ﺇِﺩْﻏَﺎﻡٌ
Bahasa= memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu.
Istilah= memasukkan huruf yg pertama ke dalam huruf kedua.
Sebabnya, kerana kesukaran yg berlaku menyebut dua huruf yg bersebelahan yg bersamaan atau berhampiran makhraj.
Idghram berlaku pada :-
(1) Nun sakinah dan Tanwin.
Mengenalinya = apabila nun sakinah/tanwin bertemu dengan salah satu dari 6 huruf Idghram yg berbaris.
Huruf2nya = ya, waw, mim, nun, lam, ro ي ر م ل و ن (dalam kekata= yarmaluun)
- (a) Berlaku pada dua kalimah.
Nun atau Tanwin :
نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ (Bertemu Wau)
(Bertemu Ya) مَّن يَقُولُ
(Bertemu Nun) فَمَن نَّكَثَ
(Bertemu Mim) مِّن مِّثْلِهِۦ
(Bertemu Ro) مِن رَّبِّهِمْ
(Bertemu Lam) مِن لَّدُنكَ
Sabdu pada kalimah2 ini bukan sabdu yg asli (bukan dua huruf). Ia ditulis untuk menandakan terjadinya idram.
Dua kalimah yg telah dicantumkan tulisannya :-
Seperti (Nun bertemu Mim) : عَنْ مَا => عَمَّا , مِنْ مَا => مِمَّا
perhatikan pada surah An-Naba', عَمَّا alif telah dibuang menjadi = عَمَّ
- (b) Pada huruf2 muqotta'ah (yg membabitkan lafaz nun).
Seperti :- طسٓمٓ ( To - Sin- Mim ) - lafaz nun bertemu lafaz mim = To Siim-miim
(2) Selain Nun sakinah dan Tanwin,
Seperti :-
a= Idgham mutamasilain, contoh:
فَمَا رَبِحَت تِّجَـٰرَتُهُمۡ ( Ta bertemu Ta )
b= Idgham mutaqoribain, contoh:
بَل رَّفَعَهُ ( Lam bertemu Ro )
c= Idgham mutajanisain, contoh:
يَـٰبُنَىَّ ٱرۡڪَب مَّعَنَا ( Ba bertemu Mim )
d= Idgham syamsiyah, contoh:
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ( Lam bertemu Ro )
Idgham tak berlaku :-
(1) bila ada saktah yg memisahkan huruf yg kedua dari yg pertama.
(2) bila berlaku izhar muTlaq (dalam satu kalimah)
Contoh: دُّنۡيَا
(3) bila waSol dari huruf MuqoTTo'a kepada kalimah seterusnya, maka di-izharkan, tak di-idramkan.
Contoh = يسٓ (١) وَٱلۡقُرۡءَانِ
Tak di-Idghamkan nun pada waw (mengikut riwayat HafS Toriq Syatibi)
( Toriq Jazari aliran Zar'an akan meng-idramkan ketika waSol )
(1) Idgham soghiir = huruf pertama sukun, huruf kedua berbaris. Inilah yg dibaca dalam riwayat HafS.
Dipanggil Soghiir kerana huruf pertama sukun asli, dimasukkan ke dalam huruf kedua dengan mudah, maka idramnya kecil.
Contoh : مِن رَّبِّكَ
-> Idgham Mutamathilain soghiir = bila bertemu dua huruf yg sama, yg pertama sukun, yg kedua berbaris.
contoh قَد دَّخَلُواْ
-> Idgham Mutajanisain soghiir = bila bertemu dua huruf yg sama jenis makraj, yg pertama sukun, yg kedua berbaris.
contoh أُجِيبَت دَّعْوَتُكُمَا
-> Idgham Mutaqoribain soghiir = bila bertemu dua huruf yg berhampiran makraj, yg pertama sukun, yg kedua berbaris.
contoh dlm riwayat lain كَذَّبَتْ ثَمُودُ
(2) Idgham kabiir = huruf pertama dan kedua berbaris.
(Idram ini lebih diamalkan oleh riwayat lain)
Dipanggil Kabiir kerana huruf pertama berbaris maka hendak disukunkan dan dimasukkan ke dalam huruf kedua yg juga berbaris, maka Idghamnya besar.
