Dikumpulkan oleh Zaini, Singapura.
Mengenali alQur'an
AlQur'an merupakan kitab yg terbanyak kali dibaca oleh manusia di dunia. Seorang boleh mengkhatam Qur'an beberapa kali dalam setahun. Ayat2 dan Surah2 banyak kali diulang seperti surah Fatihah dan ayat2 lain yg dibaca dalam solat setiap hari.
UlumulQur’an
Bahasa = Ilmu-Ilmu Mengenai Al-Quran
Istilah = ilmu2 yg bersangkutan dengan alQur’an seperti = Tajweed, Nahu b.Arab, Qiraat, sejarah alQur’an, Asbabun-nuzul (sebab2 turunnya sesuatu ayat), penulisan Rasm Uthmani, Tafseer, taranum dan sebagainya.
Ulum = jama’ (plural) bagi perkataan “ilmu”
> 'Ilm = mufrad (singular) bagi perkataan “ilmu”
Kenapa kamu mahu belajar dan membaca alQur’an ?
(1) Ianya Kalam Allah,
(2) Buku panduan hidup bagi manusia,
(3) Membacanya berupa ibadah (mendapat pahala)
(4) Atas sebab penjelasan dari Nabi s.a.w yg maksudnya :-
=> sebaik2 antara org2 yg beriman adalah mereka yg belajar dan mengajarkan al-Qur’an.
=> Allah suka pada mereka yg membaca Qur'an sebagaimana ianya mula2 diturunkan.
(5) Kerana ia adalah salah satu jawapan bagi soalan kubur = Apakah Imam kamu ?
(6) Ianya bukan tulisan manusia, bukan berasal dari bumi, sudah tentu mendapat perhatian ramai orang
(7) Ada satu cerita buat ikhtibar ( kenapa kita tetap baca Qur'an walaupun tak faham bahasa Arab ? )
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. pada kita.
Apakah dalil2 yg memanggil kita untuk mendekati alQur’an ?
(1) Surah Qamar ayat 17, 22 :
> Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambilnya (peringatan dan pelajaran daripadanya)?
(2) Surah alFurQaan ayat 30 :
> Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.
AlQuran
Bahasa = bacaan
Pada Istilah (Definition) =
1. Kalam Allah berupa mukjizat ,
2. yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
3. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa Mushaf,
4. bermula dangan surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas,
5. dan diriwayatkan secara mutawatir (lihat perbincangan dalam nota "Qiraat 10").
6. serta membacanya merupakan satu ibadah.
Maratib al-tilawah – 4 tingkatan tilawah al-Quran
(1) Tahqiq = bacaan yg paling lambat > bagi pelajar yg baru belajar baca Qur’an.
(2) Tartil = bacaan perlahan-lahan dan tenang, dengan memperbaguskan sebutan huruf dan menjaga kesemua hukum2 tajwid.
Diutamakan kita baca seperti ini.
(3) Tadwir = bacaan lebih laju tartil dan lebih lambat dari hadar, sambil menjaga hukum2 tajwid.
(4) Hadar = bacaan paling laju > bagi mereka yg menghafaz Qur’an, sambil tak mengenepikan hukum2 tajwid.
Penambahan =
Memperindahkan bacaan dengan “lagu” (ke-araban).
> Tahsin= Memperindahkan bacaan. Bacaan berlagu yg tak terikat pada "harakat"2 (irama2 tertentu).
- ada yg menggelarkannya taranum tahap Tadwir = seperti bacaan Qori Sudais, Misyari dll.
> Taranum Mujawwad = bacaan perlahan kelajuan tahqiq yg berlagu dan terikat pada "harakat"2 = seperti yg kita dengar dalam peraduan Musabaqoh, lagu bayati dll.
- Taranum, dari segi bahasa = lagu.
- Jenis2 lagu = Bayati, Nahawand, Hijaz, Saba, Sikah dll.
- Lagu2 ini terikat dengan harakat irama 1, 2, 3, 4.
- contoh : ayat pertama dibaca dengan harakat 1, ayat kedua dibaca dengan harakat 2, dan seterusnya.
Penurunan AlQuran
Menurut imam Zarkasyi dan imam Ibnu Hajar Asqolani.
Allah perintah Qolam untuk menulis di Luh Mahfudz
Diturunkan secara serentak ke langit dunia = baitul ‘izzah pada malam Ramadhan LailatulQadar
Diturunkan ke dada Rasul s.a.w secara bertahap-tahap selama 22 tahun 2 bulan 22 hari bermula pada 17 ramadhan – malam nuzul AlQur'an
Penambahan =
Inilah yg dikatakan beriman kepada perkara2 yg ghaib. Informasi di atas datangnya dari Rasul s.a.w, maka kita percaya bahawa perkara2 di atas benar2 berlaku. Sebab itu lafaz syahadah kita adalah beriman pada Allah yg Esa dan Muhammad s.a.w sebagai Rasul (penyampai- messenger).
Hikmah penurunan secara beransur-ansur
Menguatkan Rasul s.a.w sepanjang perjuangan baginda.
Memudahkan Rasul s.a.w dan ummat untuk menghafalnya sikit demi sedikit.
Mendidik pada saat timbulnya permasalahan.
Setengah ayat nasikh (pembatal) datang kemudian pada ayat2 yg dimansukhkan (yg dibatalkan).
