Qiraat ( قِرَاءَاتٌ )
Keperluan ilmu ini = memelihara bacaan2 Al-Qur'an yg sah dari Rasul s.a.w dengan dalil dan sistem Toriq.
Dari segi bahasa: "Wajah2" Bacaan.
قِرَاءَاتٌ adalah kata jama' dari kalimah mufrad قِرَاءَةٌ yaitu "bacaan". Juga memberi makna "mengumpulkan"
Dari segi istilah:
> Cara2 bacaan yg disandarkan pada Imam2 Qura'.
> Wajah2 bacaan al-Qur'an yg diambil oleh ulamak2 Qura' sebagai mazhab bacaan masing2, yg diriwayatkan secara mutawatir, yg mana antara satu Qiraat dengan yg lain ada sedikit perbezaan2.
Apa dalilnya? Dalil dari hadith yaitu Al-Qur'an diturunkan dengan 7 ahruf. (Lihat perbincangan 7 ahruf.), dan dari hadith riwayat Umar al-Kattab:
Kelainan Ilmu Qiraat dari Ilmu2 yg lain:
- Sebagai contoh: Ilmu Fiqh berlandaskan ilmu hadith dan Qur'an. Ilmu Tafsir juga berlandaskan ilmu hadith dan Qur'an. Qiraat bacaan Qur'an tak berlandaskan ilmu hadith dan Qur'an, tapi berlandaskan bacaan Qura', Perawi dan Turuq. (Bagaimana awak tahu bacaan awak itu betul? Siapa ajar awak? Dari mana guru awak datangkan bukti bahawa bacaan dia itu betul sepertimana Rasul s.a.w membacanya? Kalau tiada ilmu ini, sesiapa saja dari generasi sekarang boleh merosakkan bacaan Al-Qur'an)
Hukum mempelajari ilmu Qiraat: Fardu Kifayah
Kepentingannya : Antara ilmu Islam yg terpenting oleh kerana pengaruhnya terhadap ilmu2 yg lain seperti Fiqh, Tafsir, B.Arab FuSha dll. (Oleh kerana jika Qur'an rosak, maka ilmu lain semua juga turut rusak)
Tujuan:
> Mengetahui pelbagai cara bacaan yg sah diterima dari Rasul s.a.w.
Ada dua pendapat:
(1) Rasul s.a.w membaca kesemua wajah2 yg ada.
(2) Rasul s.a.w membenarkan para sahabat yg berbagai "dialek" membaca dengan wajah2 yg di-iktiraf.
> Membaca Al-Qur'an dengan lebih dari satu wajah.
> Mengetahui siapa imam yg membaca sesuatu wajah bacaan.
> Mengetahui sanad masing2 imam hingga ke Rasul s.a.w.
> Dapat mengetahui bacaan kita selama ini mengikuti riwayat dan toriq dari mana.
Faedahnya:
- Ulama' ulama' Fiqh dapat mengeluarkan beberapa hukum fatwa bagi sesuatu masalah dengan berlandaskan dari wajah2 bacaan Qiraat pada sesuatu ayat. (Kekadang masalah yg sama memerlukan fatwa yg berbeza oleh kerana perbezaan masa, tempat dan situasi).
Dengan adanya ilmu Qiraat juga dapat memelihara kesemua ayat2 Al-Qur'an sepanjang masa.
---------------
Jangan keliru Ilmu Qiraat dengan Ilmu Tajwid. Ilmu Tajwid membincangkan hukum2 tajwid tanpa membincangkan akan Turuq2 dan dalil2 bagi imam2 dalam pembacaan masing2.
Jangan terkeliru dengan "Qiraati". Qiraati adalah satu metode mengajar membaca Al-Qur'an dari peringkat awal mengenal/ menyebut huruf2 sehingga lancar membaca.
-------------------
Sejarah
o Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari = Ubai bin Ka'ab dan Saidina Umar al-Khattab.
o Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada = Saidina Uthman bin Affan dan Abu Darda'
o Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari = Saidina Umar al Khattab, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha'ari.
o Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada = Abdullah bin Mas'ud, Saidina Ali bin Abi Talib, Saidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit.
Qari yg ditugaskan mengajar pada penduduk2 dimana mushaf2 Rasm Uthmani dihantar :-
MuShaf 1) Abdullah bin Saaib (Mekah)
MuShaf 2) Al-Mughirah bin Abi Syahab (Syam)
MuShaf 3) Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami (Kufah) - Imam 'Asim mengambil bacaan darinya - (bagi riwayat Hafs)
MuShaf 4) Amru bin Qais (Basrah)
MuShaf 5) Zaid bin Thabit (Madinah) ..
