> keunikan dan keistimewaan al-Quran dari segi bahasa merupakan mukjizat pertama dan utama.
> waktu zaman para sahabat = mukjizat yg mereka mula2 lihat adalah dari segi bahasa dan cara pembacaan alQur’an, yg mana para ahli bahasa waktu itu walaupun yg memusuhi Rasul s.a.w mengakui tidak mungkin dapat mengarang ayat2 seperti alQur’an.
> contoh : kalimah2 yg berpasangan seperti = “hidup” & “mati, “iman” & “kufur” dalam sesebuah surah, bilangannya sama seimbang disebut. Banyak lagi pasangan2 kalimah yg seimbang bilangannya. Ini baru satu saja contoh, jika dikumpulkan kesemua contoh2 yg unik bagi alQur’an, maka mustahil bagi seorang manusia dapat mengarangnya sedemikian rupa dengan menjaga bahasa dan makna messej ayat2 tersebut.
> bacaan alQur’an dengan bertajwid, dengan lafaz panjang pendeknya, dengungnya dll, memungkinkan nada dan irama pembaca untuk bersesuaian dengan messej yg disampai kan. Sebagai contoh, jika berita sedih, nada atau irama bacaan kedengaran seperti orang yg sedang sedih.. Kalau berita tentang tenggelamnya fir’aun dalam air, maka nada suara sipembaca seakan orang yg sedang sesak nafas oleh kerana sebutan huruf2 yg bertajwid ketika ayat itu. Mana mungkin kita dapat mengarang sedimikian rupa.
> waktu zaman kita, memang telah terbukti banyak sekali penemuan dan perbincangan sains yg padahal telah disebut dalam alQuran pada zaman Rasul s.a.w lagi.
===============
(1) Kita yg hidup zaman sekarang beruntung dapat menyaksikan kebenaran dan mukjizat ayat2 alQuran.
Contoh-contoh.
> Surah hijr:9
Allah yg menurunkan alQuran dan Allah lah yg memelihara alQuran.
Kita dapat lihat bagaimana AlQuran itu dari sejak awalnya dengan perbezaan 7 huruf dan Qiraat2 yg ada, telah terpelihara hingga sekarang, bacaan sepertimana ianya mula2 diturunkan.
> anNaba':7
Allah menjadikan gunung sebagai pasak.
Telah terbukti sekarang bahawa gunung itu bukanlah terletak saja atas bumi, tapi bawahnya menjunam ke dalam bumi seperti pasak.
> alBaqorah: 22
Allah jadikan langit sebagai atap. Atap yg melindungi rumah kita dari hujan dan sebagainya. Langit atmosfera yg melindungi bumi dari radiasi matahari dan sebagainya.
(2) Bagaimana pula Para Sahabat (zaman dahulu) boleh mengakui akan mukjizat alQur'an ?
Para sahabat melihat alQuran sebagai mukjizat atas dasar kehebatan bahasanya.
> bacaan alQuran yg bertajwid yg tidak terdapat pada syair2 mereka.
> dll