silah qosirah, mad 'iwadh (dibincangkan di bawah).
Mad tamkin
Mad asli pada mad "ya" (dibincangkan di bawah).
Contoh: ٱلنَّبِيِّـۧنَ
7 jenis mad asli (di hujung kalimah) yg hanya berlaku ketika waqaf, tidak berlaku ketika waSol (Ketika waqaf, baca 2 harakat mad asli)
أَنَا , لـٰكِنَّاْ, ٱلظُّنُونَاْ , ٱلرَّسُولَاْ , ٱلسَّبِيلَا , قَوَارِيرَاْ , سَلَـٰسِلَاْ
Rujuk di sini (Perihal Alif)
Lam di tengah "lafzul jalalah" ( لَفظُ الجَلَالَه )
لِلَّهِ = Lam dengan mad asli.
"Alif niyabah" نِيَابَة
- ialah alif di hujung kalimah sebagai pengganti tanwin ketika waqaf dengan kadar Mad aSli, contoh = نَارًا
Yang membatalkan Mad aSli ialah bila bertemu hamzah waSol
Contoh : ٱلَّذِي ٱستَوْقَدَ
Mad Tobi'ie
Dua orang muslim = مُســلِمَانِ mad alif sebelum nun itu adalah tambahan (alif ziadah).
Hukumnya Mad Tobi'ie.
Contoh 1:
مُســلِمَانِ alif adalah huruf tambahan.
Huruf yg asal = أَسْلَمَ , مُسْلِمٌ,
Contoh 2:
مُفْلِحُونَ - wau adalah huruf tambahan (mad Tobi'ie).
Huruf asal = مُفْلِحٌ
Perbezaan antara Mad aSli dan Mad Tobi'ie:
Mad aSli adalah huruf mad yg asli bukan tambahan.
Semua alif kecil adalah Mad aSli ( bukan Mad Tobi'-e ), contoh : وَلَـٰكِنْ
Mad Tobi'ie adalah huruf mad tambahan.
----------------------------------
Segi Bahasa:
> 'Aridh = mendatang
> Sukun = mati
Istilah / mengenalinya
= apabila huruf mad bertemu dengan huruf yg berbaris ketika waqaf.
(huruf yg berbaris, sukun mendatang )
Contoh = يُبۡصِرُونَ , صَـٰدِقِينَ , أَصۡحَـٰبُ
Dinamakan 'aridh-lissukuun = kerana sukun yg mendatang ketika waqof
Kadar panjang ketika waqaf = 2,4,6 harakat
> Jika kalimah itu diwaSolkan (tak waqof), maka tetap mad asli (2 harakat)
Wajah2 mad 'arid lissukuun :
(1) Kalau hujung kalimah huruf yg berbaris fathah :
> 3 wajah oleh kerana = "Sukun mahaD" مَحْضٌ (Mati tulen pada huruf di hujung kalimah) = 2,4,6 harakat.
Contoh = al-faasiquuun(a) فَـٰسِقُونَ
(2) Kalau hujung kalimah huruf yg berbaris kasrah :
> 3 wajah oleh kerana = Sukun mahaD = 2,4,6 harakat
> 1 wajah oleh kerana = Raum= 2 harakat
> Kesemuanya = 4 wajah
Contoh = al-'azhiiim(i) ٱلۡعَظِيمِ
(3) Kalau hujung kalimah huruf yg berbaris dhommah :
> 3 wajah oleh kerana = Sukun mahaD = 2,4,6 harakat
> 1 wajah oleh kerana = Raum = 2 harakat
> 3 wajah oleh kerana = Isymam = 2,4,6 harakat
Kesemuanya = 7 wajah
Contoh = aliiim(un) أَلِيمٌ
Jenis2 mad 'aridh lissukun:
1) yg berasal dari mad aSli = seperti contoh2 di atas
فَـٰسِقُونَ ٱلۡعَظِيمِ أَلِيمٌ
2) yg berasal dari mad badal atau shabih bi badal (yaitu mad badal bertemu huruf berbaris ketika waqaf)
مُسْتَهْزِءُوْنَ
3) yg berasal dari mad muttaSil. Seperti:
السَّمَاءُ
4) Pada ta' marbutah (ha ta'nis), seperti "aSSolaah"
الصَّلَاةُ
5) Pada ha dhomir, seperti :
فِيهِ
Nota: Jika setiap akhir ayat dibaca mad 'arid lissukuun dengan 4 harakat, apabila hendak memberhentikan sesi bacaan Qura'n, kalimah yg terakhir pada ayat yg terakhir sekali, boleh dibaca dengan 6 harakat (untuk menyedapkan bacaan qur'an itu) .. Kalau pula sebelumnya mad 'arid lissukun dibaca 2 harakat, maka yg terakhir dibaca 4 harakat.
