Bahasa = tersembunyi
Istilah = mensamar-samarkan lafaz huruf diantara izhar dan idram disertai dengan ghunnah ketika waSol bertemu huruf kedua yg berbaris dan tak bersabdu dalam satu atau dua kalimah.
Bahasa = (haqiqi) Benar2
Istilah = Apabila nun sakinah/tanwin bertemu dengan huruf2 ikhfa' yg 15 yg berbaris dan tak bersabdu dalam satu atau dua kalimah ketika waSol, maka disamar2kan lafaz nun sakinah antara izhar dan idram serta dikekalkan dengung nun.
Dinamakan ikhfa' haqiqi kerana yg di-ikhfa'kan benar2 pada lafaz nun sakinah kerana:
-> Membezakan Ikhfa' ini dari = hukum Iqlab, yg mana ianya ikhfa' majazi (samar2), kerana yg di-ikhfa'kan bukan nun sakinah, tapi mim maqlubah.
-> Membezakan Ikhfa' ini dari = hukum Ikhfa' syafawi, yg mensamar2kan huruf mim.
Sebab di-ikhfa'kan = kerana jarak makhraj nun sakinah/tanwin dengan 15 huruf2 ikhfa' dekat dan tak begitu jauh.
Contoh = أَنتَ , يُنفِقُونَ , عِندَهُ , كُنتُم
- Lihat Video.
Tanda2 bagi ikhfa' =
(1) nun sakinah yg tiada tanda sukun.
(2) baris tanwin yg tak selari (senget).
15 Huruf2 ikhfa' Haqiqi =
Nun mati/tanwin bertemu dengan 15 huruf di senarai bawah ini :-
( Lihat kedudukan jarak makhraj ن dengan kedudukan makhraj huruf2 yg lain )
ق ك ج ش ي ض ز س ص ل ن ر ﺕ ﺩ ﻁ ث ذ ظ ف
Berkaitan dengan :-
(1) Tingkatan makhraj, yaitu = jarak antara makhraj nun/tanwin dengan makhraj huruf kedua :-
أَقْرَب = jarak ن terdekat dengan huruf2 = ن ﺕ ﺩ ﻁ
أَوْسَط = jarak ن pertengahan dengan huruf2 = ج ش ض ز س ص <--- ن ---> ث ذ ظ ف
أَقْصَى , أَبْعَد = jarak ن terjauh dengan huruf2 = ق ك <------------- ن
(2) Tingkatan ikhfa' (kesamar-samaran), yaitu = ukuran berapa besar nun di-idramkan berbanding dengan di-izharkan :-
كُبْرَى = membesarkan kesamaran dengan huruf2 = ﺕ ﺩ ﻁ
وُسْطَى = pertengahan kesamaran dengan huruf2 = ج ش ض ز س ص ث ذ ظ ف
صُغْرَى = kecil kesamaran dengan huruf2 = ق ك
Martabat Hukum Ikhfa' Haqiqi :-
(1) إِخْفَاء حَقِيقِي أَعْلَى (Tertinggi/Terbanyak ikhfa' nya)
(2) إِخْفَاء حَقِيقِي أَوْسَط (Pertengahan ikhfa' nya)
(3) إِخْفَاء حَقِيقِي أَدْنَى (Tersedikit ikhfa' nya)
إِخْفَاء حَقِيقِي أَعْلَى (1)
Tingkatannya: أَقْرَب كُبْرَى
Makhrajnya = أَقْرَب
> Huruf2 ikhfa' yg hampir dengan makhraj nun, yaitu:
ﺕ ﺩ ﻁ
Ikhfa'nya = كُبْرَى
> dilebihkan samar2 lafaz nun hampir kepada idram huruf2
ﺕ ﺩ ﻁ
> Ikhfa'nya lebih besar dari ghunnahnya.
Huruf nun punyai 2 makhraj = (1) hujung lidah dan (2) hidung.
Lebih besar kesamaran lafaznya, maka berkurangan ghunnahnya di hidung.
Contoh: "nun mati" jumpa "dal" dalam kalimah
عِندَهُ
إِخْفَاء حَقِيقِي أَوْسَط (2)
Tingkatannya: أَوْسَط وُسْطَ
Makhrajnya = أَوْسَط
> Huruf2 ikhfa' yg makhrajnya berada pertengahan jarak jauhnya dari makhraj nun :
ج ش ض ز س ص ث ذ ظ ف
Ikhfa'nya = وُسْطَى
> Samar2 lafaz nun kadar 50 peratus
Ikhfa' dan ghunnahnya 50-50.
Sama rata timbangan antara kesamarannya dan ghunnahnya.
Contoh: "nun mati" jumpa "zal" dalam kalimah
مِن ذَالِكَ
إِخْفَاء حَقِيقِي أَدْنَى (3)
Tingkatannya: أَبْعَد/أَقْصَى صُغْرَى
Makhrajnya = أَبْعَد / أَقْصَى
> Huruf2 ikhfa' yg jauh dari makhraj nun (terbelakang sekali di lidah) :
ق ك
Ikhfa'nya = صُغْرَى
> Sedikit saja lafaz nun yg di-samarkan ke = ق ك
Ikhfa'nya lebih kecil dari ghunnahnya.
Lebih sedikit kesamaran lafaznya, maka banyak dikekalkan ghunnahnya di hidung.
