Qolqolah-itu adalah bunyi lantunan ketika "waSol" atau "waqaf" yg terjadi pada 5 huruf = ق ط ب ج د
Qolqolah Sughra, Kubra dan Akbar telah pun dijelaskan dalam nota "Sifat Huruf".
Tingkatan Qolqolah
-> "Mufakhammah" = dari perkataan "tafkhim" = tebal
-> "Muroqqoqoh" = dari perkataan "tarqiq" = tipis
Tingkatan Qolqolah ini hanya berlaku pada huruf qolqolah isti'la', yaitu ق dan ط
-----------------------------
(1) Qolqolah pada huruf Mutaharrik ketika Waqaf.
- dibahagi kepada dua keadaan :-
1a.> Dibaca dengan 1 Wajah saja = Mufakhammah
Mengenalinya = Apabila waqaf pada huruf "ق" atau "ط" yg berbaris "atas" atau "depan", samada Qolqolah "Kubra" atau Qolqolah "Akbar(yg bersabdu)",
Contoh :-
Contoh: kalimah "al-haqqu" ٱلۡحَقُّ atau "al-haqqa" ٱلۡحَقَّ (ada sabdu) = dibaca " alhaqqo' " (ketika waqof).
- perlu dengar sebutannya dari mulut guru.
Hukumnya = Qolqolah Akbar Mufakhammah FaqoT.
Dibaca Qolqolah dengan = Tebal sahaja.
1b.> Dibaca dengan 2 Wajah = Mufakhammah atau Muroqqoqoh
Mengenalinya = Apabila waqaf pada huruf "ق" atau "ط" yg berbaris "bawah" samada Qolqolah "Kubra" atau Qolqolah "Akbar",
Contoh :-
> kalimah "bil-haqqi" بِٱلۡحَقِّ (ada sabdu)
Dibaca samada dengan Tebal atau Tipis.
Jika dibaca tipis, jadi = bil-haqqe'
- perlu dengar sebutannya dari mulut guru.
Hukumnya = Qolqolah Akbar Mufakhammah au Muroqqoqoh, dan diutamakan dengan Mufakhammah ( mufakhammah muqoddam fil-adam ).
Kalau kamu imam baca surah dalam solat, kamu baca cara Mufakhammah saja, untuk mengelakkan kekeliruan org awam yg mendengar kamu membaca.
--------------------------------------------
(2) Qolqolah pada huruf Sukun.
- dibahagi kepada dua keadaan :-
2a.> Dibaca dengan 1 Wajah = Mufakhammah
Contoh:
Kalimah "li aQ-roba" لِأَقۡرَبَ atau "muQ-ri-niin" مُقۡرِنِينَ = lihat baris sebelum قۡ sukun, yaitu baris "atas" atau "depan"
Hukumnya = Qolqolah Sughra mufakhammah faqoT.
2b.> Dibaca dengan 2 Wajah = Mufakhammah atau Muroqqoqoh
Contoh:
Kalimah: iQro' ٱقۡرَأۡ = Qof itu sukun, lihat pada baris sebelumnya, yaitu baris "bawah"
> Hukumnya = Qolqolah Sughra Mufakhammah au Muroqqoqoh, dan diutamakan Mufakhammah ( mufakhammah muqoddam fil-adam ).
---------------------------------
Bagi huruf2 qolqolah selain dari "ق " dan "ط", yaitu = ب ج د :-
> Ianya tiada tingkatan Qolqolah, dibaca dengan qolqolah biasa saja, samada berbaris "atas, depan, bawah" ketika waqaf, atau huruf sukun yg sebelumnya baris "atas, depan, bawah".
> contoh: kalimah "al-masajida" ٱلۡمَسَـٰجِدَ = dibaca "al-masajid" ( lantunan muroqqoqoh kerana "dal" huruf istifal )
---------------------------------
1) Qolqolah = lantunan terjadi pada 5 huruf sahaja = ق ط ب ج د
Contoh: kalimah "an-najmu" ٱلنَّجۡمُ = lantunan pada jim yg sukun ketika waSol
> Kenapa ada lantunan?
= kerana huruf berat dimudahkan lafaznya.
= kalau huruf berat di baca iskan = an-najmu , menjadi sukar sebutannya.
= Maka salah kalau baca iskan pada huruf qolqolah.
Bagi 5 huruf Qolqolah :-
> ketika waSol = hanya boleh lantunan qolqolah
> ketika waqaf = boleh baca dengan "qolqolah" atau "tahrik"
--> contoh pada huruf "jim" = ٱلنَّجۡمُ
"an-naj-m"(qolqolah) atau
"an-najem"(tahrik)
(sebutan perlu dengar dari mulut guru)
Bagi huruf2 selain dari 5 huruf di atas :-
> ketika waSol = tak boleh lantunan (tak boleh "tahrik")
--> contoh = ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ salah baca jadi = alehamdulillah -> dah jadi bacaan "tawallud" - tak boleh.
> ketika waqaf (lihat contoh di bawah).
2) Tahrik = separuh baris
-> boleh terjadi pada selain dari lima huruf Qolqolah
-> berlaku ketika waqaf sahaja, tak boleh ketika waSol.
... ( berbeza dengan "qolqolah" yg berlaku pada waqaf atau waSol)
-> yg berlaku pada huruf yg sukun, selepasnya huruf berbaris yg diwaqafkan.
...( berbeza dengan qolqolah yg boleh berlaku pada huruf berbaris yg diwaqafkan)
Contoh: wal-'aSri وَٱلۡعَصۡرِ
= ada dua wajah dibaca ketika waqaf
Wajah 1. > cara "tahrik" = Sod itu ada lantunannya sedikit, tapi ini bukan hukum Qolqolah, kerana Sod itu bukan huruf Qolqolah.
> Jadi hukum lantunan disini: "Tahrik" ketika waqaf saja
= wal-'aSer
Wajah 2. > cara "iskan" = lihat di bawah.
3) Iskan
Wajah 2. (iskan) > Sod itu dibaca tanpa lantunan, jelas Sukun
wal-'aS-r وَٱلۡعَصۡرِ
= Diutamakan baca dengan iskan.
= Tak salah bila dibaca dengan Tahrik
= Yg salah bila dibaca dengan Mutaharrik ( Sod berbaris ) - lihat contoh di bawah
4) Mutaharrik
- Huruf yg berbaris.
- Salah jika diberi baris pada Sod yg sukun,
contoh = وَٱلۡعَصۡرِ wal-'aSar
5) 'arid lissukun qolqolah
Kalimah ٱلصُّلۡبِ Sulbi
= diwaqafkan = Sul-b ( sukun pada lam )
Hukumnya :-
qolqolah 'arid lissukun
(1) wajah iskan pada huruf "lam" - tiada lantunan,
manakala qolqolah pada huruf "ba" kerana didatangkan sukun
(2) wajah tahrik pada huruf "lam" sukun - ada lantunan tahrik.
= Sule-b
----------------------------------
Tajwid lanjutan seperti ini, jangan diajar kepada murid anda yg baru belajar tajwid permulaan.