----------------------------------
Segi bahasa = lunak atau lembut
Pengenalan = berlaku hukum mad lin apabila huruf liin didahului oleh baris fatha dan selepasnya bertemu huruf yg berbaris, ketika waqaf.
Bacaan : ketika waqof = sama seperti mad 'aridh lissukuun = 2,4,6 harakat
Ketika waSol = ianya huruf liin saja, tiada mad.
Contoh = bayt ٱلۡبَيۡتِ, kha-ufin خَوۡفٍ
Soalan:
Huruf lin bertemu dengan hamzah ketika waqaf, adakah ianya mad wajib muttaSil 'arid lissukun ?
contoh: شَىْءٍ
Jawapan = Tidak. "Mad wajib muttaSil 'arid lissukun" adalah apabila huruf mad bertemu dengan hamzah ketika waqaf, bukan huruf lin bertemu hamzah ketika waqaf.
Jadi شَىْءٍ ketika waqaf adalah = Mad liin mahmuz 'aridh lissukun.
Mad lin mahmuz: ي dan و mati sebelumnya huruf berbaris fathah dan selepasnya huruf hamzah.
Mad lin 'aridhlissukun: AlBaqorah:38, pada kalimah "hudaya" هُدَايَ ketika waqaf = "hudaay"
1. Waqaf mad 'aridhlissukun
2. Juga Mad lin 'aridhlissukun (kerana huruf ya berbaris didatangkan sukun).
----------------------------------
Segi bahasa = menetapkan
Istilah, pengenalan: bertemu huruf mad dengan huruf yg serupa dengannya dalam satu atau dua kalimah ketika waSol.
> terjadi dalam dua keadaan :-
1. Mad Tamkin dalam dua kalimah:
Huruf pertama sukun (huruf mad) > huruf kedua berbaris
contoh: Sobiroo + wa robiToo
waw mad bertemu dengan huruf waw
صَابِرُواْ وَ رَابِطُو
contoh: allazii + yuwaswisu - ya mad bertemu dengan ya huruf ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ
Dari 2 contoh di atas: menetapkan "waw" atau "ya" pertama sebagai huruf mad (mad tamkin), bukan huruf yg diidramkan kepada "waw" atau "ya" kedua yg berbaris (mungkin qiraat lain baca idram?).
2. Mad Tamkin dalam satu kalimah
Huruf pertama bertasydid dan berbaris bawah bertemu huruf kedua yaitu huruf mad yg semisal dengan huruf pertama.
contoh = huy-yiitum , annabiyyiina ٱلنَّبِيِّـۧنَ
> Ada qiraat baca huruf "hamzah" bertemu mad "ya" (annabi-i-ina).
> Qirat 'Asim menetapkan huruf "ya" bertemu dengan mad "ya" (annabiyyiina)
----------------------------------
(A) Mad Badal Asli مَد بَدَلْ أصلي
Bahasa = Badal = tukar atau berubah
Istilah = apabila dua hamzah bertemu di awal kalimah, hamzah pertama berbaris, hamzah kedua sukun, maka ditukar hamzah kedua jadi mad yg sejenis dengan baris hamzah pertama dan selepasnya tak bertemu dengan huruf yg sukun. (Tujuan: meringankan bacaan)
Makna hamzah di-"ibdal"kan = iaitu hamzah ditukarkan kepada huruf mad.