(Digelar "kabiir" juga kerana huruf berbaris lebih banyak dari huruf sukun dalam Qur'an.)
Contoh = فَرَرَ > فَرَّ
Bacaan riwayat Hafs = bila bertemu dua huruf yg berbaris yg sama (dalam 2 atau 1 kalimah) = di-izharkan ( tak berlaku Idgham).
Bagi riwayat HafS, hanya 2 kalimah saja yg di idghamkan huruf2 berbaris dan ia berlaku dalam satu kalimah :-
(1) la ta'manunaa , jadi => ta'mannaa لَا تَأۡمَ۫نَّا
(2) makkananii , jadi => makkannii مَكَّنِّى
Bacaan riwayat Susi = bila bertemu huruf yg sama(mutamathilain) atau sejenis(mutajanisain) atau dekat makhraj(mutaqoribain), dan kedua2nya berbaris (dalam 2 kalimah) Dibaca dengan Idgham :-
-> Mad Áridh lil-idgham mutamathilain kabir = bila bertemu dua huruf yg sama dan keduanya berbaris.
contoh قِيلَ لَهُمُ
-> Mad Áridh lil-idgham mutajanisain kabir = bila bertemu dua huruf yg sama jenis makraj dan keduanya berbaris.
contoh الصَّلِحَتِ طُوبَى
-> Mad Áridh lil-idgham mutaqoribain kabir = bila bertemu dua huruf yg berhampiran makraj dan keduanya berbaris.
contoh فَوْقِكُمْ
(3) Idgham MuTlaq - Huruf pertama berbaris dan huruf kedua sukun ( di-izharkan pada huruf sukun).
-> Idgham Mutamathilain MuTlaq = bila bertemu dua huruf yg sama, yg pertama berbaris, yg kedua sukun.
contoh تَتْرُڪْهُ , شَقَقْنَا
-> Idgham Mutajanisain MuTlaq = bila bertemu dua huruf yg sama jenis makraj, yg pertama berbaris, yg kedua sukun.
contoh تَدْعُ <= تَدْ
-> Idgham Mutaqoribain MuTlaq = bila bertemu dua huruf yg hampir makhraj, yg pertama berbaris, yg kedua sukun. contoh لَا يَسْتَثْنُونَ
Idgham Kamil كَامِل
Bahasa= sempurna.
Istilah= Huruf yg pertama masuk ke dalam huruf kedua dengan sempurna.
Tandanya = sabdu (pada huruf kedua). Tiada sukun pada huruf pertama (jauhi dari subhat dengan izhar)
1. Berlaku Idghram kamil pada hukum nun sakinah/tanwin
Lafaz nun telah hilang kerana telah masuk sempurna dalam huruf kedua.
(1) Idghram bi-laa-ghunnah: إِدْغَامٌ بِلَا غُنَّةٌ
= nun mati/tanwin bertemu "lam" atau "ro"
مِن لَّدُنكَ , مِن رَّبِّكَ
(2) Idghram ma-'al-ghunnah: إِدْغَامٌ مَعَ الْغُنَّةِ
= nun mati/tanwin bertemu "mim" atau "nun"
مِّن مِّثْلِهِۦ lafaz mim dan dengung secara bersamaan.
فَمَن نَّكَثَ lafaz nun kedua dengan dengung secara bersamaan.
Perhatian: Dengung maxima 3 harakat. Kalau lebih hingga 4 harakat itu telah terjadi penambahan huruf.
2. Berlaku Idghram kamil pada selain dari hukum nun sakinah/tanwin =
(1) Idgham mutamathilain
= contoh: robihat-tijaarotuhum رَبِحَت تِّجَـٰرَتُهُمۡ
(2) Idgham mutajanisain
= contoh: arka(b)-mma’anaa ٱرۡڪَب مَّعَنَا
(3) Idgham mithlain
= contoh: wamaahum-(sabdu)minkum وَمَا هُم مِّنكُمۡ
(4) Idgham mutaqoribain
= contoh: qurrobbii قُل رَّبِّىٓ
Idgham NaqiS نَاقِص
Bahasa = tak sempurna
Istilah = huruf pertama masuk ke dalam huruf kedua, dengan tak sempurna.
