Modul 6: Bahagian 2

Sisi Gelap Teknologi dan CARA Berhadapan Dengannya

Cadangan integrasi literasi media dan maklumat ke dalam bidang dan subjek.

Sains

Penggunaan maklumat instrumental & afektif

Biologi

  • Mengumpulkan dan membentangkan maklumat tentang organisma terubahsuai genetik (GMO)

  • Membuat keputusan persendirian / infografik tentang GMO

Kimia

  • Menganalisis iklan / ramuan bahan atau ubat kosmetik (realia)

  • Membuat keputusan persendirian / latihan menulis komen berhemah sebagai respon kepada iklan bahan atau ubat kosmetik yang kurang bertauliah

Fizik

  • Membuat pencarian maklumat untuk membandingkan tenaga elektrik dari loji kuasa yang menggunakan arang batu, tenaga hidro dan tenaga nuklear

  • Perdebatan / forum / main peranan (roleplay) sama ada loji reaktor nuklear sesuai dibina di Malaysia.

Pendidikan Moral

Penggunaan maklumat afektif

Analisis dan penilaian parodi sebagai sejenis penggunaan maklumat:

    1. Baca, bincang dan nilai: Parodi anak Malaysia gapai dunia (bharian.com.my)

    2. Baca, bincang dan nilai: Akaun parodi: Pihak terkesan boleh ambil tindakan sivil | Harian Metro (hmetro.com.my)

    3. Penghasilan parodi yang berhemah untuk menerapkan nilai-nilai murni / mengulang kaji suatu mata pelajaran

Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris

Penggunaan maklumat afektif

  1. Pencarian maklumat tentang isu-isu semasa.

  2. Penghasilan esei, ucapan dan lain-lain yang menekankan nuansa isu tersebut.