Kadar bacaan: 2 harakat (tak semua qiraat baca dengan 2 harakat; maka hukum mad ini = jaiz, yaitu harus)
Contoh : a-a-dama ءَادَمَ , i-i-maanan إِيمَـٰنًا , u-u-tuu أُوتُواْ
Penerangan:
aamana ءَامَنَ
Asalnya ejaan ada dua hamah yg bertemu = أَأْمَنَ (ada dua hamzah : pertama baris fatha, kedua sukun)
- Hamzah pertama berbaris fathah, maka hamzah kedua ditukar jadi huruf mad alif = ءَامَنَ
> Ditukar kerana susah menyebut dua hamzah yg bertemu.
> Ia tidak dinamakan mad asli kerana mad di sini berlaku kerana bersebabkan hamzah ( Mad Far'ie)
> ditulis seolah Mad asli (selepas huruf hamzah yg asli ditukar kepada huruf mad).
>> " i-i-maanan " إِيمَـٰنًا
- kalimah asal = إِئْمَانًا - hamzah pertama berbaris kasrah, maka hamzah kedua ditukar jadi huruf mad ya
>> " u-u-tuu " أُوتُواْ
- hamzah pertama berbaris dhammah, maka hamzah kedua ditukar jadi huruf mad waw
Perhatian = jika pada kalimah = a-i-maanahum أَيۡمَـٰنَهُم
> Bukan mad badal! (hamza fathah temu ya - baris tak sejenis dengan huruf mad)
Mad badal tak berlaku bila :-
Kalimah "aaa-l-aana" ءَآلۡـَٔـٰنَا mad badal di permulaan kalimah yang bertemu dengan huruf sukun, bukan lagi mad badal tapi mad lazim kalimi mukhaffaf.
Kenapa ? = Tingkatan mad "sebab sukun"(mad lazim: tingkatan 1) lebih kuat dari tingkatan mad "sebab badal"(mad badal: tingkatan 5).
(B) Mad Badal Ibtida'
Membariskan hamzah waSol ketika ibtida' pada kalimah yg ada hukum mad badal:
Kalimah "uutumina" ٱؤۡتُمِنَ
> Hamzah kedua (yaitu hamzah qot'ie) berumahkan bentuk "waw"
> Hamzah kedua di-ibdalkan kepada mad "waw" (Hamzah kedua tak disebut ketika ibtida')
= maka hamzah waSol dibariskan dengan baris depan.
Kalimah "iituuni" ٱئۡتُونِى
= Hamzah kedua berumahkan bentuk "ya"
= Hamzah kedua di-ibdalkan kepada mad "ya" (Hamzah kedua tak disebut ketika ibtida')
= maka hamzah waSol dibariskan dengan baris kasrah.
Mad badal ibtida' berlaku pada kalimah2 berikut :
- Hamzah waSol dibariskan mengikut rumah hamzah qot-ie
- Hamzah qot-ie tidak dibaca ketika ibtida', kerana telah bertukar jadi mad.
1. i-iti ٱئۡتِ
2. i-itina ٱئۡتِنَا
3. i-ituu ٱئۡتُواْ
4. i-ituuni ٱئۡتُونِى (termasuk Fi-il lima).
5. u-utumina ٱؤۡتُمِنَ
-> Penerangan lanjut di sini (perihal hamzah)
----------------------------------
Bahasa : menyerupai mad badal
Istilah/mengenalinya = huruf mad didahului huruf hamzah di tengah kalimah atau di hujung kalimah (bukan di awal kalimah) .
> huruf mad selepas hamzah adalah mad asli, dan bukan tukaran daripada hamzah kedua.