Tanda:
Tiada sabdu pada huruf yg kedua yaitu "wau" atau "ya" kerana keduanya huruf leen.
Tiada sukun pada huruf pertama (jauhi dari subhat dengan izhar).
Contoh: Idghram naqiS berlaku pada hukum nun sakinah dan tanwin, seperti = "Idghram ma-'al-ghunnah" pada huruf "waw" dan "ya".
Memasukkan nun ke dalam "waw" atau "ya" dengan tak sempurna berserta dengung nun.
Contoh: ma(n)-yyashaaa' مَن يَشَآءُ , ma(n)-wujida مَن وُجِدَ
Dengung nun dulu baru lafaz huruf kedua kemudian. (Tidak serentak seperti idram kamil).
=================================
(1) Idgham bi laa ghunnah إِدْغَامٌ بِلَا غُنَّةٌ
Bahasa = idgham dengan tiada dengung
Istilah/kenal = apabila nun sakinah atau tanwin bertemu dengan "lam" atau "ro", maka dimasukkan lafaz nun ke dalam huruf kedua yg berbaris, secara sempurna tanpa dengung.
Ia juga termasuk dalam kategori Idghram Kamil.
(juga dikatakan idghram mutaqoribain bi ghoiri ghunnah - mutaqoribain kerana makhraj lam dan ro berhampiran makhraj nun di lidah.)
Huruf2nya= lam, ro
> lafazkan "lam" atau "ro" dengan jelas.
> Tiada dengung kerana sifat "lam" adalah "inhiraf" (lidah melengkung) dan sifat "ro" pula "takriir" (getaran) jadi tak boleh nak keluar dengung di hidung (cuba lah!).
Tandanya:
(1) nun tidak ada tanda mati (oleh sebab idghram) مِن رَّبِّكَ
(2) tanwin yg baris selari (oleh sebab tiada dengung) حَقًّا لَّهُم
(3) dhammatan yg tertutup (oleh sebab tiada dengung) = غَفُورٌ رَّحِيمٌ
(4) sabdu atas huruf kedua yg berbaris (oleh sebab Idghram kamil) مِن لَّدُنكَ
Sabdu yg terdapat pada idram bi laa ghunnah bukanlah asli dan bukanlah menandakan ada dua huruf yg sama di situ.
(2) Idgham ma'al-ghunnah
(Idgham bi ghunnah) إِدْغَامٌ بِغُنَّةٍ / إِدْغَامٌ مَعَ الْغُنَّةِ
Bahasa = idghram dengan dengung
Istilah/kenal = memasukkan nun yg sukun atau tanwin ke dalam huruf kedua yg berbaris, berserta dengung.
Huruf2nya = waw, ya, mim, nun
(1) Jika huruf kedua itu "mim" atau "nun" :
=> lafaz huruf : "min" atau "nun" dengan jelas, berserta dengung.
- Idram Ma'al-ghunnah Kamil
(2) Jika huruf kedua itu "waw" atau "ya" :
=> lafaz huruf : "waw" atau "ya" dengan tak sempurna, berserta dengung nun.
- Idram Ma'al-ghunnah NaqiS
Sebab dengung : kerana dekatnya makraj nun dengan huruf kedua.
Tanda2nya
(1) nun yg tidak ada tanda mati, مَّن يَقُولُ
(2) tanwin yg baris tak selari خَيْرًا يُؤْتِكُمْ (komputer font di sini tak dapat tulis tanwin yg tak selari)
(3) dhammatan yg terbuka (berbentuk 99) مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ (komputer font di sini tak dapat tulis dhammatan yg terbuka )
(4) huruf kedua yg berbaris dan bersabdu (kamil) فَرِيقًا مِّنْ
(5) huruf kedua yg berbaris dan tak bersabdu (naqiS) إِيمَـٰنًا وَعَلَىٰ
Jika nun bertemu nun, juga dipanggil idram mutamathilain sogheer.
Jika num jumpa mim, juga di panggil idram mutajanisain sogheer.
- Lihat Video.
(3) Idghram mutaqoribain إِدغَام مُتَقَارِبَين
Bahasa: mutaqoribain = hampir
Istilah/kenal = (Sogheer) apabila bertemu dua huruf yg berhampiran makhraj, huruf pertama sukun, huruf kedua berbaris, maka dimasukkan lafaz huruf pertama ke dalam huruf kedua.
