> Segi bahasa = ciri yg menerangkan perihal sesuatu huruf.
> Segi Istilah = ciri-ciri yg membezakan lafaz antara huruf. Melafazkan huruf dalam keadaan nafas atau suara yg tersekat atau terlepas, keadaan lidah terangkat atau merendah, bibir muncung atau lebar dan sebagainya.
Kebaikkan mengetahui sifat huruf ?
Dapat membezakan sebutan huruf2 yg bersamaan makhrajnya.
Contoh: س dan ص . Sama makhraj tapi berlainan sifat.
> س tipis (istifal),
> ص tebal (isti'la').
Dapat mengetahui huruf yg lemah dan huruf yg kuat pegangan pada makhrajnya.
Contoh:
> ق (syiddah) kuat berpegang pada tempat keluarnya ,
> ح (rokhawah) longgar pegangan pada makraj tempat keluarnya.
Dapat menyebut dengan lebih tepat pada huruf2 yg sama sifat dan berbeza makrajnya.
Contoh: ث dan ب = berbeza makhraj, sama sifat (istifal) tetapi masing2 punyai sifat selain dari istifal :-
> ث punyai sifat "hamas" yg tiada pada ب
> ب sifat "jahar" yg tiada pada tha.
3 Jenis sifat huruf
(1) Sifat Tebal
> huruf2 yg kekal sifat tebalnya
= huruf2 isti'la' yg 7 = ص ض ط ظ غ خ ق
(2) Sifat mendatang yg berubah2.
> Huruf2 yg sifatnya adakala tebal dan adakala tipis = ر ا ن ل :-
Ro' > tebal atau tipis dalam keadaan2 tertentu
"tafkhim" = tebal, "tarqiq" = tipis; Sila rujuk pada hukum Ro.
Alif maddah > tengok huruf sebelumnya samada:
Huruf isti'la' (baca tebal) , contoh قَا
Atau selainnya (baca tipis), contoh مَا
Nun pada ikhfa' haqiqi > ghunnah tebal atau tipis = tengok huruf selepasnya samada:
Huruf isti'la' (dengung tebal) , contoh مِن قَبْلِ
atau selainnya (dengung tipis) , contoh أَنتَ
Lam Jalaalah > tebal atau tipis = tengok sebelumnya :
baris atas, depan (baca tebal تَغْلِيظ ) :
contoh إِنَّ ٱللَّهَ , رَبَّكُمُ ٱللَّهُ
atau bawah (baca tipis تَخْفِیف ) :
contoh عَنِ ٱللَّهِ
(3) Sifat Tipis
> huruf2 yg kekal sifat tipisnya
= Huruf2 yg selanjutnya (selain di atas)
Bilangan Sifat secara terperinci
Kesemua ada 17 sifat - dibahagikan pada dua bahagian :-
(1) 10 sifat = 5 pasangan yg berlawan
(2) 7 sifat yg tersendiri tiada lawannya
Bagaimana perlaksanaannya ?
Berkaitan dengan "nafas", "suara", "lidah"
Pasangan Sifat-Sifat Huruf yg Berlawanan
----------------
(Pasangan 1)
Jahar > lawannya > Hamas
=> berkaitan dengan nafas
(1) Jahar جَهْر
Segi bahasa = nyata atau terang
= nafas tertahan, kerana kuat pegangan makhrajnya
Huruf2 = alif, ba, jim, dal, zal, ro, zai, dhod, To, zho, 'ain, ghain, qof, lam, mim, nun, waw, hamzah dan ya'
ا ب ج د ذ ر ز ض ط ظ ع غ ق ل م ن و ي ء
> Tip : Untuk mengetahui huruf2nya = hanya perlu hafal kekata untuk huruf2 hamas - lihat bawah.
(2) Hamas هَمَس
Segi bahasa = senyap atau tersembunyi, menghembus
= nafas terlepas kerana lemah pegangan makhrajnya.
