- Bermula dengan bertalaqqi bacaan riwayat Hafs.
- Bertalaqqi dari mukasurat satu hingga mukasurat terakhir.
- Guru mengajarkan hukum2 Tajwid
- Jika 2 mukasurat dalam satu sesi seminggu, akan mengambil masa selama 5 tahun lebih untuk khatam.
- Jika khatam, mendapat ijazah.
- Setelah khatam riwayat Hafs, akan terus pula bertalaqqi dengan riwayat Syu’bah.
- Jika telah khatam riwayat Syu’bah, barulah dikatakan kita dah dapat baca Qiraat ‘Asim.
Perhatian:
Bila membeli mushaf dari Saudi ketika mengerjakan umrah atau haji, hendaklah periksa dulu samada mushaf yg hendak dibeli itu yg sama dengan apa yg terdapat dalam masjidil-haram atau masjid nabawi.
Ini kerana ada mushaf yg dijual di sana, tak semuanya yg sama dengan bacaan riwayat Hafs.
Ada mushaf yg dijual menurut riwayat Warsy.
Ada mushaf yg dijual bukan dari Qiraat 'Asim(Mushaf Kufi).
Sebagai contoh, surah Al-Baqorah: ayat 31 :-
- mushaf kita tulis dengan wa laa rafa-tha, wa laa jidala (dengan baris fatha pada hujungnya )
- mushaf lain tulis dengan wa laa rafa-thun, wa laa jidalun ( dengan tanwin )
Kalau baris "fatha" = sekali2 tidak boleh berbuat "rafa-tha" ( bercakap lucah ) sewaktu mengerjakan haji atau pun diluar haji.
Kalau baris "tanwin" = sepanjang melakukan haji tidak boleh berbuat "rafa-thun", tapi kemungkinan selepas haji, ada orang yg berbuat "rafathun".
Jadi yg pertama dengan "fatha" itu lebih tegas dalam larangan.
Tingkatan pembelajaran
1) belajar membaca
2) belajar tajwid, belajar sejarah al-Qur’an
3) belajar makna kalimah2 hingga faham terjemahannya bila dengar ayat2.
4) mengetahui secara dasar tafsiran ayat2 al-Qur'an
5) belajar i’rob, nahu, soraf
6) Mengetahui ilmu hukmiyah
- Sambil belajar kesemua di atas, ada usaha untuk menghafal al-Qur’an – kalau boleh keseluruhannya.
Pembahagian/Tahap belajar alQur’an :
Lafzie, terdiri dari = memperdalami ilmu tajwid, memperbaguskan bacaan, bertalaqqi dan bertaranum dll.
Sebaik2 manusia adalah yg belajar dan mengajar Qur'an .. maka seburuk2 manusia adalah orang yg tak belajar Qur'an.
Permulaan = mestilah pandai membaca dahulu, kerana alQur'an itu memang hukumnya lafziyah.
Setelah menaruh minat dan kesedapan membaca, barulah minat datang untuk mengetahui makna kalimah2.
- selepas ada "appreciation" akan alQur'an, baru bersemangat untuk meningkatkan kepada tingkatan ilmu hukmiyah.
2) Ilmu alQur'an Hukmiyah ( maknawi )
Maknawi, terdiri dari = Terjemahan, Harfiyah, Tafsir, hukum2 yg terdapat dalam alQur'an untuk diamati dan diamali
= barulah kamu dalam kalangan mereka yg mendapat syafaat al-Qur’an di akhirat.
( kalau kamu hanya dapat al-Qur’an dari segi Lafzie sahaja = maka syafaat yg kamu mungkin terima taklah sama dengan mereka yg telah dapat Lafzie dan Maknawi )
Setelah boleh "Baca" > setelah "Faham" > maka "Amal" kannya.
-> Org yg baca Qur'an, dia belum lagi baca Qur'an kerana dia tak faham.
-> Org yg baca Qur'an dan faham, dia masih belum lagi baca Qur'an kerana dia tak amal dengannya.
-> Org yg baca Quran dan faham serta amal, belum lagi baca Qur'an jika belum disertai dengan ikhlas.
----------------------------------------------------------
Selepas dapat menterjemahkan ayat2, ada ayat2 hukum yg kamu belum lagi faham sepenuhnya, maka janganlah pandai2 menafsirkannya - hendaklah bertanya kepada yg ahlinya.
Membaca Ta'awuz:
Org yg baca Qur'an, boleh tersesat jika menafsirkan menurut logika sendiri saja.
Sebab itu kena baca ta'awuz dahulu sebelum baca Qur'an, dikhuatiri syaithan mahu melencongkan kita dari pada pemahaman ayat yg sebenar.
Disyorkan oleh para ulamak supaya kita baca ta'awuz setiap kali kita mahu membaca segala apa pun walaupun bukan Qur'an, seperti baca suratkhabar, majalah dll. - juga berdasarkan ayat pertama Qur'an, bacalah dengan nama Tuhanmu..
Allah tahu orang yg membaca Qur'an itu samada dia mahu mencari2 jalan keluar dari hukum2 atau memang dia hendak tahu pasal hukum.
Sebab itu kenalah pohon supaya dengan membaca Qur'an, hati kita tak disesatkan.
Allah tahu siapa orang2 yg mahu memahami alQur'an dengan tujuan untuk mengetahui dan mematuhi perintah Allah, dan siapa yg hanya mahu mencari hukum2 yg boleh ditafsirkan mengikut kehendak dan kesesuaiannya sendiri.
Kalau ada hukum yg kita belum lagi mampu melaksanakan, maka hendaklah mengaku depan Allah akan kelemahan diri, bukan mengengkari hukum tersebut.
Seperti perintah Allah supaya wanita menutup kepala, mereka yg liberal akan cuba menafsirkan ayat2 Allah yg mana mereka kata Allah tak pernah menetapkan batas aurat wanita bermula dari menutup kepala. Mereka kata, hukum aurat menutup kepala adalah apa yg katakan oleh para ulamak dan bukan apa yg dikatakan dalam Qur'an.
AlQuran dibina atas dasar Wahyu .. bukan atas dasar Logik yg ada pada kamu .. kerana Logik yg ada pada kamu pada zaman ini mungkin tak sama dengan Logik pada manusia di zaman 100 tahun akan datang. Maka hendaklah berpegang teguh pada ayat2 Allah, jangan ikut Logik kamu sendiri yg belum sampai pada tahap kefahaman yg sebenarnya.
Ada 3 golongan manusia
yg beriman = mengikut hukum berdasarkan wahyu
yg kufur = yg tak beriman pada ayat2 Allah.
yg munafik = yg mencari2 helah dari penafsiran ayat2 dari sebenarnya.