Selamat Sejahtera ejen Keselamatan Media sekalian. Hari ini anda akan melaksanakan misi tugasan. Setiap seorang daripada anda perlu menyelesaikan tugasan ini. Sila gunakan sumber-sumber dalam talian yang telah disediakan bagi membantu anda melaksanakan misi ini dengan sempurna.
Semoga berjaya!
Sebagai pelatih Ejen Keselamatan Media, anda dikehendaki untuk membuat carian dan ulasan terhadap satu berita palsu yang pernah tular dalam media sosial Malaysia. Anda perlu melaporkan (dengan menulis ulasan) dalam Padlet di bawah. Sertakan juga gambar syot layar jika boleh.
Hasil kerja anda akan dapat dilihat umum melalui kolum di bawah. Ayuh Ejen Keselamatan Media sekalian, mulakan usaha anda!
Sebagai pelatih Ejen Keselamatan Media, anda dikehendaki debunkยน salah satu berita palsu yang pernah popular di Malaysia kepada sekumpulan kenalan anda (sama ada rakan sekerja, pelajar atau sesiapa saja).
Anda perlu mengemukakan bukti aktiviti ini menerusi ;
tangkap layar (butiran hebahan tentang proses debunk anda) ATAU
rakaman video (bersemuka, dalam talian, rakaman chat WhatsApp, TikTok dan sebagainya) yang telah dilakukan sewaktu anda mendedahkan berita palsu kepada kumpulan sasaran
ยน debunk - proses mendedahkan kepalsuan sesuatu berita.
Kongsikan tangkap layar atau bukti perkongsian anda dalam Padlet di bawah.
Ayuh Ejen Keselamatan Media sekalian, mulakan usaha anda!
Sebagai pelatih Ejen Keselamatan Media, anda dikehendaki untuk mendendangkan sebuah lagu berkenaan dengan prinsip persekitaran bebas media palsu. Dalam lagu itu, anda perlu menyediakan lirik yang memberi mesej kepada pendengar berkenaan prinsip persekitaran bebas media palsu.
Panjang lagu mestilah tidak melebihi 3 minit.
Anda perlu mengemukakan bukti aktiviti dengan memuat naik lagu menggunakan pautan. Berikan like pada lagu yang menarik perhatian anda dalam Padlet di bawah.
Ayuh Ejen Keselamatan Media sekalian, mulakan usaha anda!