Contoh = ٱلۡقُرۡءَانُ
= memang ejaannya satu hamzah saja (bukan 2 hamzah seperti mad badal asli dan mad badal ibtida')
Contoh lagi: ma-aa-bin مَـئَابٍ
Masih tergolong dalam mad Farie, oleh kerana bersebabkan hamzah.
Contoh kalimah2 : "ra-aa aidiyahum" رَءَآ أَيْدِيَهُمۡ
- Mad Shabih bi badal bertemu hamzah dalam dua kalimah, jadi = Mad MunfaSil.
(Kalau Mad Shabih bi badal ini bertemu dengan lagi satu hamzah pada kalimah kedua, maka bukan lagi mad badal, tapi Mad Jaiz Munfasil, oleh kerana bertemu hamzah dalam lain perkataan lebih kuat sebabnya dari sebab mad shibhul badal.)
Bagi memudahkan perbincangan, Mad shabih bi badal ini dipanggil dengan Mad badal saja, kerana istilahnya sama = mad di dahului hamzah yg baris sejenis dengan mad.
Contoh: Surah Mumtahanah:4 ,
بُرَءَاؤُاْ = Mad badal bertemu hamzah dalam satu kalimah, jadi Mad MuttaSil.
Contoh: Mad badal bertemu huruf sukun jadi = Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf.
Contoh: Mad badal bertemu huruf sabdu, jadi = Mad Lazim Kalimi Muthaqqal.
Contoh: Mad badal bertemu huruf berbaris ketika waqaf, jadi = Mad 'Aridh Lissukun.
----------------------------------
Bahasa = menggantikan ( mad ganti )
Istilah = Ganti apa ? = Alif lazimah menggantikan tanwin ketika waqaf. 2 baris atas jadi satu.
Mengenalnya = Huruf yg berbaris dua atas dan alif selepasnya, dibaca 2 harakat mad asli ketika waqaf.
> Dinamakan 'iwadh = kerana ketika waqaf, huruf mad (alif lazimah) menggantikan tanwin manSuub, yaitu dibaca dengan baris satu (bukan membaca fathatain)
> Ianya juga = Mad Asli 'Aridh. (Mad asli yg terjadi hanya ketika waqaf)
Contoh : سَبِيلًا بَصِيرًا حَكِيمًا
(Ditulis dengan alif niyabah selepas tanwin.)
Huruf hamzah tanwin ketika waqaf:
Contoh = بِنَآءً
Bacaan seperti Mad 'Iwadh yg lain, tapi tiada alif niyabah selepas Hamzah kerana sebelum hamzah telah ada alif mad.
Lafaznya menyerupai mad badal ketika waqaf, maka ia juga = "Mad Shabih bi badal"
- Lihat Video.
Ta' marbutah yg bertanwin atas:
Contoh = تَبْصِرَةً
Tidak ada alif selepasnya, tak cukup syarat untuk jadi Mad 'iwadh.
Juga Ta' marbutoh adalah 2 huruf dalam satu tulisan = ت dan ه.
Tak dibaca 2 harakat ketika waqaf.
----------------------------------
Bahasa: Silah = berhubungan/ bersambung
Berlaku pada = Ha kinayah pada dhamiir (gantinama bagi orang ketiga tunggal lelaki)
Istilah / pengenalan : "Ha" dhamir yg dipanjangkan ketika wasol apabila sebelum dan sesudahnya adalah huruf2 yg berbaris (hidup). Tak berlaku ketika waqaf.
Dinamakan "Silah" = kerana dihubungkan Ha ini dengan huruf berbaris selepasnya melalui mad. Hanya berlaku ketika waSol (bacaan bersambung).
Maknanya = asalnya tiada huruf mad, tetapi kerana Ha diapit oleh huruf2 berbaris sebelum dan sesudahnya, maka dipanjangkan Ha dengan mad, tujuannya agar bacaan menjadi mudah ketika waSol. Tiada masalah ketika waqof, tak perlu pada mad, maka disukunkan 'Ha'.
