TOPIK TAMBAHAN ( sebagai pengetahuan )
Hukum membaca Qur'an dengan berlagu = sunat.
(Menurut pendapat Tabi'een dan para ulamak)
Tujuannya = Boleh meresap ke dalam hati, lebih berkesan pada perasan, menarik perhatian orang yg mendengarnya.
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali membaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau ke Nasranian.
Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita).
Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka"
--------------------
Bacaan dengan Tahsin MuraTTal = berlagu secara tadwir atau hadar; tidak terikat dengan sebarang harakat (irama) lagu.
Bacaan cara Tadabbur = adalah bacaan dimana alunan suara atau lagu mengikuti maksud ayat - tak terikat pada mana2 harakat(irama).
Bacaan dengan Taranum - berlagu yg terikat dengan harakat2(irama) lagu nya masing2 - yg tak mengikuti maksud ayat.
----------------------
Tingkatan bacaan :-
- Mujawwad = ni lah kelajuan bacaan taranum ( dibaca oleh para Qori )
Selain dari mujawwad, yg lain adalah cara bacaan orang biasa.
- Tahkik = kelajuan sama seperti mujawwad, tapi tidak berlagu - bagi pelajar yg baru belajar membaca
- Tartil = bacaan lebih laju dari tahkik
- Tadwir = bacaan lebih laju dari tartil - bacaan dalam solat
- Hadar = bacaan paling laju bagi menghafal Qur'an
Kesemua di atas hendaklah dibaca dengan menjaga hukum2 tajwid.
--------------------
Jenis2 Maqamat (lagu) dalam Taranum :-
1) Bayati
2) Saba
3) Hijaz
4) Nahwand
5) Rast
6) Sikah
7) Jiharkah
-------------------------------
1) Harakat = Harakat itu adalah irama alunan suara yg tertentu yg tak sama dengan harakat yg lain.
Contoh:
Lagu bayati ada 5 harakat
- ayat 1 = alunan harakat 1
- ayat 2 = alunan harakat 2
.. dan seterusnya
yg mana harakat 1 menggunakan suara rendah dan semakin naik hingga harakat 5.
2) Qit-'ah = dalam satu harakat, kalau waqaf di pertengahan ayat, maka alunan suara dipanggil "Qit'ah", maka kita tahu bahawa harakat belum habis lagi.
3) MahaTToh = bila kita dengar alunan MahaTTOh, maka kita pun tahu dah sampai pada penghujung Harakat. Jadi, setiap harakat ada MahaTToh.
-------------------------------
Tobaqot Suara
1) Qorar ( “lower frequency”) = di bawa pada harakat pertama
2) Nawa
3) Husaini
4) Jawab
5) Jawabul-Jawab ( “higher frequency”) = di bawa pada harakat kelima
------------------------------
Musabaqoh
Setiap peserta dalam satu sesi bacaan mesti membawa 4 lagu.
Kalau musabaqoh di negeri lain :-
- satu ayat = 3 tobaqot suara ( di Spura = satu ayat = satu tobaqot suara )
- boleh dirombak tobaqot suara dengan harakat - contoh: Jawab di bawa pada harakat kedua.
( di spura = tobaqot suara qorar mestilah pada harakat pertama dan seterusnya )
Pemarkahan dalam bacaan:
Bila kita tahu bagaimana pemarkahan yg dilakukan ketika musabaqah alQur'an dilakukan, maka ketika kita membaca Qur'an, kemungkinan ada buat kesilapan, sedikit sebanyak kita dapat tahu berapa berat atau ringan kesilapan yg kita lakukan.
Dari segi makhraj huruf: contoh =
- kalau lafaz huruf sod kurang sempurna, tapi tak sehingga kedengaran seperti huruf lain, maka dipotong satu markah.
- kalau lafaz huruf syin, tapi kedengaran seperti huruf sin, maka dipotong dua markah.
Dari segi qolqolah dan tahrik. contoh =
- kalau huruf2 yg bukan 5 huruf qolqolah, tapi dibaca dengan tahrik ketika wasal = potong 2 markah.
- kalau ketika waqaf kalimah "wa-nnasl" tapi terbaca dengan mutaharrik = "wa-nnasal" = potong 2 markah.
Kalau salah baris sebanyak 3 kali = immediate failure.
------------------------------------------------------------
Cari di "you Tube" = Introduction to Maqamat Al-Quran
- mengajar satu persatu cara melagukan harakat