10 huruf = dalam kekata = fahathaHu shakhSun sakat
>>> fa, ha, tha, Ha, syin, kho, sod, sin, kaf, ta
ف ﺡ ﺙ هـ ﺵ ﺥ ﺹ ﺱ ﻙ ﺕ
----------------
(Pasangan ke-2)
Syiddah > lawannya > Rokhawah
=>berkaitan dengan "suara"
..pertengahan= TawassuT
(3) Syiddah شِدَّة
bahasa = keras
= suara tertahan kerana kuat pegangan makhraj
> suara tertahan ketika waqaf.
8 huruf > terkumpul dalam kekata = ajid qoTin bakat
ء ﺝ ﺩ ﻕ ﻁ ﺏ ﻙ ﺕ
contoh, huruf ta = syiddah (Suara tertahan ketika sabdu. Makhrajnya tertutup)
(4) Rokhawah رَخَاوَة
segi bahasa = lembut, longgar
= suara terlepas kerana lemah pegangan makrajnya.
Huruf2 = selain diatas
contoh: huruf zai , zho = rokhawah (suara terlepas ketika sabdu).
TawassuT
segi bahasa = pertengahan
= pertengahan suara antara syiddah dan rokhawah
> antara suara tertahan dan terlepas
5 huruf = lam, nun, 'ain, mim, ro ﻝ ن ﻉ ﻡ ﺭ
> terkumpul dalam kekata = lin 'umar
------------------------
(Pasangan ke-3)
Isti'la' > lawannya > Istifal
=> berkaitan dengan "lidah"
(5) Isti'la' اِسْتِعْلاَء
segi bahasa = mengangkat atau meninggi
= terangkat lidah yg mengeluarkan bunyi tebal
> ada bunyi "o"
7 huruf = sod, dhod, To, zho, ghain, kho, qof
ﺹﺽ ﻁ ظ ﻍ ﺥ ﻕ
(ghain, kho lidah terangkat tapi tak kena langit2)
(6) Istifal إِسْتِفَال
segi bahasa = merendahkan
= merendahkan lidah sewaktu menyebutnya.
Huruf2 = selain dari isti'la'
--------------------------------
(Pasangan ke-4)
ITbaq > lawannya > Infitah
=> berkaitan dengan "lidah"
(7) ITbaq إِطْبَاق
segi bahasa = menutup
4 huruf2 istila' = sod, dhod, To , zho ﺹﺽ ﻁ ظ
(8) Infitah إِنْفِتَاح
segi bahasa = membuka
> selain dari huruf2 iTbaq.
> Contoh : haa kho lam ro dll ﺡ ﺥ ﻝ ﺭ
------------------------------
(Pasangan ke-5)
Izlaq > lawannya > Ishmat
=> berkaitan dengan "lidah" dan "bibir"
(9) Izlaq إِذْلاَق
segi bahasa = terlepas/ tergelincir
= mudah keluar sebutan, di bibir atau hujung lidah
Huruf2 = lam, nun, ro, fa, mim, ba' ﻝ ن ﺭ ف ﻡ ﺏ
> dalam kekata = manabafalaro
(10) Ishmat إِصْمَات
segi bahasa = tertegah
= tertegah daripada segera keluar huruf
Huruf2 = selain dari huruf2 izlaq = sod, dhod, To, zho ﺹﺽ ﻁ ظ dll
=====================================
Sifat2 yg tiada lawannya
(11) As-Sofeer صَفِيْر
segi bahasa = desiran
bunyi berdesir seperti ada siulan
Huruf2 =
ﺯ = sofeer kubra
ﺱ = sofeer sughra
ﺹ = sofeer wusTho
(12) Qolqolah قَلقَلَة
segi bahasa = lantunan
= lantunan suara dari tekanan makhraj yg dilepaskan
5 huruf = " qottobin jad " ﻕ ﻁ ﺏ ﺝ ﺩ
· Qolqolah Sughrah = ditengah perkataan = contoh = صَدْرَكَ ، يَجْري
= .. berlaku pada huruf yg sukun dan ketika waqaf.
· Qolqolah Kubra = dihujung perkataan = contoh = فَلَقِ
= .. berlaku pada huruf yg berbaris ketika waqaf (sukun mendatang).
· Qolqolah Akbar = bersabdu di hujung perkataan = contoh = حَقِّ
= .. berlaku pada huruf yg berbaris dan bersabdu ketika waqaf.