Tanda mad selepas 'Ha' Silah = waw kecil, ya kecil.
Panggilan2 bagi Ha ini:
- Ha Kinayah,
- Ha Dhomiir
- Ha Silah
>> Mad Silah Qosiirah مَد صِلَه قَصِيرَه
- Juga tergolong dalam mad asli 'aridh. (mad asli yg terjadi hanya ketika wasol)
- Juga dipanggil dengan = Mad Silah Sughra
Bahasa = mad Silah yg pendek
Mengenalinya = Ha dhamiir diapit oleh huruf2 berbaris, dimana huruf yg sesudahnya itu bukan huruf hamzah.
Cara baca :
> waSol = 2 harakat, kerana ia mad asli 'arid
> ketika waqof = disukunkan ha dhamiir tersebut.
Contoh : لَهُ ۥ مَن , وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ
>> Mad Silah Towiilah مَد صِلَه طَوِيلَه
Mengenalinya = Ha dhamiir diapit oleh huruf2 berbaris dimana huruf selepasnya itu adalah huruf hamzah.
Juga dipanggil dengan = Mad Silah Kubra.
Cara baca :
> waSol = 4,5 harakat kerana ianya Mad Jaiz Munfasil (hukumnya Jaiz kerana tak semua Qiraat baca dengan lebih dari 2 harakat).
> ketika waqof = disukunkan ha dhamiir tersebut.
Contoh :
robbuhuuu-aslim رَبُّهُ ۥۤ أَسۡلِمۡ ,
ba'dihiii-abadan بَعۡدِهِۦۤ أَبَدًا
Nota:
> Ha dibaca dengan Silah:
1. "fiihii muhana" (walaupun sebelumnya bukan huruf yg berbaris ):-
(25: 69) وَيَخۡلُدۡ فِيهِۦ مُهَانًا "di dalamnya"
Hukumnya = mad Silah maknawi (hanya satu dalam riwayat HafS)
(..bagi riwayat Syu'bah, "ha" di sini tak dibaca mad Silah)
> Ha dibaca tanpa Silah:
1. dibaca tanpa Silah, walaupun sebelum dan sesudah ada huruf berbaris :-
(39:7) وَإِن تَشۡكُرُواْ يَرۡضَهُ لَكُمۡۗ
Asal kalimah = يَرْضَاهُ ha tak silah kerana sebelumnya sukun alif.
2. dibaca tanpa Silah => sukun "ha" dhomeer ketika waSol atau waqof :-
(7:111) arjih قَالُوٓاْ أَرۡجِهۡ وَأَخَاهُ
Asal kalimah = أَرْجِئْهُ ha tak silah kerana sebelumnya sukun hamzah.
3. dibaca tanpa Silah => sukun "qof" dan tanpa silah :-
(24:52) وَيَخۡشَ ٱللهَ وَيَتَّقۡهِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَآٮِٕزُونَ
4. dibaca tanpa Silah => sukun "Ha"
(27:28) هَـٰذَا فَأَلۡقِهۡ إِلَيْهِمْ
Selain dari "Ha" dhamiir :-
Kalimah "hazihii" هَـٰذِهِۦ bertemu dengan hamzah, bukan mad silah towilah, tapi mad jaiz munfasil kerana ianya bukan "ha" dhamiir tapi "ha" kalimah.
----------------------------------
Dari segi Bahasa:
> Wajib = mesti.
Kesemua imam Qurra' mewajibkan baca dengan lebih panjang dari mad asli.
> MuttaSil = sambung
Bagaimana mengenali / dari segi Istilah = mad bertemu hamzah berbaris dan tidak berumah dalam satu kalimah samada di pertengahan atau di hujung kalimah.