Menunjukkan kemuliaan dan ke-unikkan alQuran (yg tak sama dengan kitab lain yg diturunkan sekali gus)
Cara penerimaan Rasul S.a.w
Jibril memasukkan ke dada Rasul s.a.w
Jibril menjelma seperti seorang lelaki, dan mengajarkan pada Rasul s.a.w
Jibril sebagai dirinya sendiri, mengajarkan pada Rasul s.a.w
Rasul s.a.w menerimanya seperti bunyi loceng – cara ini yg paling berat bagi Rasul s.a.w
Ayat-ayat yg pertama sekali diturunkan
Surah al-’Alaq, ayat 1 – 5.
> Diturunkan sewaktu Nabi s.a.w berada di dalam gua hira atas jabal nur, pada malam Isnin, 17 Ramadhan = malam nuzul alquran.
> Persiapan QTRS = belajar menulis ayat pertama ini.
Ayat terakhir sekali
Ada khilaf
(1) Surah alBaqorah: 281 = 9 hari sebelum Rasul s.a.w wafat (ini pendapat yg lebih kuat)
> mengenai – setiap jiwa akan dibalas akan apa yg diusahakan.
atau
(2) surah AlMaidah : 3 , ketika haji wida’, 81 hari sebelum Rasul s.a.w wafat.
> mengenai – Allah redha Islam sebagai agama disisiNya.
Perbezaan antara al-Quran dan hadith Qudsi
AlQuran = lafaz dan maknanya, dua-dua dari Allah.
> H.Qudsi = Makna dari Allah, tapi lafaznya dari Rasul s.a.w.
AlQuran = Wahyu dengan perantaraan Jibril a.s.
> H.Qudsi = diilhamkan dalam dada Rasul s.a.w.
AlQuran = membaca Fatihah menjadi rukun Solat.
> H.Qudsi = bukan rukun solat.
AlQuran = sunat membaca ayat2 Qur’an dalam Solat (selepas fatihah).
> H.Qudsi = tidak dibaca dalam solat.
Quran dijamin terpelihara, tak seperti hadith.
Keistimewaan al-Qur’an berbanding dengan kitab2 samawi yg lain
Kitab samawi yg lain diturunkan sekali gus; al-Qur’an diturunkan beransur-ansur menurut keadaan yg berlaku.
Al-Qur’an membawa syariat yg memansukhkan semua syariat dari kitab2 samawi yg terdahulu.
Syariat dari al-Qur’an meliputi seluruh umat manusia dan jin, tetapi syariat dari kitab samawi hanya tertumpu pada sesuatu kaum saja.
Al-Qur’an dipelihara Allah dari perubahan hingga hari kiamat, tetapi kitab samawi yg lain tak dipelihara hingga diubah2 oleh org2 yg tak bertanggungjawab.
Al-Qur’an diberi pahala pada setiap bacaan huruf, tetapi tak sedemikian pada kitab2 samawi yg lain.
Al-Qur’an adalah mukjizat bagi sepanjang zaman, manakala kitab samawi yg lain hanyalah relevan untuk ummat dan zaman tertentu saja.
Ayat terpendek
2 huruf muqotta’a saja.
Contoh = ayat pertama surah Yasin = “yaa siin” dan surah ToHa = “To Haa”.
Ayat terpanjang
Ayat 282 surah alBaqorah, ayat tentang hutang.
Kelebihan alQur’an
Pemberi syafaat dan penghujah
Kemegahan ummat islam
Sumber menghampirikan diri kepada Allah
Bekalan di akhirat
Membacanya sebaik2 ibadat bagi ummat Rasul s.a.w
Kitab rujukan bagi panduan hidup
Fadhilat/faedah membaca dan mendengar alQur’an
Setiap huruf yg dibaca mendapat pahala
Membaca sekurangnya 3 ayat dalam solat = lebih baik daripada mendapat rezki yg lumayan.
Mendapat syafaat di akhirat
Mendengar satu ayat, menjadi cahaya baginya pada hari qiyamah."Berkata Allah swt. : Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (yaitu Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)
Kelebihan belajar dan mengajar alQuran
Menjadi yg sebaik2 antara ummat Rasul s.a.w.
Malaikat mengelilingi/menziarahi kuburmu seperti org2 menziarahi ka’bah
Org yg mahir dalam bacaan quran akan bersama malaikat, dan org yg baca merangkak akan mendapat dua pahala
Mempelajari alQuran lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat. (Kamu belajar Al-Qur'an sampai mati pun tak akan habis)
Menghormati alQur’an
Bangun untuk menyambut apabila ada yang menghulurkan Qur’an pada kita.
Jangan meletakkan ia diatas lantai tanpa beralas.
Jangan menulis ayat2 didinding
Haram menulis dengan najis
Jika ditulis atas makanan, hendaklah dimakannya.
Jangan bawa ke negeri musuh
Panduan baca alQur’an
Baca dengan tartil,
Waqaf dan ibtida’ dengan sempurna,
Baca sepertimana ianya mula2 diturunkan.
Tafsir
Bahasa = penjelasan, penerangan
Istilah = perbahasan mengenai ayat2 alQuran dari segi dalil2 untuk mengenali serta memahamkan maksudnya sekadar kemampuan manusia.
Lain-lain perkara sebagai pengetahuan
Tauqifi = yg datang langsung dari Allah
Taufiqi = yg datang dari kefahaman Rasul s.a.w dan ijtihad para sahabat.