(13) Lin لِين
segi bahasa = lembut
= menyebut dengan lembut mudah
Huruf2 = waw, ya ﻭ ﻱ
(14) Inhiraf اِنْحِرَاف
segi bahasa = melencong
Istilah = melencong makhraj nya ke makhraj yg lain.
Makhraj lam melencong ke makhraj ro, makhraj ro melencong ke makhraj lam.
Ada pendapat lam dan ro makhraj bersebelahan yg sangat dekat antara satu sama lain, itu sebab tempat keluarnya boleh melencong ke sebelah.
Huruf2 = lam, ro ﻝ ﺭ
(15) Takriir تَكْرِير
segi bahasa = berulang
= hujung lidah bergetaran
Huruf2 = ro ﺭ
(16) Tafassyi تَفَشِّى
segi bahasa = tersebar/berselerak/berhamburan
= berhemburan angin di dalam mulut ; antara gigi depan dengan langit2 keras.
Huruf = shin ﺵ
TingkatanTafasyi:
Tafasyi Sughra = شَ شِ شُ
Tafasyi Wusto = شْ
Tafasyi Kubro = شّ
(17) Istitolah اِسْتِطَالَة
segi bahasa = memanjang
= makhrajnya berpanjangan di bahagian tepi lidah
Huruf = dhod ﺽ
=====================================
Cuba hafalkan sifat setiap huruf.
ا ﺏ ﺕ ﺙ ﺝ ﺡ ﺥ ﺩ ذ ﺭ ﺯ ﺱ ﺵ ﺹ ﺽ ﻁ ظ ﻉ ﻍ ف ﻕ ﻙ ﻝ ﻡ ن ﻭ هـ ء ﻱ
ا = jahar, rokhowah, istifal, infitah, ishmat
ﺏ =jahar, syiddah,istifal, infitah, izlaq, qolqolah
ﺕ = hamas, syiddah, istifal, infitah, ishmat
ﺙ = hamas, rokhawah, istifal, intifal, ishmat
ﺝ = jahar, syiddah, istifal, infitah, ishmat, qolqolah (6 sifat)
ﺡ = hamas, rokhawah, istifal, infitah, ishmat
ﺥ = hamas, rokhawah, isti'la', infitah, ishmat
ﺩ = jahar, syiddah, istifal, infitah, ishmat, qolqolah
ذ = jahar, rokhawah, istifal, infitah, ishmat
ﺭ = jahar, tawassut, istifal, infitah, izlaq, inhiraf, takriir ( 7 sifat)
ﺯ = jahar, rokhawah, istifal, infitah, ishmat, sofeer
ﺱ = hamas, rokhawah, istifal, infitah, ishmat, sofeer
ﺵ = hamas, rokhawah, istifal, infitah, ishmat, tafassyi ( 6 sifat)
ﺹ = hamas, rokhawah, isti'la', ittbaq, ishmat, sofeer
ﺽ = jahar, rokhowah, isti'la', ittbaq, ishmat, istitolah ( 6 sifat)
ﻁ = jahar, syiddah, isti'la', ittbaq, ishmat, qolqolah
ظ = jahar, rokhawah, isti'la', ittbaq, ishmat
ﻉ = jahar, tawassut, istifal, infitah, ishmat
ﻍ = jahar, rokhwah, isti'la', infitah, ishmat
ف = hamas, rokhawah, istifal, infitah, izlaq
ﻕ = jahar, syiddah, isti'la', infitah, ishmat, qolqolah
ﻙ = hamas, rokhawah, istifal, infitah, ishmat
ﻝ = jahar, rokhawah, istifal, infitah, izlaq, inhiraf ( 6 sifat)
ﻡ = jahar, tawassut, istifal, infitah, izlaq, ghunnah
ن = jahar, tawassut, istifal, infitah, izlaq, ghunnah.
ﻭ = jahar, rokhawah, istifal, infitah, ishmat, lin ( 6 sifat)
هـ = hamas, rokhawah, istifal, infitah, ishmat
ء = jahar, syiddah, istifal, infitah, ishmat.
ﻱ = jahar, rokhawah, istifal, infitah, ishmat, lin (6 sifat)