Kenapa Wajib? = kerana ianya berlaku ketika waSol dan waqaf (semua riwayat membacanya dengan lebih dari 2 harakat).
Kadar bacaan ketika waSol :
> WaSol dengan 4 atau 5 harakat (tak boleh waqaf di tengah2 kalimah) = أُوْلَـٰٓٮِٕكَ
Kadar bacaan ketika waqaf :
Waqaf mad muttasil berlaku apabila hamzah dihujung kalimah:
1) Mad wajib muTTaSil mahmuzz
2) Mad wajib muTTaSil 'arid lissukun
> Waqof dalam keadaan Hamzah di hujung kalimah :-
Contoh = جَآءَ , ٱلسَّمَآءِ
2 cara bacaan :
(1) Jika waSol dengan tawassut 4 harakat, ketika waqaf boleh tawassut 4 atau isyba' 6 harakat.
(2) Jika waSol dengan tawassut 5 harakat, ketika waqof boleh tawassut 5 atau isyba' 6 harakat.
Waqaf dengan isyba' adalah untuk membezakan antara wasol dan waqaf.
Mad dihimpit dua hamzah:
Contoh: رِئَآءَ
Mad wajib mutawassiT - 2 hamzah bertemu dalam satu kalimah.
----------------------------------
Dari segi bahasa:
> Jaiz = Harus
> Munfasil = terpisah
Bagaimana mengenali / dari segi istilah = Huruf mad di hujung kalimah bertemu hamzah yg berbaris di permulaan kalimah yg kedua.
Kenapa Munfasil? = kerana huruf mad dan hamzah terpisah pada dua kalimah yg berlainan.
Mengenali hamzah di permulaan kalimah :
1 = lihat samada hamzah itu berumah atau tidak. Kalau ianya berumah, maka "mad jaiz", kerana hamzah itu berada di permulaan kalimah kedua. Contoh = بِمَآ أُنزِلَ
2 = Juga jika kalimah kedua itu adalah mad badal dengan mad alif - hamzah tak berumah di awal kalimah).
Contoh = بِمَآ ءَامَنُوْ
- Lihat Video. (bagaimana mengenal hamzah di lain kalimah)
Kenapa Jaiz ? = kerana ianya berlaku ketika waSol sahaja. Sebahagian imam Qurra'(tak semua) mengharuskan bacaan lebih panjang dari mad asli.
Kadar bacaan:
waSol = 4,5 harakat,
waqaf= tak berlaku, kerana bila waqaf, ianya mad asli 2 harakat.
Nota:
Jika kamu baca mad wajib dengan 4 harakat, maka mad jaiz juga 4 harakat.
Jika mad wajib 5 harakat, maka mad jaiz juga 5 harakat.
- Lihat Video. (mad jaiz munfasil)
Mad Jaiz terbahagi pada dua:-
1> Mad Jaiz munfaSil haqiqi = jelas pada tulisan hamzah berada di kalimah yg kedua maka pada hakikatnya boleh waqaf di kalimah pertama dengan kadar mad asli.
2> Mad jaiz munfaSil hukmi
Pada kalimah = "yaa-ibrahiim" يَـٰٓإِبۡرَاهِيمُ dan "haa-ulaa" هَـٰٓؤُلَآءِ , perkataan "yaa" dan "haa" itu ditulis seperti dalam kalimah yg sama, tapi di situ ada 2 kalimah. Tak boleh waqaf di kalimah "yaa" atau "haa".
Jadi hukumnya = mad jaiz munfaSil hukmi. Hamzah ditulis seakan dalam satu kalimah.
هَـٰٓؤُلَآءِ
"Ha" dalam kalimah هَـٰٓؤُلَآءِ adalah "Ha" tanbih bertemu dengan hamzah dalam kalimah isim isyarah (jamak bagi "haaza", "haazihi".
يَا أَيُّهَا
Pada kalimah يَا أَيُّهَا ada 3 kalimah yaitu "ya", "ayyu", "ha".
