MODUL 2: BAHAGIAN 1
MODUL 2: BAHAGIAN 1
Tempoh masa yang dicadangkan untuk Bahagian 1: 60 minit
Jom main simulasi sembang di bawah. Klik pada butang dialog merah jambu yang dikehendaki untuk mula.
Pernahkah anda terfikir tentang kesahihan sesuatu maklumat yang anda baca atau kongsi?
Hasil kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mendapati bahawa 92.3% pengguna Internet di Malaysia bersetuju bahawa 'berita palsu' ialah suatu masalah di negara kita. Lihat rajah di bawah.
Mungkin kita harus meneliti dari manakah rakyat mendapat sumber berita sekarang? Menurut Reuters Institute Digital News Report 2019, sebanyak 89% penduduk Malaysia mendapatkan berita melalui media sosial, manakala aplikasi utama untuk penyebaran berita ini ialah WhatsApp (50%).
Sungguhpun begitu, apa yang membimbangkan ialah sebanyak 63% rakyat global berpendapat bahawa orang ramai tidak dapat membezakan antara maklumat benar dengan maklumat palsu.
Tanpa kemahiran literasi media untuk mengesahkan maklumat yang kita terima, orang ramai boleh terpengaruh dengan maklumat salah. Bayangkan apa akan berlaku kepada negara kita jika rakyat Malaysia mudah terpengaruh dengan maklumat sebegitu?
Mari kita lihat beberapa data statistik global di bawah.
Konsep berita palsu menjadi semakin popular lebih-lebih lagi ketika musim pandemik. Situasi ini sebenarnya telah meningkatkan kesedaran kita untuk bertanya, adakah kemungkinan bahawa berita yang kita terima tidak benar?
Apakah cara-cara untuk mendapatkan berita yang benar?
Apakah sebenarnya berita palsu?