Contoh huruf2nya :-
(1) lam bertemu ro = Makhraj hampir sama di hujung lidah.
Contoh kalimah2 (idram kamil) :
qu(l)-rrabbii قُل رَّبِّىٓ , ba(l)-rrofa'ah
(2) qof bertemu kaf = makhraj hampir sama, sifat bertentangan.
Contoh kalimah (77:20) : alam nakhlu(q)-kkum نَخۡلُقكُّم
2 wajah bagi نَخۡلُقكُّم :
1-> mengekalkan sifat tebal "qof" tanpa qolqolah dan masuk pada "kaf". (idram NaqiS)
2-> memasukkan secara sempurna huruf "qof" ke dalam huruf "kaf". (idram Kamil - ini yg lebih utama)
Tandanya = sabdu
(4) Idghram mutajanisain إِدغَام مُتَجَانِسَين
Bahasa = mutajanisain = yg sejenis.
Istilah/kenal = (Sogheer) apabila bertemu dua huruf yg bersamaan makhraj, huruf yg pertama sukun, huruf yg kedua berbaris, maka dimasukkan huruf pertama ke dalam huruf yg kedua.
Contoh :
(1) "ba" jumpa "mim" = ya bunayya-rka(b)-mma'anaa يَـٰبُنَىَّ ٱرۡڪَب مَّعَنَا (mim bersabdu )
(2) "ta" jumpa "dal" = uhiiba(t)-da'watukumaa أُجِيبَت دَّعۡوَتُڪُمَا ( dal bersabdu )
(3) "ta" jumpa "To" = wada(t)-To-i-fah ( To bersabdu ) وَدَت الطَّائِفَةُ
(4) "tha" jumpa "zhal" = (7:176) yalha(th)-zalika يَلۡهَثۚ ذَّٲلِكَ ( zhal bersabdu )
(5) "dal" jumpa "ta" = (2:256) qo(d)-tabayyana قَد تَّبَيَّنَ ( ta bersabdu )
(6) "zal" jumpa "zho" = (43:39) i(z)-zholamtum إِذ ظَّلَمۡتُمۡ ( zho bersabdu )
Contoh di atas adalah idram kamil (huruf kedua bersabdu)
(7) "To" jumpa "ta" = mengekalkan sifat "To" tanpa qolqolah dan masuk pada "ta".
Idram NaqiS (huruf kedua tiada sabdu)
(27:22) aha(T)-tu أَحَطتُ
(5:28) : basaTta بَسَطتَ
Idram mutajanisain tak jadi bila : bertemu huruf2 halqiyah(huruf tekak), seperti = afrigh-'alainaa أَفْرِغْ عَلَيْنَا
( huruf ghain hujung halqum, dan 'ain tengah halqum ): di-izharkan, walaupun keduanya dari makhraj yg sama.
(5) Idghram mutamathilain إِدغَام مُتَمَاثِلَين
Bahasa = mutamathilain = yg sama (yg semisal)
Istilah/kenal = Apabila dua huruf yg semisal (sama makhraj dan sifat) bertemu, maka dimasukkan lafaz huruf pertama ke dalam huruf kedua tanpa dengung.
(a) Idram mutamathilain Sogheer = huruf pertama sukun dan yg kedua berbaris.
Contoh :
Ta = robihat-tijaarotuhum (dalam dua kalimah) رَبِحَت تِّجَـٰرَتُهُمۡ
Lam = Qul-lakum (dalam dua kalimah) قُلْ لَكُمْ
Kaf = yudri(k)kum (kaf yg kedua bersabdu) (dalam satu kalimah) يُدْرِككُّمْ
Dal = laqad-dakholuu لَقَد دَّخَلُواْ
Tandanya = sabdu ( sabdu di sini bukan menandakan dua huruf, tapi menandakan berlakunya idghram )
Ayat terakhir dalam surah Al-'Alaq : وَٱسۡجُدۡ وَٱقۡتَرِب ۩ (١٩)
Perhatikan huruf Ba' tidak ditulis tanda sukun. Kerana jika wasal pada basmalah untuk sambung ke surah seterusnya, maka terjadi pertemuan 2 ba'. Yg pertama sukun dan kedua berbaris terjadinya hokum idram mutamathilain.