"Ya" dalam kalimah "ya ayyuha" adalah panggilan.
"ya" nida' bertemu dengan hamzah dalam kalimah "ayyu" (munada').
Ha dalam kalimah ketiga adalah ha tanbih.
Dalam kalimah "Ya-ibraheem" يَـٰٓإِبۡرَاهِيمُ :
ya nida'
ibraheem = adalah munada'.
Jika kamu dengar cara bacaan dari imam2 Makkah/Madinah - mereka baca dengan mad asli 2 harakat sahaja - kerana mereka mengikuti Toriq Jazari. ( Kita dari Toriq Syatibi )
----------------------------------
Segi Bahasa:
> Lazim = mesti/tetap
> Kalimi = kalimah/perkataan
> Muthaqqal = berat
Istilah/mengenalinya = Mad bertemu huruf sukun asli yg di-idhramkan ke huruf yg seterusnya dalam satu kalimah.
= Dalam lain perkataan, mad bertemu dengan huruf yg bersabdu dalam satu kalimah.
> dinamakan "lazim" = semua ulamak qurra bersepakat ia lazim dibaca dengan kadar 6 harakat, tak kurang dan tak lebih.
Sukun selepas huruf mad, maka mengikut kaedah mad far-ie, mesti baca lebih dari kadar mad asli.
(berjumpa sukun asli, bukan sukun yg mendatang)
> dinamakan "kalimi" = kerana ia berlaku dalam satu kalimah
> dinamakan "muthaqqal" = berat pada sebutan kerana huruf sukun di-idhramkan masuk ke huruf seterusnya (yaitu bersabdu).
contoh : ٱلۡحَآقَّةُ
Penjelasan tentang sabdu(contoh Qof sabdu):
قَّ = قْقَ ; Qof sukun bertemu qof berbaris jadi = qof bersabdu :-
ٱلْحَآقْقَةُ => jadi => ٱلۡحَآقَّةُ
mad alif bertemu dengan "qof" sukun yg di-idhramkan kepada "qof" berbaris.
Tanda2nya.
= ada tanda pedang melintang atas huruf mad
= sabdu pada huruf selepas mad
Mad Lazim 'aridh lissukuun
>> contoh: alBaqorah ayat 233 = kalau waqaf di kalimah : laa tudhaaarra -> tudhaaarr تُضَآرَّ (ro ada sabdu - waqaf di sini)
= ianya mad lazim yg sukun mendatang = mad lazim 'arid lissukun - 6 harakat.
----------------------------------
Segi Bahasa:
> Lazim = mesti/tetap
> Kalimi = kalimah/perkataan
> Mukhaffaf = diringankan
Istilah/mengenalinya = Mad bertemu huruf sukun asli dan tak di-idramkan ke huruf selanjutnya dalam satu kalimah.
> dinamakan "lazim" dan "kalimi" seperti disebut diatas.
> dinamakan "mukhaffaf" = ringan pada sebutan kerana huruf sukun asli tidak di-idhramkan pada huruf yg seterusnya.
Kadar = 6 harakat
> dalam Qur'an hanya dua tempat saja berlaku mad lazim kalimi mukhaffaf, yaitu pada satu kalimah yang sama (dalam surah yunus:51,91) :-
Contoh : a-aaaaa-l-aa-na ءَآلْـئَـٰنَا ( ini juga mad farq )
----------------------------------
Segi Bahasa:
> Lazim = mesti/tetap
> Harfi = huruf
> Muthaqqal = diberatkan
Mad bertemu sukun asli pada ejaan dalam satu huruf dan di-idhramkan ke huruf selanjutnya.
=> Lazim = Imam2 Qurra sepakat memestikan bacaan panjang melebihi kadar mad asli bersebabkan sukun asli dengan kadar = 6 harakat
=> Harfi = kerana berlaku pada huruf2 muqotta'a.