Contoh: "nun mati" jumpa "qof" dalam kalimah
مِن قَبۡلِكَ
Ghunnah bagi ikfa' haqiqi ada dua keadaan:
1) Mufakhammah مُفَخَمَة = dengung yg tebal ( تَفْخِيم ) bertemu dengan huruf2 isti'la'
Contoh = يَنظُرُونَ
2) Muroqoqoh مُرَقَقَة = dengung yg tipis (تَرْقِيق) bertemu dengan huruf2 istifal
Contoh = فَمَن شَآءَ
Tingkatan ghunnah ikhfa' dibanding dengan tingkatan2 ghunnah pada hukum2 yg lain :-
Ianya tingkatan ghunnah yg ketiga.
Apabila Nun mati atau tanwin bertemu dengan Huruf2 Isti’la’ :
Pada 5 huruf isti’la’ = ص , ض , ﻁ , ظ , ق
-> Huruf tebal = dengung pun tebal.
Ada 2 Tingkatan ikfa' bila bertemu huruf2 isti'la' :-
1. kubro mufakhammah
2. wusto mufakhammah
(1) Kubro Mufakhammah كُبْرَى مفخمة
Dengungnya besar tebal = nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf2 isti’la’ yg berbaris "atas" atau "depan".
كُبْرَى = dengung besar/kuat
مفخمة = tebal
Contoh : يَنقَلِبُ
إِخْفَاء حَقِيقِي أَدنَى أَقْصَى صُغْرَى كُبْرَى مفخمة
--> samar2 = أَقْصَى صُغْرَى (jarak jauh, samar2 kecil)
--> dengung = كُبْرَى مفخمة (dengung besar tebal)
Contoh : مِن قَبۡلِكَ = sama di atas
Contoh : عَن طَبَقٍ
إِخْفَاء حَقِيقِي أَعْلَى أَقْرَب كُبْرَى كُبْرَى مفخمة
--> samar2 = أَقْرَب كُبْرَى ( jarak dekat, samar2 besar )
--> dengung = كُبْرَى مفخمة ( dengung besar tebal )
Contoh : مَّن ضَلَّ
إِخْفَاء حَقِيقِي أَوْسَط أَوْسَط وُسْطَى كُبْرَى مفخمة
--> samar2 = أَوْسَط وُسْطَى ( jarak pertengahan, samar2 pertengahan )
--> dengung = كُبْرَى مفخمة ( dengung besar tebal )
Contoh : يَنظُرُونَ = sama di atas
(2) wusTo mufakhammah وُسْطَى مفخمة
Dengungnya pertengahan tebal = nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf2 isti’la’ yg berbaris "bawah"
-> Dengungnya tak seberat "kubro mufakhammah" dan tak seringan "sughro muroqoqoh"
وُسْطَى = dengung yg pertengahan kuatnya - kerana berjumpa huruf isti'la' baris bawah
مفخمة = dengung yg tebal - kerana berjumpa huruf isti'la'
Contoh: يَنطِقُ
إِخْفَاء حَقِيقِي أَعْلَى أَقْرَب كُبْرَى وُسْطَى مفخمة
Contoh : مَسْجِدًا ضِرَارًا
إِخْفَاء حَقِيقِي أَوْسَط أَوْسَط وُسْطَى وُسْطَى مفخمة
Contoh : بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ
إِخْفَاء حَقِيقِي أَدنَى أَقْصَى صُغْرَى وُسْطَى مفخمة
--------------------------------------------------------------------------
Tingkatan ikhfa' apabila Nun mati atau tanwin bertemu dengan Huruf2 Istifal:
Sughro Muroqoqoh صُغْرَى مرققة
> dengungnya = "kecil" dan "tipis" kerana bertemu huruf tipis.
Contoh: عِندَهُ
إِخْفَاء حَقِيقِي أَعْلَى أَقْرَب كُبْرَى صُغْرَى مرققة
--> samar2 = أَقْرَب كُبْرَى
--> dengung = صُغْرَى مرققة
Contoh : مَن كَانَ
إِخْفَاء حَقِيقِي أَدنَى أَقْصَى صُغْرَى صُغْرَى مرققة
--> samar2 = أَقْصَى صُغْرَى
--> dengung = صُغْرَى مرققة
Contoh : مِن شَرِّ
إِخْفَاء حَقِيقِي أَوْسَط أَوْسَط وُسْطَى صُغْرَى مرققة
=======================================
Mengenalnya = apabila "mim" yg sukun bertemu "ba" ketika waSol, maka disamarkan lafaz "mim" dengan pengaruh dengung.
Caranya = kedua bibir dirapatkan tapi tak menutup 100 peratus (kalau tertutup pun, jangan ditekan bibir, hanya tutup yg ringan).
Tandanya = mim yg tiada tanda mati.
Tingkatan ghunnah = yg ketiga.
> Bila waSol ketika bertemu "ba" = ia jadi "ikhfa' syafawi".
Contoh = kuntum-bihi كُنتُم بِهِ , وَ هُم بِالْآخِرَةِ , yunabbi-ukum bima
> Bila waqaf, ianya = izhar asli (mim itu matinya asli ). Ikhfa’ syafawi tak terjadi kerana diwaqafkan disitu = "kuntum", walaupun huruf selanjutnya adalah huruf ba'.
=======================================
Ikhfa' = tiada sabdu
Idram = bersabdu bagi idram kamil, tak bersabdu bagi idram naqish pada hukum nun mati/tanwin.
-----
Ikhfa' = dighunnahkan pada huruf pertama
Idram = dighunnah pada huruf kedua
-----
Ikhfa' = berlaku dalam satu atau dua kalimah
Idram = hanya berlaku dalam dua kalimah saja