Cara para sahabat mencatat Qur'an pada zaman Rasul s.a.w:
> menulis diatas pelepah kurma, kulit dan tulang binatang, batu dll.
Cara Rasul s.a.w mengajarkan alQuran:
> Baginda akan menunjukkan di mana sesuatu ayat diletakkan di dalam mana surah.
(1) > Dengan hafazan oleh para sahabat.
Yg paling menyerlah hafazan antara sahabat :-
---- > Abdullah bin Mas'ud, Salim bin Ma'Qal (Mujahirin)
---- > Mu'az bin Jabal , Ubay bin Ka'ab ( Ansar )
(2) > dengan catitan oleh para sahabat.
Sahabat2 yg menjadi penulis wahyu:
---- > Zaid bin Thabit,
---- > Ubay bin Kaab,
---- > Muawiyah Abu Sufyan,
---- > Talha bin Ubaidillah,
---- > Khulafa' Rasyidin dan lain2 sehingga ada pendapat bilangan mereka mencapai 40 orang.
Sahabat2 yg paling banyak menulis ayat alQur'an:
-----> Zaid bin Thabit
---- > Muawiyah Abu Sufyan.
-> Telah ditulis kesemuanya hingga wafat Rasul s.a.w
-> Dalam keadaan yg terpisah2 tak tersusun seperti dalam sebuah mushaf.
-> Dalam hafalan dan dada para huffaz dalam susunan alQur'an yg diajarkan Rasul s.a.w ketika itu.
-> Penurunan ayat2 alQur'an secara beransur-ansur berdasarkan keadaan2 dan perkara2 yg berlaku, maka catitan2 ketika itu tidaklah tersusun seperti yg terdapat pada mushaf sekarang, kerana belum semua kandungan alQur'an diturunkan.
-> Sebahagian ayat2 ketika itu kemungkinan akan dimansukhkan dengan ayat2 yg datang kemudian.
-> Rasul s.a.w hidup hanya beberapa hari selepas wahyu terakhir (selesainya semua kandungan alQuran), maka tidak sempat baginda untuk menyusunkan surah2 Qur'an menjadi satu mushaf.
-> Penyusunan dan pembukuan alQur'an waktu itu bukan satu perkara yg mendesak, kerana para sahabat dengan mudah dapat menanyakan Rasul s.a.w jika kurang pasti mana ayat atau surah yg dibaca dahulu atau dibaca kemudian.
-> Kurangnya peralatan untuk penulisan dan pencetakan pada zaman itu.