Apa itu "USul" dan "Farsyh" :-
(1) "Usul al-qiraat" :-
Iaitu cara bacaan khusus bagi imam-imam qiraat yang dibaca dengan kaedah tertentu pada tempat bacaan yang sama secara tetap. Contoh bacaan bagi Toriq Syatibi, Mad MunfaSil 4/5 harakat tetap sama untuk seluruh Qur'an. Bagi Toriq lain, ada yg baca Mad MunfaSil 2 harakat tetap sama untuk seluruh Qur'an.
(2) "Farsh al-Huruf" :-
Iaitu perubahan bacaan yang berlaku pada kalimah-kalimah yang khusus sahaja. Contohnya bacaan pada kalimah 'maliki' di dalam Surah al-Fatihah, ada baca satu harakat pada huruf mim = "maliki" dan ada baca 2 harakat pada huruf mim = "maaliki".
Manakala kalimah "maliki" yg terdapat di tempat2 lain dalam Al-Qur'an, tiada perbezaan bacaan antara Qiraat (mim satu harakat).
Jama' Qiraat :-
Membaca berbagai bacaan Qiraat dalam satu sesi bacaan.
Ulama' zaman salaf telah mengamalkan cara pembacaan mengikut satu imam(riwayat) sahaja sehingga khatam dengan satu riwayat yang di baca.
Ulama'2 kemudian telah mengambil inisiatif mencipta bacaan jama' (dengan membaca berbagai Qiraat dalam satu sesi bacaan) bagi menjaga dan mengekalkan ilmu qiraat.
Cara2 nya:-
(1) Jama' Kalimi = Baca satu ayat dan berhenti pada kalimah yg ada perbezaan. Ulang baca dengan menggunakan kalimah yg berbeza. Ulangi kalimah itu dengan mengikuti urutan Qiraat dari As-Syatibiyyah. (Jika berhenti di kalimah tersebut membawa makna yg keliru, maka hendaklah berhenti di tempat yg sesuai dan ulang balik)
(2) Jama' Waqfi = Baca ayat hingga terdapat tempat waqaf yg mempunyai perbezaan antara Qiraat. Ulang dan baca serta berhenti di tempat waqaf yg lain mengikut Qiraat selanjutnya.
(3) Jama' Kalimi dan Waqfi (Membaca dengan dua cara di atas)
(4) Jama' Ayah = Baca satu ayat dan ulangi ayat itu jika ada perbezaan antara Qiraat.
------------Lain-lain perkara----------------------------
Tak direkomen membaca Qiraat selain dari Qiraat riwayat Hafs di masjid2, kerana khuatir orang tak faham dan menuduh tak betul.
Seorang yg telah selesai membaca Al-Qur'an secara beramai2 di depan guru, belum lagi di-iktiraf sebagai layak mengajar Al-Qur'an pada orang lain.
Seorang yg telah selesai seluruh Al-Qur'an bertalaqqi dan bermusyafahah dengan guru, maka dibenarkan boleh mengajar orang lain membaca Al-Qur'an.
Manakala pula, seorang yg di-iktirafkan memiliki ijazah sanad mestilah dianya seorang hafiz. (Sayangnya sekarang, bukan hafiz pun telah dapat ijazah bersanad.)
-->> Usul Riwayat Warsh