Dalam Modul 4 ada disebut tentang dua jenis wartawan iaitu wartawan warga (citizen journalist) dan wartawan profesional. Antara dua jenis wartawan ini, wartawan profesional lebih dipercayai kerana kredibiliti mereka bersandarkan teknik menentu sah maklumat yang mereka amalkan. Teknik ini menjadi sebahagian daripada langkah khusus dalam penghasilan sesuatu berita.
Kita juga boleh mengamalkan kemahiran yang sama melalui pembacaan lateral dengan menguasai teknik-teknik di bawah.
Bagi meningkatkan kejituan dan ketepatan maklumat yang dicari, kata kunci digunakan untuk menapis carian yang berkenaan dan menjimatkan masa pencari secara efisien.
Klik pada butang interaktif pada gambar di bawah untuk mengetahui bagaimana mengaplikasikan penggunaan kata kunci dalam carian kita.
Masih ingat click restraint yang diperkenalkan dalam Modul 1? Dalam terjemahan secara literal, click restraint bermaksud menahan diri daripada klik. Kemahiran ini amat penting dalam pembacaan lateral untuk menentu sah maklumat kerana kita sering di'umpan' dengan tajuk-tajuk umpan klik (clickbait) yang kesahihan kandungannya meragukan.
Klik pada butang β¨ pada slaid di bawah dan selami teknik click restraint.
Mari kita semak sama ada anda masih ingat fokus penting dalam kemahiran click restraint.
Klik 'Start' pada butang hitam untuk satu kuiz ringkas.
Selain daripada membuat carian dari mula sendiri, kita juga boleh menyemak silang maklumat yang kita terima atau temukan pada laman semakan fakta. Selalunya, maklumat tular atau lapuk yang menjadi perhatian ramai akan dapat ditentu sahkan dengan membuat carian di sini.
Klik pada bahagian dengan perkataan MULA pada slaid di bawah untuk meneroka laman semakan fakta dengan lebih lanjut.