( Nota: Mushaf 6 = disimpan oleh Khalifah Utsman sendiri - Madinah)
Apa itu Qiraat, Riwayat dan Toriq?
Qiraat قِرَاءَاتٌ (Readings):
- yg bersandarkan kepada Qura' yg 10 (10 Readers).
- bacaan yg disandarkan pada Imam digelar "Qiraat".
Contoh: Qiraat 'Asim
Riwayat (Transmitted):
- setiap Qori dirawikan oleh 2 Perawi (Transmitters)
- bacaan yg disandarkan kepada perawi = digelar "Riwayat".
Contoh: Riwayat Hafs
Toriq (Path):
- Bacaan yg disandarkan kepada yg setelah daripada "perawi" (atau murid-murid perawi) = digelar "Toriq".
Contoh = Toriq Syatibi
Penjelasan Toriq, contoh: Imam HafS (perawi) mempunyai ramai murid. Jika setiap murid HafS menurunkan bacaan kepada murid mereka masing2, dan berantaian turun ke generasi seterusnya, maka banyak "Turuq"(toriq2) yg wujud. Akan tetapi, hanya Toriq2 yg masyhur saja dibincang di sini.
Bilangan Qiraat yg Masyur:
Melalui Toriq Syatibi.
..... Imam Asy-Syatibi meriwayatkan 7 Qiraat (melalui satu Toriq bagi setiap Perawi -> 14 perawi = 14 Toriq)
Melalui Toriq Jazari.
..... Imam Ibn al-Jazari meriwayatkan 10 Qiraat (termasuk 7 di atas .. melalui lebih dari satu Toriq bagi setiap Perawi -> 20 perawi = banyak turuq)
Imam Syatibi :
Jangan keliru antara dua imam yg sama gelaran "Syatibi" :-
1> Yg kita bincangkan di sini adalah Imam Syatibi bidang Qiraat = "Abu al-Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad al-Ra’iniy as-Syatibiy al-Andalusiy" lahir 538 Hijrah. Beliau seorang qari yang buta yg lahir di Sepanyol ketika pemerintahan Islam di sana.
2> Jangan keliru dengan ulamak bidang Fiqh = "Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Shatibi al-Gharnati" meninggal 790 Hijrah.
Imam Ibn AlJazari:
Imam Ibn al-Jazari datang kemudian lebih kurang 200 tahun selepas Imam Syatibi. Al- Sayuti menganggap bahawa Ibn AlJazari adalah Ulamak yg paling berwibawa dalam bidang Qiraat.
Secara rambang dari segi penurunan bacaan Al-Qur'an kepada generasi seterusnya :-
> Rasul s.a.w menurunkan bacaan kepada => para Sahabat.
> Para Sahabat menurunkan bacaan kepada => para Tabi'in.
> Para Tabi'in menurunkan bacaan kepada => Ahlul-Qura', yaitu imam2 Qiraat.
> Ahlul-Qura' menurunkan bacaan kepada => Perawi-perawi
> Perawi-perawi menurunkan bacaan kepada => murid-murid yg ramai secara sistem bersanad.
> Murid2 perawi(generasi yg datang kemudian) menerima bacaan melalui toriq masing2 :-
(Perhatian: Seorang perawi boleh mempunyai banyak toriq yg sampai kepada beliau)
Murid2 Perawi:
> Abu Ubaidah Al-Qasim bin Sallam(224 Hijrah) meriwayatkan 25 Qiraat (bagi 25 imam Qura' dan perawi2) dalam kitabnya.
> Kemudian Imam Ibn Mujahid (329 Hijrah) meriwayatkan 7 Qiraat dari 7 imam Qura' yg utama dan memilih 2 perawi bagi setiap Qura' dalam kitabnya "As-Sab'ah fi-l-Qiraat". Inilah yg diterima ummat Islam = 7 Qura' dan 14 perawi. (Proses pemilihan Qura' dan perawi2 ialah setiap individu mesti memenuhi beberapa kondisi. Mana yg tak menepati kesemua kondisi2 itu maka tidak disenaraikan. Kondisi seperti tahap kemahiran B.Arab FuSha, kemahiran dalam perundangan Islam, penerimaan masyarakat yg ramai di zamannya. Wallahu'lam. Qiraat yg dipilih mestilah mempunyai perawi2 yg tidak putus turun menurun, perawi2 yg ramai pada setiap generasi, perawi2 yg soleh, benar dan kuat hafalan.)
