Pada Bahasa = berlindung
istilah: lafaz minta perlindungan dengan Allah dari Syaithan yg laknat.
Dalil suruhan Allah membaca Ta'awuz ketika hendak baca Qur'an. Surah An-Nahl (16:98):
" Oleh itu, apabila engkau membaca alQur'an, memohon perlindungan kepada Allah dari syaithan yg direjam."
Lafaznya ta'awuz: Ada beberapa wajah melafazkannya, yg biasa dibaca ialah :-
"aku berlindung dengan Allah dari syaithan yg direjam".
Latihan > cuba belajar tulisannya.
Juga dikenali dengan = ta'auwuzh atau isti'azhah
Hukum membacanya = sunat mu-akkad (sangat2 digalakkan)
Adab baca:
Dibaca jahar(kuat) bila sedang belajar atau dalam majlis.
Baca sir(senyap) bila solat atau seorang diri.
Dalam tadarus membaca bergilir-gilir, org pertama saja baca jahar, yg lain baca sir.
Nota: ada juga mengatakan dibaca ta-auwuz dengan lantang setiap kali hendak membaca alQur'an, untuk membezakan perbuatan membaca Qur'an dengan perbuatan2 yg lain.
4 cara membacanya تعوذ
(Sewaktu memulakan bacaan alQuran):
waqaf jami' : isti'azhah | waqof | Basmallah | waqof | Permulaan surah
isti'azhah | waqof | Basmallah (waSol) -> Permulaan surah
isti'azhah (waSol) -> Basmallah | waqof | Permulaan surah
waSol jami' : isti'zahah (waSol) -> Basmallah (waSol) -> Permulaan surah
Istiazah pada memulakan bacaan surah Taubah.
1. isti'azhah | waqof | surah taubah
2. isti'azhah (waSol) -> surah taubah.
"Basmalah" = Ringkasan bagi bismillahirrahmaanirrahiim
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bilangan Basmalah di dalam Qur'an :-
114 Surah tapi 113 basmalah di awal surah.
1 Surah tanpa basmalah di awalnya, i.e Surah at-Taubah.
1 basmalah di dalam Surah An-Naml.
Jadi kesemua basmalah = 114 (113 di awal + 1 di dalam)
Basmalah di dalam surah adalah pada Surah An-Naml ayat 30.
إِنَّهُ ۥ مِن سُلَيۡمَـٰنَ وَإِنَّهُ ۥ بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Asal tulisan ialah = بِ ٱسْمِ - yaitu terdapat Hamzah wasal selepas huruf ba'
Tapi lazimnya ditulis tanpa hamzah wasal = بِسْمِ - tanpa hamzah wasal dengan sebab meringankan tulisan
kerana "bismi" ditulis berkali2 banyaknya dalam Qur'an.
Tulisan khas seperti ini hanya bagi BASMALAH sahaja dan tidak diamalkan dalam keadaan yg lain,
seperti = اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق
Hukum bacaan "Basmalah":
1> Wajib:
-> Wajib basmalah di dalam Surah An-Naml.
-> Basmalah di awal Surah Al-Fatihah = Khilaf antara wajib atau sunnah.
2> Haram:
-> Khilaf Basmalah di awal surah At-Taubah antara Haram atau Makruh.
3> Makruh:
-> Khilaf Basmalah ketika memulakan bacaan di pertengahan Surah at-Taubah antara Makruh, Jaiz/harus atau Sunnah.
4> Sunnah:
-> Sunnah baca basmalah di awal surah (selain At-Taubah)
-> Sunnah ketika memulakan bacaan di pertengahan Surah (Melainkan Surah At-Taubah yg dikhilafkan) .. menurut hadith = Tiap perkara baik yg tidak di awali basmalah, maka terputus ( Keberkahannya).
(Tetapi sebagai adat, selalunya tidak dibaca basmalah di pertengahan surah. Hanya baca taáwuz)
Mengikut Qiraat 'ASim, tetap membaca basmalah ketika :
(1) memulakan bacaan di awal surah
dan
(2) diantara dua surah
(selain dari awal surah at-Taubah)
Qiraat lain ada yg tak baca basmalah di antara dua surah.
(1) Semua Imam membaca Basmalah ketika memulakan bacaan di awal Surah.
(2) Bacaan Basmalah diantara dua surah merupakan khilaf antara ulama Qiraat => Ada yg waSol antara dua surah tanpa basmalah. Ada yg saktah antara dua surah tanpa basmalah. Kita ikut Qiraat 'ASim tetap baca basmalah antara dua surah.
3 cara/wajah bacaan (basmallah diantara dua surah) :
Surah | waqof | basmallah | waqof | Surah (Waqaf jami')
Surah | waqof | Basmallah (waSol) -> Surah
Surah (waSol) -> Basmallah (waSol) -> Surah (WaSol jami')
Contoh: waSol kesemuanya :-
Hujung Surah alFalaq dan permulaan surah an-naas :=
Min syarri haasidin iza hasada + bismillahirrahmaanirrahiimi + Qul a-'uuzu bi robbi-nnaas
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ
Perhatian :-
Tak boleh dibaca begini =
Surah (waSol) -> Basmallah | waqof | Surah
Tiada basmallah antara Surah Anfal dan Surah atTaubah :
3 cara bacaan :
Surah Anfal | waqof | Surah atTaubah
Surah Anfal - saktah - Surah atTaubah
Surah Anfal (waSol) -> Surah atTaubah.
Al-Fatihah menurut Riwayat HafS Toriq Syatibi (Qiraat 'ASim)
Basmalah sebagai ayat pertama, dan ayat 7 dibaca dengan senafas tanpa waqaf ditengah.