=> Muthaqqal = berat pada sebutan kerana pada ejaan sukun dalam satu huruf di-idhramkan pada huruf seterusnya.
Contoh : aliif-laaamm-miiim (lam bertemu mim) الٓمٓ
----------------------------------
Segi Bahasa:
> Lazim = mesti/tetap
> Harfi = huruf
> Mukhaffaf = ringan
Mad bertemu sukun asli pada ejaan dalam satu huruf dan tak di-idhramkan ke huruf selanjutnya.
Harfi = berlaku pada huruf2 muqotta'a ,
Lazim = seperti disebut diatas.
Mukhaffaf = ringan pada sebutan kerana pada ejaan sukun dalam satu huruf tak di-idhramkan pada huruf seterusnya.
6 harakat samada waSol atau waqaf.
Contoh waSol = alif laaamm raa ("lam" 6 harakat waSol) الٓر
Contoh waqaf = alif laaam miiim ("miim" 6 harakat waqaf)
----------------------------------
Segi bahasa = membezakan
Istilah = Hamzah istifham (pertanyaan) bertemu dengan hamzah wasol dalam idram syamsiyah atau izhar qomariyah, maka hamzah waSol ditukar(ibdal) kepada huruf mad alif.
Ia hanya berlaku pada 3 kalimah dan pada 6 tempat saja.
Contoh :
الْمَدُّ الْفَرْقُ الْمُثَقَّلُ - hamzah istifham bertemu idram syamsiyah.
> a-aaa-zzakaroini ءَآلذَّڪَرَيۡنِ , (juga mad lazim kalimi muthaqqal) ; Al-An'am: 143, 144.
> a-aaallah ءَآللَّهُ (juga mad lazim kalimi muthaqqal) ; Yunus: 59, An-Naml: 59
Ada dua hukum pada kalimah di atas ءَآللَّهُ = mad "Badal" dan mad "Farq/Lazim".
1. Mad Badal = hamzah bertemu hamzah, hamzah kedua ibdal (tukar) kepada huruf mad
2. Mad Farq = hamzah istifham mendahului mad yg bertemu dengan huruf sukun.
-> bila wujud dua mad yg berbeza, mad yg tingkatan tinggi akan mengalahkan mad yg tingkatan rendah.
-> mad Farq (yaitu mad lazim) mengalahkan mad badal
الْمَدُّ الْفَرْقُ الْمُخَفَّفُ - hamzah istifham bertemu izhar qomariyah.
> a-aaa-l-aanaa ءَآلْـئَـٰنَا (juga mad lazim kalimi mukhaffaf) ; Yunus: 51, 91.
Cara bacaan: 2 wajah.
1. Mad farq adalah sebahagian dari mad lazim kalimi (muthaqqal atau mukhaffaf) maka dibaca 6 harakat juga. Ini yg lebih utama. Juga dikatakan membaca dengan "ibdal" 6 harakat.
2. Boleh juga dibaca dengan "tasHil" 2 harakat. Hukumnya "harus".
ءَآلذَّڪَرَيۡنِ , ءَآلْـئَـٰنَا , ءَآللَّهُ
Untuk baca dengan wajah tashil, kenalah baca ayat itu sebanyak dua kali, yg petama membaca kalimah dengan "mad Farq (6 harakat)", dan yg kedua kali membaca kalimah dengan "tashil".
Perbezaan dengan mad lazim :
= Dimulakan dengan Hamzah yaitu kalimah pertanyaan = "adakah ?"
= Untuk membezakan antara lafaz istifham (pertanyaan pada hamzah istifham) dengan lafaz khabr.
Maksud mad lazim dan mad wajib = mesti
> Ulamak sepakat melebihkan kadar bacaan lebih dari 2 harakat.
Maksud jaiz = harus
> Ulamak tak sepakat samada memanjangkan bacaan lebih dari 2 harakat. Termasuk mad yg jaiz adalah mad munfasil, mad silah, mad arid lissukun, mad lin, mad badal.