Kategori2 manusia:
(1) Orang yg ada Rukun Iman dan Rukun Islam.
Yaitu orang2 Islam yg beriman sepenuhnya dan istiqomah menjalankan Rukun Islam.
(2) Orang yg tidak ada Rukun Iman dan tidak ada Rukun Islam.
(a) Yaitu orang yg tak memperdulikan akan Iman dan kehidupan beragama, seperti golongan Atheist yg tidak mahu tunduk akan konsep keTuhanan dan undang2 beragama.
(b) Orang2 Nasrani, Yahudi dan agama2 lain, yg berkali2 telah diberitahu akan Iman dan Islam tapi tetap engkar.
Mereka dalam Kategori KAFIR.
Kafir adalah orang2 yg engkar dan membuang Iman dan Islam setelah diberitahu berkali2.
(3) Orang yg tidak ada Rukun Iman, tapi ada Rukun Islam.
Yaitu dalam kategori Munafiq tahap pertama, lebih buruk dari Kafir kerana berpura2 Islam tetapi tiada Iman.
(4) Orang yg ada Rukun Iman tapi tidak ada Rukun Islam.
Yaitu, orang Islam yg mengaku beriman dengan Rukun Iman, tapi tak melakukan Rukun Islam. Maka diberi amaran :-
Surah Ali Imran:102 => "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." (Maknanya dalam melakukan Rukun Islam). Mereka dalam Kategori Orang Islam berpenyakit Munafiq.
(5) Orang yg dalam hatinya punyai Rukun Iman akan tetapi tak diberitahu akan Rukun Islam.
(a) Orang bukan Islam yg dalam hatinya ada "Rukun Iman" secara semulajadi. Dia tiada Rukun Islam oleh kerana tiada orang Islam memberitahunya tentang Islam. Jika dia diberitahu tentang Islam, dengan mudah dia akan ber-syahadah. Lihat tafsir surah Al-Baqorah:74. Iman dalam hati akan mengalir setelah diberitahu tentang Islam, seperti batu yg air keluar mengalir darinya. Sebab itu kita tidak boleh menghukum orang sebagai Kafir dengan sewenangnya. Kafir adalah orang yg telah diberitahu tapi engkar. Adakah kamu telah memberitahu mereka?
(b) Orang2 yg tinggal di hutan yg tiada berhubung dengan orang2 Islam. Mereka mempercayai ada kuasa besar yg mencipta segalanya, tapi mereka tiada ilmu bagaimana cara untuk berkhidmat pada kuasa ghaib ini, maka mereka mencipta cara penyembahan mereka sendiri.
Allah saja yg menentukan nasib mereka. Kita tidak layak menghukum. Wallahu'alam.