Apakah itu MEA?
Media Education Academy (MEA) ialah kursus literasi media dan maklumat dalam talian bagi semua warga pendidik di Malaysia. Kursus ini mempunyai enam modul yang berhasrat untuk melengkapkan para pendidik dengan tujuh kompetensi literasi media dan maklumat yang selari dengan UNESCO Media and Information Literacy, Curriculum for Teachers.
6 Modul MEA ialah:
Modul 1: Dunia tanpa Literasi Media dan Maklumat
Modul 2: Kecelaruan Maklumat dan Ruang Gema
Modul 3: Bias Kognitif
Modul 4: Institusi Media dan Pengaruhnya terhadap Masyarakat
Modul 5: Kemahiran Menentu Sahkan Maklumat
Modul 6: Membina Ruang Media Selamat Untuk Semua
2. Siapa yang boleh daftar?
Kumpulan atau individu dari sekolah rendah, sekolah menengah hingga institusi pengajian tinggi; tanpa mengira sekolah kerajaan ataupun swasta, semua warga pendidik di Malaysia dialu-alukan.
3. Adakah pendaftaran ini percuma?
Ya. Anda boleh mengikuti kursus ini dalam talian, pada masa yang sesuai dengan jadual anda, bila-bila masa dan di mana-mana tempat, secara percuma.
4. Berapakah tempoh masa yang saya perlukan untuk menyiapkan modul ini? Bolehkah saya menuntut mata LADAP?
Masa yang dicadangkan ialah 12 jam. Setelah lulus kursus MEA, anda boleh menuntut mata LADAP di bawah pembelajaran kendiri sejumlah 12 jam atau 2 hari.
5. Apakah yang akan berlaku jika saya tidak dapat menyiapkan semua modul?
Pencapaian anda tertakluk pada tangan anda. Anda tidak akan dikenakan sebarang hukuman sekiranya anda tidak dapat menyiapkan keenam-enam modul tersebut.
6. Bolehkah saya menyiapkan modul tanpa mengikut turutan?
Untuk mendapat pengalaman yang terbaik, penulis modul menggalakkan anda supaya mengikut modul MEA mengikut turutan.
7. Saya mempunyai masalah semasa mengerjakan modul, apa perlu saya buat?
Sudahkah anda menyertai kumpulan Telegram kami? Sertailah sekarang untuk anda tanya soalan!
8. Apakah yang perlu dibuat setelah menyiapkan modul-modul tersebut?
Sila pastikan anda menguji kompetensi literasi media dan maklumat MEA sekali lagi.
Selanjutnya, tiga bulan selepas anda menyiapkan modul MEA, anda akan menerima satu e-mel tentang tinjauan ini, sila isikan tinjauan tersebut pada masa itu.
9. Bagaimanakah kalau saya terlupa untuk uji tahap kompetensi saya sebelum modul MEA?
Sila uji diri sekarang😀
10. Bagaimanakah jika saya hendak uji tahap kompetensi saya ketika tiga bulan selepas menamatkan modul MEA?
Anda akan menerima emel uji kompetensi selepas tiga bulan dari tarikh anda menyiapkan modul MEA. Sila uji diri lagi pada masa itu.
11. Saya sudah lulus modul tapi markah belum dipapar di dashboard Semakan Keputusan.
a) Tunggu 15 minit. Sistem akan 'refresh' selepas itu.
b) Sudah tunggu tapi masih markah kosong. Anda mungkin telah gunakan e-mel berbeza untuk modul ini. Mesti guna e-mel yang sama setiap kali dan dieja dengan betul. Pergi ke borang tadi, 'Edit response' dan betulkan alamat e-mel.
12. Saya sudah lulus modul tapi markah berubah kepada gagal.
Anda tidak perlu buat apa-apa. Sistem sentiasa menjana semula markah untuk 'refresh', mungkin terpapar markah anda sebelum ini. Teruskan ke modul seterusnya. Data lulus sudah direkod.
13. Saya sudah lulus kursus tapi belum terima sijil.
Tunggu minimum 1 jam untuk penjanaan automatik. Paling lama tunggu 24 jam kerana ramai sedang ambil kursus ini. Oh ya, sila semak 'Spam folder' anda!
13. Saya sudah buat Tinjauan Pascakursus tapi butang masih merah/ dashboard tunjuk belum buat.
a) Tunggu 15 minit. Sistem akan refresh selepas itu.
b) Anda mungkin telah gunakan e-mel berbeza untuk modul ini. Mesti guna e-mel yang sama setiap kali dan dieja dengan betul. Pergi ke borang tinjauan, 'Edit response' dan betulkan alamat e-mel.
14. Saya sudah cuba semua di atas dan masih belum dapat penyelesaian.
Sila ke Telegram kami dan nyatakan isu beserta nama penuh dan alamat e-mel anda.