Tidak kira sama ada dalam konteks sekolah mahupun dalam bilik berita, editor akan menentukan kandungan dan cara penyampaian penerbitan kandungan tersebut.
Bayangkan anda seorang wartawan yang perlu membuat jutaan keputusan sehari dalam masa yang singkat, di bawah tekanan yang tinggi. Apa yang anda bakal lakukan? Mari kita kaji kajian kes yang berikut bersama-sama. Tonton video yang berikut dan teliti cara penyampaian berita tersebut.
Keputusan melepaskan air terawat loji nuklear oleh kerajaan Jepun menjadi topik hangat di seluruh dunia. Topik ini mempunyai nilai berita yang tinggi kerana ia unik, melibatkan individu berpengaruh dan berkait rapat dengan aktiviti harian kita. Andaikan anda seorang wartawan, bagaimanakah anda akan mengulas berita ini?
Mari kita kaji cara berita tersebut dilaporkan.
Tiada perkongsian rasmi secara lengkap dibuat berkenaan cara air dirawat dan dilepaskan sehingga mengakibatkan penggunaan pelbagai terma berbeza oleh sumber berita berlainan, termasuk menggunakan perkataan "radioaktif" yang mendatangkan ketakutan kepada orang awam. Istilah "air radioaktif" kemudiannya diminta untuuk ditukarkan kepada "air terawat".
Berikut ialah sebuah hasil kajian pemilihan berita tempatan di Malaysia.
Sumber artikel: Jurnal Komunikasi,2013
Dalam artikel Jurnal Melayu bertajuk Strategi Pemilihan Berita Halaman Hadapan Akhbar Berbahasa Melayu dan Cina: Kajian terhadap Berita Harian dan China Press, ciri penentuan pemilihan berita telah dikaji dengan mendalam di dua institusi media tempatan. Berikut ialah jadual hasil kajian yang dipetik daripada artikel tersebut.
Sumber artikel: Jurnal Melayu Bil 15(1) 2016
Nilai dan tafsiran berita berbeza bagi setiap orang.
Media arus perdana mahupun media sosial memainkan peranan untuk menyebarkan dan memaklumkan maklumat terkini. Hakikatnya, kandungan yang diterbitkan tertakluk dan dipengaruhi oleh kepercayaan, perspektif dan pendirian seseorang individu.
Seperti yang dibincangkan dalam Modul 2, mari kita amalkan untuk bertanya kepada diri sendiri apabila menerima dan membaca berita, "Adakah ini benar?" "Apakah pendirian saya dalam isu ini?" "Adakah ini penting bagi saya?"