(b) Idram mutamathilain kabir
Huruf pertama dan kedua berbaris.
Idram mutamathilain kabir banyak terdapat pada riwayat Susi.
قِيلَ لَهُمُ
(c) Idram mutamathilain mutlaq:
2 huruf yg sama bertemu. Huruf pertama berbaris, huruf kedua sukun.
Contoh: شَقَقْنَا
(6) Idhgram mithlain soghiir إدغام مثلين صغير
(atau dikenali dengan Idghram shafawi)
Bahasa = mithlain= 2 huruf yg sama.
Pengenalan = apabila mim sakinah bertemu mim yg berbaris, dimasukkan mim pertama ke dalam yg kedua, berserta dengung.
Tanda=
(1) mim pertama yg tak bertanda
(2) mim kedua yg bersabdu.
Contoh = wamaahum-(sabdu)minkum وَمَا هُم مِّنكُمۡ
> Kenapa disebut "Soghiir" ? = kerana mim pertama sukun, mim kedua berbaris - sangat mudah mengidramkannya ( kalau kabir = mim pertama dan kedua - dua2 berbaris )
> Kenapa dibezakan Idram Mithlain soghiir dari Idram Mutamathilain?
= Kerana idramnya "mim" ke dalam "mim" berserta dengung dua harakat (tak seperti Idram Mutamathilain tanpa dengung dua harakat)
Idram mithlain kabir, contoh: ارَّحِيمِ مَلِكِ
Idram mithlain mutlaq, contoh: المُمْتَرِينَ
(7) Idghram syamsiyah إِدغَام شَمسِية
Bahasa = matahari
Istilah = apabila lam ta'riif bertemu 14 huruf2 syamsiyah, maka dimasukkan huruf lam ke dalam huruf selepasnya (lam tak dibaca).
Kenapa di-idghramkan = kerana berhampiran makhraj lam dengan 14 huruf syamsiyyah.
Tandanya = lam yg tiada tanda sukun, dan sabdu pada huruf yg berbaris selepas lam.
contoh = wa-ddhuha وَٱلضُّحَىٰ Idghram syamsiah bila-ghunnah (tanpa dengung)
contoh = birobbinnaas بِرَبِّ ٱلنَّاسِ Idghram syamsiyah ma-al-ghunnah (berserta dengung)
- apabila alif-lam bertemu dengan nun atau mim, di-idghram dengan dengung.
Selain dari hukum idghram syamsiyah, contoh di atas juga boleh dihukumkan dengan idghram mutaqoribain = lam dan dhod, lam dan nun.
Kenapa dinamakan Syamsiyah = matahari ?
= kerana bila munculnya matahari, bintang2 dan bulan tidak kelihatan lagi ( lam di hazafkan)
Sabdu yg terdapat pada idram syamsiyah bukanlah asli dan bukanlah menandakan ada dua huruf yg sama di situ.
Idghram syamsiyah tak berlaku
walaupun bila lam berjumpa dengan huruf syamsiyah pada keadaan berikut :-
(Contoh 1)
Lam asliyyah bertemu dengan huruf syamsiyah = tak jadi Idghram kerana lam itu adalah asal dari kalimah itu, bukannya yg mendatang.
al-sinatikum .. أَلْسِنَتِكُمْ (Lidah2 kamu) walaupun siin huruf syamsiyah, tapi tak diIdghramkan, dibaca dengan izhar.
(Contoh 2)
ٱلْتَقَى ، ٱلْتَقَطَ = (iltaqata) , (iltaqaa) = Fi'il madhi yg dimulai dengan hamzah wasal. Idghram tak berlaku (tiada sabdu) pada huruf syamsiyah.
(Contoh 3)
الْتِقَاءِ = (iltiqa-ie) Ism masdar, Idghram tak berlaku (tiada sabdu) pada huruf syamsiyah.
(Contoh 4)
ٱلَّذِي ، ٱلَّذَانِ ، ٱلَّذِينَ ، ٱلَّتِي ، ٱلَّتَانِ = Ism MauSul, Idghram tak berlaku pada huruf syamsiyah