> Kemudian Imam Abu Amr al-Dani (444 Hijrah) juga meriwayatkan 7 Qiraat dalam kitabnya "Al-Taisiir".
> Datangnya Imam Syatibi (538 Hijrah) menyempurnakan kitab "Al-Taisiir" dalam bentuk rangkap2 Syair dalam kitabnya "Hirz al-Amani" yg menjadi tersangat masyhur di kalangan ummat Islam. (Yg dikenali sebagai Matan As-Syatibiyyah - mengandungi 7 cara bacaan Qiraat dan perawi2nya)
> Datangnya Imam Ibnu Al-Jazari (751 Hijrah) dan mengumpulkan 2 kumpulan Toriq :-
(1) Kumpulan turuq "10 Qiraat kubra" = "Al-Nasyr fi-l-Qiraat Al-'Ashr" (dimana setiap perawi = banyak turuq)
(2) Kumpulan turuq "10 Qiraat sughra" = Toriq "As-Syatibiyyah 7 qiraat" dan Ibn Jazari menambah 3 lagi Qiraat dalam matan "Ad-Durrah" (susunannya) berbentuk syair. (dimana setiap perawi = 1 toriq)
> Kesemuanya = 10 Qiraat("Readings") yg masyhur yg diterima sah dari Rasul s.a.w ( sebagaimana yg dinyatakan oleh Imam Ibn Jazari)
> Bacaan sepuluh yang mutawatir = iaitu bacaan yang disandarkan kepada sepuluh Imam2 Qura’ ("10 Readers") serta diriwayatkan oleh kumpulan manusia yang ramai (Toriq2 yang banyak).
Toriq2(Turuq) melalui Imam Syatibi dan Imam Ibn AlJazari adalah yg paling masyhur dan diterima oleh ummat Islam.
Qiraat riwayat "Hafs 'an 'Asim min Toriqi Shatibiyah"
-> Bagi setiap Qiraat yg 10 itu, ada bacaan2 yg khusus untuk Qiraat yg dibaca.
-> Kita adalah pengamal bacaan Qur'an "Qiraat Imam 'Asim".
= Qiraat atau Mazhab bacaan Imam 'Asim, yg dirawikan oleh Imam HafS, yg dikumpulkan sanad dan cara bacaannya oleh Imam Syatibi.
(Seperti Hadith yg diriwayatkan oleh seorang sahabat dan diambil hadith itu oleh perawi-perawi yg datang kemudian sampai pada Imam Bukhari dan disusun dalam Kitab Sohihnya.)
= Yaitu juga aliran sanad Imam Syatibi hingga ke Imam HafS yg ambil langsung dari Imam 'ASim.
Sanad Imam 'Asim
(Sanad Imam 'ASim hingga ke Rasul s.a.w)
Imam 'Asim ambil bacaan dari =
(1) Abd Rahman Assulami (2) Abu Amru AlSyaibani , (3) Abu Ubaid al Salma , (4) Zirr bin Hubaisiy al Asadi
Abd Rahman Assulami ambil bacaan dari =
(1) Ali bin Abi Tolib, (2) Uthman bin Affan, (3) Zaid bin Thabit, (4) Ubai bin Kaab
Zirr bin Hubaisiy ambil bacaan dari = Abdullah bin Mas'ud dan lain2
Imam 'Asim mengambil bacaan dari guru2 yg berbeza, maka bacaan pun berbeza dari satu guru dengan guru yg lain.
- sebab itu ada perbezaan bacaan dari dua murid imam 'Asim (Hafs dan Syu'bah) .. maksudnya, Imam 'Asim mengajar pada Hafs satu cara bacaan yg berbeza sikit dari Syu'bah yg diambil dari Sahabat yg lain dari apa yg diajarkan pada Syu'bah.
Lihat dibawah sanad dari imam Hafs dan imam Syu'bah.
Sanad Imam 'Asim yg diambil Qiraat dan diriwayatkan oleh Imam Hafs:
>> Sebahagian besar (majoriti 95%) ummat Islam di dunia membaca Quran mengikut riwayat Hafs 'an 'Asim.
Dari Rasul saw :-
-> Ali bin Abi Tolib (Sahabat)
-> Abd Rahman Assulami (Tobi'in)
-> 'ASim
-> HafS
Sanad Imam 'Asim yg diambil Qiraat dan diriwayatkan oleh Imam Syu'bah:
Dari Rasul saw :-
-> Abdullah bin Mas'ud (Sahabat)
-> Zir bin Hubaisy (Tobi'in)
-> 'Asim
-> Syu'bah
Sila ke = 10 Qiraat As-Sughra, 10 Qiraat Al-Kubra